mahar

4

Click here to load reader

Upload: siti-nor-bahijah

Post on 20-Aug-2015

156 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAHAR

KADAR MAHARDaripada Uqbah ibn Amir seraya berkata, Nabi s.a.w bersabda : “sebaik-baik

mahar adalah yang sederhana”

•Paling minimum ialah tidak kurang dari sepuluh dirham

Mazhab Hanafi

•Paling minimum ialah empat dinar atau tiga dirham

Mazhab Maliki

•Tiada kadar tertentu bagi mahar sama ada sedikit ataupun banyak

•Mahar itu haruslah sesuatu yang boleh dijual beli atau yang mempunyai nilai di pasaran, jika sekiranya ia tidak bernilai, maka mahar tersebut tidak sah

MazhabAs-Syafie

Page 2: MAHAR

PENENTUAN MAHAR

Ditentukan mahar oleh hakim atau

pemerintah

• seorang suami tidak mahu menentukan maharnya,

Ditentukan oleh suami isteri sendiri

• suami isteri telah mengetahui nilai sebenar mahar yang sesuai untuk dirinya tiada apa yang perlu disoal lagi

Ditentukan ketika akan bersama

• suami terlebih dahulu harus memberi mahar yang sesuai dengan keadaan isterinya. Sebab yang boleh berkumpul tanpa menentukan mahar hanyalah Nabi sendiri

Page 3: MAHAR

HIKMAH PENSYARIATAN MAHARMenunjukkan adanya kesungguhan dan kejujuran si suami untuk melangsungkan pernikahan yang dapat memberikan pergaulan yang halal terhadap isterinya

Satu lambang penghargaan dan penghormatan suami kepada isteri kerana sudi menjadi pasangan hidupnya

Perlindungan kepada perempuan, dan menjauhkan dari perbuatan yang menghina kehormatannya dalam mengumpulkan harta.

Page 4: MAHAR

PENUTUP

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas

tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan

tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk

menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan

bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami. Sebenarnya mas kahwin

bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan

oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya.

Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan

mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang.