documentm2

11
ISL Minggu 2 (MOHD IHSANNUDDIN) PERISTIWA 13 MEI 1969 Detik hitam dan peristiwa berdarah negara Malaysia, Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia yang terkenal dengan keharmonian rakyatnya yang berbilang kaum. Implikasi dari peristiwa ini ialah mengakibatkan ramai yang kehilangan nyawa dan harta benda. Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh ini merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969. Semangat perkauman timbul dalam kalangan rakyat Malaysia apabila isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sempena kempen pilihan raya 1969. Semasa kempen pilihan raya dijalankan, calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara kaum semakin menebal. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Penurunan jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 10-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fykhfguj

TRANSCRIPT

ISL Minggu 2 (MOHD IHSANNUDDIN)PERISTIWA 13 MEI 1969Detik hitam dan peristiwa berdarah negara Malaysia, Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia.Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia yang terkenal dengan keharmonian rakyatnya yang berbilang kaum. Implikasi dari peristiwa ini ialah mengakibatkan ramai yang kehilangan nyawa dan harta benda. Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh ini merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.

Semangat perkauman timbul dalam kalangan rakyat Malaysia apabila isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sempena kempen pilihan raya 1969. Semasa kempen pilihan raya dijalankan, calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara kaum semakin menebal.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Penurunan jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Punca berlakunya peristiwa hitam ini adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi pilihan raya. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor (Dato Harun Idris) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung baru, Kuala Lumpur dengan berbekalkan pedang dan parang panjang. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Jam 4.00 petang dua orang penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Rusuhan besar-besaran berlaku antara orang Melayu dan Cina.

Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini yang terdiri daripada Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin marah. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.Akhirnya Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemuda-pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ramai penonton Melayu yang mati di panggung tersebut.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak berlaku rusuhan. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Bentong ada tembakan oleh PKM.

Angka korban rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tetapi menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD dari Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2000 orang mati dalam peristiwa hitam ini.

http://www.blogammar.com/peristiwa-13-mei-1969/

Kepentingan hubungan etnik kesan peristiwa 13 mei 1969Kepentingan hubungan etnik kesan dari peristiwa 13 mei

Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek :-

EkonomiMelalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalahpenguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing. Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.http://gigitanilmu.blogspot.com/2012/07/kepentingan-hubungan-etnik-kesan.html