maklumat tambahan semasa taklimat pesanan buku teks untuk tahun 2016_ipoh-0

21
BAHAGIAN BUKU TEKS MAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA TAKLIMAT/BENGKEL PESANAN BUKU TEKS UNTUK TAHUN 2016

Upload: siti-zainah-ismail

Post on 25-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

espbt

TRANSCRIPT

Page 1: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

MAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA TAKLIMAT/BENGKEL PESANAN

BUKU TEKS UNTUK TAHUN 2016

Page 2: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

CARTA ALIR PESANAN BUKU TEKS SISTEM eSPBT

2

Page 3: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

BUKU TEKS TERBITAN BAHARU

Semua judul Buku Teks Terbitan Baharu (BTB) bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah untuk kegunaan tahun 2016 telah dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Buku teks (eSPBT) Lampiran A (Senarai Judul Buku Teks Terbitan Baharu Kegunaan Tahun 2016)

Judul Mata Pelajaran Teras • Judul Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

melibatkan judul Tahun 6 SK, Tahun 6 SJKC dan Tahun 6 SJKT.

• Semua judul buku ini akan menggantikan judul buku Tahun 6 sedia ada. Pihak sekolah hendaklah memastikan semua judul dipesan mengikut mata pelajaran dan jenis sekolah.

3

Page 4: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

BUKU TEKS TERBITAN BAHARU Judul Mata Pelajaran Elektif

- Judul Buku KSSR Bahasa Iban Tahun 6 Sekolah dan negeri yang menawarkan mata pelajaran ini sahaja yang dibenarkan memesan buku teks ini. (Sarawak)

- Judul Buku KSSR Bahasa Kadazandusun Tahun 6Sekolah dan negeri yang menawarkan mata pelajaran ini sahaja yang dibenarkan memesan buku teks ini. (Sabah)

- Judul Buku KSSR Bahasa Semai Tahun 6 Sekolah dan negeri yang menawarkan mata pelajaran ini sahaja yang dibenarkan memesan buku teks ini.(Perak dan Pahang sahaja)

4

Page 5: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

BUKU TEKS TERBITAN BAHARU

Judul Buku Teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) Tingkatan 2 dan Tingkatan 5

- Semua judul buku ini menggantikan judul buku teks KOMSAS Bahasa Malaysia sedia ada. Pastikan judul buku ini dipesan oleh pihak sekolah mengikut judul mata pelajaran teras.

Judul Buku Teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris (KOMSAS) Tingkatan 2 dan Tingkatan 5

- Semua judul buku ini menggantikan judul buku teks KOMSAS Bahasa Inggeris sedia ada. Pastikan judul buku ini dipesan oleh pihak sekolah mengikut judul mata pelajaran teras.

5

Page 6: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

BUKU TEKS TERBITAN BAHARU Judul Buku Teks Kurikulum Bersepadu Dini dan

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBDKBT) Tingkatan 2

Judul buku teks yang berteraskan ilmu agama dan bahasa Arab untuk kegunaan tahun 2016.

Pesanan judul buku ini hanya untuk murid Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah yang telah mendapat kelulusan daripada BPI sahaja.

Sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini sahaja yang dibenarkan membuat pesanan.

6

Page 7: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

BUKU TEKS TERBITAN BAHARU

Judul Buku Aktiviti PKJR Cermat Tiba SelamatTingkatan 1 hingga Tingkatan 3

Judul ini ialah buku teks mata pelajaran teras. Judul buku ini akan dibekalkan secara penggantian 100 %.

Dengan itu, pihak sekolah perlu memasukkan data dalam Lampiran G dan sistem eSPBT mengikut pesanan buku aktiviti yang lain.

7

Page 8: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

BUKU TEKS TAHUN AKHIR PENGGUNAAN 2016

Kesemua judul buku seperti di Lampiran B (Senarai Buku Teks Tahun Akhir Penggunaan 2016) akan disekat pesanannya.

8

Page 9: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

Batas Perbelanjaan Yang Dibenarkan (Lampiran D)Bagi Buku Teks Cetakan Semula (BCS), semua negeri hanya

boleh memesan mengikut batas perbelanjaan yang telah dibenarkan.

Bagi Buku Teks Terbitan Baharu (BTB), pembekalan 100% kepada semua murid akan diberikan. Seperti yang termaklum pada tahun ini peruntukan kewangan adalah amat terhad.

Sehubungan dengan itu, langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah perlu dilaksanakan.

KRITERIA-KRITERIA PERMOHONAN KEPERLUAN BUKU TEKS TAHUN 2015

9

Page 10: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

KRITERIA-KRITERIA PERMOHONAN KEPERLUAN BUKU TEKS TAHUN 2016

Buku Teks Yang Tidak Akan Dipesan (Lampiran E)

Untuk mengawal perbelanjaan bagi Buku Teks Cetakan Semula (BCS), semua negeri perlulah memastikan sekolah tidak memesan buku teks sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira keperluan sebenar dan stok sedia ada. Pihak JPN perlu mengenal pasti judul yang berlebihan stok dan maklumkan kepada BBT untuk disekat pesanan.

Bagi sekolah yang menerima bekalan buku teks semasa bencana banjir , pihak sekolah hendaklah memasukkan data sebenar mengikut jumlah naskhah yang diterima dan stok sedia ada.

10

Page 11: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

KRITERIA-KRITERIA PERMOHONAN KEPERLUAN BUKU TEKS TAHUN 2016

• Kawalan terhadap kerosakan buku perlu ditingkatkan, manakala, penggantian BCS hendaklah dibuat dengan penuh berhemah.

• Pesanan untuk judul buku yang kurang atau sama dengan 3 naskhah bagi setiap judul adalah tidak digalakkan. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mendapatkan buku secara agihan daripada sekolah lain sebelum pengisian dalam sistem eSPBT.

11

Page 12: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

ZON BUKU TEKS TERBITAN BAHARU• Judul Buku Teks Terbitan Baharu (BTB) belum lagi

dizonkan• Oleh itu, pihak sekolah hanya perlu memohon

mengikut judul mata pelajaran sahaja seperti yang tercetak dalam Borang Unjuran Enrolmen Murid dan Maklumat Stok Buku (Lampiran G)

• Bagi Buku Teks Terbitan Baharu (BTB) yang tidak disenaraikan dalam Lampiran G , sekiranya diperlukan, pihak sekolah hendaklah memasukkan pada ruangan tambahan dalam Lampiran G. Pastikan Buku Dalam Stok dan Buku Elok bersamaan sifar (0).

12

Page 13: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

MAKLUMAT TAMBAHAN Ketepatan data adalah sangat penting dalam penentuan

keperluan buku teks SPBT sekolah. Oleh itu, pihak JPN dan sekolah perlu mematuhi arahan Persediaan Sebelum Mengisi Borang Keperluan Buku Teks SPBT seperti yang terkandung dalam Surat Arahan Pentadbiran KP/KPPM/7/(1) bertarikh 14 Februari 2011.

Pastikan pihak sekolah membawa bersama maklumat murid, Borang Unjuran Enrolmen Murid (Lampiran F) yang disahkan oleh Guru Besar/Pengetua dan maklumat buku stok/buku elok (Lampiran G) semasa taklimat dan bengkel pengisian data pesanan dalam sistem eSPBT.

13

Page 14: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pihak JPN dan Bahagian Buku Teks akan membuat semakan dan analisa terhadap data yang dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT).

Sumber data dalam penyediaan anggaran pesanan buku teks dan anggaran peruntukan (ABM42000) adalah daripada sistem eSPBT.

Oleh itu, pihak sekolah hendaklah memastikan data yang diberi adalah betul dan sahih bagi setiap judul buku teks yang terdapat di sekolah sepertimana dalam rekod buku stok.

Pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data yang dimasukkan dalam sistem eSPBT.

14

Page 15: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pihak sekolah hendaklah memastikan jumlah murid mesti sama untuk semua judul buku teras.

Pihak sekolah perlu berhati-hati apabila membuat pesanan buku teks mata pelajaran elektif memandangkan perlaksanaan dasar menghadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dan penambahan 2 mata pelajaran sahaja untuk SPM, pihak sekolah hendaklah memastikan hanya mata pelajaran yang ditawarkan sahaja yang dipesan supaya tidak berlaku lambakan buku. Ini juga bermakna banyak judul buku teks elektif yang berlebihan di BOSS dan BOSD perlu diagihkan ikut keperluan.

15

Page 16: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

MAKLUMAT TAMBAHAN Pastikan Buku Latihan dan Aktiviti adalah buku

yang perlu digantikan 100%. Buku-buku yang mempunyai 2 jilid hendaklah

dipastikan BLA untuk kedua-dua jilid tersebut dipesan dan jumlah murid mestilah sama untuk kedua-dua jilid satu dan dua.

Pastikan semua mata pelajaran elektif yang ditawarkan oleh sekolah dimasukkan mengikut jumlah murid yang mengambil mata pelajaran tersebut dan bukannya mengikut enrolmen keseluruhan tahun/tingkatan.

16

Page 17: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

SEMAKAN LAPORAN BTBTR460 DAN BTBTB460

Pihak sekolah diwajibkan menyemak dengan teliti laporan BTBTR460 dan BTBTB460. Ini adalah untuk memastikan tiada judul buku BCS dan BTB tercicir daripada pesanan

Untuk mengawal perbelanjaan dan memastikan langkah-langkah penjimatan dilaksanakan, BBT dan JPN akan menyekat beberapa judul tertentu dan memotong jumlah pesanan/naskhah melalui AGIHAN DALAMAN daripada pesanan sekolah

Oleh itu, dalam laporan BTBTR460 sebenar mungkin berlaku beberapa judul tertentu tiada dalam senarai bekalan sekolah atau jumlah naskhah kurang daripada sepatutnya.

17

Page 18: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

SEMAKAN LAPORAN BTBTR460 DAN BTBTB460

Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada Penyelia SPBT Daerah/Penyelia SPBT JPN dengan segera masalah berkaitan kekurangan buku teks sebelum sesi persekolahan bermula bukannya pada hari/minggu pertama persekolahan.

Pihak sekolah perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam pengurusan SPBT di sekolah supaya bekalan buku teks mencukupi pada awal tahun persekolahan .

18

Page 19: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

PENERIMAAN BEKALAN PAKEJ BUKU TEKS SPBT

Semasa proses penerimaan buku teks, pihak sekolah diwajibkan merujuk kepada Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460). Oleh itu, Penyata BTBT460 hendaklah diletakkan di pejabat sekolah sepanjang tempoh pembekalan buku teks.

Untuk pengesahan penerimaan Buku Cetakan Semula (BCS), pihak sekolah hendaklah merujuk BTBTR460, manakala, untuk Buku Terbitan Baharu (BTB), pihak sekolah hendaklah merujuk Penyata BTBTB460 . Pastikan Penyata BTBTR460/BTBTB460 dan BTLK dicetak sebelum tarikh pembekalan bermula.

19

Page 20: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

PENERIMAAN BEKALAN PAKEJ BUKU TEKS SPBT

Laporan BTBTR460/BTBTB460 hendaklah dicetak bersama Laporan BTLK BTBTR460/BTBTB460 – buku teks yang akan dibekalkan

oleh penerbit BTLK – buku teks yang akan diagihkan melalui AGIHAN

DALAMAN

Penggunaan Penyata BTBTR460/BTBTB460 adalah bertujuan untuk memastikan judul buku, bilangan naskhah, nama dan alamat sekolah adalah sama seperti yang tercatat pada Nota Serahan/SAP/Invois penerbit.

20

Page 21: Maklumat Tambahan Semasa Taklimat Pesanan Buku Teks Untuk Tahun 2016_ipoh-0

BAHAGIAN BUKU TEKS

SEKIAN TERIMA KASIH

21