majlis perpisahan en ahmad

Upload: zurainahms

Post on 01-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2012

TRANSCRIPT

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN ENCIK AHMAD FAIRIL ASRAPIL

Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Jamuan Perpisahan Encik Ahmad Fairil Asrapil pada 8 Disember 2012 di Restoran Senibong, Johor Bahru. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan warga JPSH terhadap Encik Ahmad sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Bandar Penawar. Sepanjang bertugas di KKBP, beliau telah memegang beberapa portfolio yang banyak membantu melancarkan pengurusan unit. Sebagai penghargaan, warga JPSH mengadakan jamuan makan dan pemberian cenderahati sebagai tanda perpisahan sebelum beliau bepindah ke KK Jelebu.

Jamuan makan bersama En. Ahmad Fairil Asrapil.

Antara staf JPSH yang hadir bersama ahli keluarga ke Majlis Jamuan Perpisahan En. Ahmad Fairil Asrapil.

Ketua Jabatan JPSH menyampaikan cenderahati kepada En. Ahmad Fairil Asrapil.

Acara memotong kek perpisahan.