luka & pendarahan (bsmm)

10
Luka dan pendarahan • Luka adalah kecederaan pada tisu disebabkan oleh benda-benda tajam atau tumpul. • Terdapat 5 jenis luka.

Upload: lishalini-rajandran

Post on 12-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

luka dan pendarahan

TRANSCRIPT

Page 1: Luka & Pendarahan (Bsmm)

Luka dan pendarahan

• Luka adalah kecederaan pada

tisu disebabkan oleh benda-

benda tajam atau tumpul.

• Terdapat 5 jenis luka.

Page 2: Luka & Pendarahan (Bsmm)

JENIS-JENIS LUKA

LUKA TERTUTUP

LUKA TERBUKA

LUKA TIKAMANLUKA TERKOYAK

LUKA TEMBAKAN

Page 3: Luka & Pendarahan (Bsmm)

Luka terbukaKecederaan kepada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.

Contoh Luka Terbuka– Luka Terhiris– Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca,

luka senang ditautkan kembali dan senang dirawat. Walau bagaimanapun oleh sebab saluran darah di tepi luka telah terpotong mungkin berlaku pendarahan yang banyak.

Page 4: Luka & Pendarahan (Bsmm)

Luka tertutupKecederaan kepada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.Contoh Luka Tertutup• Kontuse• Akibat daripada terkena pukulan kuat.• Pendarahan berlaku di bawah kulit.• Haematoma• Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru

kehitaman.

Page 5: Luka & Pendarahan (Bsmm)

Luka tikaman

Luka tikaman mempunyai liang yang kecil

tetapi dalam, seperti terkena paku,

tercucuk jarum atau terkena tikaman. Oleh

kerana lukanya dalam, kekotoran, kuman

mudah meresap jauh ke dalam tubuh dan

risiko jangkitan adalah terlalu tinggi.

Page 6: Luka & Pendarahan (Bsmm)

Luka terkoyak

Tisu yang koyak seperti terkena kawat

atau alat jentera yang mengakibatkan

kerosakan tisu yang teruk, walau

bagaimanapun darah yang keluar mungkin

berkurangan daripada luka terhiris.

Page 7: Luka & Pendarahan (Bsmm)

Luka tembakan

Luka akibat daripada terkena peluru

tembakan senjata adalah kecil di tempat

tembusan tetapi lukanya meluas di ruang

keluar. Peluru yang tidak keluar daripada

badan, mengakibatkan kecederaan dalam

yang teruk.

Page 8: Luka & Pendarahan (Bsmm)

PENDARAHAN• Terkeluarnya darah daripada sistem

peredarannya atau tercederanya sistem edaran.

• Pendarahan boleh berlaku melalui pendarahan arteri

Darah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.

Page 9: Luka & Pendarahan (Bsmm)

• Pendarahan Vena

Darahnya berwarna merah tua kerana kurang

mengandungi oksigen dan mengalir keluar

perlahan-lahan.

• Pendarahan Kapilari

Darahnya keluar secara meleleh.

• Pendarahan Luaran (External)

Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah

dan berlaku pada/melalui lapisan kulit

Page 10: Luka & Pendarahan (Bsmm)

• Pendarahan Dalaman (Internal)

Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:-

Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit.

Kulit pucat dan berpeluh sejuk/melekit.

Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku.

Denyutan nadi cepat tetapi lemah.

Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka.

Muntah darah atau najis bercampur darah.

Ada tanda-tanda renjatan.