makanan yang seimbang

2
MAKANAN YANG SEIMBANG Akal yang sihat datang daripada tubuh badan yang sihat. Untuk mendapat tubuh badan yang sihat kita hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti memakan makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu dengan mengambil makanan mengikut Piramid Makanan Malaysia. Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, makanan seperti nasi dan bijirin perlu dimakan dengan kadar yang paling banyak kerana kumpulan makanan ini kaya dengan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga yang utama. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, roti, pasta, bijirin sarapan, capati dan kentang. Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan kadar yang banyak. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti buah oren, tembikai, sayur sawi dan lobak. Daging, ayam, ikan dan kekacang serta tenusu perlu diambil dengan kadar sederhana. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Contoh daging adalah seperti daging lembu dan ayam. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Lemak, minyak dan gula adalah kumpulan makanan yang perlu dimakan dengan kadar yang sedikit. Apabila mengambil terlalu banyak lemal,minyak dan gula dalam makanan, kita akan diserang penyakit

Upload: khairi-zain

Post on 22-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Makanan seimbang

TRANSCRIPT

Page 1: Makanan Yang Seimbang

MAKANAN YANG SEIMBANG

Akal yang sihat datang daripada tubuh badan yang sihat. Untuk mendapat tubuh badan

yang sihat kita hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti memakan

makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu dengan mengambil

makanan mengikut Piramid Makanan Malaysia.

Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, makanan seperti nasi dan bijirin perlu

dimakan dengan kadar yang paling banyak kerana kumpulan makanan ini kaya dengan

karbohidrat yang menjadi sumber tenaga yang utama. Contoh makanan bagi kumpulan ini

adalah nasi, bubur, mi, roti, pasta, bijirin sarapan, capati dan kentang.

Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan kadar yang banyak. Makanan

ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan

banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh sayur-sayuran dan buah-

buahan adalah seperti buah oren, tembikai, sayur sawi dan lobak.

Daging, ayam, ikan dan kekacang serta tenusu perlu diambil dengan kadar sederhana.

Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging

rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Contoh daging

adalah seperti daging lembu dan ayam. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih.

Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D.

Lemak, minyak dan gula adalah kumpulan makanan yang perlu dimakan dengan kadar

yang sedikit. Apabila mengambil terlalu banyak lemal,minyak dan gula dalam makanan, kita

akan diserang penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit jantung. Jadi, amalkanlah

pemakanan seimbang dalam kehidupan kita.