mahkamah perusahaan malaysia - mp.gov.my · pdf fileperusahaan 1967, saya dengan ini...

4
Rujukan Fail : MP.135/3/3/7 MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NOTA AMALAN NO: 1 TAHUN 2011 PERMOHONAN UNTUK PERCANTUMAN ATAU PENGGANTIAN PIHAK-PIHAK Dengan kuasa yang dibenarkan di bawah Seksyen 28 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, saya dengan ini mengeluarkan arahan-arahan berikut : 1) Permohonan untuk mencantum atau mengganti pihak-pihak menurut Seksyen 29 (a) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 perlu dibuat melalui Notis Permohonan. Format Notis Permohonan adalah seperti Lampiran. 2) Pemohon perlu menyatakan asas alasan permohonan di dalam Notis Permohonan. 3) Nama dan alamat pihak yang ingin dicantumkan atau digantikan perlu dinyatakan di dalam Notis Permohonan. 4) Afidavit sokongan perlu difailkan bersama-sama dengan Notis Permohonan. 1

Upload: ngonga

Post on 11-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA - mp.gov.my · PDF filePerusahaan 1967, saya dengan ini mengeluarkan arahan-arahan berikut : 1) ... Nama dan alamat pihak yang ingin dicantumkan atau digantikan

Rujukan Fail : MP.135/3/3/7

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NOTA AMALAN NO: 1 TAHUN 2011

PERMOHONAN UNTUK PERCANTUMAN ATAUPENGGANTIAN PIHAK-PIHAK

Dengan kuasa yang dibenarkan di bawah Seksyen 28 Akta Perhubungan

Perusahaan 1967, saya dengan ini mengeluarkan arahan-arahan berikut :

1) Permohonan untuk mencantum atau mengganti pihak-pihak

menurut Seksyen 29 (a) Akta Perhubungan Perusahaan 1967

perlu dibuat melalui Notis Permohonan.

Format Notis Permohonan adalah seperti Lampiran.

2) Pemohon perlu menyatakan asas alasan permohonan di dalam

Notis Permohonan.

3) Nama dan alamat pihak yang ingin dicantumkan atau digantikan

perlu dinyatakan di dalam Notis Permohonan.

4) Afidavit sokongan perlu difailkan bersama-sama dengan Notis

Permohonan.

1

Page 2: MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA - mp.gov.my · PDF filePerusahaan 1967, saya dengan ini mengeluarkan arahan-arahan berikut : 1) ... Nama dan alamat pihak yang ingin dicantumkan atau digantikan

5) Notis Permohonan dan Afidavit sokongan perlu diserahkan

kepada pihak responden dan juga pihak yang ingin dicantumkan

atau digantikan.

6) Mahkamah perlu menurunkan Award Interim setelah mendengar

permohonan percantuman atau penggantian pihak-pihak.

7) Perenggan 12 dan 13 Peraturan-Peraturan Mahkamah

Perusahaan 1967 adalah digunapakai sewajarnya.

Bertarikh : 16 DISEMBER 2011

t.t

SUSILA SITHAMPARAMYANG DIPERTUA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

2

Page 3: MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA - mp.gov.my · PDF filePerusahaan 1967, saya dengan ini mengeluarkan arahan-arahan berikut : 1) ... Nama dan alamat pihak yang ingin dicantumkan atau digantikan

Lampiran

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO KES: …..................

ANTARA

(Nama) … PEMOHON

DAN

(Nama) … RESPONDEN

NOTIS PERMOHONAN

Ambil perhatian bahawa pemohon yang dinamakan di atas ingin

memohon kepada Mahkamah Perusahaan No: ….... di ....................... pada

hari….............pada…..........haribulan….............20..... pukul….......pagi/petang

untuk mendapatkan suatu perintah bahawa (nyatakan jenis permohonan).

Alasan-alasan bagi permohonan itu adalah :-

1. …..........................

2. ….......................... (Nyatakan alasan-alasan)

3. …..........................

Bertarikh pada …......... haribulan …................... 20......

…......................................... Pendaftar.

1

Page 4: MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA - mp.gov.my · PDF filePerusahaan 1967, saya dengan ini mengeluarkan arahan-arahan berikut : 1) ... Nama dan alamat pihak yang ingin dicantumkan atau digantikan

Notis ini diambil oleh pemohon/peguambela dan peguamcara pemohon/wakil

pemohon (nyatakan nama dan kapasiti) beralamat di …............

…...................................... (nyatakan alamat).

Notis permohonan ini hendaklah disampaikan kepada :-

(1) Nama responden/peguambela dan peguamcara responden/ wakil

responden (nyatakan nama dan kapasiti);

(2) Nama pihak yang ingin dicantumkan atau digantikan.

Alamat.

2