literasi maklumat - · pdf filekini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai...

7
1 LITERASI MAKLUMAT Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Di situlah terkumpulnya bahan rujukan yang boleh memberi pelbagai maklumat kepada muriddan juga guru. Kini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak, sesebuah PSS juga sepatutnya telah mempunyai kemudahan terkini seperti kemudahan mengakses maklumat melalui komputer (Internet). Untuk memakmurkan PSS, kemudahan serta koleksi bahan yang terdapat di PSS tersebut perlu dipromosikan sepenuhnya kepada murid dan juga guru. Selain itu, murid- murid juga perlu diberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya tentang cara-cara memanfaatkan PSS serta kemahiran mencari maklumat. Rasional : 1. Terdapat ramai murid di sekolah rendah mempunyai kurang Kemahiran Maklumat yang patut mereka kuasai sebagai alat untuk membantu mereka supaya belajar dengan lebih berkesan. Oleh itu para murid perlu diajar kemahiran tersebut secara integrasi di dalam semua mata pelajaran. Dalam konteks ini Pusat Sumber memainkan peranan penting memandangkan semua sumber yang ada boleh digunakan sebagai bahan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Kemahiran mencari maklumat menjadi semakin penting selaras dengan kehendak kurikulum kini yang lebih menekankan kepada pengajaran berasaskan sumber.

Upload: vandang

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LITERASI MAKLUMAT -   · PDF fileKini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak,

1

LITERASI MAKLUMAT

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Di situlah

terkumpulnya bahan rujukan yang boleh memberi pelbagai maklumat kepada muriddan

juga guru.

Kini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas

dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak, sesebuah PSS juga

sepatutnya telah mempunyai kemudahan terkini seperti kemudahan mengakses

maklumat melalui komputer (Internet).

Untuk memakmurkan PSS, kemudahan serta koleksi bahan yang terdapat di PSS

tersebut perlu dipromosikan sepenuhnya kepada murid dan juga guru. Selain itu, murid-

murid juga perlu diberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya tentang cara-cara

memanfaatkan PSS serta kemahiran mencari maklumat.

Rasional :

1. Terdapat ramai murid di sekolah rendah mempunyai kurang Kemahiran

Maklumat yang patut mereka kuasai sebagai alat untuk membantu mereka

supaya belajar dengan lebih berkesan. Oleh itu para murid perlu diajar

kemahiran tersebut secara integrasi di dalam semua mata pelajaran. Dalam

konteks ini Pusat Sumber memainkan peranan penting memandangkan semua

sumber yang ada boleh digunakan sebagai bahan rujukan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

2. Kemahiran mencari maklumat menjadi semakin penting selaras dengan

kehendak kurikulum kini yang lebih menekankan kepada pengajaran berasaskan

sumber.

Page 2: LITERASI MAKLUMAT -   · PDF fileKini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak,

2

Definisi :

Apa itu maklumat?

Apa itu Kemahiran Maklumat?

Kemahiran pengedalian maklumat merangkumi :

a) Kemahiran Perpustakaan

b) Kemahiran Belajar

c) Kemahiran Berkomunikasi

d) Kemahiran Hidup

e) Kemahiran Teknologi

Maklumat ditafsirkan sebagai proses menjadikan seseorang itu bermaklumat. Ia adalah proses penambahan pengalaman melalui pengalaman orang lain, bahan cetak, filem, peta, gambar, video dan sumber manusia.

Kemahiran Maklumat ialah kemahiran yang diperlukan untuk penggunaan maklumat secara berkesan. Untuk tujuan tersebut kita perlukan kemahiran membaca, mendengar, melihat, memerhati dan memperolehi maklumat. Kita perlu tahu kemahiran memilih, menilai, menganalisis dan menyampaikan maklumat secara cekap dan berkesan.

Page 3: LITERASI MAKLUMAT -   · PDF fileKini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak,

3

Langkah-langkah Kemahiran Maklumat :

a) Menentukan

b) Mencari

c) Menggunakan

d) Mencatat

e) Melapor

f) Menilai

Ringkasan Enam Langkah Untuk Pelajar

a) Menentukan :

Apakah yang perlu saya ketahui?

Apakah yang sudah saya tahu?

Apakah yang akan saya buat dengan maklumat yang didapati?

b) Mencari :

Di manakah saya boleh mencari / mendapat maklumat?

Apakah alat yang perlu digunakan?

c) Mengguna :

Apakah maklumat yang perlu saya ketahui?

d) Mencatat :

Apakah maklumat yang perlu saya catatkan?

Page 4: LITERASI MAKLUMAT -   · PDF fileKini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak,

4

e) Melapor :

Apakah bentuk penyampaian yang sesuai?

f) Menilai :

Adakah saya puas hati dengan proses kerja yang saya jalankan?

Adakah saya puas hati dengan hasil kerja saya?

Page 5: LITERASI MAKLUMAT -   · PDF fileKini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak,

5

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT

Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan “Treasure

Hunt” atau “Explore Race”. Pertandingan ini berasaskan pembacaan yang mencabar

minda dan kreativiti setiap pelajar bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu

yang terdapat dalam bahan bacaan.

Pertandingan ini turut menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta termasuk

semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

Program ini merupakan pelaksanaan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah dan

menengah iaitu merupakan satu latihan ke arah menjadikan membaca sebagai satu

budaya dan menggalakkan penggunaan perpustakaan (Pusat Sumber Sekolah)

sebagai sumber rujukan utama.

Pelaksanaan Pertandingan

1. Setiap kumpulan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan – memerlukan

mereka mengembara dari satu perhentian (check point) ke satu perhentian untuk

mendapat klu utama dan klu segmen.

2. Klu utama perlu dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap

perhentian.

Page 6: LITERASI MAKLUMAT -   · PDF fileKini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak,

6

3. Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan bagi membina

daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan

tersebut.

4. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan klu utama adalah johan

pertandingan.

5. Bagi memenangi pertandingan ini, memerlukan pembacaan, persediaan,

ketahanan dan strategi yang terancang.

6. Terdapat lima perhentian yang perlu dilalui oleh peserta secara individu dan

berkumpulan.

Perhentian Pertama : Segmen Ketahanan Fizikal

Memerlukan peserta secara individu menembpuh halangan-halangan

secara fizikal yang telah ditetapkan.

Perhentian Kedua : Segmen Isu Semasa

Memerlukan peserta secara individu mempunyai pengetahuan isu-isu

semasa dalam negara dan luar negara.

Perhentian Ketiga : Segmen Pemikiran Kreatif

Memerlukan peserta secara individu menyelesaikan masalah dalam

bentuk puzzle.

Perhentian Keempat : Segmen Uji Minda

Page 7: LITERASI MAKLUMAT -   · PDF fileKini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak,

7

Memerlukan peserta secara berkumpulan menyelesaikan Teka Silangkata

(Cross Word Puzzle) yang telah ditetapkan.

Perhentian Kelima : Segmen Pembacaan

Merupakan segmen utama pertandingan ini di mana para peserta secara

berkumpulan menyelesaikan masalah kesemua klu utama yang telah

dikumpul yang melibatkan bahan-bahan di PSS.