majlis graduasi prasekolah sktg 2014

8
MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SKTG 2014 Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, yang berbahagia En.Abd Samad bin Johari, Naib yang Dipertua PIBG, SKTG. (Persembahan pembukaan) Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. Semua hadirin diminta berdiri. (nyanyian lagu negaraku) Semua hadirin dipersilakan duduk. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara. Yang berbahagia En.Abd Samad bin Johari, NYDP PIBG SKTG, yang berusaha Pn.Zaiton Bt Mohd Zin, Guru Besar SKTG barisan penolong-penolong kanan SKTG, (sebutkan nama dan jawatan), dif-dif kehormat, ahli jawatankuasa induk 2014, AJK permuafakatan ibubapa prasekolah, para ibubapa, guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t, salam sejatera dan salam 1 Malaysia. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasihNya, kita dapat berkumpul di dewan Auditorium, Westport ini bagi menjayakan majlis graduasi

Upload: apihmung

Post on 14-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

prasekolah

TRANSCRIPT

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SKTG 2014Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, yang berbahagia En.Abd Samad bin Johari, Naib yang Dipertua PIBG, SKTG.

(Persembahan pembukaan)

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. Semua hadirin diminta berdiri.

(nyanyian lagu negaraku)

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berbahagia En.Abd Samad bin Johari, NYDP PIBG SKTG, yang berusaha Pn.Zaiton Bt Mohd Zin, Guru Besar SKTG barisan penolong-penolong kanan SKTG, (sebutkan nama dan jawatan), dif-dif kehormat, ahli jawatankuasa induk 2014, AJK permuafakatan ibubapa prasekolah, para ibubapa, guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t, salam sejatera dan salam 1 Malaysia.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasihNya, kita dapat berkumpul di dewan Auditorium, Westport ini bagi menjayakan majlis graduasi prasekolah SKTG 2014. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita, yang berbahagia En.Abd Samad bin Johari Naib yg Dipertua PIBG kerana sudi hadir ke majlis kita pada pagi ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibubapa serta hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al fadhil ustaz__________________________ untuk memimpin bacaan doa.

Amin amin ya rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________________ atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memohon rahmat,

Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan guru besar SKTG. Dengan itu, dipersilakan guru besar SKTG, Pn Zaiton Bt Mohd Zin untuk menyampaikan ucapan buat titipan semangat serta dorongan kepada murid-murid yang diraikan.

(Ucapan gb)Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Pn.Zaiton Bt Mohd Zin atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang

Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang

Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara.

Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia En.Abd Samad Bin Johari, NYDP PIBG SKTG, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis graduasi prasek SKTG 2014. Majlis dengan segala hormanya, mempersilakan.

(Ucapan perasmian)Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha En.Abd Samad Bin Johari atas ucapan serta perasmian majlis graduasi prasekolah 2014 sebentar tadi.

Kini, tibalah masa kita ke acara penyampaian hadiah dan sijil graduasi prasekolah SKTG 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn.Zaiton Bt Mohd Zin, GB SKTG mengiringi tetamu kehormat, yg berbahagia En.Abd Samad Bin Johari.

Penyampaian hadiah.

Hadirin hadirat yang dihormati,

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada semua murid. Di jemput________________,

Mutiara harapan- sha

Mutiara sayang -ayu

Mutiara impian sha

Mutiara hati ayu

Mutiara kasih -shaDengan itu, dipersilakanMajlis mempersilakan yang berbahagia En.Abd Samad Bin Johari untuk menyampaikan cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Graduasi Prasekolah 2014.1)pn.zaiton m/s 2 dan 3Seterusnya, majlis mempersilakan guru besar SKTG, Pn.Zaiton Bt Zin untuk meyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada yang berbahagia En.Abd Samad Bin Johari. Terima kasih diucapkan kepada tetamu kehormat atas kesudian menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid.Persembahan murid

Bersarang merbah dipohon nangka,

Manis madunya pabila dimakan,

Majlis kini berehat seketika,

Pelbagai persembahan kami sembahkan

Sebagai halwa telinga dan mata, kita meriahkan majlis kita pada hari ini dengan persembahan murid Prasekolah SKTG 2014. Mutiara harapan - chicken dance (yg terdiri drp 21 org 5 tahun dan 4 org- 6 tahun)

Mutiara syg 2 buah lagu iaitu (jong-jong inai & guruku tersayang)

Mutiara impian nyanyian Al-Huq

Mutiara hati acion song (gummy bear) Mutiara kasih 3 action song (twinkle liitle star/singer/the more we get together)

Demikian persembahan drp murid prasekolah mutiara kasih.

Seterusnya, kita saksikan persembahan daripada semua murid prasekolah 2014. Mereka akan mempersembahkan sebuah lagu yg bertajuk GEMURUH. satu persembahan yg sungguh menghiburkan

Satu persembahan yg sungguh menarik dan hebat.

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara. Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin sekalian atas kesudian memeriahkan majlis graduasi pada hari ini.Gugur menguning buah kuini,

Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir disini,

Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap di maafi

Segala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budi

Kenangan nan indah simpanlah dihati

Hadirin yang dihormati,

Lebat rumbia di sungai kedah

Batang selasih di tanjung dara

Juadah istimewa terhidang sudah

Samalah duduk menjamu selera.

Hinggap camar dipagar besi,Mencari makan di awal pagi Selesai sudah majlis graduasi,Di lain masa bersua lagi.Guru-guru dan murid-murid dijemput menikmati hidangan yang telah disediakan. Sekian .wabbillahitaufik wwalhidayah..Assalamualaikum....

.