lhdnm tuan rumah mesyuarat sgatar kali ke-41 · pdf filepage 2 of 3 menurut datuk seri...

3
Page 1 of 3 LHDNM TUAN RUMAH MESYUARAT SGATAR KALI KE-41 Kota Kinabalu, 21 November Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sekali lagi telah diberikan penghormatan sebagai tuan rumah kepada Mesyuarat Kumpulan Kajian Pentadbiran dan Penyelidikan Cukai Asia (Study Group on Asian Tax Administration and Research) atau ringkasnya SGATAR kali ke-41 pada tahun ini. Mesyuarat yang menghimpunkan 16 Agensi Pentadbir Cukai dari Asia Pasifik ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Nexus Resort & Spa, Karambunai, Sabah pada pagi ini. Mesyuarat SGATAR kali ke-41 akan berlangsung selama 5 hari bermula pada semalam dan akan berakhir pada 24 November 2011. Sebelum ini Malaysia melalui LHDNM telah berjaya menganjurkan mesyuarat serupa sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1974, 1982, 1991 dan 2001 di Kuala Lumpur. LHDNM mengangkat polisi Go Green dalam penganjuran SGATAR kali ini. Di mana semua delegasi tidak lagi dibekalkan dengan fail serta bahan mesyuarat secara fizikal sebaliknya kebanyakan bahan mesyuarat disediakan dalam bentuk softcopy. Peralatan berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga digunakan secara meluas sepanjang mesyuarat ini berlangsung. Atas pertimbangan inilah Negeri Sabah telah dipilih sebagai lokasi mesyuarat SGATAR pada kali ini kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kehijauan alam semulajadinya yang masih terpelihara. Tambahan pula negeri ini terkenal dengan masyarakat yang berbilang suku kaum dan budaya. Untuk siaran segera

Upload: dangtuyen

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LHDNM TUAN RUMAH MESYUARAT SGATAR KALI KE-41 · PDF filePage 2 of 3 Menurut Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dalam ucapan perasmian SGATAR 2011, kerajaan sentiasa

Page 1 of 3

LHDNM TUAN RUMAH MESYUARAT SGATAR KALI KE-41

Kota Kinabalu, 21 November – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sekali

lagi telah diberikan penghormatan sebagai tuan rumah kepada Mesyuarat Kumpulan

Kajian Pentadbiran dan Penyelidikan Cukai Asia (Study Group on Asian Tax

Administration and Research) atau ringkasnya SGATAR kali ke-41 pada tahun ini.

Mesyuarat yang menghimpunkan 16 Agensi Pentadbir Cukai dari Asia Pasifik ini telah

dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Nexus Resort & Spa,

Karambunai, Sabah pada pagi ini.

Mesyuarat SGATAR kali ke-41 akan berlangsung selama 5 hari bermula pada semalam

dan akan berakhir pada 24 November 2011. Sebelum ini Malaysia melalui LHDNM

telah berjaya menganjurkan mesyuarat serupa sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1974,

1982, 1991 dan 2001 di Kuala Lumpur. LHDNM mengangkat polisi Go Green dalam

penganjuran SGATAR kali ini. Di mana semua delegasi tidak lagi dibekalkan dengan

fail serta bahan mesyuarat secara fizikal sebaliknya kebanyakan bahan mesyuarat

disediakan dalam bentuk softcopy. Peralatan berkaitan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) juga digunakan secara meluas sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

Atas pertimbangan inilah Negeri Sabah telah dipilih sebagai lokasi mesyuarat SGATAR

pada kali ini kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kehijauan

alam semulajadinya yang masih terpelihara. Tambahan pula negeri ini terkenal dengan

masyarakat yang berbilang suku kaum dan budaya.

Untuk siaran segera

Page 2: LHDNM TUAN RUMAH MESYUARAT SGATAR KALI KE-41 · PDF filePage 2 of 3 Menurut Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dalam ucapan perasmian SGATAR 2011, kerajaan sentiasa

Page 2 of 3

Menurut Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dalam ucapan

perasmian SGATAR 2011, kerajaan sentiasa menyokong penganjuran mesyuarat

bertaraf antarabangsa sebegini. Ini kerana ia boleh dijadikan medan oleh anggota

SGATAR untuk membincangkan sesuatu isu serta cabaran di kalangan mereka dalam

usaha meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Seramai 107 orang delegasi dan 53 orang pemerhati menyertai Mesyuarat SGATAR

tahun ini. Bilangan ini merupakan penyertaan yang teramai semenjak mesyuarat ini

mula dianjurkan pada tahun 1971 di Filipina. Para delegasi akan membincangkan tiga

topik khusus yang telah diputuskan melalui undian tertinggi daripada para anggota

SGATAR yang telah diusulkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sebagai

tuan rumah pada tahun ini. Topik-topik tersebut adalah :

i. Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa(IFRS) : Isu dan Kebimbangannya

[International Financial Reporting Standard (IFRS) : Issues and concerns]

ii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Memaksimakan penggunaannya dalam

semua aspek pentadbiran cukai pada kos yang paling minima.

[Information and Communication Technology (ICT) – Maximising its usage in

all aspects of tax administration at a minimum cost]

iii. e-Perdagangan : Cabaran percukaian dan isu-isu perundangan.

[e-Commerce : Taxation challenges and legal issues]

Topik IFRS telah menjadi perbincangan hangat di kalangan semua delegasi di mana

dalam globalisasi pasaran kewangan dan perniagaan kini, pelaksanaan IFRS di seluruh

dunia telah menjadi sangat mendesak. Keseragaman amalan pelaporan kewangan

mengikut piawaian yang telah dipersetujui bersama akan membantu setiap anggota

SGATAR mewujudkan suasana pelaburan serta perniagaan yang lebih berdaya saing.

Page 3: LHDNM TUAN RUMAH MESYUARAT SGATAR KALI KE-41 · PDF filePage 2 of 3 Menurut Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dalam ucapan perasmian SGATAR 2011, kerajaan sentiasa

Page 3 of 3

Ini kerana perbezaan dalam amalan pelaporan kewangan antara anggota akan

menyukarkan jalinan pelaburan dilakukan.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Shukor Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Malaysia

harus segera menyesuaikan diri dengan piawaian pelaporan kewangan yang terbaru

ini. Ini kerana mulai tahun 2012 Negara kita akan mula menggunakan IFRS secara

lebih meluas bagi menggantikan Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International

Accounting Standard) yang masih lagi digunakan sekarang. “Kita tidak mempunyai

banyak pilihan sekarang ini, di mana IFRS perlu segera diamalkan. Sekiranya kita

bertangguh dikhuatiri Negara kita akan ketinggalan berbanding dengan Negara-negara

yang lain. Justeru, mesyuarat SGATAR ini sangat penting bagi kami di mana

perbincangan serta pertukaran maklumat di kalangan anggota akan membantu kami

memahami sebarang isu serta cabaran dalam pelaksanaannya nanti”, kata beliau ketika

menjawab pertanyaan pihak media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat SGATAR kali

ke-41 di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Maklumat lanjut sila layari http://www.hasil.gov.my/sgatar/ .

SEKIAN, TERIMA KASIH

# # #

Dikeluarkan oleh : Masrun bin Maslim

Pegawai Perhubungan Awam

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh : 21 November 2011

Nombor Telefon : 03-6203 1380

Nombor Faks : 03-6201 2434

Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010

www.hasil.gov.my