lpmmu

5
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN PROGRAM HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME PROGRAM TERLIBAT: LAWATAN INDUSTRI KE MMU NAMA/NO MATRIK: RASHIDAH BINTI JAMALUDDIN (A146298)

Upload: syeda-yuuras

Post on 28-Jul-2015

31 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LPMMU

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LAPORAN PROGRAM

HHHC9401

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PROGRAM TERLIBAT:

LAWATAN INDUSTRI KE MMU

NAMA/NO MATRIK:

RASHIDAH BINTI JAMALUDDIN (A146298)

Page 2: LPMMU

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

REFLEKSI:

Saya merupakan ahli Kelab Multimedia Interaktif(IMEC) yang telah mengikuti Lawatan Industri ke MMU Saya berpeluang mengembangkan kemahiran nilai, sikap etika dan profesionalisme dalam program yang dijalankan.

Tugas saya dalam program Lawatan Industri ke MMU adalah selaku timbalan ketua program. Tugas saya adalah membuat tentatif program dan pelan penyelarasan program bersama ketua program. Etika yang dapat dilihat adalah menunjukkan cara kerja dalam berurusan dengan pihak MMU. Budaya etika membentuk budaya kerja cemerlang.Saya member contoh yang baik kepada ajk bawah saya bagi memastikan pergerakan kerja berjalan lancar. Sikap amat penting dalam menjalankan sesuatu program. Sikap kerjasama bersama ahli jawatankuasa perlu ada bagi mengetahui pergerakan kerja setiap ajk serta membantu ajk lain. Profesionalisme seperti cara percakapan yang yakin, penggunaan bahasa yang betul dan penampilan saya yang saya pamerkan dalam berurusan dengan pihak MMU. Hasil dari program, nilai-nilai murni dan moral dapat diterapkan dari perancangan, pelaksanaan dan kejayaan program.

Kemahiran nilai, sikap etika dan profesionalisme yang saya dapat dengan menghadiri program tersebut sedikit sebanyak membantu saya bagi menyiapkan khusus kemahiran insaniah ke 4 ini.

Page 3: LPMMU

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

RINGKASAN PROGRAM LAWATAN INDUSTRI KE MMU:

Program telah disahkan seminggu sebelum tarikh lawatan. Pelbagai persiapan dilakukan bagi memastikan program berjalan lancar. Diantara persiapan yang kami lakukan adalah berhubung pihak MMU mengenai tentatif dan pelan penyelarasan sewaktu di sana.

Kami telah mengadakan perjumpaan dan mesyuarat sebanyak 4 kali bagi kemaskini laporan setiap post.Selain itu, ketua pengarah sendiri telah berhubung dengan Mr Selvan iaitu wakil MMU dan mendapat respon positif mengenai tentatif yang kami sediakan.

Seramai 20 orang ajk dan 11 orang peserta serta 2 orang pengiring yang menyertai lawatan industri ke Multimedia University.Para peserta mendengar Talk yang diberikan oleh En.Helmi dan Puan Sri Kusumawati mengenai program yang terdapat di Faculty Creative Multimedia MMU Cawangan Cyberjaya serta penggunaan multimedia.

Kami dibawa masuk ke Exhibition Hall dan dapat mengunakan teknologi IT dan multimedia yang disediakan.Selepas itu, kami dibawa ke e-gallery dimana terdapat pameran seni yang dihasilkan serta penggunaan teknologi canggih.

Selepas tamat program, kami mengadakan post mortem dan setiap post akan bersuara untuk mengenalpasti masalah untuk penambahbaikkan.

Page 4: LPMMU

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, program yang saya ikuti ini memberikan saya kesedaran untuk sentiasa menerapkan nilai, etika dan sikap yang terbaik kepada masyarakat sekeliling. Selain itu, ia juga melatih saya untuk lebih profesional dan memberikan persediaan apabila saya bekerja kelak. Melalui kemahiran insaniah nilai, sikap, etika dan profesionalisme ini, mempelajari kemahiran ini amat penting untuk seseorang manusia khususnya mahasiswi seperti saya, agar dapat berbakti kepada masyarakat seterusnya berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Selain itu dapat menyemai nilai dan sikap positif dalam mengendalikan sesebuah program.Tuntasnya,melalui program Lawatan Industri ke MMU, mampu menguasai kemahiran nilai,sikap,etika

dan profesionalisme.

Program ini dapat menghasilkan dan mencetuskan sesuatu idea yang baru yang mana mengfokuskan kepada multimedia terutamanya dari segi penghasilan video, audio dan lain-lain elemen multimedia yang menggunakan teknologi terkini yang boleh meningkatkan lagi kepakaran dan hasil penyelidikan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat UKM yang boleh menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem hasil dari kolaborasi antara MMU dan Fakulti Teknologi Sains & Maklumat UKM