m11

2
JURNAL MINGGU 11 (13/04/2015 – 17/04/2015) MASALAH MURID BERMAIN 1. Masalah / Peristiwa Saya telah menjalani kelas amali bagi kelas tahun 6. Pada awal kelas berjalan, semua murid masih boleh memberikan perhatian mereka untuk terus menjalani dan mendengar arahan guru untuk membuat aktiviti amali iaitu membuat boneka burung hantu. Tetapi apabila mula membuat kelas amali dan diberikan alatan, saya mendapati seorang pelajar lelaki kelas ini bermain dan bergurau dengan rakan yang lain dengan menggunakan alatan seperti gunting. Murid ini tidak menghadirkan diri semasa kelas yang lalu, jadi kehadiran dia baru disedari oleh saya pada hari ini dalam kelas amali. Walaupun dia merupakan seorang pengawas, namun sikapnya yang kurang memberikan kerjasama dan perhatian mengganggu kelas amali yang dijalankan. 2. Analisis Saya telah bertanya kepada rakan-rakan dan guru sekolah tersebut. Mereka menyatakan murid tersebut memang bersifat begitu. Terdapat juga guru yang menyatakan murid tersebut diserap dalam lembaga pengawas sekolah untuk memperbaiki sikapnya. Guru tersebut khuatir jika murid tersebut tidak diserap dalam lembaga pengawas sekolah, murid tersebut akan menjadi lebih agresif. Oleh yang demikian, perangai murid tersebut dapat dikawal sedikit. 3. Cadangan Tindakan Susulan Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas supaya dia tidak mengganggu pelajar lain dan bermain dengan alatan. Saya juga mengugut untuk memotong markah kumpulannya. Jika murid tersebut tidak membendung tingkahlakunya, markah kumpulannya akan dipotong. Jadi bagi mengelakkan ahli kumpulan lain memarahinya, mungkin perangainya boleh dikawal. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Upload: pikaosman

Post on 22-Jan-2016

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: M11

JURNAL MINGGU 11

(13/04/2015 – 17/04/2015)

MASALAH MURID BERMAIN

1.   Masalah / Peristiwa

         Saya telah menjalani kelas amali bagi kelas tahun 6. Pada awal kelas berjalan, semua murid masih boleh memberikan perhatian mereka untuk terus menjalani dan mendengar arahan guru untuk membuat aktiviti amali iaitu membuat boneka burung hantu. Tetapi apabila mula membuat kelas amali dan diberikan alatan, saya mendapati seorang pelajar lelaki kelas ini bermain dan bergurau dengan rakan yang lain dengan menggunakan alatan seperti gunting. Murid ini tidak menghadirkan diri semasa kelas yang lalu, jadi kehadiran dia baru disedari oleh saya pada hari ini dalam kelas amali. Walaupun dia merupakan seorang pengawas, namun sikapnya yang kurang memberikan kerjasama dan perhatian mengganggu kelas amali yang dijalankan.

2.   Analisis

         Saya telah bertanya kepada rakan-rakan dan guru sekolah tersebut. Mereka menyatakan murid tersebut memang bersifat begitu. Terdapat juga guru yang menyatakan murid tersebut diserap dalam lembaga pengawas sekolah untuk memperbaiki sikapnya. Guru tersebut khuatir jika murid tersebut tidak diserap dalam lembaga pengawas sekolah, murid tersebut akan menjadi lebih agresif. Oleh yang demikian, perangai murid tersebut dapat dikawal sedikit.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

Saya  perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas supaya dia tidak mengganggu pelajar lain dan bermain dengan alatan.

Saya juga mengugut untuk memotong markah kumpulannya. Jika murid tersebut tidak membendung tingkahlakunya, markah kumpulannya akan dipotong. Jadi bagi mengelakkan ahli kumpulan lain memarahinya, mungkin perangainya boleh dikawal.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Ini adalah kerana kelas tersebutsudah mula beramali.   Bagi   mengelakkan   sebarang   kecederaan,   tersebut   perlu   selalu   diingatkan   tentang peraturan supaya mereka sentiasa beringat semasa membuat kerja amali. Selain itu, guru perlu lebih bertegas dengan murid supaya murid lebih berhati-hati dan serius di dalam kela

Page 2: M11