makroekonomi

13
SOALAN 1 Pendahuluan Pendapatan negara ialah nilai akhir barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran oleh masyarakat tempatan dan asing dalam sesebuah negara dalam sesuatu tempoh seperti setahun. Terdapat pelbagai konsep keluaran negara. Contohnya seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merupakan salah satu konsep yang sering digunakan di Malaysia. KDNK bermaksud nilai pasaran bagi semua barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara bagi tempoh masa tertentu. Terdapat empat elemen utama dalam KDNK ini iaitu nilai yang dikeluarkan, apa yang dikeluarkan, di mana dikeluarkan dan bila dikeluarkan. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk mengira pendapatan negara iaitu melalui kaedah keluaran, kaedah pendapatan dan kaedah perbelanjaan. Pengiraan pendapatan negara melalui kaedah pengeluaran adalah dengan mencampurkan jumlah perbelanjaan dalam sesebuah negara (oleh individu, firma dan kerajaan) terhadap barang akhir dan perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu. Pengiraan pendapatan negara melalui kaedah keluaran pula adalah kaedah yang digunakan dengan mencampurkan semua nilai barangan akhir dan perkhidmatan daripada sektor pengeluaran. Dalam kaedah ini, konsep nilai ditambah akan digunakan bagi mengelakkan masalah kiraan dua kali. Pengiraan pendapatan negara melalui kaedah pendapatan pula adalah kaedah yang digunakan dengan mencampurkan semua pendapatan yang diterima oleh pemilik sumber pengeluaran (tanah, buruh, modal dan usahawan). Kaedah ini membahagikan pendapatan negara kepada lima kategori yang utama iaitu pampasan kerja, bunga bersih, pendapatan sewa, untung korporat dan pendapatan pengusaha persendirian. Perhitungan Pendapatan Negara : Kaedah Perbelanjaan

Upload: open-university-malaysia

Post on 16-Jan-2017

81 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makroekonomi

SOALAN 1

Pendahuluan

Pendapatan negara ialah nilai akhir barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan

oleh faktor-faktor pengeluaran oleh masyarakat tempatan dan asing dalam sesebuah

negara dalam sesuatu tempoh seperti setahun. Terdapat pelbagai konsep keluaran

negara. Contohnya seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merupakan

salah satu konsep yang sering digunakan di Malaysia. KDNK bermaksud nilai pasaran

bagi semua barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara

bagi tempoh masa tertentu. Terdapat empat elemen utama dalam KDNK ini iaitu nilai

yang dikeluarkan, apa yang dikeluarkan, di mana dikeluarkan dan bila dikeluarkan.

Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk mengira pendapatan negara

iaitu melalui kaedah keluaran, kaedah pendapatan dan kaedah perbelanjaan. Pengiraan

pendapatan negara melalui kaedah pengeluaran adalah dengan mencampurkan jumlah

perbelanjaan dalam sesebuah negara (oleh individu, firma dan kerajaan) terhadap

barang akhir dan perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu. Pengiraan pendapatan

negara melalui kaedah keluaran pula adalah kaedah yang digunakan dengan

mencampurkan semua nilai barangan akhir dan perkhidmatan daripada sektor

pengeluaran. Dalam kaedah ini, konsep nilai ditambah akan digunakan bagi

mengelakkan masalah kiraan dua kali. Pengiraan pendapatan negara melalui kaedah

pendapatan pula adalah kaedah yang digunakan dengan mencampurkan semua

pendapatan yang diterima oleh pemilik sumber pengeluaran (tanah, buruh, modal dan

usahawan). Kaedah ini membahagikan pendapatan negara kepada lima kategori yang

utama iaitu pampasan kerja, bunga bersih, pendapatan sewa, untung korporat dan

pendapatan pengusaha persendirian.

Page 2: Makroekonomi

Perhitungan Pendapatan Negara : Kaedah Perbelanjaan

Pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan kaedah perbelanjaan

adalah kaedah yang utama yang sering digunakan di Malaysia. Hal ini disebabkan

kaedah tersebut dapat memberikan keterangan-keterangan yang sangat berguna

mengenai tingkat kegiatan ekonomi yang dicapai dalam negara. Data pendapatan

negara yang dikira dengan cara perbelanjaan akan dapat memberikan gambaran

mengenai tahap masalah ekonomi yang dihadapi atau baiknya kadar pertumbuhan yang

dicapai serta tingkat kemakmuran atau kebajikan yang sedang dinikmati. Melalui kaedah

ini juga, dapat digunakan sebagai panduan untuk mengambil langkah-langkah dalam

mengatasi masalah-masalah ekonomi yang dihadapi atau untuk mempertahankan kadar

pertumbuhan yang tinggi yang sedang dinikmati.

Komponen 2005 ( RM ‘Juta )Perbelanjaan Pengguna Awam Swasta

64,592215,876

Pelaburan Awam Swasta

55,16143,769

Perubahan dalam Stok -1,059Eksport barangan dan perkhidmatan bukan faktor 609,133Import barangan dan perkhidmatan bukan faktor 492,928KDNK pada harga pasaran 494,544Bayaran faktor bersih ke luar negeri -21,716KNK pada harga pasaran 473,074

Jadual 1 : Pendapatan Negara mengikut Kaedah Perbelanjaan bagi Malaysia pada tahun 2005 ( RM ‘Juta )

Jadual diatas menunjukkan cara pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah

perbelanjaan yang diamalkan Malaysia dan data yang diberi adalah bagi tahun 2005.

Page 3: Makroekonomi

KNK Malaysia pada tahun 2005 adalah sebanyak RM473,074. Jumlah perbelanjaan

penggunaan adalah RM280,468 yang meliputi perbelanjaan penggunaan awam

sebanyak RM64,592 dan perbelanjaan penggunaan swasta sebanyak RM215,876.

Pada kebiasaannya perbelanjaan penggunaan swasta adalah lebih besar daripada

perbelanjaan penggunaan awam. Jumlah perbelanjaan penggunaan ini meliputi

pembelian barangan dan perkhidmatan akhir oleh pengguna dalam ekonomi.

Komponen kedua dari perbelanjaan dalam ekonomi adalah pelaburan iaitu

berjumlah sebanyak RM98,930. Daripada jumlah tersebut, pelaburan awam berjumlah

RM55,161 dan pelaburan swasta adalah sebanyak RM43,769. Oleh yang demikian,

data ini menunjukkan pelaburan Malaysia adalah sebahagian besar merupakan

pelaburan oleh sektor awam meliputi 55.76 peratus daripada keseluruhan pelaburan

pada tahun 2005.

Dalam pengiraan mengikut kaedah perbelanjaan, terdapat satu komponen yang

diambilkira iaitu perubahan stok atau inventori yang wujud dalam ekonomi. Berdasarkan

jadual diatas, perubahan stok untuk tahun 2005 adalah sebanyak –RM1,059. Ini

menunjukkan bahawa perubahan dalam inventori adalah negatif. Seterusnya,

berdasarkan jadual untuk sektor perdagangan asing, eksport negara Malaysia pada

tahun 2005 adalah sebanyak RM609,133 dan import negara Malaysia pula ialah

sebanyak RM492,928. Oleh itu, eksport bersih adalah berjumlah RM116,205 yang

bermakna akaun perdagangan Malaysia untuk tahun tersebut berada dalam lebihan.

Justeru, apabila dicampurkan komponen-komponen perbelanjaan penggunaan,

pelaburan, perubahan stok, dan eksport bersih, maka Keluaran Dalam Negeri Kasar

Page 4: Makroekonomi

pada harga pasaran akan diperolehi. Oleh itu, pada tahun 2005 KDNK adalah berjumlah

sebanyak RM494,544.

Komponen-Komponen Pendapatan Negara ( Kaedah Perbelanjaan )

Kaedah pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan cara perbelanjaan

telah membahagikan perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan yang dihasilkan

dalam ekonomi kepada empat komponen. Komponen tersebut ialah perbelanjaan

penggunaan isi rumah atau penggunaan swasta, perbelanjaan kerajaan, pembentukan

modal tetap sektor swasta dan eksport bersih ( eksport tolak import ).

1 Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah

Bagi nilai perbelanjaan yang telah dilakukan oleh isi rumah untuk membeli berbagai-

bagai jenis keperluan dalam satu tahun tertentu dinamakan perbelanjaan

penggunaan isi rumah. Pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan digunakan

untuk membeli makanan, membeli pakaian, membiayai perkhidmatan pengangkutan,

membayar pelajaran anak-anak, membayar sewa rumah, membeli kenderaan dan

pelbagai tujuan perbelanjaan lain. Oleh itu, perbelanjaan tersebut dinamakan

sebagai perbelanjaan penggunaan iaitu membeli barang dan perkhidmatan untuk

memuaskan keinginan memiliki dan menggunakan barang tersebut.

2 Perbelanjaan Kerajaan

Perbelanjaan kerajaan pula ialah membeli barang terutamanya untuk kepentingan

masyarakat. Antaranya ialah perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan pelajaran

dan kesihatan, perbelanjaan untuk menyediakan balai polis dan tentera,

pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan perbelanjaan untuk pembangunan

Page 5: Makroekonomi

infrastruktur yang dibuat untuk kepentingan masyarakat. Pembelian kerajaan ke atas

barang dan perkhidmatan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu

perbelanjaan penggunaan kerajaan atau penggunaan awam/kerajaan dan pelaburan

awam/kerajaan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan yang termasuk dalam kategori

pertama ialah pembelian ke atas barang dan perkhidmatan yang akan digunakan

seperti membayar gaji guru sekolah, membeli peralatan pejabat dan kereta untuk

kegunaan kerajaan. Manakala pelaburan kerajaan merangkumi perbelanjaan untuk

membangunkan prasarana seperti jalan raya, sekolah, hospital dan sebagainya.

3 Pembentukan Modal Tetap Sektor Swasta ( Pelaburan Swasta )

Komponen ini selalu dinyatakan sebagai pelaburan tetapi pada dasarnya ia lebih

bermaksud perbelanjaan untuk membeli barang modal yang dapat meningkatkan

pengeluaran barang dan perkhidmatan pada masa hadapan. Antara bentuk

perbelanjaan yang dikategorikan sebagai pelaburan ialah mendirikan bangunan

pejabat, mendirikan bangunan kilang, membeli mesin-mesin dan alat-alat

pengeluaran. Perbelanjaan tersebut dibuat bukan untuk digunakan pada masa kini

tetapi digunakan dalam kegiatan pengeluaran pada masa akan datang. Oleh itu,

dalam pengumpulan data mengenai pelaburan, perbelanjaan tersebut dibahagikan

kepada tiga jenis perbelanjaan iaitu:

a. Perbelanjaan ke atas barang modal dan peralatan pengeluaran

b. Perubahan-perubahan dalam nilai inventori pada akhir tahun

c. Perbelanjaan-perbelanjaan untuk mendirikan rumah kediaman

4 Eksport Bersih

Page 6: Makroekonomi

Eksport bersih ialah nilai eksport yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam satu

tahun tertentu ditolak dengan nilai import dalam jangka masa yang sama dinamakan

eksport bersih. Eksport sesebuah negara biasanya terdiri dari barang dan

perkhidmatan yang dihasilkan dalam negera. Oleh sebab itu, nilainya harus dihitung

dalam pendapatan negara. Barang import pula merupakan pengeluaran dari negara

lain. Oleh sebab itu, ia tidak perlu dihitung di dalam pendapatan negara. Walau

bagaimanapun, secara praktikalnya pengiraan pendapatan negara tidak dapat

dielakkan dalam keadaan di mana nilai barang import termasuk dalam pengiraan.

Contohnya ialah, seorang pelanggan membeli kereta yang dipasang di dalam

negera dan pengguna berkenaan akan membayar nilai barang import iaitu

perkakasan yang dipasang dalam kereta tersebut berasal dari luar negara. Maka, ini

menunjukkan bahawa banyak di antara barang akhir yang dibeli dalam negera dan

dibayar pada harga pasar meliputi juga nilai barang diimport. Oleh yang demikian,

nilai barang import tersebut tidak termasuk dalam pendapatan negara dan yang

perlu dikira hanyalah eksport bersih iaitu eksport setelah ditolak dengan import.

Penutup

Pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan kaedah perbelanjaan

adalah suatu kaedah yang dapat merumuskan pendapatan sebenar negara untuk

sesuatu tempoh. Selain daripada penggunaan kaedah ini, kaedah pendapatan dan

kaedah keluaran juga boleh digunakan untuk mencari nilai pendapatan negara.

Walaupun teknik dan kaedah pengiraannya adalah berbeza, namun nilai akhir yang

akan diperolehi adalah sama. Oleh yang demikian, ketiga-tiga teknik ini sesuai

digunakan untuk mengukur pendapatan negara.

SOALAN 2

Page 7: Makroekonomi

Pendahuluan

Bank Pusat ialah satu bank yang diberi tugas oleh kerajaan untuk mengatur dan

mengawasi kegiatan institusi-institusi kewangan yang terdapat dalam negara.

Berdasarkan perkara di atas, Bank Pusat boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi

kewangan yang pada umumnya dimiliki oleh kerajaan yang diserahkan tanggungjawab

untuk mengatur dan mengawasi kestabilan kegiatan institusi-institusi kewangan. Dalam

masa yang sama juga, Bank Negara bertanggung jawab dalam menjamin agar kegiatan

institusi-institusi kewangan itu akan membantu mewujudkan tingkat kegiatan ekonomi

yang tinggi dan stabil. Di Malaysia, Bank Pusat dikenali sebagai Bank Negara Malaysia

dan ditubuhkan pada tahun 1959.

Fungsi Bank Negara Malaysia

Salah satu fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia adalah menajdi bank

kepada kerajaan persekutuan. Dalam konteks ini, kerajaan adalah satu perbadanan

yang besar yang mana menerima dan membuat pelbagai bentuk perbelanjaan setiap

hari seperti penerimaan cukai pendapatan, cukai jualan dan sebagainya. Oleh yang

demikian, Bank Negara telah diberi tanggung jawab untuk mengurus perbelanjaan dan

pendapatan kerajaan tersebut. Dalam masa yang sama, Bank Negara juga bertindak

sebagai institusi kewangan yang utama yang menyimpan wang yang dimiliki oleh

kerajaan. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak RM27,273,933,343 deposit yang

diterima daripada kerajaan persekutuan yang meliputi simpanan kerajaan.

Selain menyimpan deposit kerajaan persekutuan, Bank Negara juga diberi

peranan untuk menentukan kadar bunga bagi bil perbendaharaan yang dikeluarkan oleh

kerajaan. Dalam satu-satu masa, perbelanjaan kerajaan akan melebih pendapatan yang

Page 8: Makroekonomi

diperolehi. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk

mencari sumber dana bagi menampung lebihan perbelanjaan ini. Salah satu cara yang

boleh dilakukan ialah dengan mengeluarkan bil perbendaharaan. Namun begitu,

penentuan dan perubahan kadar bunga yang ditetapkan ke atas bil perbendaharaan ini

adalah di bawah tanggung jawab Bank Negara. Oleh itu, Bank Negara perlu bijak dalam

menentukan kadar bunga ini. Dalam pada itu, kerajaan juga boleh mengeluarkan surat

pinjaman jangka panjang atau meminjam terus dari Bank Negara. Contohnya, pada

tahun 2005, kerajaan telah meminjam sebanyak RM961,013,021 dari Bank Negara.

Selain itu, Bank Negara juga berperanan sebagai bank kepada bank

perdagangan. Bank Negara sering digelar ‘bank kepada bank’ atau ‘sumber pinjaman

terakhir’. Ini bermaksud bahawa Bank Negara adalah sumber pinjaman bagi bank-bank

perdagangan dalam negara yang tidak mempunyai alternatif lain untuk membuat

pinjaman. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak RM10,295,735,304 telah diberikan

kepada bank perdagangan sebagai pinjaman. Dalam masa yang sama juga, Bank

Negara juga akan menjadi tempat penyimpanan bagi bank-bank perdagangan seperti

mana pada tahun 2005 di mana, sebanyak RM140,606,624,541 telah diterima oleh

Bank Negara daripada bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan.

Keadaan ini menunjukkan bahawa fungsi Bank Negara tidak hanya menjadi penyelamat

kepada bank perdagangan di Malaysia yang mengalami masalah mendapatkan sumber

kewangan, malah Bank Negara juga berperanan menjadi penyimpan kepada bank

perdagangan dan institusi kewangan lain.

Dalam pada itu, Bank Negara juga akan mewajibkan bank perdagangan dan

bank saudagar untuk menyimpan rizab di Bank Negara. Hal ini adalah untuk

memastikan bahawa tidak berlaku pergerakan wang yang terlalu banyak dalam pasaran

Page 9: Makroekonomi

yang mana boleh menyebabkan inflasi. Oleh yang demikian, Bank Negara telah

menerima sebanyak RM8,103,080,465 yang merupakan Kumpulan Wang Rizab Am dan

sejumlah RM30,004,682,549 yang merupakan lain-lain rizab seperti Rizab Turun Naik

Kadar Pertukaran dan Rizab Luar Jangka. Tujuan utama Bank Negara mewajibkan

penyimpanan rizab ini adalah untuk memastikan sesebuah bank tidak memegang terlalu

banyak tunai yang boleh menjatuhkan nilai mata wang negara. Dalam masa yang sama

juga, rizab ini boleh digunakan untuk Bank Negara memberi pinjaman kepada bank-

bank yang ingin membuat pinjaman daripada Bank Negara.

Selain itu, Bank Negara juga berperanan sebagai pengawal kepada kegiatan

institusi kewangan di Malaysia. Pengawalan ini lebih tertumpuh kepada aktiviti pinjaman

yang diberikan oleh bank perdagangan kepada peminjam. Bank perdagangan mungkin

akan meminjamkan terlalu banyak pinjaman kepada syarikat atau orang perseorangan

untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan. Keadaan ini boleh menyebabkan

berlakunya kekurangan tunai dalam bank perdagangan berkenaan. Dalam erti kata lain,

kecairan bank perdagangan ini adalah rendah. Keadaan ini boleh mendatangkan

masalah kepada bank tersebut sekiranya pemiutang membuat tuntutan hutang mereka

daripada bank berkenaan. Keadaan ini boleh memaksa dan menggalakkan bank

perdagangan untuk mendapatkan pinjaman daripada Bank Negara yang boleh

menyebabkan berlaku pengaliran tunai daripada Bank Negara. Sekiranya keadaan ini

berlaku, negara mungkin diancam oleh masalah penurunan nilai Ringgit Malaysia atau

kenaikan kadar inflasi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggung jawab Bank

Negara untuk mengehadkan kadar atau jumlah pinjaman yang harus diberikan kepada

peminjam sama ada syarikat mahupun orang perseorangan. Dalam masa yang sama

juga, Bank Negara diberi kuasa oleh kerajaan untuk mengawasi dan memberi petunjuk

Page 10: Makroekonomi

kepada institusi kewangan yang ada dalam negara mengenai dasar yang perlu mereka

patuhi dan jalankan.

Selain itu, Bank Negara juga akan berusaha untuk menstabilkan tahap kegiatan

ekonomi dan menjamin agar ekonomi sentiasa mencapai kadar guna tenaga yang

tinggi. Dalam pada itu, Bank Negara memastikan perkembangan ekonomi berjalan

dengan lancar dan cekap. Untuk memastikan usaha ini mencapai matlamatnya, Bank

Negara perlu melaksanakan beberapa langkah yang dikenali sebagai dasar kewangan.

Tujuan dasar ini adalah untuk mengawal jumlah bekalan wang atau kadar bunga yang

ada dalam ekonomi. Oleh itu, dasar kewangan ini adalah dasar Bank Negara yang

bertujuan mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi dengan mengawasi jumlah bekalan

wang dan kadar bunga dalam ekonomi.

Dalam pada itu, Bank Negara juga berperanan sebagai pengawal kegiatan

perdagangan antarabangsa. Salah satu usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai

kestabilan ekonomi adalah dengan mempertahankan kestabilan nilai pertukaran mata

wang asing. Dalam usaha mencapai matlamat ini, Bank Negara perlu memastikan

bahawa wujud keseimbangan antara eksport dan aliran masuk modal dengan import

dan aliran keluar modal. Dalam masa yang sama juga, Bank Negara perlu memastikan

kecukupan cadangan mata wang asing yang boleh digunakan untuk membiayai

pembayaran mata wang asing ke negara-negara lain. Membentuk satu keadaan

ekonomi yang stabil adalah antara tugas berat bagi Bank Negara. Contohnya, apabila

wujud tekanan yang akan menurunkan nilai Ringgit Malaysia, maka Bank Pusat perlu

melakukan usaha untuk menghapuskan tekanan. Contohnya dengan menaikkan kadar

faedah yang mana akan mendorong aktiviti penyimpanan wang dalam negara yang

seterusnya akan menggalakkan aliran masuk modal. Dalam pada itu, Bank Negara juga

Page 11: Makroekonomi

boleh mengehadkan aktiviti mengimport barangan daripada luar dan menggalakkan

eksport ke luar negara. Ini adalah untuk memastikan pertambahan dalam aliran masuk

modal ke dalam negara dan mengurangkan aliran keluar modal ke negara asing.

Selain itu, Bank Negara juga berfungsi sebagai badan yang akan mencetak mata

wang negara. Kerajaan telah memberikan kuasa kepada Bank Negara untuk mencetak

wang yang diperlukan dalam pasaran agar dapat melicinkan kegiatan perdagangan dan

pengeluaran. Oleh yang demikian, Bank Negara perlu membekalkan atau menyediakan

sejumlah wang yang cukup dalam satu-satu masa. Dalam pada itu, Bank Negara juga

akan menambah kuantiti wang dalam pasaran bagi memenuhi permintaan pasaran.

Walau bagaimanapun, pertambahan ini adalah berdasarkan kepada keperluan pasaran

dan kuantiti wang dalam pasaran. Contohnya pada tahun 2005, sebanyak

RM34,396,746,453 mata wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara dalam ekonomi.

Nilai ini telah bertambah sebanyak 6.5 peratus daripada tahun 2004. Peningkatan ini

adalah selaras dengan keperluan semasa dalam ekonomi.

Penutup

Peranan yang dimainkan oleh Bank Negara dalam mengawal keadaan ekonomi

negara bukanlah suatu tugas yang mudah. Pengawalan perlu dilakukan terhadap semua

bank perdagangan, bank saudagar dan institusi kewangan lain agar kestabilan ekonomi

dapat dicapai. Dalam masa yang sama, Bank Negara juga perlu menjadi penasihat

bukan hanya kepada institusi kewangan dan perbankan di Malaysia sahaja malah turut

menjadi penasihat terhadap kerajaan tentang keadaan ekonomi semasa negara.

Pengawalan terhadap nilai mata wang juga perlu dikawal melalui pengawalan terhadap

percetakan terlalu banyak Ringgit Malaysia dalam pasaran. Percetakan mata wang yang

terlalu banyak akan menyebabkan wujudkan masalah ekonomi seperti peningkatan

Page 12: Makroekonomi

kadar inflasi dan kejatuhan nilai mata wang yang mana turut memberikan impak negatif

terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, Bank Negara perlu sentiasa berhati-hati

dalam setiap tindakan yang diambil bagi mengelakkan sebarang kesan negatif bukan

hanya kepada masyarakat malah negara secara amnya.

Page 13: Makroekonomi

Bibliografi

wSadono Sukirno dan Mohamed Aslam Gulam Hassan, Makroekonomi : Teori,

Masalah dan Dasar Kerajaan, Prentice Hall ( Pearson Malaysia ), Selangor, 2001

Rudiger Dornbusch and Stanley Fischer ( Terjemahan : Amir Hussin Baharuddin

dan Sibly bin Maros ), Ekonomi-Makro, Jilid 1, Dewan Bahasa dan Pustakan,

Kuala Lumpur, 1985

Laporan Tahunan 2005, Bank Negara Malaysia