lotar peluru.docx

3
              p        t            j   a             a         t           y   a        m       g        a     a       a          d       a  t    p     g   a    .          a   y       g   k   a      m       t   a       t    t        a    w       d     g   u  .        e        d    a    t   o          a     t        d    b      w   a           a             j       a   k              t   a    i       g      .   4            d       g   k             a   n       h       a                a        m          a    i     a   g      .        a    t        n       d   u       e  l      t   a     g   a        e        a    t           a       a   n     a   d                        a         l   a         g       s    s          a      t   k   a    t   u      t   k   e       n             d       h    j       g           m       g       d   a     k          r  Lari berpagar tergolong dalam acara lari pecut. !eserta perlu merintasi halangan yang menyerupai pagar. %etiap peserta perlu mempunyai matlamat untuk merintasi pagar dengan sempurna ketika berlari pecut. Kekalkan jumlah bilangan langkah yang ganjil antara setiap pagar. !erkara ini membolehkan murid melonjak ke pagar dengan menggunakan kaki yang serupa. &umlah langkah yang terbaik antara pagar ialah tiga langkah. &ika tubuh badan yang rendah perlukan lima langkah 'urid memerlukan lapan langkah untuk sampai ke pagar yang pertama. (iperingat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 1)) meter *wanita+, 11 ) meter *lelaki+ dan 4)) meter *lelaki dan wanita+. diperingkat sekolah acara yang dipertandingkan ialah "" meter, -) meter, -" meter dan ) meter.

Upload: png-fei-mun

Post on 04-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lontar

TRANSCRIPT

Lari berpagar tergolong dalam acara lari pecut. Peserta perlu merintasi halangan yang menyerupai pagar. Setiap peserta perlu mempunyai matlamat untuk merintasi pagar dengan sempurna ketika berlari pecut. Kekalkan jumlah bilangan langkah yang ganjil antara setiap pagar. Perkara ini membolehkan murid melonjak ke pagar dengan menggunakan kaki yang serupa. Jumlah langkah yang terbaik antara pagar ialah tiga langkah. Jika tubuh badan yang rendah perlukan lima langkah Murid memerlukan lapan langkah untuk sampai ke pagar yang pertama. Diperingat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter (wanita), 110 meter (lelaki) dan 400 meter (lelaki dan wanita). diperingkat sekolah acara yang dipertandingkan ialah 55 meter, 70 meter, 75 meter dan 80 meter.

1. FASA PENUJUAN KE PAGAR PERTAMA Pada amnya, lapan langkah digunakan untuk penujuan ke pagar pertama. Kedudukan kaki diubah untuk memastikan penujuan ke pagar pertama adalah tepat. Panjang langkah mesti konsisten dan perlu dilatih supaya pelari sampai ke titik lonjakan dengan tepat.

2. FASA LONJAKAN Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa. Kaki hadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai aras paling tinggi. Setelah mencapai paras paling tinggi barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan. Pada masa yang sama tangan yang bertetangan digerakkan ke hadapan. Kedua- dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. FASA MELEPASI PAGAR

Pergerakan Kaki Hadapan Kaki hadapan diangkat dengan cepat dan lutut dibengkokkan. Apabila kaki yang dibengkokkan sampai ke ketinggian halangan, tumit kaki itu ditendang ke hadapan. Apabila kaki hadapan itu melepasi pagar iaitu ketika tumit kaki melangkah merentasi halangan, ia terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yang mungkin. Pergerakan Kaki Belakang Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan dan kaki belakang masih di tanah, badan dicondong ke hadapan. Bila kaki belakang diangkat dari tanah, ia dihayun ke sisi dengan lutut dibengkokkan. Tapak kaki belakang diarah ke luar. Lutut dikekalkan tinggi. Pergerakan Tangan Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah hadapan dihulur dan menolak ke hadapan dan selari dengan kaki hadapan itu. Sementara itu tangan pada kaki melangkah dihayun ke belakang. Apabila kaki belakang dibawa melepasi pagar, tangan hadapan dikilas ke belakang. Kedua- dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

4. FASA PULIHAN Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu. Condong badan dikekalkan. Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar. Kedua- dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

5. FASA LARIAN ANTARA PAGAR Larian diteruskan dengan teknik tangan dan kaki lari pecut. Langkah terakhir sebelum pagar pada amnya lebih pendek.