nota pendidikan makroekonomi (1)

Upload: linda-wong

Post on 10-Jul-2015

1.594 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Nota Pendidikan

Makroekonomi: Konsep & Impikasi DasarAsan Ali Golam Hassan Universiti Utara Malaysia 2007

KANDUNGAN Bab 1: Pengenalan Bab 2: Perakunan Dan Keseimbangan Pendapatan Negara Bab 3: Wang Dan Institusi Kewangan Bab 4: Keseimbangan Pasaran Barang Dan Wang: Analisis IS-LM Bab 5: Keseimbangan Pasaran Barang, Wang Dan Imbangan Pembayaran: Analisis IS-LM-BP Bab 6: Permintaan dan Penawaran Agregat

Muka surat 2-7 11-75 76-88 89-106 107-136 137-150

1

BAB 1 PENGENALAN

MASALAH MAKROEKONOMIMakro, perkataan Greek yang bermaksud besar atau panjang. Mikro pula bermaksud kecil atau pendek. Ekonomi merupakan satu kajian berkaitan tingkahlaku manusia untuk memenuhi keperluan yang tidak terhad berdaskan sumber yang terhad. Jika mikro ekonomi mengkaji tingkahlaku individu, makro akan mengkaji tingkahlaku gabungan semua individu/firma yang bermaksud kajian secara aggregate. Dalam kedua-dua kajian ekonomi mikro dan makro, tumpuan teori lebih kepada faktor penentu permintaan dan penawaran. Kajian mikroekonomi permintaan dan penawaran akan menentukan keseimbangan diantara harga dan kuantiti output firma. Pada tingkat keseimbangan tersebut, pengguna akan memaksimumkan kepuasan dan firma akan meninimumkan kos pengeluaran. Manakala dalam kajian makroekonomi, permintaan aggregate dan penawaran aggregate akan menentukan keseimbangan diantara tingkat harga umum dan keluaran negara (atau pendapatan negara). Pada tingkat keseimbangan tersebut, pembuat dasar (negara) akan cuba untuk memaksimum penggunaan sumber pengeluaran yang ada untuk memaksimum pertumbuhan ekonomi negara (pendapatan negara) dan dalam masa yang sama cuba untuk meminimumkan kenaikan tingkat harga umum (inflasi), pengganguran, difisit (kurangan) imbangan pembayaran dan kejatuhan dalam kadar pertukaran. Dalam kajian mikroekonomi, kenaikan permintaan akan menyebabkan harga sesuatu produk (barang atau perkhidmatan) itu miningkat. Manakala kenaikan kuantiti penawaran akan menyebabkan kesan sebaliknya. Dalam makroekonomi kesan yang berlaku apabila permintaan atau penawaran aggregate berubah akan lebih menyeluruh. Perubahan pada satu pembolehubah makroekonomi akan menyebabkan lain-lain pembolehubah makroekonomi berubah. Setiap perubahan akan memberi kesan positif dan negative kepada ekonomi negara. PERANAN KERAJAAN Kerajaan akan mempengaruhi dalam kegiatan makroekonomi negara dengan matlamat akhir untuk mengatasi masalah ekonomi yang paling utama iaitu inflasi atau pengganguran. Masalah inflasi berlaku disebabkan oleh peningkatan dalam tingkat harga umum akibat daripada peningkatan dalam permintaan aggregate atau kurangan dalam penawaran aggregat. Peningkatan dalam permintaan aggregate ini boleh berlaku akibat daripada peningkatan dalam penggunaan domestik yang disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan aggregat. Manakala pengganguran boleh berlaku akibat daripada kejatuhan dalam permintaan aggregat akibat daripada kejatuhan dalam pendapatan aggregat.

2

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Kerajaan akan campur tangan melalui dasar fiskal dan dasar kewangan. Dasar fiskal dan kewangan ini terbahagi kepada dua iaitu dasar mengembang atau menguncup. Mengembang atau menguncup ini secara langsung merujuk kepada perubahan yang akan berlaku kepada permintaan aggregat. Mengembang merujuk kepada matlamat dasar untuk meningkatkan permintaan aggregat (mengaktifkan kegiatan ekonomi) manakala menguncup merujuk kepada matlamat dasar untuk mengurangkan permintaan aggregat. Alat dasar fiskal terbahagi kepada dua iaitu perbelanjaan kerajaan dan cukai. Dasar fiskal mengembang atau menguncup akan secara langsung mempengaruhi pendapatan aggregat. Peningkatan perbelanjaan kerajaan (dasar fiskal mengembang) akan meningkatkan pendapatan aggregat dan pengurangan perbelanjaan kerajaan (dasar fiskal menguncup) pula akan mengurangkan pendapatan aggregat. Manakala peningkatan cukai (dasar fiskal menguncup) akan mengurangkan pendapatan aggregat dan pengurangan cukai (dasar fiskal mengembang) pula akan meningkatkan pendapatan aggregat. Perubahan dalam pendapatan aggregat ini seterusnya akan mempengaruhi permintaan aggregat. Dasar kewangan mengembang atau menguncup pula akan secara langsung mempengaruhi penawaran wang domestik (wang dalam edaran). Penawaran wang ini seterusnya akan mempengaruhi kadar bunga, kadar bunga akan mempengaruhi tingkat pelaburan dan seterusnya tingkat pelaburan akan menentukan pendapatan aggregat. Alat-alat dasar kewangan yang utama ialah penentuan nisbah rizab berkanun dan menjual/membeli bon/sekuriti di pasaran. Secara ringkas, dasar kerajaan akan mempengaruhi pendapatan aggregat. Contohnya seperti dasar fiskal perubahan perbelanjaan kerajaan akan mempengaruhi perubahan pendapatan aggregat. Manakala dengan dasar kewangan perubahan nisbah rizab akan akan mempengaruhi perubahan kadar bunga, kadar bunga mempengaruhi tingkat pelaburan dan akhirnya tingkat pelaburan menpengaruhi pendapatan aggregat. Pendapatan aggregat seterusnya akan menentukan penggunaan yang seterusnya akan menentukan permintaan aggregat. Permintaan dan penawaran aggregat kemudiannya akan menentukan tingkat harga umum. Jika permintaan aggregat meningkat dalam keadaan penawaran aggregat yang tidak berubah, tingkat harga umum dan kadar inflasi juga akan meningkat. Jika permintaan aggregat meningkat diikuti dengan peningkatan penawaran aggregat yang meningkat, maka tingkat pengganguran akan berkurangan. Ini kerana, untuk penawaran aggregat meningkat, permintaan buruh perlu ditingkatkan dan apabila permintaan buruh meningkat, kadar pengangguran akan berkurangan (Rajah 1.1).

3

Rajah 1.1: Dasar-Dasar Kerajaan, Permintaan Agregat, Inflasi dan PengganguranPendapatan aggregat Penggunaan domestik Permintaan aggregat Tingkat harga umum Penawaran aggregat Kadar inflasi

Dasar kerajaan Dasar fiskal - Dasar fiskal mengembang - Dasar fiskal menguncup Dasar kewangan - Dasar kewangan mengembang - Dasar kewangan menguncup

Permintaan buruh

Kadar pengganguran

Dasar kewangan mengembang akau menguncup dilaksanakan oleh kerajaan berdasarkan kepada keperluan ekonomi semasa akibat daripada perubahan aktiviti ekonomi pada peringkat domestik atau antarabangsa. Ia merupakan tindakbalas bank pusat (Bank Negara Malaysia) dalam mengatasai atau untuk berhadapan dengan jangkaan ekonomi yang akan berlaku. Contoh jika kadar bunga di pasaran antarabangsa meningkat, akan menyebabkan berlaku aliran keluar modal dari Malaysia ke luar negara. Untuk mengatasi masalah ini bank pusat perlu menjalankan dasar kewangan yang bersesuaian supaya kadar bunga domistik boleh meningkat. Antara langka yang boleh ambil ialah dengan cara meningkatkan nisbah rizab berkanan. Ini kerana apabila nisbah rizab berkanun meningkat, penawaran wang domestik (wang dalam edaran) akan berkurangan yang akhirnya akan menyebabkan kadar bunga meningkat. Walaupun langkah tersebut memberi kesan positif dari segi mengurangkan aliran keluar modal, namun ia juga akan memberi kesan negatif kerana jika kadar bunga meningkat, menyebabkan tingkat pelaburan akan jatuh, yang menyebabkan pendapatan berkurangan, akhirnya permintaan aggregat juga berkurangan. Dalam jangka masa panjang, penawaran aggregat juga akan berkurangan (akibat daripada kejatuhan dalam permintaan aggregat), yang akan menyebabkan kadar pengganguran meningkat (untuk mengurangkan penawaran aggregat, permintaan buruh akan dikurangkan). Ringkasnya dasar kerajaan samada dasar kewangan atau fiskal akan memberi kesan positif dalam jangka masa pendik tetapi boleh memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Sehubungan itu, kerajaan terutamanya melalui dasar kewangan akan sentiasa campur tangan dalam ekonomi untuk mengurang kesan negatif kepada ekonomi akibat daripada perubahan ekonomi domestik atau antarabangsa atau akibat daripada (kesan negatif) dasar kewangan yang telah dijalankan sebelum ini. Dasar fiskal pula biasanya dijalankan oleh kerajaan selepas kerajaan merangka pelan perancangan pembangunan negara. Contohnya seperti rancangan pembangunan di Malaysia yang boleh dibahagikan kepada tiga berdasarkan kepada jangka masa perancangan tersebut. Rangka rancangan jangka panjang, rancangan pembangunan lima tahun negara dan bajet tahunan (dulu dikenali sebagai belanjawan tahunan).

4

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Jadual 1.1: Perancangan Nasional: Malaysia, 1950-2010 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang/ Dasar Nasional Tahun 1950-1955 1956-1960 1961-1965 1966-1970 1971-1975 1976-1980 1981-1985 1986-1990 1991-1995 1996-2000 2001-2005 2006-2010 Rancangan Pembangunan Lima Tahun Draf Rancangan Pembangunan Malaya Rancangan Malaya Pertama Rancangan Malaya Kedua Rancangan Malaysia Pertama Rancangan Malaysia Kedua Rancangan Malaysia Ketiga Rancangan Malaysia Keempat Rancangan Malaysia Kelima Rancangan Malaysia Keenam Rancangan Malaysia Ketujuh Rancangan Malaysia Kelapan Rancangan Malaysia Kesembilan

RRJP1 Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) RRJP2 Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) RRJP3 Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

KOMPONEN MAKROEKONOMI Kajian makroekonomi terbahagi kepada empat pasaran iaitu; a. Pasaran barang b. Pasaran wang c. Pasaran buruh d. Pasaran harta Pasaran barang meliputi permintaan dan penawaran barang-barang termasuk perkhidmatan. Komponen pasaran dalam ekonomi dua sektor (isirumah dan firma) meliputi; Pengunaan C = a + bY; Tabungan S = -a + (1 b)Y; dan Pelaburan I = Io; I = d - vr. Dalam ekonomi tiga sektor, ia melibatkan tambahan komponen perbelanjaan kerajaan G = Go dan cukai. Jika cukai adalah tetap T = To dan jika cukai adalah berkadar T = tY. Manakala dalam ekonomi empat sektor pasaran barang termasuk komponen eksport X = Xo dan import. Jika import adalah tetap M = Mo. Manakala jika import berkadar M = mY dan jika import adalah kombinasi tetap dan berkadar M = Mo + mY. Komponen pasaran wang meliputi permintaan dan penawaran wang. Ia meliputi permintaan wang untuk tujuan urusniaga M dt = kY; spekulasi Mds = e hr dan untuk tujuan awasan Mdc = qY. Penawaran wang (wang dalam edaran) adalah tetap dan ditentukan oleh dasar kerajan. Dalam keseimbangan kuantiti penawaran wang bersamaan dengan permintaan wang Ms = Md Pasaran buruh meliputi permintaan dan penawaran buruh di pasaran yang kemudiannya akan menentukan tingkat upah keseimbangan, keluaran marginal buruh, upah wang dan upah benar (upah wang dibahagikan dengan tingkat harga umum). Manakala pasaran harga meliputi permintaan dan

5

penawaran harta di pasaran (tidak dibincangkan dan dianggap sebahagian daripada pasaran barang dibincangan pada kursus peringkat siswazah ekonomi). Setiap pasaran berhubungkait antara satu sama lain dan dihubungkan dengan pendapatan (Y), kadar bunga (r) dan tingkat harga umum (P). Keseimbangan serentak dalam semua pasaran akan menentukan keseimbangan pendapatan aggregat, kadar bunga, tingkat harga umum, imbangan pembayaran dan kadar pertukaran. KAEDAH MAKROEKONOMI Komponen makroekonomi boleh diringkaskan dalam bentuk fungsi, persamaan dan gambarajah (graf). Contoh seperti fungsi penggunaan C = f(Y) atau pelaburan I = f(r). Ia bermaksud penggunan (C) bergantung kepada (ditentukan oleh) tingkat pendapatan atau pelaburan (I) bergantung kepada tingkat kadar bunga (r). Dalam bentuk persamaan C = a + bY, a merujuk kepada satu angka autonomi dan b ialah satu pekali. Ia menerangkan jika Y = 0, C = a dan b merupakan satu pekali yang menerangkan berapa banyak C akan berubah jika Y berubah. Penanda + bermaksud jika Y meningkat C juga akan meningkat. Dalam makroekonomi, persamaan diatas merujuk kepada persamaan penggunan (C). Ia menerangkan jika pendapatan bersamaan dengan sifar, pengguaan ialah sebanyak a iaitu penggunaan autonomi dan jika pendapatan meningkat sebanyak satu unit, penggunaan akan meningkat sebanyak b, b merujuk kepada kecenderungan mengguna marginal. Contoh jika C = 10 + 0.6Y, ia bermaksud jika pendapatan bersamaan dengan sifar, penggunaan adalah sebanyak 10. Jika pendapatan meningkat sebanyak satu unit, penggunan akan meningkat sebanyak 0.6 unit, jika pendapatan meningkat sebanyak 10 unit, penggunaan akan meningkat sebanyak 6 unit dan seterusnya. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi (Mds), secara fungsi Mds = f(r) bermaksud permintaan wang untuk tujuan spekulasi ditentukan oleh kadar bunga. Dalam bentuk persamaan Mds = e - hr, bermaksud jika kadar bunga sifar, permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah sebanyak e dan jika kadar bunga meningkat sebanyak satu unit, permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurangan sebanyak h unit (tanda bermaksud jika r meningkat Mds akan berkurangan). Contoh yang lain seperti fungsi import berkadar M = f(Y), bermaksud import ditentukan oleh pendapatan. Dalam bentuk persamaan M = mY, iaitu jika pendapatan (Y) meningkat import akan meningkat sebanyak m unit, jika pendapatan sifar, import juga adalah sifar (tiada import autonomi). Secara gambarajah, jika diberi fungsi C = f(Y) dalam anika bentuk persamaan, ia boleh diplotkan dalam betuk-bentuk graf seperti Rajah 1.2 dan 1.3.

6

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Rajah 1.2: Contoh Persamaan dan Graf (simbol)C = a + bY C C = bY C = -a + bY

C = C0 C = a - bY Y

C = - bY C = - C0 C C = - a - bY

Rajah 1.3: Contoh Persamaan dan Graf (berangka)C = 15 + 0.5Y C C = 0.5Y 20 C = -5 + 0.5Y 15 10 C = 10 C = 20 - 0.5Y Y -5 -6 -10 C C = - 0.5Y C = - 10 C = - 6 - 0.5Y

7

LATIHAN 1 1. Apa itu makroekonomi? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi, deflasi (stagflasion) dan bincangkan bagaimana ia boleh berlaku dan stagflasi

3. Apakah hubungan antara dua masalah utama makroekonomi berikut, pengganguran dan inflasi 4. Lukis (plot) graf yang berasingan untuk persamaan-persamaan berikut jika komponen tersebut berfungsi kepada Y; [ _ = f(Y)] Penggunaan C = a + bY ; (C = 30 + 0.6Y) Tabungan S = -a + (1 - b)Y ; (S = - 30 + 0.4Y) Pelaburan I = Io (I = 20) Perbelanjaan kerajaan G = Go ; (G = 10) Cukai tetap T = To ; (T = 5) Cukai berkadar T = tY ; (T = 0.2Y) Eksport X = Xo ; (X = 9) Import tetap M = Mo ; (M = 7) Import berkadar M = mY ; (M = 0.1Y) Import tetap dan berkadar M = Mo + mY ; (M = 6 + 0.6Y) Permintaan wang untuk tujuan urusniaga Mdt = kY ; (Mdt = 0.3Y) Permintaan wang untuk tujuan awasan Mdc = qY ; (Mdc = 0.2Y) 5. Lukis (plot) graf yang berasingan untuk persamaan-persamaan berikut jika komponen tersebut berfungsi kepada r; [ _ = f(r)] Pelaburan I = d - vr ; (I = 20 0.3r) Permintaan wang untuk tujuan spekulasi Mds = e hr ; (Mds = 12 0.6r)

8

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

9

10

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

BAB DUA PERAKAUNAN DAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARAPENDAPATAN, PERBELANJAAN DAN KELUARAN NEGARA Pendapatan negara merujuk kepada jumlah semua barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara, biasanya dalam tempoh setahun. Dalam ekonomi dua sektor yang meliputi sektor isirumah dan firma, aliran pendapatan, perbelanjaan dan keluaran negara boleh diringkaskan seperti rajah di bawah. Isirumah merupakan pemilik pengusaha dan tanah) . Firma untuk menghasilkan keluaran pengeluaran adan mendapat keuntungan dan sewa. faktor-faktor pengeluaran (buruh, modal, menggunakan faktor-faktor pengeluaran ini (barang atau perkhidmatan). Pemilik faktor pendapatan dalam bentuk upah, faedah,

Rajah 2.1: Aliran Pendapatan, Perbelanjaan dan Keluaran Negara

Aliran faktor-faktor pengeluaran

Aliran pendapatan kpd faktor pengeluaran

Isirumah

Firma

Aliran perbelanjaan isirumah Aliran keluaran firma

Mengapa hanya terdapat tiga kaedah mengira pendapatan negara? Ia dibuktikan dari rajah di atas, iaitu tiga kaedah mengira pendapatan negara ialah dengan mencampurkan semua pendapatan kepada faktor-faktor pengeluaran atau dengan cara mencampurkan semua perbelanjaan isirumah-isirumah atau dengan mencampurkan semua keluaran akhir firmafirma. Oleh sebab itu, ketiga-tiga kaedah akan memberi jawapan yang sama Secara ringkas, aliran pendapatan = pendapatan aggregate (AY) dan aliran perbelanjaan juga = perbelanjaan aggregate (AE) atau permintaan aggregate (AD). Aliran keluaran = penawaran aggregate (AS). Oleh itu dalam keseimbangan; AE = AY atau AD = AS.

11

Keluaran negara boleh dibahagikan kepada lapan konsep keluaran negara iaitu: a. Keluaran b. Keluaran c. Keluaran d. Keluaran e. Keluaran f. Keluaran g. Keluaran h. Keluaran dalam negara kasar pada harga pasaran (KDNKhp) Dalam Negara Kasar pada kos faktor (KDNKkf) Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) Negara Kasar pada kos faktor (KNKkf) Dalam Negara Bersih pada harga pasaran (KDNBhp) Dalam Negara Bersih pada kos faktor (KDNBkf) Negara Bersih pada harga pasaran (KNBhp) Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf)

Kelapan-lapan konsep ini dibezakan oleh tiga konsep penting iaitu: a. susut nilai membezakan konsep kasar dan bersih. b. cukai tidak langsung bersih (CTLB) membezakan konsep keluaran pada harga pasaran dan keluaran pada kos faktor. Cukai tidak langsung menambah harga pasaran manakala subsidi mengurangkan harga pasaran. CTLB ialah CTL subsidi c. pembayaran pendapatan faktor bersih keluar negara (PFBLN) membezakan konsep keluaran negara dengan konsep keluaran dalam negara. PFBLN ialah pembayaran kepada faktor pengeluaran milik pemastautin tempatan di luar negara ditolak dengan pembayaran faktor pengeluaran milik pemastautin asing di dalam negara. Contoh KDNKhp CTLB = KDNKkf (atau KDNKkf + CTLB = KDNKhp) KDNKhp susutnilai = KDNBhp (atau KDNBhp + susutnilai = KDNKhp) KDNKhp PFBLN = KNKhp (atau KNKhp + PFBLN = KDNKhp) Jika diberi KDNKhp, terdapat beberapa kaedah untuk mengira KNBkf iaitu; KDNKhp KDNKhp KDNKhp KDNKhp CTLB = KDNKkf PFBLN = KNKkf susutnilai = KNBkf susutnilai = KDNBhp PFBLN = KNBhp CTLB = KNBkf PFBLN = KNKhp CTLB = KNKkf susutnilai = KNBkf susutnilai = KDNBhp CTLB = KDNBkf PFBLN = KDNkf

12

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Rajah 2.2: Hubungan Antara Konsep-Konsep Keluaran Negara- susutnilai KDNKhp - CTLB

KDNBhp - CTLB

- PFBLN

KDNKkf

- susutnilai KNKhp - PFBLN - PFBLN KDNBkf

S

- PFBLN - susutnilai - CTLB KNBhp KNKkf

- CTLB

KNBkf

- susutnilai

Sumber: Osman Rani. Analisis Pendapatan Negara. Kuala Lumpur: DBP. ms.33

FUNGSI, PERSAMAAN DAN GRAF Penggunaan, Tabungan dan Pelaburan Pendapatan (Y) isirumah (pemilik faktor-faktor pengeluaran) digunakan untuk dua tujuan, penggunaan (C) dan tabungan (S), secara ringkas Y = C + S. Diandaikan semua tabungan isirumah kemudiannya akan disalurkan untuk tujuan pelaburan (I). Penggunaan merupakan perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isirumah. Penggunaan ditentukan oleh tingkat pendapatan, C = f(Y), dan berhubung secara positif oleh pendapatan bermaksud jika pendapatan meningkat, penggunaan juga akan meningkat. Persamaan penggunaan C = a + bY. Pintasan a yang positif merujuk kepada penggunaan autonomi jika pendapatan bersamaan dengan sifar manakala pekali b merujuk kepada kencenderungan mengguna marginal (KCM) jika pendapatan meningkat. Baki pendapatan yang tidak digunakan untuk tujuan penggunaan akan ditabungkan. Oleh itu S = f(Y) dan berhubung secara positif oleh pendapatan bermaksud jika pendapatan meningkat, tabungan juga akan meningkat. Persamaan tabungan S = -a + (1-b)Y. Pintasan -a yang negatif merujuk kepada tabungan autonomi apabila pendapatan bersamaan dengan sifar manakala pekali (1-b) merujuk kepada kencenderungan menabung marginal (KSM) jika pendapatan meningkat. Jika KCM = 0.6 maka KSM akan

13

bersamaan dengan = 0.4 kerana KCM + KSM akan sentiasa = 1. Contoh jika pendapatan isirumah meningkat sebanyak 100 ribu dan kecenderungan menguna merginal ialah 0.6 dari peningkatan pendapatan. Oleh itu, 60 ribu akan digunakan untuk penggunaan dan bakinya 40 ribu akan digunakan untuk tabungan (KSM = 0.4). Rajah 2.3: Hubungan Antara Penggunaan dan Tabungan CAC = AY

C = a + bY a

Y1

YS = -a + (1-b)Y

S

Y1 -a

Y

Pada tingkat keseimbangan, penggunaan aggregat (AC) bersamaan dengan pendapatan aggregat (AY). Pada tingkat pendapatan Y1 semua pendapatan digunakan untuk tujuan penggunaan oleh itu tabungan adalah sifar. Pada tingkat pendapatan lebih besar dari penggunaan (lebih besar dari Y 1), tabungan akan menjadi positif. Sebaliknya pada tingkat pendapatan lebih kecil dari penggunaan (lebih kecil dari Y1), tabungan akan menjadi negatif. Jika pendapatan sifar, penggunaan akan bersamaan dengan a dan tabunan sebanyak -a. Tingkat tabungan menentukan tingkat pelaburan dan tabungan dipengaruhi oleh tingkat pendapatan manakala pelaburan tidak ditentukan oleh tingkat pendapatan (I = I0; ) tetapi ditentukan oleh tingkat kadar bunga (I = d - vr). Pada tingkat kadar bunga yang tinggi aktiviti pelaburan akan berkurangan kerana kos meminjam wang yang tinggi. Selain itu, keuntungan (dari kadar faedah) dan risiko membuat tabungan yang lebih menarik dari keuntungan dan risiko membuat pelaburan.

14

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Rajah 2.4: Hubungan Antara Pelaburan dengan Pendapatan dan Pelaburan dengan Kadar Bunga I

I

I = d - vr I = I0

Y

r

Pelaburan adalah tetap bermaksud ia tidak dipengaruhi oleh pendapatan, sebaliknya pelaburan dipengaruhi secara negative dengan kadar bunga; I = d - vr Dalam ekonomi dua sektor (sektor isirumah & firma), Y = C + S, semua pendapatan (Y) yang diterima digunakan untuk dua tujuan iaitu penggunaan (C) dan tabungan (S). Semua tabungan kemudiannya digunakan untuk pelaburan (I). Y = C + S; atau Y = C + I, oleh itu dalam keseimbangan I = S Rajah 2.4: Hubungan Antara Tabungan dan Pelaburan I I = d - vr S1 I0

S

S = -a + (1-b)Y

Y1

Y

r1

r

Pada tingkat pendapatan Y1 dan kadar bunga r1 tabungan bersamaan dengan S1 dan pelaburan bersamaan dengan I1 (I = S). Perubahan penggunaan boleh berlaku jika penggunaan autonomi berubah, atau juka KCM berubah atau jika kedua-duanya berubah. Oleh kerana penggunaan berhubung secara langsung dengan tabungan, jika penggunaan berubah, tabungan juga akan berubah. Jika penggunaan autonomi berubah, tabungan autonomi juga akan berubah, jika KCM berubah KSM juga akan berubah (Rajah 2.5 dan 2.6).

15

Rajah 2.5: Perubahan Penggunaann

C Perubahan penggunaan autonomi C1 = a1 + bY

C Perubahan kecenderungan mengguna marginal C1 = a + b1Y C0 = a0 + bY a1 a0 C0 = a + b0Y

Y

Y

C

Perubahan penggunaan autonomi dan kecenderungan mengguna marginal

C1 = a1 + b1Y

a1 a0

C0 = a0 + b0Y

Y

16

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Rajah 2.6: Perubahan Tabungan

S Perubahan tabungan autonomi S1 = -a1 + (1-b)Y

S Perubahan kecenderungan menabung marginal S1 = -a + (1-b1)Y

Y -a1 -a0 S0 = -a0 + (1-b)Y S0 = -a + (1-b0)Y

Y

S Perubahan tabungan autonomi dan kecenderungan menabung marginal S1 = -a1 + (1-b1)Y

Y -a1 -a0 S0 = -a0 + (1-b0)Y

17

Pelaburan, I = f(r), merupakan satu fungsi autonomi, ia tidak bergantung kepada tingkat pendapatan tetapi ditentukan oleh tingkat kadar bunga, I = d - vr. Nilai d ialah pelaburan autonomi jika kadar bunga sifar. Pekali v mengukur kepada perubahan pelaburan jika r berubah yang berhubung secara negatif, ia merujuk kepada kecenderungan melabur marginal (KIC). Rajah 2.7: Perubahan Pelaburan

I Perubahan pelaburan autonomi

I

Perubahan pelaburan autonomi

I1 = Io I0 = d0 - vr I0 = Io Y

I1 = d1 - vr

r

I Perubahan kadar bunga dan pelaburan

I

Perubahan kepekaan pelaburan terhadap kadar bunga I1 = d0 - v1r

I0

I1

I0 = d0 - v0r

r0

r1

r

r

18

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Perubahan Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai Perbelanjaan kerajaan (G) merupakan satu fungsi autonomi, ia tidak bergantung kepada tingkat pendapatan. Manakala cukai (T) boleh menjadi satu fungsi autonomi atau bergantung (berkadar) kepada tingkat pendapatan, T = f(Y), T = tY. Pekali t akan menentukan berapa banyak cukai akan meningkat jika pendapatan meningkat. Rajah 2.8: Perubahan Perbelanjaan Kerajaan dan CukaiG

G1 = Go

G0 = Go

Y

Perubahan cukaiT T Perubahan cukai tetap (autonomi) Perubahan cukai berkadar T1 = To T1 = t1Y T0 = To Y Y T0 = t0Y

19

Perubahan Eksport dan Import Eksport (X) merupakan satu fungsi autonomi, ia tidak bergantung kepada tingkat pendapatan. Manakala import (M) boleh menjadi satu fungsi autonomi atau bergantung (berkadar) kepada tingkat pendapatan, M = f(Y), M = mY. Pekali m akan menentukan berapa banyak import akan meningkat jika pendapatan meningkat. Import juga boleh mendai gabungan antara import autonomi dan berkadar, M = Mo + mY. Rajah 2.9: Perubahan Eksport dan ImportX Perubahan export Perubahan import tetap

X1 = Xo X0 = Xo

M1 = Mo M0 = Mo

Y

Y

M Perubahan import berkadar

M Perubahan import tetap dan berkadar M1 = M1 + m1Y

M1 = m1Y

M0 = m0Y

M0 = Mo + m0Y

Y

Y

20

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Keseimbangan Pendapatan Negara Pengunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) merupakan satu fungsi suntikan, iaitu satu pembolehubah makro yang berhubung secara positif dengan tingkat pendapatan. Manakala tabungan (S), cukai (T) dan import (M) merupakan satu fungsi bocoran, iaitu satu pembolehubah makro yang berhubung secara negatif dengan tingkat pendapatan. Jika nilai pembolehubah suntikan meningkat dalam keadaan nilai pembolehubah bocoran yang tetap, pendapatan juga akan meningkat. Sebaliknya jika nilai pembolehubah bocoran meningkat dalam keadaan nilai pembolehubah suntikan yang tetap, pendapatan akan berkurangan. Ekonomi negara berada dalam keseimbangan apabila pendapatan aggregat bersamaan dengan perbelanjaan aggregat (AY = AE) atau apabila suntikan bersamaan dengan bocoran. Keseimbangan ekonomi boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti di bawah; a. Dalam ekonomi dua sektor apabila Y = C + I iaitu apabila I = S

b. Dalam ekonomi tiga sektor jika tiada cukai, Y = C + I + G iaitu apabila I + G=S c. Dalam ekonomi tiga sektor jika tiada perbelanjaan kerajaan, Y = C + I iaitu apabila I = S + T. TIGA keadaan boleh berlaku bergantung kepada jenis cukai; c1. jika cukai tetap (T = To) c2. jika cukai berkadar (T = tY) c3. jika ada cukai tetap (T = To) dan cukai berkadar (T = tY)

d. Dalam ekonomi tiga sektor jika ada perbelanjaan dan cukai, Y = C + I + G iaitu apabila I + G = S + T. TIGA keadaan boleh berlaku bergantung kepada jenis cukai; d1. jika cukai tetap (T = To) d2. jika cukai berkadar (T = tY) d3. jika ada cukai tetap (T = To) dan cukai berkadar (T = tY) e. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada import, Y = C + I + G + X iaitu apablia I + G + X = S + T. TIGA keadaan boleh berlaku bergantung kepada jenis cukai; e1. jika cukai tetap (T = To) e2. jika cukai berkadar (T = tY) e3. jika ada cukai tetap (T = To) dan cukai berkadar (T = tY) Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M. SEMBILAN keadaan boleh berlaku bergantung kepada jenis cukai dan jenis import; f1. jika cukai tetap dan import tetap (T = To ; M = Mo) f2. jika cukai tetap dan import berkadar (T = To ; M = mY) f3. jika cukai tetap dan import tetap dan berkadar (T = To ; M = Mo + mY) f4. jika cukai berkadar dan import tetap (T = tY ; M = Mo) f5. jika cukai berkadar dan import berkadar (T = tY ; M = mY)

f.

21

f6. jika cukai berkadar dan import tetap dan berkadar (T = tY ; M = Mo + mY) f7. jika cukai tetap dan berkadar, dan import tetap (T = To + tY; M = Mo) f8. jika cukai tetap dan berkadar, dan import berkadar (T = To + tY; M = mY) f9. jika cukai tetap dan berkadar, dan import tetap dan berkadar (T = To + tY; M = Mo + mY) g. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M. SEMBILAN keadaan boleh berlaku bergantung kepada jenis cukai dan jenis import; g1. jika cukai tetap dan import tetap (T = To ; M = Mo) g2. jika cukai tetap dan import berkadar (T = To ; M = mY) g3. jika cukai tetap dan import tetap dan berkadar (T = To ; M = Mo + mY) g4. jika cukai berkadar dan import tetap (T = tY ; M = Mo) g5. jika cukai berkadar dan import berkadar (T = tY ; M = mY) g6. jika cukai berkadar dan import tetap dan berkadar (T = tY ; M = Mo + mY) g7. jika cukai tetap dan berkadar, dan import tetap (T = To + tY; M = Mo) g8. jika cukai tetap dan berkadar, dan import berkadar (T = To + tY; M = mY) g9. jika cukai tetap dan berkadar, dan import tetap dan berkadar (T = To + tY; M = Mo + mY)

22

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

a. Dalam ekonomi dua sektor apabila Y = C + I iaitu apabila I = S Pada tingkat pendapatan Y0 semua pendapatan digunakan untuk tujuan penggunaan oleh itu tabungan adalah sifar. Keseimbangan ekonomi dua sektor tercapai apabila Y = C + I iaitu apabila I = S pada tingkat pendapatan Y 1. Rajah 2.10: Keseimbangan Ekonomi Dua SektorAE = AY AE AE = C + I

C

Y0 S, I

Y1 S

AY

I

Y0

Y1

Y

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y0 bersamaan dengan; C = a + bY dan I = Io Oleh itu; Y = C + Io Y = a + bY + Io Y - bY = a + Io Y(1 - b) = a + Io Y = a + Io (1 - b)

23

b. Dalam ekonomi tiga sektor jika tiada cukai, Y = C + I + G iaitu apabila I + G=S Keseimbangan ekonomi dua sektor ialah pada tingkat Y 0 manakala keseimbangan ekonomi tiga sektor jika tiada cukai tercapai apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S pada tingkat pendapatan Y1. Rajah 2.11: Keseimbangan Pendapatan Negara Tiga Sektor Jika Tiada CukaiAE AE = AY AE1 = C + I + G AE0 = C + I

Y0

Y1 S

AY

S, I, G I+G I

Y0

Y1

Y

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y1 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io dan G = Go Oleh itu; Y = C + Io + Go Y = a + bY + Io + Go Y - bY = a + Io + Go Y(1 - b) = a + Io + Go Y = a + Io + Go (1 - b)

24

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

c1. Dalam ekonomi tiga sektor jika tiada perbelanjaan kerajaan, Y = C + I iaitu apabila I = S + T; jika cukai tetap (T = To) Keseimbangan ekonomi dua sektor ialah pada tingkat Y 0 manakala keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap tercapai apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S + T pada tingkat pendapatan Y1. Rajah 2.12: Keseimbangan Pendapatan Negara Tiga Sektor Jika Tiada Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai TetapAE AE = AY

AE0 = C0 + I AE1 = C1 + I

Y1

Y0 S+T

AY

S, I, T

S I

Y1

Y0

Y

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y1 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io dan T = To Oleh itu; Y = C + Io Y = a + b(Y - To) + Io Y = a + bY - bTo + Io Y - bY = a + Io - bTo Y(1 - b) = a + Io - bTo Y = a + Io - bTo (1 - b)

25

c2. Dalam ekonomi tiga sektor jika tiada perbelanjaan kerajaan, Y = C + I iaitu apabila I = S + T; jika cukai tetap (T = tY) Keseimbangan ekonomi dua sektor ialah pada tingkat Y 0 manakala keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap tercapai apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S + T pada tingkat pendapatan Y1. Rajah 2.13: Keseimbangan Pendapatan Negara Tiga Sektor Jika Tiada Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai BerkadarAE AE = AY

AE0 = C0 + I

AE1 = C1 + I

Y1 Y0

AY S+T S

S, I, T I

Y1 Y0

Y

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y1 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io dan T = tY Oleh itu; Y = C + Io Y = a + b(Y - tY) + Io Y = a + bY - btY + Io Y - bY + btY = a + Io Y[(1 - b) + bt] = a + Io Y = a + Io____ (1 b) + bt

26

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

c3. Dalam ekonomi tiga sektor jika tiada perbelanjaan kerajaan, Y = C + I iaitu apabila I = S + T; jika cukai tetap dan berkadar (T = To + tY) Keseimbangan ekonomi dua sektor ialah pada tingkat Y 0 manakala keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap tercapai apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S + T pada tingkat pendapatan Y1. Rajah 2.14: Keseimbangan Pendapatan Negara Tiga Sektor Jika Tiada Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai Tetap dan BerkadarAE AE = AY AE0 = C0 + I

AE1 = C1 + I

Y1

Y0 S+T

AY

S, I, T S I

Y1

Y0

Y

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y1 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + Io Y = a + b[Y - (To + tY)] + Io Y = a + bY - bT0 + btY + Io Y - bY - btY = a + Io - bTo Y[(1 - b) + bt] = a + Io - bTo Y = a + Io_- bTo (1 - b) + bt

27

d1. Dalam ekonomi tiga sektor jika ada perbelanjaan dan cukai, Y = C + I + G iaitu apabila I + G = S + T. TIGA keadaan boleh berlaku bergantung kepada jenis cukai; jika cukai tetap (T = To) Keseimbangan ekonomi tiga sektor ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S + T. Jika terdapat cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y 1. Rajah 2.15: Keseimbangan Pendapatan Negara Tiga Sektor Jika Ada Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai TetapAE AE = AY AE0 = C0 + I + G

AE1 = C1 + I + G

Y1

Y0

AY

S+T S, I, G, T S

I+G

Y1

Y0

Y

28

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y1 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go dan T = To Oleh itu; Y = C + Io + Go Y = a + b(Y - To) + Io + Go Y = a + bY - bTo + Io + Go Y - bY = a + Io + Go - bT Y(1 - b) = a + Io + Go - bTo Y = a + Io + Go - bTo (1 - b)

29

d2. Dalam ekonomi tiga sektor jika ada perbelanjaan dan cukai, Y = C + I + G iaitu apabila I + G = S + T. TIGA keadaan boleh berlaku bergantung kepada jenis cukai; jika cukai berkadar (T = tY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S + T. Jika terdapat cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y 1. Rajah 2.16: Keseimbangan Pendapatan Negara Tiga Sektor Jika Ada Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai BerkadarAE AE = AY AE0 = C0 + I + G

AE1 = C1 + I + G

Y1

Y0 S+T

AY

S, I, G, T S

I+G

Y1

Y0

Y

30

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y1 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go dan T = tY Oleh itu; Y = C + Io + Go Y = a + b(Y tY) + Io + Go Y = a + bY btY + Io + Go Y - bY - btY = a + Io + Go Y[(1 - b) + bt] = a + Io + Go Y = a + Io + Go_ (1 - b) + bt

31

d3. Dalam ekonomi tiga sektor jika ada perbelanjaan dan cukai, Y = C + I + G iaitu apabila I + G = S + T. TIGA keadaan boleh berlaku bergantung kepada jenis cukai; jika cukai tetap dan berkadar (T = To + tY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S + T. Jika terdapat cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y 1. Rajah 2.17: Keseimbangan Pendapatan Negara Tiga Sektor Jika Ada Perbelanjaan Kerajaan dan Cukai Tetap dan BerkadarAE AE = AY AE0 = C0 + I + G

AE1 = C1 + I + G

Y1

Y0 S+T

AY

S, I, G, T

S I+G

Y1

Y0

Y

32

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y1 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io, G = Go dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + Io + Go Y = a + b[Y - (To + tY)] + Io + Go Y = a + bY bT0 + btY + Io + Go Y - bY - btY = a + Io + Go - bTo Y[(1 - b) + bt] = a + Io + Go - bTo Y = a + Io_+ Go - bTo (1 - b) + bt

33

e1. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada import, Y = C + I + G + X iaitu apablia I + G + X = S + T; jika cukai tetap (T = To) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor, tanpa cukai dan import ialah pada Y1 apabila Y = C + I + G + M itu apabila I + G + M = S. Jika terdapat cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y1 iaitu apabila I + G + M = S + T. Rajah 2.18: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Import dan Cukai TetapAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE2 = C1 + I + G + X AE0 = C0 + I + G

Y0 Y2

Y1

AY

S+T S, I, G, T, X S

I+G+X I+G

Y0 Y2 Y1

Y

34

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo dan T = To Oleh itu; Y = C + I + Go + Xo Y = a + b(Y- To) + Io + Go + Xo Y = a + bY - bT0 + Io + Go + Xo Y - bY = a + Io + Go + Xo - bTo Y(1 - b) = a + Io + Go + X0 - bTo Y = a + Io + Go + Xo - bTo (1 - b)

35

e2. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada import, Y = C + I + G + X iaitu apablia I + G + X = S + T; jika cukai berkadar (T = tY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor, tanpa cukai dan import ialah pada Y1 apabila Y = C + I + G + M itu apabila I + G + M = S. Jika terdapat cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y1 iaitu apabila I + G + M = S + T. Rajah 2.19: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Import dan Cukai BerkadarAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE2 = C1 + I + G + X AE0 = C0 + I + G

Y0 Y2

Y1

AY S+T

S, I, G, T, X

S

I+G+X I+G

Y0 Y2 Y1

Y

36

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo dan T = tY Oleh itu; Y = C + I + Go + Xo Y = a + b(Y - tY ) + Io + Go + Xo Y = a + bY - btY + Io + Go + Xo Y - bY + btY = a + Io + Go + Xo Y[(1 - b) + bt] = a + Io + Go + Xo Y = a + Io + Go + Xo (1 b) + bt

37

e3. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada import, Y = C + I + G + X iaitu apablia I + G + X = S + T; jika cukai tetap dan berkadar (T = To + tY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor, tanpa cukai dan import ialah pada Y1 apabila Y = C + I + G + M itu apabila I + G + M = S. Jika terdapat cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y1 iaitu apabila I + G + M = S + T. Rajah 2.20: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Import dan Cukai Tetap dan BerkadarAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE2 = C1 + I + G + X AE0 = C0 + I + G

Y0 Y2

Y1

AY S+T

S, I, G, T, X

S

I+G+X I+G

Y0 Y2 Y1

Y

38

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + I + Go + Xo Y = a + b[Y - (To + tY )] + Io + Go + Xo Y = a + bY - bTo + btY + Io + Go + Xo Y - bY - btY = a + Io + Go + Xo - bTo Y[(1 - b) + bt] = a + Io + Go + Xo - bTo Y = a + Io + Go + Xo - bTo (1 b) + bt

39

f1. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai tetap dan import tetap (T = To ; M = Mo) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.21: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Tetap dan Import TetapAE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G AE2 = C1 + I + G - M

Y2 Y1

Y0

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S

I+G

Y2 Y1 Y0

Y

40

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = Mo dan T = To Oleh itu; Y = C + I + Go - Mo Y = a + b(Y - To) + Io + Go - Mo Y = a + bY - bTo + Io + Go - Mo Y - bY = a + Io + Go - Mo - bTo Y(1 - b) = a + Io + Go - Mo - bTo Y = a + Io + Go - Mo - bTo (1 - b)

41

f2. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai tetap dan import berkadar (T = To ; M = mY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.22: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Tetap dan Import BerkadarAE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G AE2 = C1 + I + G - M

Y2 Y1

Y0

AY

S, I, G, T, M S+T+M S+T S

I+G

Y2 Y1 Y0

Y

42

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = mY dan T = To Oleh itu; Y = C + I + Go - mY Y = a + b(Y - bTo) + Io + Go - mY Y = a + bY - bTo + Io + Go - mY Y - bY + mY = a + Io + Go - bTo Y(1 - b + m) = a + Io + Go - bTo Y = a + Io + Go - bTo (1 - b + m)

43

f3. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai tetap dan import tetap dan berkadar (T = To ; M = Mo + mY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah tetap dan berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.23: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Tetap dan Import Tetap dan BerkadarAE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G AE2 = C1 + I + G - M

Y2

Y1 Y0

AY

S, I, G, T, M

S+T+M

S+T S

I+G

Y2

Y1 Y0

Y

44

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = Mo + mY dan T = To Oleh itu; Y = C + I + Go - (Mo + mY) Y = a + b(Y - bTo) - (Mo + mY) Io + Go Y = a + bY - bTo - (Mo + mY) + Io + Go Y - bY + mY = a + Io + Go - Mo - bTo Y(1 - b + m) = a + Io + Go - Mo - bTo Y = a + Io + Go - Mo - bTo (1 - b + m)

45

f4. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai berkadar dan import tetap (T = tY ; M = Mo) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai berkadar ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.24: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Berkadar dan Import TetapAE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G AE2 = C1 + I + G - M

Y2 Y1

Y0

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S

I+G

Y2 Y1 Y0

Y

46

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = Mo dan T = tY Oleh itu; Y = C + I + Go - Mo Y = a + b(Y - tY) + Io + Go - Mo Y = a + bY - btY + Io + Go - Mo Y - bY + btY = a + Io + Go - Mo Y[(1 - b) + bt] = a + Io + Go - Mo Y = a + Io + Go - Mo (1- b) + bt

47

f5. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai berkadar dan import berkadar (T = tY ; M = mY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai berkadar ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.25: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Berkadar dan Import BerkadarAE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G AE2 = C1 + I + G - M

Y2 Y1 Y0

AY

S, I, G, T, M S+T+M S+T S

I+G

Y2 Y1 Y0

Y

48

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = mY dan T = tY Oleh itu; Y = C + I + Go - mY Y = a + b(Y - tY) + Io + Go - mY Y = a + bY - btY + Io + Go - mY Y - bY + btY + mY = a + Io + Go Y[(1 - b + m) + bt] = a + Io + Go Y = a + Io + Go (1 - b + m) + bt

49

f6. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai berkadar dan import tetap dan berkadar (T = tY ; M = Mo + mY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai berkadar ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah tetap dan berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.26: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Berkadar dan Import Tetap dan Berkadar [stop]AE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G

AE2 = C1 + I + G - M

Y2

Y1 Y0

AY

S, I, G, T, M

S+T+M S+T S I+G

Y2

Y1 Y0

Y

50

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = Mo + mY dan T = tY Oleh itu; Y = C + I + Go - (Mo + mY) Y = a + b(Y - tY) + Io + Go - (Mo + mY) Y = a + bY - btY + Io + Go - Mo - mY Y - bY + btY + mY = a + Io + Go - Mo Y[(1 - b + m) + bt] = a + Io + Go - Mo Y = a + Io + Go - Mo (1 - b + m) + bt

51

f7. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai tetap dan berkadar dan import tetap (T = To + tY ; M = Mo) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap dan berkadar ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.27: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Tetap dan Berkadar dan Import TetapAE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G AE2 = C1 + I + G - M

Y2 S, I, G, T, M

Y1

Y0

AY

S+T+M S+T S I+G

Y2 Y1

Y0

Y

52

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = Mo dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + I + Go - Mo Y = a + b(Y - To + tY) + Io + Go - Mo Y = a + bY - bT + btY + Io + Go - Mo Y - bY + btY = a + Io + Go - Mo - bTo Y[(1 - b) + bt] = a + Io + Go - Mo - bTo Y = a + Io + Go - Mo - bTo (1 - b ) + bt

53

f8. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai tetap dan berkadar dan import berkadar (T = To + tY ; M = mY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap dan berkadar ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.28: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Tetap dan Berkadar dan Import berkadarAE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G AE2 = C1 + I + G - M

Y2 Y1

Y0

AY

S, I, G, T, M

S+T+M S+T S I+G

Y2 Y1

Y0

Y

54

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = mY dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + I + Go - mY Y = a + b(Y - To + tY) + Io + Go - mY Y = a + bY - bT + btY + Io + Go - mY Y - bY + btY + my = a + To + Go - bTo Y[(1 - b + m) + bt] = a + To + Go - bTo Y = a + Io + Go - bTo (1 - b + m) + bt

55

f9. Dalam ekonomi empat sektor jika tiada eksport, Y = C + I + G - M iaitu apablia I + G = S + T + M; jika cukai tetap dan berkadar dan import tetap dan berkadar (T = To + tY ; M = Mo + mY) Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap dan berkadar ialah pada Y1 apabila I + G = S + T. Jika terdapat import dan import adalah tetap dan berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y2 iaitu apabila I + G = S + T + M. Rajah 2.29: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Tiada Eksport, Cukai Tetap dan Berkadar dan Import Tetap dab BerkadarAE AE = AY AE0 = C0 + I + G AE1 = C1 + I + G AE2 = C1 + I + G - M

Y2 Y1

Y0

AY

S, I, G, T, M

S+T+M S+T S I+G

Y2 Y1

Y0

Y

56

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y2 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; M = Mo + mY dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + I + Go - (Mo + mY) Y = a + b(Y - To + tY) + Io + Go - (Mo + mY) Y = a + bY - bT + btY + Io + Go - Mo - mY Y - bY + bTo + mY = a + Io + Go - Mo - bTo Y[(1 - b + m) + bt] = a + To + Go - Mo - bTo Y = a + Io + Go - Mo - bTo (1 - b + m) + bt

57

g1. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai tetap dan import tetap (T = To ; M = Mo). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai tetap dan import juga tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.30: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Tetap dan Import TetapAE AE = AY AE1 = C + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3 Y2 Y0 Y1

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S I+G+X I+G

Y3 Y2 Y0 Y1

Y

58

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = Mo dan T = To Oleh itu; Y = C + I + Go + (Xo - Mo) Y = a + b(Y - To) + Io + Go + Xo - Mo Y = a + bY - bTo + Io + Go + Xo - Mo Y - bY = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo Y(1 - b) = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo Y = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo (1 b)

59

g2. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai tetap dan import berkadar (T = To ; M = mY). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai tetap dan import berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.31: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Tetap dan Import BerkadarAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3 Y2 Y0 Y1

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S I+G+X I+G

Y3 Y2 Y0 Y1

Y

60

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = mY dan T = To Oleh itu; Y = C + I + Go + (Xo - mY) Y = a + b(Y - bTo) + Io + Go + (Xo - mY) Y = a + bY - bTo + Io + Go + Xo - mY Y - bY + mY = a + Io + Go + Xo - bTo Y(1- b + m) = a + Io + Go + Xo - bTo Y = a + Io + Go + Xo - bTo (1 - b + m)

61

g3. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai tetap dan import tetap dan berkadar (T = To ; M = Mo + mY). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai tetap dan import tetap dan berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.32: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Tetap, Import Tetap dan BerkadarAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X

AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3

Y2 Y0 Y1

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S I+G+X I+G

Y3

Y2 Y0 Y1

Y

62

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = Mo + mY dan T = To Oleh itu; Y = C + I + Go + [Xo - (Mo + mY)] Y = a + b(Y - bTo) + [Xo - (Mo + mY)] Io + Go Y = a + bY - bTo + [Xo - (Mo + mY)] + Io + Go Y - bY + mY = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo Y(1- b + m) = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo Y = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo (1 - b + m)

63

g4. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai berkadar dan import tetap (T = tY; M = Mo). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai berkadar dan import tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.33: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Berkadar dan Import TetapAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X

AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3 Y2 Y0

Y1

AY

S, I, G, T, M

S+T+M

S+T S I+G+X I+G

Y3 Y2 Y0

Y1

Y

64

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = Mo dan T = tY Oleh itu; Y = C + I + Go - Mo Y = a + b(Y - tY) + Io + Go + (Xo - Mo) Y = a + bY - btY + Io + Go + (Xo - Mo) Y - bY + btY = a + Io + Go + Xo - Mo Y[(1 - b )+ bt] = a + Io + Go + Xo Mo Y = a + Io + Go + Xo - Mo (1- b) + bt

65

g5. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai berkadar dan import berkadar (T = tY ; M = mY). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai berkadar dan import berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.34: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Berkadar dan Import BerkadarAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X

AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3 Y2 Y0

Y1

AY

S, I, G, T, M

S+T+M

S+T S I+G+X I+G

Y3 Y2 Y0

Y1

Y

66

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = mY dan T = tY Oleh itu; Y = C + I + Go + (Xo - mY) Y = a + b(Y - tY) + Io + Go + (Xo - mY) Y = a + bY - btY + Io + Go + Xo - mY Y - bY + btY + mY = a + Io + Go + Xo Y[(1 - b + m)+ bt] = a + Io + Go + Xo Y = a + Io + Go + Xo (1 - b + m) + bt

67

g6. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai berkadar dan import tetap dan berkadar (T = tY ; M = Mo + mY). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai berkadar dan import tetap dan berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.35: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Berkadar dan Import Tetap dan BerkadarAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X

AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3 Y2 Y0

Y1

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S I+G+X I+G

Y3 Y2 Y0

Y1

Y

68

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = Mo + mY dan T = tY Oleh itu; Y = C + I + Go + [Xo - (Mo + mY)] Y = a + b(Y - tY) + Io + Go + [Xo - (Mo + mY)] Y = a + bY - btY + Io + Go + Xo - Mo + mY Y - bY + btY + mY = a + Io + Go + Xo - Mo Y[(1 - b + m)+ bt] = a + Io + Go + Xo - Mo Y = a + Io + Go + Xo - Mo (1 - b + m) + bt

69

g7. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai tetap dan berkadar dan import tetap (T = To + tY; M = Mo). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai tetap dan berkadar dan import tetap, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.36: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Tetap dan Berkadar dan Import TetapAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X

AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3 Y2 Y0 Y1

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S I+G+X I+G

Y3 Y2 Y0 Y1

Y

70

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = Mo dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + I + Go + (Xo - Mo) Y = a + b[Y (To + tY)] + Io + Go + (Xo - Mo) Y = a + bY - bT + btY + Io + Go + Xo - Mo Y - bY + btY = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo Y[(1 b) + bt] = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo Y = a + Io + Go + Xo - Mo - bT (1 - b ) + bt

71

g8. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai tetap dan berkadar dan import berkadar (T = To + tY; M = mY). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y 0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai tetap dan berkadar dan import berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.37: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Tetap dan Berkadar dan Import BerkadarAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X

AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3 Y2 Y0 Y1

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S I+G+X I+G

Y3 Y2 Y0 Y1

Y

72

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = mY dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + I + Go - mY Y = a + b[Y - (To + tY)] + Io + Go + (Xo - mY) Y = a + bY - bTo - btY + Io + Go + Xo - mY Y - bY + btY + mY = a + Io + Go + Xo - bTo Y[(1 - b + m) +bt] = a + Io + Go + Xo - bTo Y = a + Io + Go + Xo - bTo (1 - b + m) + bt

73

g9. Dalam ekonomi empat sektor jika ada eksport dan import, Y = C + I + G + (X M) iaitu apablia I + G + X = S + T + M; jika cukai tetap dan berkadar dan import tetap dan berkadar (T = To + tY; M = Mo + mY). Keseimbangan ekonomi tiga sektor, tanpa cukai ialah pada tingkat Y0 apabila Y = C + I + G itu apabila I + G = S. Keseimbangan ekonomi empat sektor jika ada eksport tetap, tiada import dan cukai ialah di Y1 apabila I + G + X = S. Jika ada cukai dan cukai adalah tetap, keseimbangan ekonomi empat sektor tanpa import ialah di Y2 apabila I + G + X = S + T. Jika cukai tetap dan berkadar dan import tetap dan berkadar, keseimbangan pendapatan negara yang baru ialah pada tingkat pendapatan Y3 iaitu apabila I + G + X = S + T + M. Rajah 2.38: Keseimbangan Pendapatan Negara Empat Sektor Jika Ada Eksport, Cukai Tetap dan Berkadar dan Import Tetap dan BerkadarAE AE = AY AE1 = C0 + I + G + X AE0 = C0 + I + G AE2 = C1 + I + G + X

AE3 = C1 + I + G + (X M)

Y3

Y2 Y0 Y1

AY

S+T+M S, I, G, T, M S+T S I+G+X I+G

Y3 Y2 Y0 Y1

Y

74

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Secara pengiraan pendapatan negara pada tingkat Y3 bersamaan dengan; C = a + bY; I = Io; G = Go; X = Xo; M = Mo + mY dan T = To + tY Oleh itu; Y = C + I + Go + [Xo (Mo + mY)] Y = a + b(Y - To + tY) + Io + Go + [Xo (Mo + mY)] Y = a + bY - bT + btY + Io + Go + Xo - Mo + mY Y - bY + btY + mY = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo Y[(1 - b + m) +bt] = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo Y = a + Io + Go + Xo - Mo - bTo (1 - b + m) + bt

LATIHAN 2 1. Bincangkan perbezaan antara tiga konsep di bawah a. KDNK dengan KDNB b. KDNKharga pasar dengan KDNK kos faktor c. KDNK dengan KNK 2. Dengan bantuan gambarajah, bincangkan keseimbangan ekonomi dua sektor, tiga sector dan empat sektor 3. Jika diberi maklumat negara XYZ seperti berikut (dlm RMJuta); Penggunaan (C) = 100 + 06Y Pelaburan (I) = 80 Perbelanjaan Kerajaan (G) = 70 a. Kira keseimbangan ekonomi dua sektor b. Kira keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai tetap (T = 10) c. Kira Keseimbangan ekonomi tiga sektor jika cukai berkadar (T = 0.2Y)

75

BAB 3 WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

DEFINISI WANG Apa sahaja barangan yang dapat diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran bagi mendapatkan barang, perkhidmatan atau untuk membayar hutang. CIRI-CIRI WANG a. Diterima Umum - kerana nilainya yang hakiki atau kerana ditetapkan oleh undang-undang. b. Kekurangan Penawaran - menyebabkan wang mempunyai nilai yang mantap dan dihargai. Kekurangan terhad sama ada secara semulajadi atau melalui sekatan undang-undang. c. Mudah dikenali - untuk mengelakkan kekeliruan, tidak mudah dipalsukan. d. Mudah dipecahkan - boleh dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa mengurangkan nilainya. e. Keseragaman - mempunyai nilai, berat dan kualiti yang serupa. f. Senang dibawa - tanpa melibatkan kos yang tinggi. g. Tahan lama - secara fizikal dan nilainya. h. Nilai tidak mudah berubah dengan cepat - nilai wang yang cepat berubah menyebabkan ia kurang dipercayai oleh masyarakat. Emas dan perak adalah dua jenis logam yang memenuhi syarat tersebut. Ia telah menjadi alat perantaraan pada zaman dahulu. Kemajuan ekonomi dunia yang pesat sejak zaman revolusi perindustrian di England menyebabkan urusniaga perdagangan berlipat kali ganda. Wang emas dan perak tidak dapat ditambah secepat perkembangan yang berlaku. Oleh itu banyak negara beralih kepada wang kertas sebagai alat pertukaran. FUNGSI-FUNGSI WANG Wang melaksanakan empat fungsi khusus, setiap fungsi menghindarkan masalah dari sistem barter. Empat fungsi wang ialah; unit nilai, media pertukaran, piawai bayaran tertunda dan simpanan nilai. Fungsi pertama dan kedua disebut sebagai fungsi utama dan fungsi yang ketiga dan keempat sebagai fungsi terbitan (kerana ia terbit dari fungsi utama). Sebagai ukuran/unit nilai

76

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

Wang dapat dijadikan alat bagi mengukur nilai barang dan perkhidmatan. Barang dapat dinilai atau diberi harga dengan unit wang. Masyarakat tidak perlu menentukan nilai satu barang itu dengan membandingkannya dengan barangan lain. Pelbagai nama telah diberikan kepada fungsi pertama, yang paling lazim digunakan ialah unit nilai, nilai piawai, unit akaun, unit ukuran umum dan unit pembawah rata, kesemuanya mempunyai maksud yang umum iaitu unit kewangan yang berperanan sebagai unit mengukur dan menyatakan kesemua nilai barang dan perkhidmatan. Nilai setiap barang atau perkhidmatan boleh dinyatakan sebagai harga yang bermaksud jumlah unit wang yang dapat ditukarnya. Sebagai alat perantaraan/media pertukaran Terdapat beberapa nama yang diberi kepada fungsi wang kedua iaitu media pertukaran, media pembayaran, media pusingan dan alat pembayaran. Wang berfungsi sebagai kuasa beli umum untuk digunakan sebagai perantaraan pertukaran, pembeli tidak perlu mencari penjual yang memiliki barang yang dikehendakinya, menjimatkan masa dan tenaga serta melicinkan urusniaga. Sebarang jenis barangan dapat dibeli dengan wang malah wang juga dapat mengelakkan masalah kehendak kebetulan (serentak). Dengan menggunakan wang, proses menemukan pengguna yang mempunyai keinginan yang serentak tidak menjadi masalah kerana wang mempunyai sifat penerimaan umum. Wang sebagai media pertukaran adalah fungsi wang yang terpenting malah definisi wang juga dirujuk sebagai alat perantaraan dalam proses pertukaran barang. Yang membezakan wang dengan barang lain ialah, wang tidak mewujudkan permintaan terhadap dirinya sendiri sebaliknya wang diminta kerana dapat ditukar dengan barang yang lain. Wang juga perlu mempunyai sifat kecairan yang tinggi, iaitu keupayaan untuk ditukar pada sebarang masa dengan kos pertukaran yang minimum. Penyelesaian kepada masalah kehendak serentak bererti penggunaan wang dapat menjimatkan kos urusniaga. Sebagai bayaran tertunda/nilai bayaran masa depan Banyak urusniaga dilakukan secara kredit atau secara bayaran tertunda. Perniaga dan pembeli tidak perlu lagi memikirkan jenis barangan yang perlu digunakan untuk melakukan bayaran tertunda. Nilai wang perlulah stabil bagi membolehkan bayaran tertunda dijalankan untuk memastikan nilai benar pembayaran yang dibuat bersamaan dengan nilai benarnya ketika penjualan dilakukan. Contoh meminjam wang sebanyak RM10,000 dan akan dijelaskan selama dua tahun dengan kadar bunga 10%, oleh itu jumlah yang perlu dibayar setiap bulan kepada bank ialah; [(10,000 x 10% x 2)/24 + 10,000/24] sebulan = 500. Wang belum dipinjam sudahpun diketahui nilai yang semestinya dibayar. Wang menjadi piawai bayaran tertunda yang memuaskan kerana ia mengekalkan kuasa beli yang malar mengikut masa. Jika ia berubah ia dijangkakan. Jika berlaku deflasi ia akan menguntungkan orang memberi pinjaman sebaliknya jika berlaku inflasi ia menguntungkan yang meminjam. dapat dapat yang orang

77

Sebagai Alat Penyimpan Nilai Apabila wang sudah diterima oleh masyarakat sebagai media pertukaran maka dengan sendirinya wang dapat digunakan sebagai penyimpan nilai. Wang mempunyai kuasa beli umum yang dapat disimpan dan digunakan apabila perlu. Penggunaan wang membolehkan kekayaan di simpan dalam bentuk wang bukan dalam bentuk barangan. Dalam ekonomi yang maju, jenis wang yang penting adalah "wang bank" iaitu wang yang didepositkan dalam bank dan boleh diambil dengan menggunakan cek. Sebaliknya jika nilai wang sering merosot, masyarakat akan mengantikan yang berupa wang kepada kekayaan yang berbentuk barangan. Selagi wang dapat digunakan untuk menyimpan nilai, selagi itulah masyarakat akan memegang wang. Fungsi ini juga boleh dijalankan oleh aset yang bernilai, walau bagaimana pun ia mempunyai beberapa kelemahan iaitu; melibatkan kos simpanan, susutnilai dan tidak cair (darjah kecairan yang rendah - keupayaan untuk ditukar kepada bentuk wang). TAKRIF WANG Takrif wang adalah berdasarkan dua pendekatan, iaitu pendekatan urusniaga dan pendekatan kecairan. Pendekatan Urusniaga Pendekatan urusniaga adalah berasaskan kepada fungsi wang sebagai media pertukaran. Pendekatan ini membezakan wang dengan aset yang lain yang hanya berfungsi sebagai penyimpan nilai. Walau bagaimanapun aset dalam bentuk wang seperti wang kertas, syiling dan deposit semasa tidak menghasilkan keuntungan dari segi kadar bunga. Dengan itu memegang aset dalam bentuk wang melibatkan kos melepas dalam bentuk kadar bunga. Oleh itu untuk meminimumkan kos melepas, orang ramai akan cuba meminimumkan pegangan wang pada satu masa, mereka mungkin melaburkan dalam dalam aset lain yang dapat menghasilkan pulangan dalam kadar bunga atau membeli harta yang dapat menghasilkan utiliti. Pendekatan Kecairan Pendekatan kecairan adalah berasaskan fungsi wang sebagai penyimpan nilai. Mengikut pendekatan kecairan, wang mestilah mempunyai sifat kecairan yang tinggi jika dibandingkan dengan aset yang lain, iaitu bagaimana mudah dan cepat aset tersebut dapat dijual beli pada satu masa pada harga nominal dengan kos yang paling minimum. Mengikut pendekatan ini semua aset dapat ditakrifkan sebagai wang mengikut darjah kecairan aset tersebut. (ia tidak mengambil berat fungsi wang sebagai media pertukaran). Ia termasuk aset kewangan (deposit tabungan dan deposit tetap) dan harta fizikal (rumah, tanah, kereta dll).

78

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

TAKRIF EMPIRIK WANG Takrif dan pengukuran wang sangat penting bagi membolehkan kajian dibuat secara empirikal sebelum sesuatu dasar kewangan dibentuk. Tiga jenis takrif penawaran wang ialah M1, M2 dan M3. M1:Pendekatan Urusniaga Ia terdiri daripada; mata wang dan deposit semasa. Wang tunai dan deposit semasa ini merupakan wang yang paling aktif bagi tujuan urusniaga. Mata wang ialah wang kertas dan syiling yang dipegang oleh orang ramai (yang ada dalam edaran). Deposit semasa ialah jumlah deposit dalam akaun semasa yang dimiliki oleh individu, korporat atau institusi bukan bank. Deposit semasa milik kerajaan dan institusi bank tidak diambil kira dalam M1. M1 = mata wang + deposit semasa di bank perdagangan. M2:Pendekatan Kecairan Seseparuh buku menulis "mudah tunai sektor swasta atau M2". M1 dikatakan takrif wang yang sempit kerana ia tidak mengambil kira aset kewangan yang kurang cair, iaitu wang kuasi. Takrif wang M2 meliputi; M1 + deposit tabungan di bank perdagangan + deposit tetap di bank perdagangan. Deposit tetap dan deposit tabungan mempunyai kadar kecairan yang rendah dibandingkan deposit semasa. Ia juga mengambil masa yang lama dan mempunyai masalah kos melepas untuk ditunaikan. Kelemahannya ialah ianya tidak dapat digunakan dengan serta merta dalam urusniaga. M3: Pendekatan Kecairan Takrif wang yang lebih luas ialah M3 ia meliputi: M2 + deposit tabungan dan tetap di institusi kewangan lain. Institusi kewangan lain seperti syarikat kewangan, bank saudagar dan gedung diskaun. TAKRIF DAN PENGUKURAN PENAWARAN WANG DI MALAYSIA Bank Negara Malaysia menggunakan pendekatan urusniaga dan kecairan mentakrif empat jenis penawaran wang iaitu; M1, M2, M3 dan M4. Penawaran Wang M1 Mengambil kira dua perkara; mata wang dalam edaran dan deposit semasa sektor swasta bukan bank. Sektor swasta bukan bank ialah orang perseorangan, badan perniagaan, badan berkanun dan kerajaan tempatan. Penawaran wang M2 Sebelum 1983, penawaran wang M2 meliputi penawaran wang M1, deposit tabungan dan deposit tetap di bank perdagangan. Selepas 1983, Sijil Deposit Boleh Niaga dan Sijil Bank Negara Malaysia di masukkan kedalam komponen M2. Sijil Deposit Boleh Niaga pertama kali dikeluarkan pada akhir 1979 tetapi ketika itu ia belum dimasukkan kedalam komponen M2. Kedua-dua deposit ini hampir sama dengan deposit tetap, hanya nama penyimpan tidak dinyatakan di muka depan sijil tersebut. Ia boleh ditukar kepada sesiapa sahaja dan bank yang mengeluarkan sijil ini akan membayar jumlah deposit serta bunganya kepada pembayar sijil ini apabila tempohnya matang.

79

Penawaran Wang M3 Sebelum tahun 1985, penawaran wang M3 ditakrifkan sebagai penawaran wang M2 + deposit tabungan dan deposit tetap di syarikat kewangan, Bank Simpanan Nasional dan institusi kewangan lain. Takrif tentang institisi kewangan lain telah menimbulkan banyak kekeliruan, data tentang M3 juga tidak diterbitkan (sesetengah penyelidik memasukkan bank saudagar dan KWSP, sesetengahnya tidak mengambilkira M3 dalam kajian masing-masing). Pada tahun 1985 BNM mula mentakrifkan M3 sebagai M2 + deposit tabungan dan deposit tetap di syarikat kewangan, bank saudagar dan gedung diskaun tetapi data M3 masih lagi belum diterbitkan. Hanya pada tahun 1988 barulah BNM menerbitkan data tentang M3, itupun tidak termasuk deposit di Bank Islam. Aset Mudah Tunai M4 Wang boleh ditakrif dengan lebih luas lagi dengan mengambil kira aset-aset kewangan lain yang belum diambil kira seperti bil perbendaharaan, wang panggilan, surat jaminan kerajaan dan sebagainya. Penawaran wang M4 dapat ditakrifkan dengan mencampur M3 dengan aset mudah tunai utama dan aset mudah tunai kedua bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar. Antara aset mudah tunai ialah wang panggilan bersih dengan gedung diskaun di Malaysia, bil perbendaharaan kerajaan persekutuan, surat jaminan kerajaan persekutuan dan negeri yang cukup tempoh matang tidak melebihi satu tahun. Aset mudah tunai darjah kedua seperti surat jaminan kerajaan persekutuan dan negeri yang tempoh matangnya melebihi satu tahun, bil yang didiskaunkan atau dibeli dan boleh diterima/dibayar di Malaysia dan boleh didiskaunkan semula di Bank Negara Malaysia. M4 ditakrifkan dengan mencampur M3 dengan aset mudah tunai bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar. Aset mudah tunai terbahagi kepada dua; aset mudah tunai utama dan aset mudah tunai kedua. Antara aset mudah tunai utama ialah, bil perbendaharaan kerajaan persekutuan, surat jaminan kerajaan persekutuan dan negeri yang tempoh matangnya tidak melebihi satu tahun dan lain-lain. Aset mudah tunai kedua ialah seperti, surat jaminan kerajaan persekutuan dan negeri yang tempoh matangnya lebih dari satu tahun dan lain-lain. Ringkasnya; M1 = wang dalam edaran + deposit semasa di bank perdagangan M2 = M1 + deposit tabungan dan tetap di bank perdagangan + Sijil Deposit Boleh Niaga + Sijil Bank Negara Malaysia M2 + deposit tetap dan tabungan di lain-lain institusi kewangan seperti; Bank saudagar, Bank Islam, Gedung Diskaun Syarikat kewangan

M3

=

80

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

M4

=

M3 + aset mudah tunai institusi-institusi kewangan seperti; Bank perdagangan Bank saudagar, Bank Islam, Gedung diskaun Syarikat kewangan

NILAI WANG Salah satu keburukan penggunaan wang dalam ekonomi ialah kecenderungan nilai wang untuk jatuh dalam jangka masa panjang. Kenaikan harga dalam ekonomi akan menjatuhkan kuasa beli wang (nilai benar wang) dari tahun ke tahun. Nilai wang ialah keupayaan dari sesuatu nilai wang untuk mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan. Apabila seunit mata wang dapat memperolehi barang atau/dan perkhidmatan yang lebih banyak dari seunit mata wang lain, maka mata wang tersebut dipandang sebagai bernilai tinggi. Dari definisi ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perubahan harga barang dan/atau perkhidmatan akan mengubah nilai wang. Dalam ekonomi kenaikan harga barang dan/atau perkhidmatan lebih kerap dari kejatuhan harga barang dan/atau perkhidmatan maka ini bermakna kejatuhan nilai wang berlaku lebih kerap dari kenaikan nilai wang di pasaran sesebuah negara dalam jangka panjang. Sejauh mana nilai wang berubah dapat ditentukan dari perubahan dalam indeks harga. Indeks Harga dan Indeks Nilai Wang Dalam ekonomi yang tidak menggunakan wang sebagai alat pertukaran barang (sistem barter), nilai sesuatu barang ditentukan dengan berasaskan nilai barang lain. Misalnya seguni beras dapat ditukar dengan setengah guni jagung. Oleh itu kita tidak boleh melihat kenaikan atau kejatuhan nilai barang tersebut kerana tidak ada alat pertukaran yang standard seperti wang. Dalam ekonomi moden, wang digunakan bagi mengukur nilai sesuatu barang dan/atau perkhidmatan. Nilai ini disebut harga. Secara amnya harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran faktor-faktor pengeluaran sesuatu barang atau/dan permintaan dan penawaran barang atau/dan perkhidmatan barang itu sendiri. Untuk mengukur perubahan harga dari masa ke semasa ahli ekonomi menggunakan indeks harga. Indek harga merupakan satu faktor yang menghubungkan kuasa beli wang dalam dua jangka masa yang tertentu. Satu daripada masa ini dijadikan masa asas dan biasanya diberi indeks 100. Terdapat beberapa jenis indeks harga seperti indeks harga pengguna (CPI), indeks harga pemborong dan harga peruncit, indeks harga pengeluar (PPI) dan indeks harga komoditi. Tiap-tiap jenis ini berdasarkan harga pada peringkat pengguna, pemborong, peruncit, pengeluar dan komoditi. Indeks harga pengguna dibuat berasaskan harga sebahagian besar barang dan perkhidmatan yang dipilih untuk menunjukkan arah pergerakan harga barang dan perkhidmatan yang dibeli. Barang-barang dan

81

perkhidmatan ini termasuk makanan, pakaian, rumah, pengangkutan, kesihatan, rekreasi, perabut, peguam, cukai jalan dan lain-lain. Ia tidak termasuk cukai pendapatan dan cukai harta peribadi. Katakan kita hendak mengira perubahan indeks harga pada tahun 1980 hingga 1990. Katakan harga "sebakul pasar" ialah RM40 pada tahun 1980, dan 1980 dijadikan tahun asas dengan Indeks harga 100. Andaikan harga sebakul pasar ialah RM50 pada tahun 1990. Oleh itu indeks harga pada tahun 1990 ialah; 50/40 x 100 = 125, oleh itu indek harga pengguna pada tahun 1990 ialah 125. Ia menunjukkan tingkat harga barang-barang dan perkhidmatan telah meningkat sebanyak 25% antara tahun 1980 hingga 1990. Daripada indeks harga kita boleh mengukur Indeks Nilai Wang. Indeks nilai wang = indeks harga 1980 -------------------------- x 100 indeks harga 1990 100 ------ x 100 = 80% 125

Indeks nilai wang = pada 1990

maka nilai wang telah merosot sebanyak 100 - 80 ----------- x 100 = 20% 100 Andaikan indeks harga pada tahun 1994 adalah 158, berapakah nilai wang telah jatuh pada tahun 1994 dibandingkan dengan tahun 1990? 125 indeks nilai wang 1994 = ------ x 100 = 94.93 158 maka nilai wang telah jatuh sebanyak 100 - 94.93 ---------------- x 100 = 5.07% 100

SISTEM PERBANKAN Bank ialah satu bentuk institusi kewangan yang berfungsi menerima simpanan dari unit-unit lebihan yang tidak mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset) dan mengeluarkan pinjaman kepada unit-unit kurangan yang mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset). Secara amnya, bank menjalankan urusniaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank

82

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

perdagangan, bank saudagar, bank simpanan, syarikat kewangan, rumah diskaun dll. Bank Pusat Bank pusat di Malaysia agar terlewat ditubuhkan berbanding dengan negara yang telah maju. Bank pusat Sweden, Bank of Sweden ditubuhkan pada 1656, Bank pusat United Kingdom, Bank of England ditubuhkan pada 1694 dan Bank pusat Amerika Syarikat, Fedreal Reserve Bank ditubuhkan pada 1913. Bank pusat di Malaysia telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959 berasaskan undang-undang Bank Negara Tanah Melayu 1958. Pada awal penubuhannya ia bernama Bank Negara Tanah Melayu, berikutan penubuhan Malaysia pada September 1963 namanya diubah kepada Bank Negara Malaysia. Bank Pusat bagi sesebuah negara atau Bank Negara bagi Malaysia, memainkan peranan untuk menyediakan bekalan wang yang cukup agar dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang cepat tanpa inflasi serta mencapai matlamat-matlamat ekonomi yang lain. Peraturan dan pengawalan oleh Bank Negara dijalankan dengan cara menggubal undang-undang yang mengatur kegiatan-kegiatan badan-badan kewangan dan dengan menjalankan dasar kewangan. Tujuan penubuhan Bank Pusat ialah; a. Sebagai pengeluar mata wang Malaysia dan menyimpan rizab yang menjaga nilai matawang tersebut.

b. Sebagai bank dan penasihat kewangan kepada kerajaan; menguruskan akaun kerajaan, sumber kumpulan wang kepada kerajaan, menguruskan hutang negara c. Mengimbangi Malaysia. kestabilan kewangan dan struktur kewangan

d. Mempengaruhi kedudukan kredit sehingga ia kepada ekonomi Malaysia.

menguntungkan

Secara amnya tujuan asas penubuhan bank pusat ialah untuk mencipta satu badan yang akan mengatur kegiatan sektor kewangan sehingga ia dapat berjalan dengan licin dan cekap dan membantu dalam usaha mengembangkan ekonomi negara. Fungsi dan Tugas Bank Pusat ialah; a. Menggalakkan kestabilan kewangan dan mewujudkan satu sistem kewangan yang stabil.

b. Mempengaruhi kegiatan memberi pinjaman oleh institusi-institusi kewangan agar kegiatan tersebut menguntungkan negara.

83

Pada umumnya BNM kegiatan berikut; a.

ditugaskan

oleh

kerajaan

bagi menjalankan

Bertindak sebagai bank kepada kerajaan.

b. Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan. c. Mengawal kegiatan bank perdagangan dan badan kewangan yang lain.

d. Mengawal keseimbangan perdagangan antarabangsa. e. f. Mengawal percetakan wang syiling dan kertas. Menjalankan dasar kewangan

Dasar kewangan digunakan dalam mengawal penawaran dan edaran wang dalam ekonomi negara. Perubahan penawaran wang akan mempengaruhi kadar bunga di pasaran dan seterusnya mempengaruhi tabungan. Dasar kewangan terbahagi kepada dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif. Dasar kewangan kuantitatif seperti operasi pasaran terbuka, pendanaan, kadar bank, rizab berkanun dan nisbah kecairan. Dasar kewangan kualitatif pula seperti tempoh bayaran balik ansuran, mengubah bayaran pendahuluan pembelian secara ansuran dan pujukan moral oleh Bank Pusat. Untuk melaksanakan fungsi-fungsi penubuhan Bank Negara, Bank Negara telah menjalankan pelbagai bentuk dasar kewangan. Secara ringkas, bentukbentuk dasar kewangan yang dijalankan oleh Bank Negara adalah seperti berikut; a. Menentukan nisbah rizab atau cadangan; Peraturan mengenai rizab yang perlu disediakan oleh bank-bank di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: keperluan rizab berkanun (statutory reserve requirements) dan keperluan mudahtunai minimum (minimum liquidity requirements).

b. Operasi pendiskaunan harta jangka pendek; Salah satu fungsi penting Bank Negara adalah menjadi "lender of last resort" iaitu menyediakan kemudahan pinjaman kepada badan-badan kewangan yang menghadapi masalah kekurangan rizab atau menghadapi masalah kecairan. Di Malaysia, fungsi ini dijalankan dengan memberi peluang kepada badan-badan kewangan untuk mendiskaunkan harta jangka pendek dan/atau memberi pinjaman pendahuluan (advances) kepada bank-bank yang menghadapi masalah. c. Mengatur kadar bunga; Pada hakikatnya campurtangan Bank Negara dalam menentukan kadar bunga yang dikenakan oleh setiap bank perdagangan dan badan kewangan lain adalah terhad. Setiap bank diberi kebebasan untuk menentukan kadar bunga yang dikenakan kepada pelanggannya. Setiap bank akan menentukan Base Lending Rate (BLR) atau kadar bunga utama mereka bagi pelanggan -pelanggan utama mereka yang terdiri dari

84

Asan Ali Golam Hassan, Universiti Utara Malaysia Nota Pendidikan Makroekonomi: Konsep dan Implikasi Dasar

badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat besar. Peminjam lain akan dikenakan kadar bunga yang lebih tinggi sedikit dari BLR ini. d. Pengawalan pinjaman; Tujuan utama dasar ini ialah untuk memastikan agar institusi-institusi kewangan mengalirkan pinjamannya kepada kegiatan ekonomi yang penting dalam pembangunan ekonomi negara dan peningkatan kemakmuran orang ramai. e. Pujukan moral; Dasar kewangan ini merupakan tindakan Bank Negara secara lisan berkenaan dengan langkah-langkah yang perlu diambil oleh institusi-institusi kewangan bagi menyesuaikan tindakan-tindakan mereka dengan dasar kerajaan. Dalam tahun 1980an dasar pujukan moral dijalankan terutama untuk menggalakkan institusi kewangan mengurangkan pinjaman untuk tujuan penggunaan dan spekulasi dan menggalakkan pemberian pinjaman ke sektor yang produktif. Dasar pujukan moral juga digunakan untuk memastikan dasar memberi pinjaman kepada pengusaha Bumiputera dan industri kecil diamalkan dengan baik oleh bank-bank perdagangan dan institusi kewangan lain.

Bank Perdagangan Bank ini memainkan peranan yang terpenting dalam ekonomi moden. Ia merupakan institusi yang terpenting dalam sistem kewangan di Malaysia. Bilangannya banyak dan melakukan berbagai-bagai tugas penting ekonomi. Matlamat bank ini ialah untuk mendapatkan keuntungan dan sebahagian besarnya dimiliki oleh badan-badan persendirian atau swasta. Antara aktiviti-aktiviti bank ini ialah; a. Menerima Simpanan; Sebahagian besar daripada tanggungjawab bank terdiri daripada simpanan yang diterima dari orang ramai. Simpanan yang diterima termasuk simpanan semasa, simpanan tabungan dan simpanan tetap. Akaun simpanan semasa boleh dikeluarkan serta-merta, tetapi penyimpan tidak mendap