majulah sukan untuk negara

16
a) Berdasarkan kepada temubual dengan pengetua dan penolong kanan kokurikulum sekolah anda serta melalui data-data dan rekod,sila nyatakan rasional,matlamat,konsep,prinsip pelaksanaan dan objektif Dasar Satu Murid Satu Sukan disekolah anda. 1 MURID 1 SUKAN “Majulah sukan untuk Negara” acapkali kita dengar di corong- corong radio dan di srkin televisyen ,tetapi sejauh manakah komitmen kita sebagai warga Malaysia merealisasikan slogan tersebut. Jika kita imbas kembali kejayaan negara kita dalam bidang sukan suatu ketika dahulu,nescaya kita seolah-olah tidak percaya.Persoalan kesahihan mungkin akan timbul dalam kota minda kita.Jadi kenapa tidak sekarang warga Malaysia seolah-olah ketandusan tenaga, kehilangan semangat serta kewibawaan dalam menerajui semangat kesukanan seperti ‘pejuang-pejuang sukan’ terdahulu. Sejauh manakah kita telah mencapai kejayaan seperti dahulu , masih dalam persoalan akan kejayaan negara kita dalam persada antarabangsa. Tidak terlewat untuk saya suarakan bahawa sukan dan berjiwa sukan adalah sesuatu ikatan yang perlu disemai oleh setiap warga yang bergelar warganegara Malaysia untuk memartabatkan sukan Negara kita.Tetapi bagaimana? Jika kita singkap semula Dasar Sukan

Upload: yuhanis-yunus

Post on 05-Sep-2015

276 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

majulah sukan untuk negara

TRANSCRIPT

a) Berdasarkan kepada temubual dengan pengetua dan penolong kanan kokurikulum sekolah anda serta melalui data-data dan rekod,sila nyatakan rasional,matlamat,konsep,prinsip pelaksanaan dan objektif Dasar Satu Murid Satu Sukan disekolah anda.

1 MURID 1 SUKAN

Majulah sukan untuk Negara acapkali kita dengar di corong-corong radio dan di srkin televisyen ,tetapi sejauh manakah komitmen kita sebagai warga Malaysia merealisasikan slogan tersebut. Jika kita imbas kembali kejayaan negara kita dalam bidang sukan suatu ketika dahulu,nescaya kita seolah-olah tidak percaya.Persoalan kesahihan mungkin akan timbul dalam kota minda kita.Jadi kenapa tidak sekarang warga Malaysia seolah-olah ketandusan tenaga, kehilangan semangat serta kewibawaan dalam menerajui semangat kesukanan seperti pejuang-pejuang sukan terdahulu. Sejauh manakah kita telah mencapai kejayaan seperti dahulu , masih dalam persoalan akan kejayaan negara kita dalam persada antarabangsa.

Tidak terlewat untuk saya suarakan bahawa sukan dan berjiwa sukan adalah sesuatu ikatan yang perlu disemai oleh setiap warga yang bergelar warganegara Malaysia untuk memartabatkan sukan Negara kita.Tetapi bagaimana? Jika kita singkap semula Dasar Sukan Negara yang bermatlamat mewujudkan budaya sukan di kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara juga bermatlamat untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat yang bermulanya di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Maka untuk mencapai sasaran serta matlamat Dasar Sukan Negara, satu dasar baru telah diwujudkan dengan harapan sukan bukan sahaja untuk sebilangan warga Malaysia, tetapi untuk semua .Dasar 1 Murid dan 1 Sukan pula menjadi intipati dalam memartabatkan sukan Negara. Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu

1.

aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Melalui penglibatan sukan, maka murid-murid bukan sahaja dikatakan celik intelek tetapi rohaniah, jasmaniah serta emosi juga celik atas keseimbangan dengan bersukan. Kenapa dengan bersukan maka kita katakana rohani ,jasmani dan emosi kita seimbang? Ini persolan yang berkaitan dengan bidang kesihatan. Tubuh yang sihat mampu menjamin kehidupan yang bahagia. Individu yang sihat mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga.Kekuatan fizikal dipertingkatkan dengan amalan bersukan dan bersenam.Ini secara tidak langsung mempengaruhi rohani dan emosi seseorang individu. Selain dari itu ,dengan bersukan juga dapat mencerdaskan fikiran dan mental .Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Selain dari itu dengan bersukan , sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan dapat dipupuk. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara. Ini adalah aspirasi negara dalam menyatupadukan semua kaum dalam satu konsep perpaduan.Dengan bersukan ,yang sememangnya dilibati oleh semua lapisan masyarakat di Negara kita, maka pertembungan bangsa yang berlainan dan sikap bekerjasama serta berinteraksi dapat dipupuk dan disemai.Ini dapat menjamin kesejahteraan , keamanan dan keharmonian Negara kita .

Berdasarkan komitmen dan keinginan Negara ,dan sebagai menyahut Dasar Sukan Negara , dan Dasar 1Murid 1 Sukan ,maka sekolah saya telah merealisasikan program 1 Murid 1 Sukan dengan menjalankan acara kemuncak Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Program ini dijalankan serentak dengan membabitkan seluruh buah sekolah di seluruh Negara. Dan program ini julung-julung kali telah dicatat di dalam Malaysia Book of Records (MBR). Ini menunjukkan kerjasama , keinginan dan azam sekolah dalam menjadikan murid-murid

2.

sekolah khususnya meminati budaya bersukan dan jadikan aktiviti bersukan sebagai rutin harian mereka.

Sebagai rasionalnya , pihak sekolah menjadikan program 1 Murid 1 Sukan sebagai anjakan paradigma terutamanya kepada semua murid yang menuntut di sekolah. Dengan menitik beratkan penglibatan semua murid amnya secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Ini dilaksanakan dengan mengagihkan murid-murid dalam kegiatan aktiviti sukan dan permainan serta dalam aktiviti kokurikulum yang lain. Dengan cara ini pihak sekolah mudah mencapai sasaran dengan meningkatkan peratusan penglibatan murid-murid didalam setiap aktiviti serta program berunsur kesukanan di peringkat sekolah.

Selain dari itu, pihak sekolah sebagai menjunjug Dasar 1 Murid 1 Sukan , adalah dengan memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid-murid yang kurang berminat ataupun kurang aktif. Untuk menjadikan semua warga sekolah amnya dan murid-murid khususnya lebih cergas dan cerdas, maka pihak sekolah menetapkan garis panduan kepada warga sekolah dan semua murid untuk sama-sama menjayakan program kesukanan dan kokurikulum sekolah. Juga meningkatkan kadar penyertaan murid-murid sekolah dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah dan juga memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk diasah dan digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Justeru itu Murid-murid sekolah juga di asah untuk membentuk sahsiah dan disiplin diri melalui penglibatan dalam Sukan dan Permainan . Seperti yang diketahui, murid-murid agak sukar untuk hadir dan melibatkan dengan aktiviti sukan ,terutamanya jika pelaksananya adalah pada waktu petang. Tetapi dengan meletakkan garis panduan dan mewajibkan penglibatan murid-murid sekolah, maka secara tidak langsung pihak sekolah mendisiplinkan murid-murid untuk lebih bertanggungjawab. Mendisiplin murid-murid merupakan satu tugas yang amat berat di kalangan guru-guru sekolah. Tetapi dengan melibatkan murid-murid dalam aktiviti sukan, maka murid-murid akan lebih menepati masa dan sikap inilah menjadi pencetus kepada perubahan diri dan seterusnya menjadikan budaya berdisiplin di kalangan murid-murid sekolah. Dengan perubahan sebilangan murid-murid ini , ianya akan membawa pengaruh kepada semua murid di sekolah.

3.

Sukan merupakan medan yang dapat mempengaruhi jiwa murid-murid dengan amat mudah, maka adalah menjadi tanggungjawab semua guru dalam mempengaruhi jiwa murid-murid ini untuk mencintai aktivit sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah.Dengan menjadi budaya bersukan ini sebagai fokus utama, maka pihak sekolah mengaturkan pelbagai aktiviti berunsur kesukanan. Antaranya ialah aktiviti sukan dan Permainan yang dijalanakan setiap hari Selasa dan Khamis. Aktiviti ini bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Aktiviti Sukan dan Permainan ini dijalankan setiap minggu dengan peruntukan masa selama satu jam setengah bagi setiap kali perjumpaan. Semua murid wajib menghadirkan diri ke aktiviti tersebut seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Untuk melancarkan perjalanan aktiviti Sukan dan Permainan tersebut, murid-murid diagihkan secara seragam mengikut Sukan dan Permainan yang telah diwujudkan di sekolah. Antaranya ialah Bola Sepak Bola Baling, Bola Jaring , Badminton, Sepak Takraw, dan juga Olaraga. Untuk menyeimbangkan bilangan murid di setiap aktiviti adalah sama, maka guru kanan Kokurikulum bersama- sama dengan penyelaras Sukan dan Permainan, melakukan bancian di setiap kelas untuk memastikan setiap kelas mengandungi agihan murid-murid bagi semua permaian tersebut. Dengan cara ini ,maka dapatlah ditentukan bilangan murid-murid bagi setiap permaian.Sekiranya terdapat kelebihan bilangan murid dalam suatu permainan, maka penyelaras adalah bertanggungjawab dalam menyusun semula bilangan murid agar seimbang bagi setiap permainan.

Selain dari itu , pihak sekolah juga melaksanakan Aktiviti Merentas Desa yang dijalankan pada bulan April yang lepas . Untuk itu pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan pemilihan ahli jawatankuasa program bagi menjayakan program tersebut. Setiap guru dipertanggungjawabkan tugas untuk melicinkan aktiviti Merentas Desa. Murid-murid diedarkan surat pemberitahuan dan juga surat kebenaran waris sebelum aktiviti dilaksanakan. Semua murid digalakkan untuk menyertai acara ini, tetapi bagi murid-murid yang mengalami masalah kesihatan dan tidak mendapat kebenaran waris tidak dilibatkan secara langsung dalam acara merentas desa. Dengan berpakaian lengkap pada pagi tersebut, semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan. Acara ini di lancarkan oleh Pn. Asmat Rusidah selaku guru besar. Guru-

4.

guru terlebih dahulu telah pun bergerak ke stesen masing-masing dan menunggu ketibaan murid-murid. Pada ketika ini kebolehan dan ketahanan murid-murid diuji. Ramai murid yang bersungguh-sungguh menghabiskan larian ini dengan penuh semangat.Jika diimbas akan aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah lebih memberikan tumpuan kepada aktivit berbentuk fikizal, ini selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan. Melalui aktiviti fizikal seumpama ini, adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi terus dibangunkan dan diperkembangkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Pihak sekolah juga sentiasa mengalu-alukan penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan diluar sekolah.Sebagai contoh, murid-murid diberikan latihan tambahan khususnya atlet-atlet sekolah dalam pelbagai acara yang di laksanakan peringkat zon mahupun peringkat daerah. Guru-guru yang terlibat sanggup meluangkan masa serta membawa dan mengiringi murid-murid sekolah sepanjang kejohanan di jalankan di luar sekolah. Bolehlah dikatakan bahawa sepanjang tahun ini, pelbagai kejayaan telah diperolehi oleh pelajar sekolah dalam arena sukan. Secara tidak langsung, kejayaan ini dikongsi oleh murid-murid lain dan atlet-atlet kecil ini mempengaruhi murid-murid lain untuk berani mengambil bahagian dalam apa jua aktivit sama ada yang dianjurkan oleh pihak sekolah . Dengan menjadikan bidang kokurikulum sebagai suatu disiplin pendidikan yang menyumbang terus kepada proses pembangunan kemanusiaan,maka aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan secara berterusan pihak pentadbiran sekolah. Aktiviti-aktiviti ad hoc atau yang dilaksanakan berdasarkan keperluan pihak sekolah dilaksanakan secara berkala berdasarkan jadual dan takwim yang dikeluarkan oleh bahagian kokurikulum sekolah, lazimnya akan menghasilkan pengalaman-pengalaman dan kemahiran-kemahiran sementara yang tidak signifikan dari segi peneguhan disiplin,watak,persepsi dan world view murid-murid yang terlibat. Maka pihak sekolah mula menglibathan murid-murid dari tahun 3 hinggalah tahun 6, dan memberikan focus utama kepada mereka. Aktiviti sukan dan permainan telah pun diterapkan

5.

oleh pihak sekolah sejak murid-murid berumur 9 tahun lagi. Ini akan melatih mereka untuk menyiapkan diri dalam arena sukan peringkat sekolah kelak.

Selain aktiviti Sukan dan Permainan, pihak sekolah juga melaksanakan aktiviti Kelab dan Persatuan serta aktiviti Unit Beruniform. Aktiviti ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu , bermula pada jam 1.00 petang sehingga 3.00 petang setiap minggu. Murid-murid yang terlibat adalah dari tahun 3,4,5,dan 6. Sama seperti Sukan dan Permainan, setiap murid-murid diagihkan dalam unit masing-masing mengikut koata yang telah ditetapkan. Keimbangan bilangan murid diberikan perhatian, untuk itu guru kanan kokurikulum bersama dengan penyelaras unit dan kelab menetapkan kemasukan dan pendaftaran murid-murid mengikut unit dan kelab masing-masing. Oleh kerana waktu melaksanakan adalah selepas waktu sekolah, maka kehadiran murid-murid adalah memberangsangkan. Masalah lepak dan ponteng dapat dikurangkan dengan terlaksananya aktiviti ini. Peratusan kehadiran murid-murid juga bertambah pada setiap bulan. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan aktiviti kerana kehadiran yang sempurna memberi semangat kepada guru pembimbing dalam melaksanakan aktiviti dalam kelab dan unit masing-masing.

Tuntasnya ,dasar 1 Murid 1 Sukan ini telah membawa suatu perubahan yang sangat ketara kepada pembangunan Negara kita. Ini kerana matlamat melahirkan generasi yang sihat dan aktif dapat dicapai dengan lebih mudah. Penglibatan murid-murid secara keseluruhanya membantu Negara merealisasikan pembangunan Negara yang lebih memberangsangkan.Generasi yang sihat fizikal dan akal, akan membawa Negara kita ke persada antarabangsa .

6.

b) Kesedaran serta komitmen yang jitu harus ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah,setiap guru dan kakitangan bagi menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang ( Kejohanan Olaraga Tahunan ) sekolah anda. Berdasarkan temubual dan rekod yang terdapat sila nyatakan komitmen yang telah ditunjukkan oleh keepimpinan sekolah,setiap guru dan kakitangan dalam menjayakan kejohanan ini.

KEJOHANAN OLARAGA TAHUNAN

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Oleh sebab itu,kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Kini sukan olahraga dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk murid-murid lelaki mahupun perempuan, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan.

Dalam olahraga setiap acara mempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna banyak pingkat yang dipertaruhkan dalam acara kejohanan olaraga ini. Acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang murid mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Walaubagaimanapun adalah tidak musykil untuk murid-murid menguasai ketiga-tiga kemahiran ini sekaligus.Ini bergantung kepada kemampuan dan komitmen mereka dalam menguasai acara-acara tersebut.

Di peringkat sekolah rendah, seseorang murid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan larian, lompatan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu, mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lari berganti-ganti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjurnpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat menerusi pelbagai acara.

7.

Tetapi persoalanya, dapatkah murid-murid dapat merangkul kejayaan ini secara sendirian.Sudah pasti jawapanya tidak.Ini kerana kejayaan murid-murid sekolah sangat berkait rapat dengan system pentadbiran sekolah serta warga yang menguruskan pentadbiran sekolah. Kejohanan Olahraga , ataupun juga dikenali sebagai Sukan Tahunan di kalangan murid-murid merupakan hasil kepada perancangan tang bersistematik serta jitu oleh pihak sekolah. Bermula daripada guru besar sehinggalah kepada kakitangan sekolah, semuanya memainkan peranan masing-masing dalam merancang dan melaksanakan kejohanan tersebut.

Pihak pentadbiran sekolah , khususnya guru besar merupakan individu yang berperanan besar dalam menjayakan kejohanan tahunan ini. Untuk itu Pn Asmat Rusidah selaku guru besar telah mengadakan perbincangan dan mensyuarat dengan guru kanan kokurikulum serta guru-guru kanan sekolah untuk membentuk jawatankuasa kejohanan tahunan sekolah. Hasil perbincangan dengn pihak pentadbiran, seterusnya satu mesyuarat bersama guru-guru sekolah diadakan. Dalam mesyuarat itu, tujuan dan hasrat pihak pentadbiran dinyatakan. Guru-guru diberikan mandate untuk merealisasikan Kejohanan Tahunan.

Sebelum Kejohanan ini dilaksanakan, perjumpaan murid-murid mengikut rumah sukan akan diadakan , untuk menyatakan latihan-latihan yang akan diberikan serta harapan guru-guru pembimbing untuk melihat kejayaan rumah sukan masing-masing. Sesi latihan bermula dengan melibatkan semua guru. Guru-guru hadir paada setiap hari bermula dari hari Isnin sehinggalah hari Khamis. Latihan sukan bermula sekitar jam 4.00 petang dan tamat pada jam 6.00 petang. Selama 2 jam, guru-guru bertungkus lumus memberikan latihan asas dan tambahan kepada murid-murid untuk memberikan persediaan dari segi fizikal dan juga mental.Komitmen guru dalam memberikan tujuk ajar kepada adalah sangat tinggi nilainya. Ini kerana guru- guru sekolah sanggup meluangkan masa datang ke sekolah dan melatih murid-murid . Terdapat segelintir guru-guru sekolah tinggal jauh dari kawasan sekolah, dan sanggup menunggu hampir 3 jam untuk memulakan aktiviti latihan sukan tersebut.

Selain dari itu, guru-guru juga sanggup berbelanja dalam menyediakan makanan kepada murid-murid yang sanggip hadir ke latihan rumah sukan.Satu pengorbanan yang sangat tinggi, kerana guru bukan sahaja mencurahkan keringkat tetapi juga tidak kekok mengeluarkan sumber

8.

kewangan sendiri dalam memberikan keselesaan kepada murid-murid.

Pihak pentadbiran sekolah juga sama-sama membantu guru dalam menjayakan Kejohanan Tahunan Sekolah. Pemantau sering dilakukan oleh merke , khususnya guru kanan kokurikulum dalam memastikan guru-guru dan murid-murid sekolah menjalankan latihan yang sempurna. Pengumuman sering diberikan untuk mengingatkan kepada murid-murid dan guru-guru tentang latihan yang bakal dijalankan. Ini sedikit sebanyak membantu murid-murid untuk membuat persediaan awal untuk menghadirkan diri ke latihan rumah sukan.

Kejohanan Tahunan Sekolah berlangsung setelah perancangan rapi dilaksanakan. Dari latihan rumah sukan sehinggalah penyediaan tempat, merupakan satu tugas yang amat berat untuk dipikul. Tetapi dengan kerjasama setiap guru dalam menjalankan tugas masing-masing , akhirnya Kejohanan Tahunan dapat dilaksanakan dengan baik. Penyediaan tempat berlangsungnya kejohanan Sukan merupakan satu tugas yang sukar. Oleh kerana adanya jawatankuasa kerja maka tugas sukar menjadi mudah. Guru-guru bersama-sama dengan kakitangan sekolah lain seperti staf sokongan dapat menyediakan tempat dengan memsangkan khemah bagi para peserta acara balapan dan padang berkumpul. Guru-guru yang terbabit juga membantu pekerja sokongan menguruskan padang dengan mengecat laluan dan lorong untuk acara larian. Guru-guru sanggup menunggu selepas sesi persekolahan semata-semata memastiakn keadaan padang adalah sempurna.

Tugas-tugas memotong rumput juga dibantu oleh guru-guru lelaki khususnya untuk menjadikan padang sekolah lebih sesuai dan elok sebelum acara berlangsung. Manakal guru-guru perempuan, sanggup meluangkan masa rehat mereka semata-mata mereka bentuk maskod dan merancangkan keceriaan rumah sukan masing-masing. Dengan menggunakan sumber kewangan sendiri, guru sangup mencari dan menghasilkan bersama-sama dengan murid-murid. Latihan kawad kaki pula pasti dijalankan secara bergilir-gilir oleh semua guru rumah sukan. Ini sebagai satu panduan kepada murid-murid sewaktu perbarisan sukan dijalankan.

Staf sokongan dan pekerja am, juga merupakan tenaga yang sangat membantu menjayakan Kejohanan Tahunan sekolah. Ini kerana tanpa mereka , guru-guru tidak dapat menguruskan

9.

perjalanan sukan dengan berkesan. Bersama-sama dengan ibu bapa serta ahli jawatan kuasa PIBG, pihak sekolah telah saling berkolaborasi dalam melaksanakan Kejohanan Olaraga Tahunan.

Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan Kejohanan Olaraga Tahunan sekolah bergantung sepenuhnya dengan komitmen yang diberikan oleh semua warga sekolah .Ini termasuklah sikap kerjasama dan toleransi serta kolaborasi di antara warga sekolah membawa kepada kejayaan Sukan Tahunan Sekolah. Pihak pentadbiran sekolah sudah pasti tidak dapat melaksanakan Kejohanan tahunan tanpa kerjasama dan komitmen para guru dan dibantu oleh staf sokongan sekolah.Maka interaksi, sikap saling hormat menghormati serta menghargai patutlah dipupuk agar keberkesanan dan kejayaan sesuatu program dapat dikecapi.

10.