luahan hati seorang ibu

5
Luahan Hati seorang IBU Anakku, Apabila ibu memarahi kamu, Janganlah merasakan ibu seorang yang jahat, melainkan niat ku untuk membentuk mu, menjadi seorang insan yang berguna, didunia mahupun akhirat. Anakku, Apabila rotan singgah di tanganmu atau ditubuhmu, Ketahuilah kamu bahawa luka di tangan dan tubuh kamu, terlalu sedikit jika dibandingkan luka di hati ibu, kerana terpaksa memukul anak nya, untuk memberi kesedaran kepada anaknya. Anakku, Apabila ibu menghantar belajar di kejauhan, Ketahuilah kamu bahawa ibu terpaksa merelakan, uuntuk berpisah dengan jantung hati ibu, semaata-mata untuk melihat anaknya berjaya. Anakku, Jika ada keinginan mu ditentang, Janganla kamu membenci ibu mu ini, kerana ketahuilah kamu bahawa ada sebab ibu menentang, kerana akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Anakku, hati seorang ibu lebih sanggup melihat anaknya menangis dihadapannya, tetapi tidak akan sekali-kali membenarkan keinginan itu membunuh anaknya, di masa hadapan. Anakku, Ibu ibarat seorang lilin yang membakar diri, untuk menerangi anaknya, dibiarkan dirinya bersusah, berlapar namun, anaknya tidak sesekali dibiarkan susah dan lapar. Anakku, Jika kamu sakit, Ibu rela menggantikan tempat itu dari melihat kamu menahan kesakitan, Jika kamu menjadi buta, Ibu sanggup memberi mata ibu, Jika kamu memerlukan buah pinggang, ambil lah buah pinggang ibu, Jika kamu sedang nazak, Ibu sanggup memberi nyawa ibu andai boleh dilakukan, Namun ibu bukannya Tuhan, Begitulah tingginya kasih sayang seorang ibu. Anakku, seandainya telah sampai waktu ibu pergi menghadap Ilahi, jaga lah dirimu sebaik ibu mu ini menjaga dirimu, jagalah maruah mu untuk kesenangan ibu dan ayah disana, dan jangan sekali-kali dilupakan, Ibu terlalu menyanyangimu,

Upload: mfadzeli-kaunselor

Post on 21-Feb-2016

129 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Luahan Hati Seorang IBU

Luahan Hati seorang IBU

Anakku,Apabila ibu memarahi kamu,Janganlah merasakan ibu seorang yang jahat,melainkan niat ku untuk membentuk mu,menjadi seorang insan yang berguna,didunia mahupun akhirat.

Anakku,Apabila rotan singgah di tanganmu atau ditubuhmu,Ketahuilah kamu bahawa luka di tangan dan tubuh kamu,terlalu sedikit jika dibandingkan luka di hati ibu,kerana terpaksa memukul anak nya,untuk memberi kesedaran kepada anaknya.

Anakku,Apabila ibu menghantar belajar di kejauhan,Ketahuilah kamu bahawa ibu terpaksa merelakan,uuntuk berpisah dengan jantung hati ibu,semaata-mata untuk melihat anaknya berjaya.

Anakku,Jika ada keinginan mu ditentang,Janganla kamu membenci ibu mu ini,kerana ketahuilah kamu bahawa ada sebab ibu menentang,kerana akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Anakku,hati seorang ibu lebih sanggup melihat anaknya menangis dihadapannya,tetapi tidak akan sekali-kali membenarkan keinginan itu membunuh anaknya,di masa hadapan.

Anakku,Ibu ibarat seorang lilin yang membakar diri,untuk menerangi anaknya,dibiarkan dirinya bersusah, berlapar namun,anaknya tidak sesekali dibiarkan susah dan lapar.

Anakku,Jika kamu sakit,Ibu rela menggantikan tempat itu dari melihat kamu menahan kesakitan,Jika kamu menjadi buta,Ibu sanggup memberi mata ibu,Jika kamu memerlukan buah pinggang,ambil lah buah pinggang ibu,Jika kamu sedang nazak,Ibu sanggup memberi nyawa ibu andai boleh dilakukan,Namun ibu bukannya Tuhan,Begitulah tingginya kasih sayang seorang ibu.

Page 2: Luahan Hati Seorang IBU

Anakku,seandainya telah sampai waktu ibu pergi menghadap Ilahi,jaga lah dirimu sebaik ibu mu ini menjaga dirimu,jagalah maruah mu untuk kesenangan ibu dan ayah disana,dan jangan sekali-kali dilupakan,Ibu terlalu menyanyangimu,melebihi nyawa ibu.

Anakku,walaupun jasad dimamah bumi,namun doa seorang ibu untuk anaknya tidak pernah hilang,malah akan sentiasa dihati ibu,walau dimana ibu berada.

Anakku,bila ibu sudah tiada,ingatlah ibu didalam doamu,semoga kamu menjadi isteri dan ibu yang baik,suatu hari nanti,

Anakku..Kau lah permata hatiku.a Ghaffar, ya RahimKau letakkan di rahim kami anak-anak iniKau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kamikau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kamiKau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kamiKau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mukesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Muhawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kamitidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mutidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mutidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlomba mengejar status dan kebanggaanmeninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepianKami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuanmembiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuanKami terlena memburu kesenangansehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manjasambil memandang kami dengan pandangan cintaseperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka

Page 3: Luahan Hati Seorang IBU

dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kamimenjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-MuDosa-dosa kami telah membuat hati merekakeras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasihSebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh merekadengan dekapan kasih sayang kamiberilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga merekaayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mudan memohon kepada-Mu seusai salat kamiuntuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mumengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.Izinkan kami membasahi tempat sujud kamidengan air mata penyesalan akan kelalaian kami

Ya Allah, ya Jabbar, ya GhaffarAnugerahkan kepada kami para pemimpin kami kearifanuntuk mendidik anak-anak negeri ini dalamkesalehan Berikan kepada mereka petunjuk-Musehingga mereka menjadi suri teladan bagi kami dan anak-anak kamiLimpahkan kepada mereka perlindungan-Musupaya mereka melindungi kami dengan keadilan-MuJauhkan mereka dari kezalimansehingga kami dapat mengabdi-Mu dengan tentram dan aman

Ya Rahman, ya RahimIndahkan kehidupan kami dengan kesalehan anak-anak kamiPeliharalah anak-anak kami yang kecilKuatkanlah anak-anak kami yang lemahSucikan kalbu merekaBersihkan kehormatan merekaSehatkan badan merekaCerdaskan akal merekaIndahkan akhlak merekaGabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Muyang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang muliayang berbakti kepada orangtuanya yang bermanfaat kepada bangsanyayang berkhidmat kepada sesama manusia

Page 4: Luahan Hati Seorang IBU

Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengobatyang sebutan-Nya penyembuhanyang ketaatan-Nya kecukupansayangi kami yang modalnya hanya harapandan senjatanya hanya tangisan

__________________________________________________________________________________

Assalamualaikum,

Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.

Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. Anda boleh copy, paste, edit ikut kesesuaian anda, dan print. Anda boleh baca doa ini hari hari.

Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain.

Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat pahalanya akan berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana ilmu itu diamalkan.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah, 

Page 5: Luahan Hati Seorang IBU

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah, 

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah, 

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, 

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Page 6: Luahan Hati Seorang IBU

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

* Penulis doa di atas asalnya dari seorang anak kampung yang kurang cemerlang dalam pelajaran, kemudian bangkit semula dan terus berusaha dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield United, Kingdom.