majlis ugama islam singapura khutbah jumaat 29 .../sgpcmedia/media_releases/muis/press...ataupun...

4
1 Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 29 September 2017 / 8 Muharram 1439 Memahami Kisah Para Anbiya’ Misi utama Rasulullah s.a.w. diutuskan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menjadi rahmah buat sekelian alam. Kalimat “rahmah” di dalam ayat tersebut membawa pengertian kasih sayang, kelembutan dan kebaikan yang membawa keceriaan pada umat manusia. Oleh itu, segala ajaran, nasihat dan panduan kenabian, menjurus ke arah maksud dan tujuan tersebut. Kerana itu juga, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Aku diutuskan dengan membawa agama yang lurus dan memudahkan. (Hadith riwayat Ahmad). Begitu juga kehidupan para anbiya’ sebelum Baginda s.a.w., yang diutuskan Allah s.w.t. untuk membawa kebaikan, keamanan, pembangunan dan kesejahteraan bagi masyarakat mereka. Perhatikan Nabi Syu’ib a.s. ketika beliau berkata kepada kaumnya: Yang bermaksud: "Sesungguhnya yang aku inginkan hanyalah pembaikkan, sejauh kemampuan ku. [Surah Hud, ayat 88]. Inilah merupakan mesej serta dasar utama yang dibawa setiap nabi dan rasul. Mesej keamanan dan pembangunan jelas terpapar bagi siapa sahaja yang meneliti perjalanan kehidupan mereka. Alhamdulillah, inilah bentuk kehidupan beragama yang ingin kita terus semaikan di Singapura. Kita dapat menyesuaikan diri dengan menghidupkan syiar serta ajaran agama, serta menyumbang ke arah kebaikan dan kemakmuran masyarakat.

Upload: vudat

Post on 12-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

29 September 2017 / 8 Muharram 1439

Memahami Kisah Para Anbiya’

Misi utama Rasulullah s.a.w. diutuskan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menjadi

rahmah buat sekelian alam. Kalimat “rahmah” di dalam ayat tersebut

membawa pengertian kasih sayang, kelembutan dan kebaikan yang

membawa keceriaan pada umat manusia. Oleh itu, segala ajaran, nasihat dan

panduan kenabian, menjurus ke arah maksud dan tujuan tersebut. Kerana itu

juga, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Aku diutuskan dengan

membawa agama yang lurus dan memudahkan. (Hadith riwayat Ahmad).

Begitu juga kehidupan para anbiya’ sebelum Baginda s.a.w., yang diutuskan

Allah s.w.t. untuk membawa kebaikan, keamanan, pembangunan dan

kesejahteraan bagi masyarakat mereka. Perhatikan Nabi Syu’ib a.s. ketika

beliau berkata kepada kaumnya:

Yang bermaksud: "Sesungguhnya yang aku inginkan hanyalah pembaikkan,

sejauh kemampuan ku. [Surah Hud, ayat 88].

Inilah merupakan mesej serta dasar utama yang dibawa setiap nabi dan

rasul. Mesej keamanan dan pembangunan jelas terpapar bagi siapa sahaja

yang meneliti perjalanan kehidupan mereka.

Alhamdulillah, inilah bentuk kehidupan beragama yang ingin kita terus

semaikan di Singapura. Kita dapat menyesuaikan diri dengan menghidupkan

syiar serta ajaran agama, serta menyumbang ke arah kebaikan dan

kemakmuran masyarakat.

2

Saudaraku,

Perhatikanlah betapa pentingnya dasar kebaikan dan pembangunan dalam

ajaran agama. Sehinggakan apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang jauh

dari keamanan mahupun kesejahteraan dalam kehidupan para nabi, mereka

tetap mengajak kepada kelembutan di dalam pembalasan. Mereka tetap

berpegang teguh kepada nilai rahmah dan kebaikan. Bahkan peristiwa-

peristiwa sedemikian tidak lain hanyalah pengecualian dan jalan terakhir.

Keganasan, kehancuran, peperangan, bukanlah pendekatan pertama

ataupun prinsip dasar para anbiya’, dalam menyampaikan mesej Islam dan

kebaikan.

Saudaraku,

Malangnya, pada hari ini, sebahagian golongan manusia telah

menyalahgunakan pengecualian tersebut. Mereka menjadikan peperangan

serta pengganasan sebagai dasar utama Islam yang katanya mesti

diperjuangkan pada segala situasi. Ini adalah satu penyelewengan yang jelas

serta fitnah yang sangat merosakkan terhadap agama yang kita cintai.

Perkara ini ditimbulkan lagi dalam satu propaganda kumpulan ISIS baru-baru

ini. Seorang warganegara Singapura yang telah menyertai ISIS menyeru

kepada jalan kemusnahan yang diikuti beliau, tetapi pada sangkaannya yang

menyeleweng, itulah jalan yang dilalui para anbiya’. Jalan yang menjadikan

kekerasan sebagai landasan dan dasar hubungan Muslim dengan pengikut

agama lain. Individu tersebut mendakwa bahawa dirinya menyertai jihad,

serta berada di bawah pemerintahan khilafah Islam. Beliau bertanggapan

bahawa tuhan pasti mengurniakan sesiapa yang mengikuti ISIS dengan

kematian syahadah ataupun kemenangan.

Semenjak bilakah pembunuhan orang yang tidak berdosa dipanggil jihad?

Semenjak bila kezaliman dan penindasan, pencerobohan tempat-tempat

ibadah dan penghancuran khazanah sejarah itu sebahagian daripada Islam?

Lalu mereka yang melakukan jenayah itu menyangka bahawa kematiannya

dianggap syahid?

3

Semua itu dilakukan dengan menggunakan nama Islam, nama Al-Quran yang

terpelihara, dan nama Sunnah yang suci, untuk membenarkan kezaliman

terkutuk itu! Ternyata apa yang dilakukan ISIS merupakan suatu jenayah

bukan sahaja terhadap Islam itu sendiri, bahkan terhadap masyarakat dunia.

Ia bertentangan dengan panduan serta etika yang dibawa Nabi s.a.w.. Dan

Allah s.w.t. pasti tidak akan mengurniakan kejayaan bagi kezaliman.

Saudaraku,

Maka kini lebih lagi daripada dulu, kita perlu memastikan bahawa diri kita,

keluarga dan masyarakat kekal memiliki daya tahan keagamaan terhadap

ajaran, pujukan, dan penipuan yang bertentangan dengan Islam dan

membahayakan jiwa insan.

Memahami teks agama secara menyeluruh dan mendalam merupakan

tanggungjawab setiap individu Muslim. Jangan dengan mudah menerima

maklumat yang kita perolehi daripada sumber yang diragui tanpa memeriksa

ketetapan pemahaman tersebut. Kerana penyelewengan terhadap teks

agama itu sering berlaku. Bukan sahaja di zaman ini, bahkan pada setiap

zaman. Di antara penyelewengan maklumat agama adalah pengabaian

konteks nas-nas agama.

Banyak ayat-ayat Al-Quran memiliki latarbelakang dan konteks yang khusus,

serta pengunaan yang terhad kepada suasana serta keadaan tertentu. Oleh

itu, ia tidak boleh diumumkan bagi setiap keadaan. Sebagai contoh, firman

Allah s.w.t. pada surah Al-Taubah ayat ke-41 menceritakan tentang situasi

tertentu di dalam peperangan. Ia sekali-kali tidak pernah berfungsi sebagai

keizinan untuk melakukan keganasan, kehancuran dan penindasan. Ayat itu

bagi situasi yang tertentu dan bukannya umum bagi setiap keadaan.

Contoh yang kedua adalah panduan kenabian yang menasihatkan umat Islam

untuk berpegang teguh dengan ajaran agama dalam apa jua keadaan. Nas ini

digunakan oleh mereka yang mempunyai ideologi ganas untuk menghasut

umat Islam agar menyimpan perasaan benci terhadap mereka yang tidak

sependapat dengan dirinya.

4

Penerapan teks-teks agama yang khusus tersebut pada setiap keadaan dan

ketika, merupakan suatu penyelewengan. Pastikan saudaraku, kita dan ahli

keluarga kita meneliti panduan agama yang kita perolehi. Dengan harapan

agar Allah s.w.t. kekal memelihara diri kita dan ahli keluarga daripada

penyelewengan dan kemudaratan.