majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

28
1 Terima kasih kepada saudara pengaraca majli Bismillahirrahmanirrahim, TEKS UCAPAN DATUK AB RAHIM BIN MD NOOR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SWCorp SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN SWCorp YANG KETUJUH DAN KONVENSYEN BANDAR BERSIH 1 JUN 2015 (ISNIN) KLANA RESORT, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Upload: hatu

Post on 31-Jan-2017

245 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

1

Terima kasih kepada saudara pengaraca majli

Bismillahirrahmanirrahim,

TEKS UCAPAN

DATUK AB RAHIM BIN MD NOOR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SWCorp

SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN SWCorp YANG KETUJUH

DAN KONVENSYEN BANDAR BERSIH

1 JUN 2015 (ISNIN) KLANA RESORT, SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN

THE EVERLY PUTRAJAYA

Page 2: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

2

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia dan

Salam Kehebatan.

1. Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada hari

yang berbahagia ini untuk menjayakan Majlis Sambutan Ulang Tahun

SWCorp Yang Ketujuh dan Konvensyen Bandar Bersih. Saya juga

ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan

terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Halimah Binti Mohamed

Page 3: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

3

Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT) atas kesudian YB Datuk untuk hadir

bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna pada hari ini.

Kehadiran YB Datuk telah menzahirkan rasa sokongan terhadap

usaha-usaha SWCorp dalam mengarus perdanakan pengurusan

sisa pepejal dan pembersihan awam negara. Saya juga

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa SWCorp

dan semua pihak yang memberi komitmen tinggi bagi menjayakan

majlis ini.

Page 4: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

4

2. Majlis Sambutan Ulang Tahun SWCorp yang diraikan pada saban

tahun ini adalah selaras dengan penubuhannya pada 1 Jun 2008 yang

dikuatkuatkuasakan melalui Akta 673 (Akta Perbadanan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam 2007). SWCorp kini semakin dikenali

sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa

pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Dalam tempoh

perlaksanaannya, pelbagai cabaran telah berjaya ditempuhi melalui

pendekatan-pendekatan yang lebih efektif sesuai dengan arus peredaran

masa kini dalam menjadikan organisasi ini terus relevan serta boleh

berdiri setara dengan agensi kerajaan yang lain.

Page 5: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

5

Kejayaan ini sudah pastinya terhasil daripada sokongan pelbagai pihak

termasuk pihak Kementerian, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT), agensi kerajaan amnya dan masyarakat khususnya. Saya amat

berharap agar sokongan padu ini akan berterusan bagi

merealisasikan aspirasi SWCorp ke arah meningkatkan kualiti

persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera menjelang 2020.

Page 6: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

6

YB Datuk dan para hadirin yang dihormati sekalian,

3. Bagi menjayakan aspirasi tersebut, beberapa program yang

berimpak tinggi atau Signature Programme telah dilaksanakan di

bawah program induk Jelajah Mata Hati 2015 (JMH). Selain

daripada meninjau seluruh kawasan operasi wilayah SWCorp, ianya

juga dapat meningkatkan jalinan hubungan mesra bersama

penduduk dan masyarakat tempatan untuk menguruskan sisa

pepejal secara lebih bijak dan seterusnya menyemarakkan lagi

amalan membudayakan penjagaan kebersihan persekitaran.

Page 7: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

7

Melalui program JMH ini, SWCorp juga dapat bertemu serta

mendekati masyarakat secara lebih mesra dan pada masa yang

sama pelbagai informasi dapat disalurkan kepada masyarakat. Ini

termasuk pelaksanaan Pengasingan Sisa di Rumah, amalan 3R

(reduce, reuse, recycle), anti-littering, kesan terhadap pencemaran

dan sebagainya di mana ianya telah disampaikan melalui pelbagai

aktiviti sama ada secara formal seperti sesi townhall, dialog, forum

dan aktiviti tidak formal dan santai bersesuaian dengan semua

segmen masyarakat. Program sebegini secara langsung dapat

meningkatkan lagi pemahaman masyarakat berkaitan amalan-

Page 8: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

8

amalan penjagaan alam sekitar yang boleh dilaksanakan di

peringkat komuniti yang akhirnya akan memberi impak yang tinggi

kepada tahap kebersihan negara ini.

4. Dalam usaha untuk mengorak langkah ke arah sebuah negara

yang mempunyai masyarakat bertanggungjawab terhadap

pemeliharaan alam sekitar, SWCorp telah meletakkan kepentingan

penyelesaian isu-isu berkaitan masalah kebersihan melalui tindakan

yang lebih strategik dan proaktif supaya setiap tahap yang disasarkan

mampu dicapai dengan berkesan. Untuk itu, SWCorp sangat komited

Page 9: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

9

dalam memastikan prestasi perkhidmatan syarikat konsesi sentiasa

meningkat dari semasa ke semasa. Komitmen yang jitu dari pelbagai

peringkat pengurusan SWCorp yang telah turun padang ke setiap

pelusuk kawasan dalam operasi khusus iaitu Operasi Mata Helang

jelas menunjukkan keberhasilanya. Ia merupakan operasi

pemeriksaan secara terperinci untuk memastikan kualiti

perkhidmatan dan mengenalpasti punca-punca masalah

kebersihan di setiap ceruk lokasi daerah yang terlibat agar semua

masalah dapat diselesaikan sebelum ianya menjadi masalah

kepada masyarakat dan barah kepada organisasi.

Page 10: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

10

Modus operandi yang digunakan adalah berbeza dari tindakan kawal

selia yang biasa dilaksanakan kerana fokus pelaksanaan adalah

mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera dan

menghasilkan outcome yang di luar dari jangkauan. Operasi Mata

Helang ini telah menunjukkan pencapaian yang sangat signifikan di

mana berdasarkan kepada data statistik penerima aduan, operasi ini

telah berjaya menurunkan jumlah purata penerimaan aduan yang

begitu ketara di mana pada tahun 2011 sejumlah 2183 aduan telah

direkodkan, manakala pada tahun 2014 hanya 644 aduan sahaja

Page 11: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

11

yang diterima. Secara keseluruhan purata aduan ini telah

menunjukkan penurunan sehingga 70 peratus.

5. Justeru itu, dalam konteks mengekalkan kebersihan persekitaran,

setiap individu perlu melihat sesuatu perkara dengan Mata Hati dan

pandangan yang jauh terhadap pencemaran alam sekitar yang

berlaku pada hari ini yang telah menjejaskan kehidupan manusia

sejagat. Untuk itu, SWCorp optimis untuk mewujudkan sebuah

masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai etika yang tinggi

dalam aspek kebersihan.

Page 12: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

12

Bagi menjayakan aspirasi tersebut, SWCorp telah banyak

melaksanakan kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi

termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan, SWCorp juga telah

berkerjasama dengan Persatuan Mata Hati Malaysia (PMHM) yang

memberi fokus kepada keprihatinan dan isu-isu kehidupan

sejagat, alam sekitar dan kebersihan persekitaran untuk

menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada negara dalam

membudayakan amalan kebersihan, kehijauan dan pemuliharaan

alam sekitar. Melalui kolaborasi strategik dengan persatuan ini,

SWCorp telah aktif melaksanakan pelbagai program sebagai contoh

Page 13: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

13

Misi Bantuan Banjir, Program Recovery melalui pengumpulan

barangan elektrik terpakai dan baharu untuk mangsa-mangsa

banjir di negeri Pahang dan Kelantan serta Program Don’t Be

Trashy Campaign di Bukit Broga bersama para pendaki. Selain itu,

persatuan ini juga turut terlibat bersama SWCorp dalam kempen

kebersihan persekitaran melalui pendidikan secara terus kepada

masyarakat tempatan dan luar negara dalam program 3R

Marathon and Carnival dan Festival Belia Putrajaya 2015 di mana

pihak SWCorp telah diberi kepercayaan buat kali keduanya untuk

memastikan kebersihan festival sentiasa terjamin melalui

Page 14: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

14

penglibatan pengunjung. Terkini, SWCorp juga telah bekerjasama

dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kempen

penjagaan kebersihan di dalam stadium semasa perlawanan akhir

Piala FA di mana kempen tersebut telah berjaya meningkatkan

kesedaran terhadap membudayakan kebersihan kepada lebih 5

juta orang yang terdiri daripada penonton tempatan dan

antarabangsa. Diharap program-program seperti ini dapat

menanamkan lagi sikap masyarakat yang memahami dan menjadikan

pengurusan sisa pepejal dan kebersihan persekitaran sebagai

tanggungjawab bersama.

Page 15: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

15

YB Datuk dan para hadirin yang dihormati sekalian,

6. Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun SWCorp ini, inisiatif

terbaharu yang akan dilancarkan pada hari ini adalah Program

Komuniti 3R. Melalui program ini, masyarakat akan diberikan

pendedahan dan pendidikan khusus terhadap amalan

membudayakan 3R yang merangkumi elemen pengurangan, guna

semula dan kitar semula barangan terbuang. Pembudayaan amalan

3R ini akan dapat mengelakkan pembaziran sumber-sumber boleh

diperbaharui.

Page 16: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

16

Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti seperti bank kitar semula,

pengkomposan sisa makanan dan penghasilan barangan kraftangan

dengan menggunakan bahan terpakai. Selain itu, program ini juga

dapat membantu komuniti untuk menjana sumber pendapatan isi

rumah dan seterusnya dapat mewujudkan industri dan jaringan

perusahaan kitar semula antara komuniti.

7. Inisiatif SWCorp diteruskan lagi dengan mengadakan Program

Green Campus yang merupakan platform untuk menghubungkan

semua pihak di antara institut pengajian tinggi bagi melaksanakan

Page 17: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

17

aktiviti kelestarian kampus meliputi aspek alam sekitar, sosial dan

ekonomi. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan lagi

kefahaman terhadap amalan kelestarian kampus di mana IPT dapat

dijadikan role model atau sebagai pemangkin transformasi di

komuniti sekelilingnya melalui perkongsian ilmu atau Knowledge

Transfer dalam membudayaan kebersihan sekaligus dapat

melahirkan masyarakat yang peka dan bertanggungjawab dalam

pemeliharaan alam sekitar.

Page 18: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

18

8. SWCorp juga sentiasa berusaha memastikan perkhidmatan

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang cekap dan

terbaik bagi membina masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab

terhadap kebersihan. Sehubungan dengan itu, SWCorp telah

menyediakan Pelan Tindakan Winning The Hearts and Minds

(WHM) yang akan turut dilancarkan pada hari ini. Sasaran utama

Pelan WHM ini adalah untuk mendekati masyarakat melalui jalinan

yang mesra supaya masyarakat akan sama-sama menyokong

aspirasi SWCorp dan memberikan komitmen terhadap budaya

penjagaan alam sekitar dan seterusnya menjadikan SWCorp

Page 19: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

19

sebuah organisasi yang sentiasa dirujuk, relevan, dihormati dan

dikenali (referred, relevant, respected, renown). Pelbagai inisiatif

yang lebih signifikan akan dilaksanakan melalui pelan tindakan ini yang

memberikan penekanan khusus kepada hubungan simbiosis dengan

masyarakat agar SWCorp akan menjadi sebuah agensi yang dekat

di hati dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang mengujakan

sehingga masyarakat menjadi penyokong dan penggerak yang

berpengaruh dalam melaksanakan aspirasi yang dihasratkan.

Page 20: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

20

YB Datuk dan para hadirin sekalian,

9. SWCorp juga telah menganjurkan Pertandingan Anugerah

Taman Perumahan Bersih yang berakhir pada April 2015 yang lalu.

Pelbagai kriteria telah dinilai yang merangkumi aspek-aspek berkaitan

tahap kebersihan, keindahan, hiasan taman perumahan,

penglibatan komuniti dalam penjagaan kebersihan taman dan

amalan 3R yang dipraktikkan. Melalui pertandingan ini, pihak

SWCorp berharap agar usaha-usaha bagi memastikan taman masing-

masing memenuhi kriteria peniliaian taman perumahan bersih tidak

Page 21: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

21

berhenti di sini sahaja malah terus mengekalkan amalan kebersihan

yang telah dipratikkan bagi memastikan taman perumahan kekal bersih

sebersihnya. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan

tahniah kepada yang telah berjaya dan berharap kejayaan ini akan

dapat meningkatkan lagi amalan membudayakan kebersihan bagi yang

masih belum berjaya diharap terus membudayakan amalan tersebut.

10. Selain dari Pertandingan Taman Bersih ini, SWCorp juga buat

julung-julung kalinya pada majlis hari ini akan menyampaikan

Anugerah Penyelia Syarikat Konsesi Terbaik.

Page 22: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

22

Pelbagai aspek penilaian yang melibatkan tiga (3) kategori utama iaitu

keberhasilan kerja, sifat peribadi dan cara berkerja disamping

maklumbalas daripada stakeholder telah dinilai secara

professional, telus dan penuh berintegriti. Adalah diharapkan

melalui pengiktirafan ini, ianya akan meningkatkan lagi motivasi para

pekerja dan syarikat konsesi khususnya dalam memastikan tahap

kualiti perkhidmatan kebersihan persekitaran di wilayah SWCorp

akan berada pada tahap yang sentiasa bersih dan berbau bersih

setiap masa.

Page 23: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

23

11. Di samping itu, Konvensyen Bandar Bersih yang diadakan

pada hari ini juga adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan

bertukar-tukar pandangan berkaitan Program Bandar Bersih yang

sedang giat dilaksanakan. Program ini adalah inisiatif SWCorp

untuk menjadikan 53 buah bandar di bawah seliaan SWCorp

sebagai bandar yang bersih, seterusnya bagi merealisasikan visi

Malaysia agar tersenarai di dalam kelompok antara 10 negara

terbersih di dunia dapat dicapai dengan jayanya. Program ini

adalah melibatkan beberapa fasa di mana fasa pertama terdiri daripada

5 buah bandar perintis iaitu Putrajaya, Pekan, Muar, Langkawi dan

Page 24: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

24

Rembau. Manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing melibatkan

24 buah bandar lagi. Pada peringkat awal tumpuan program bandar

bersih ini adalah meliputi persekitaran kawasan bandar sentiasa

bersih dari segi fizikal, kepuasan masyarakat di kawasan bandar

mengenai tahap kebersihan adalah optimum, rasa tanggungjawab

yang tinggi di kalangan masyarakat untuk bersama-sama menjaga

kebersihan bandar, amalan 3R yang meningkat dan sifar littering

di kawasan persekitaran.

Page 25: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

25

12. SWCorp juga akan sentiasa berusaha bagi memastikan

program-program dan inisiatif-inisiatif yang dianjurkan memberi

impak yang tinggi untuk masyarakat dan negara. Bagi

merealisasikan aspirasi SWCorp ini, kerjasama daripada semua pihak

amatlah penting. Masyarakat mestilah melihat persekitaran yang bersih

dengan pandangan mata hati dan mempunyai tahap kesedaran yang

tinggi bagi memastikan ianya terpelihara untuk generasi akan datang.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya

kepada pihak Kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya yang

sentiasa menyokong segala usaha SWCorp. Saya meletakkan

Page 26: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

26

keyakinan kepada pihak Kementerian dan negara bahawa SWCorp

mampu untuk meninggalkan satu legasi dalam pengurusan sisa

pepejal negara yang mampan dan akan sentiasa komited dalam

merealisasikan matlamat negara. Saya dan seluruh warga kerja

SWCorp meletakkan komitmen yang tinggi untuk terus bersungguh-

sungguh dalam memperkasakan kecemerlangan dan menjadikan

organisasi ini sebagai sebuah organisasi yang hebat di peringkat

nasional mahupun global pada suatu hari nanti.

Page 27: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

27

13. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique yang sudi hadir ke majlis

pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran YB Datuk amat bermakna dan

menjadi sumber inspirasi kepada semua warga SWCorp. Ucapan

terima kasih juga kepada dif-dif jemputan dan para hadirin sekalian

yang turut sama meraikan majlis ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi-

tinggi penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang terlibat serta

seluruh warga SWCorp yang menjayakan majlis pada hari ini.

Page 28: majlis sambutan hari ulang tahun swcorp yang ketujuh dan

28

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam Sejahtera.