maklum balas

19
MAKLUMBALAS, PENEGUHAN DAN MOTIVASI INTRINSIK DG NURUL EZZAH PG MUSA FREDAUS JOHARI ROZARINA AK ROBERT

Upload: syuk-ri

Post on 20-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

psikososial sukan: maklum balas

TRANSCRIPT

Slide 1

MAKLUMBALAS, PENEGUHAN DAN MOTIVASI INTRINSIK DG NURUL EZZAH PG MUSAFREDAUS JOHARI ROZARINA AK ROBERT

Motivasi penting dalam sukan untuk meningkatkan semangat dan usaha atlet.

Salah satu cara memotivasikan atlet melalui maklum balas pengukuhan.

Cameron dan Pierce (1994), pengukuhan diri adalah lebih penting berbanding dengan pengukuhan luaran. PENGENALAN

TEKNIK PENEGUHAN DAN MAKLUM BALAS Jurulatih biasanya akan menggunakan teknik peneguhan dan maklum balas bagi membolehkan atlet mengetahui prestasi dan pencapaian mereka.

Mengikut Martens (1972), peneguhan dan maklum balas bertujuan untuk :Memberi maklumat sama ada tingkah laku serta lakuan yang dibuat oleh atlet itu betul atau salah.Mengubah tahap motivasi seseorang.Sebagai alat untuk mengubah tingkah laku seseorang atlet ke arah minat serta tingkah laku yang dikehendaki oleh jurulatih.

Bagi sesuatu perbuatan yang baik akan diberikan maklum balas dan peneguhan positif seperti ganjaran dan pujian agar memotivasikan atlet untuk mengulangi tingkah laku tersebut.

Manakala sesuatu tingkah laku tidak dikehendaki diberi maklum balas dan peneguhan negatif agar tingkah laku diperbaiki dan tidak diulang pada masa akan datangTEKNIK PENEGUHAN DAN MAKLUM BALAS

JENIS MOTIVASI

MOTIVASI EKSTRINSIKMOTIVASI INTRINSIK

MOTIVASI EKSTRINSIKDiwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk sepertipujian, insentif, Hadiahgred

MOTIVASI INTRINSIKMotivasi instrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.

Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.

PENEGUHAN POSITIF DAN NEGATIF MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU ATLET PENEGUHAN NEGATIFPENEGUHAN POSITIF

Pujian Hadiah Ganjaran

Amaran DendaanHukuman PENEGUHAN POSITIF PENEGUHAN NEGATIF

Peneguhan positif akan meningkatkan prestasi atlet serta mengeratkan perhubungan antara jurulatih dengan atlet. Secara tidak langsung atlet juga akan bermotivasi untuk meningkatkan prestasi mereka. Smith (1983)Martens (1971)Sekiranya seseorang diberikan ganjaran maka tingkah laku itu akan diulangi pada masa akan datang.Contoh, seorang pemain bola sepak dapat membuat hantaran sehingga menjaringkan gol, maka ia diberi pujian serta digalakkan jurulatih agar perlakuan ini diulangi. PENEGUHAN POSITIFMartens (1971)

PENEGUHAN NEGATIFJika seseorang itu membuat sesuatu tingkah laku yang memberikan kesan negatif, maka tingkah laku tidak akan diulangi lagi. Martens (1971)Contoh, jika seorang pemain menarik jersi pihak lawan dan tendangan penalti diberi, maka ia ditegur oleh jurulatih agar perlakuan ini tidak diulangi pada masa akan datang.

Hukuman atau peneguhan negatif dapat mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki.

Smith (1983)Contohnya apabila sesuatu kesalahan dilakukan oleh seorang pemain, jurulatih akan meninggikan suaranya. Ini akan menyedarkan pemain tersebut agar tidak mengulangi kesalahan tersebut bagi mengelakkan daripada ditegur.

Hukuman dan peneguhan negatif sebenarnya mengakibatkan ketakutan untuk gagal. Seseorang atlet yang takut untuk gagal tidak akan bermotivasi dan tidak terdorong untuk menang, ia menang semata-mata untuk mengelakkan keperitan dimarahi.Rushall (1983)

PENGUKUHAN SESUAI MENINGKATKAN MOTIVASI ATLETPengukuhan harus sesuai dengan keperluan penerima.Bentuk pengukuhan yang digemari atau tidak disukai oleh atlet.Contoh bentuk pengukuhan :Pengukuhan sosial pujian, tepuk belakangPengukuhan benda hadiah, trofi dan medalPengukuhan aktiviti bermain berbanding latihan, berehatRombongan menonton pertandingan profesional, jamuan, taklimat atlet profesional

Weinberg dan Gould (1991) telah melaksanakan behavioral program dengan beberapa panduan bagi menambahkan keberkesanan program seperti :

Tentukan tingkah laku yang hendak difokuskan.Definisikan tingkah laku yang diperhatikan dan direkod. Rekodkan tingkah laku yang diperhatikan dalam senarai semak untuk memberi maklum balas kepada atlet.

4. Berikan maklum balas yang bermakna agar ia menambahkan motivasi.5. Peserta dan atlet inginkan tingkah laku mereka yang dilakukan itu disebut dengan jelas.6. Awasi sistem pemberian ganjaran. Peserta yang bermotivasi perlukan program yang bersistematik untuk menghalakan kegendak mereka. peserta yang kurang motivasi mungkin memerlukan ganjaran luaran.

KESIMPULANPengukuhan yang sama akan memberikan kesan yang berlainan kepada dua orang yang berbeza.Pengukuhan dan maklum balas amat penting dalam membentuk tingkah laku atlet.Jurulatih harus memainkan peranan dalam memberi dan memotivasikan atlet.Jurulatih juga harus memberi ganjaran yang setimpal dengan pencapaian atlet dan menjadi role model kepada atlet.

SUMBER RUJUKAN Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2003). PSIKOLOGI SUKAN Aplikasi Teori dan Praktikal. Kuala Lumpur ; Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2003). Penyelesaian Masalah Atlet Melalui Pendekatan Psikologi. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Ditributors Sdn. Bhd.

SEKIAN, TERIMA KASIH