litar lampu 2

Upload: atikah-alias

Post on 29-Feb-2016

85 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

litar lampu

TRANSCRIPT

Tajuk

Pendawaian domestik secara litar lampu dan litar jejariObjektif

i. Para pelajar dapat mempelajari pendawaian domestik yang menggunakan kaedah secara litar lampu dan litar jejariii. Para pelajar juga dapat mempelajari pendawaian wayar dengan kaedah yang betul dan berfikir secara kreatif dalam membuat penyambungan pendawaian.Peralatan dan bahan

1. Kotak agihan: Main suis, ELSB, MCB2. Wayar: earth, neutral dan life

3. Soket dan soket keluaran4. Paip pvc5. Lampu pendaflour dan lampu mentol6. Pemotong wayarLangkah Keselamatan1. Memakai kasut didalam bengkel.

2. Mematuhi semua peraturan asas bengkel.

3. Berhati-hati ketika memotong paip pvc4. Menggunakan kaedah yang betul dalam pengendalian peralatan tersebut5. Menggunakan semua peralatan yang disediakan dengan langkah yang betul dan selamat.

6. Membuang sisa-sisa komponen yang di potong ke dalam tong sampah.

7. Berpakaian lengkap dan kasut bertutup bagi mengelak berlakunya sebarang kemalangan

8. Menyimpan semula peralatan yang telah digunakan.

9. Tidak boleh membawa minuman masuk ke dalam makmal.10. Elakkan memakai barang-barang kemas seperti loket, rantai, cincin, gelang tangan atau lain-lain yang boleh menyebabkan kemalangan apabila tersentuh dengan litar-litar elektrik yang terdedah.

11. Jangan gunakan alat-alat kerja yang tidak mempunyai pemegang.

12. Jangan gunakan alat yang mepunyai pemegang plastic berhampiran dengan api atau alat memateri yang panas.

13. Cara-cara yang betul dan selamat menggunakan sesuatu alat ada disediakan. Jika kurang pasti hendaklah merujuk kepada buku panduan kendalian alat atau merujuk kepada guru yang berkenaan.Kaedah 1. Sebelum amali bermula sedikit penerangan diberikan oleh pengajar.

2. Kemudian rekaan litar lampu dilukis terlebih dahulu di atas sehelai kertas dan setiap suis ditentukan pengendaliannya iaitu suis 1 akan mengawal lampu 1 dan suis 2 akan mengawal lampu 2 manakala kedua-dua suis dua hala akan mengawal lampu pendaflour.

3. Selepas itu suis, lampu, soket, kotak agihan dan lampu pendaflour disusun di atas sekeping papan dan dilekatkan dengan menggunakan skru.

Pemasangan kotak agihan

4. PVC dipasang terlebih dahulu sebelum penyambungan wayar dilakukan.

5. Penetapan wayar dilakukan iaitu wayar berwarna hijau untuk Earth, wayar merah untuk life dan wayar hitam untuk natural.

6. Penyambungan wayar bermula pada soket keluaran, dimana kesemua wayar iaitu wayar Earth, Life dan Natural disambung pada kedua-dua soket secara jejari.

7. Kemudian penyambungan wayar pada suis bermula daripada suis 1. Wayar life berwarna merah dipasang pada titik C pada suis 1 kemudian daripada titik C tadi satu wayar life disambung pula kepada titik C di suis 2 dan dari suis 2 kepada titik C di suis 3.

8. Selepas itu, dengan menggunakan wayar life juga, iaitu bermula pada titik 1 pada suis 1 kemudian disambung pada lampu 1. Manakala titik 1 pada suis 2 pula disambung pada lampu 2.

9. Pada suis 3 dan suis 4 mempunyai tiga titik iaitu C, 1 dan 2. Hal ini kerana kedua-duanya adalah suis dua hala dan jika dilihat pada suis 1 dan suis 2 hanya terdapat dua titik iaitu titik C dan 1. Hal ini kerana kedu-dua suis tersebut adalah suis sehala.

10. Pada suis 3 sumber life telah disambung pada titik C dan langkah seterusnya adalah dengan menyambungkan titik 1 dan titik 2 antara satu sama lain pada suis 3 dan suis 4 dengan menggunakan wayar life iaitu titik 1 disambung dengan titik 1 dan juga sebaliknya dengan titik 2.

11. Kemudian sambung titik C pada suis 4 pada lampu pendaflour dengan menggunakan kaedah yang betul dan juga menggunakan wayar life.

12. Natural pula, bermula daripada kotak agihan disambung kepada lampu 1 kemudian pergi kepada lampu 2 dan seterusnya pergi kepada lampu pendaflour dan wayar yang digunakan adalah berwarna hitam.

13. Wayar Earth pula bermula daripada kotak agihan disambung pada lampu 1 kemudian lampu 2 dan berakhir pada lampu pendaflour.14. Setiap wayar dipasang dengan betul dan teliti. Pengujian pemasangan wayar dilakukan dengan menggunakan multimeter. Ujian kekutuban dan ujian keterusan kabel perlindungan dilakukan.

Litar akhir lampuKeputusanLITAR LAMPU

UJIAN KETERUSAN KABEL

KEADAANNILAI BACAAN

ON0.4

OFF0.4

UJIAN KUTUB

KEADAANNILAI BACAAN

ON0.4

OFF0.4

PerbincanganKesemua suis dan soket yang digunakan dalam sistem pendawaian di Malaysia direka bentuk untuk dimuatkan pada kotak pemasangan piawai berbentuk segiempat sama, bersaiz 86 mm x 86 mm, seperti yang tertakluk pada piawaian BS 4662. Terdapat juga kotak pemasangan berkembar bersaiz 143 mm x 86 mm bagi menempatkan dua petak suis atau soket piawai.

Mata soket yang digunakan direkabentuk untuk digunakan oleh plag piawai 13 ampere Jenis G (BS 1363) serta dilengkapi dengan suis. Terdapat juga peralatan elektrik yang menggunakan plag 2 pin 2.5 ampere (Jenis C; juga dikenali sebagai "Europlug") yang boleh dipalamkan ke soket BS 1363 menggunakan penyuai khas. Bagi peralatan berarus lebih tinggi seperti pendingin udara, biasanya soket 15 ampere Jenis M (BS 546) digunakan.

Pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi. Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa arus, seperti pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan elektrik (terutamanya yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas) adalah antara komponen yang wajib dibumikan.KesimpulanSetiap Pendawaian Elektrik dimestikan mempunyai pengalir bumi. Pengalir bumi pada pepasangan lazimnya berpenebat warna hijau. Pengalir bumi ini disambungkan kebumi melalui elektrod yang ditanam kedalam bumi.Elektrod bumi ini biasanya ditanam disebelah dinding luar rumah berhampiran dengan kotak agihan dan ditempatkan didalam earth chamber. Bumi dianggap mempunyai keupayaan sifar. Pengalir bumi disambung kebumi supaya ia mempunyai keupayaan sifar sama seperti bumi. Arus elektrik dianggap mengalir dari punca yang berkeupayaan tinggi kepada punca yang berkeupayaan rendah atau sifar.

Pengalir bumi disambung kepada semua punca lampu(termasuk kipas siling) dan litar kuasa (seperti soket alirkeluar 13A) Perkakas elektrik seperti mesin pembasuh kain, peti televisen atau seterika elektrik dihubungkan kepada punca voltan di soket alirkeluar melalui plug 3 pin. Plug 3 pin mempunyai punca hidup, neutral dan bumi. Badan logam perkakas elektrik disambungkan terus kepada pengalir bumi. Dalam bidang elektrik ini bermaksud badan logam perkakas ini telah di bumikan. Perkakas elektrik tanpa dibumikan masih boleh berfungsi seperti biasa. Disebabkan oleh kurangnya atau tiadanya pengatahuan, terdapat pengguna yang megabaikan pengalir bumi ini.Lampiran

Suis 2 hala PVC

MCB ELCB Suis utama Kotak agihan Lampu pendaflour

S1

S4

S2

S3

S/o

S/o

L1

L2

Kotak agihan

Lampu pendaflour