lhdn tidak boleh laksana beps di...

2
LHDN Tidak Boleh Laksana BEPS Di Malaysia Tidak semua Pelan Tindakan Penghakisan Asas Cukai dan Pemindahan Keuntungan (BEPS) yang dicadangkan oleh OECD boleh dilaksanakan di Malaysia kerana matlamat dasar dan sistem percukaian di negara ini berbeza dengan negara lain. Bagaimanapun, kebergantungan hasil kerajaan terhadap cukai pendapatan korporat khususnya daripada syarikat multinasional menjadikan isu pindahan harga dan BEPS tidak boleh dipandang ringan. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan sentiasa mengikuti dengan rapat perkembangan isu pindahan harga dan BEPS ini, agar jurang dalam peruntukan undang-undang percukaian dapat diatasi dan seterusnya memelihara asas percukaian serta mengurangkan ketirisan hasil. BEPS ini merupakan isu bersama yang dihadapi oleh setiap pentadbir cukai seluruh dunia kerana masalah ini sering digunakan oleh syarikat multinasional untuk mengurangkan cukai yang dibayar malah mengelak daripada dikenakan cukai . Isu pindahan harga ini wujud berikutan kepesatan urusniaga rentas sempadan yang tidak selari dengan perkembangan undang-undang cukai antara negara-negara di dunia. Kelemahan ini membuka peluang syarikat-syarikat multinasional memanfaatkan jurang dan perbezaan peraturan cukai sedia ada bagi mengalihkan keuntungan mereka kepada negara lain yang mempunyai kadar cukai yang rendah atau bebas cukai.

Upload: dohanh

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LHDN Tidak Boleh Laksana BEPS Di Malaysiacata36.hasil.gov.my/MalaysiaGazette18112015LHDNTidakBoleh.pdf · LHDN Tidak Boleh Laksana BEPS Di Malaysia ... dokumen bagi urusan percukaian,"

LHDN Tidak Boleh Laksana BEPS Di Malaysia

Tidak semua Pelan Tindakan Penghakisan Asas Cukai dan Pemindahan

Keuntungan (BEPS) yang dicadangkan oleh OECD boleh dilaksanakan di Malaysia

kerana matlamat dasar dan sistem percukaian di negara ini berbeza dengan negara

lain.

Bagaimanapun, kebergantungan hasil kerajaan terhadap cukai pendapatan korporat

khususnya daripada syarikat multinasional menjadikan isu pindahan harga dan

BEPS tidak boleh dipandang ringan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam kenyataannya berkata,

pihaknya akan sentiasa mengikuti dengan rapat perkembangan isu pindahan harga

dan BEPS ini, agar jurang dalam peruntukan undang-undang percukaian dapat

diatasi dan seterusnya memelihara asas percukaian serta mengurangkan ketirisan

hasil.

BEPS ini merupakan isu bersama yang dihadapi oleh setiap pentadbir cukai seluruh

dunia kerana masalah ini sering digunakan oleh syarikat multinasional untuk

mengurangkan cukai yang dibayar malah mengelak daripada dikenakan cukai .

Isu pindahan harga ini wujud berikutan kepesatan urusniaga rentas sempadan yang

tidak selari dengan perkembangan undang-undang cukai antara negara-negara di

dunia.

Kelemahan ini membuka peluang syarikat-syarikat multinasional memanfaatkan

jurang dan perbezaan peraturan cukai sedia ada bagi mengalihkan keuntungan

mereka kepada negara lain yang mempunyai kadar cukai yang rendah atau bebas

cukai.

Page 2: LHDN Tidak Boleh Laksana BEPS Di Malaysiacata36.hasil.gov.my/MalaysiaGazette18112015LHDNTidakBoleh.pdf · LHDN Tidak Boleh Laksana BEPS Di Malaysia ... dokumen bagi urusan percukaian,"

LHDNM dalam menambah, dalam menangani isu itu, antara tindakan yang diambil

ialah penetapan peruntukan am pengelakan cukai telah diperkenalkan di bawah

Seksyen 140 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 bagi membendung kes

pengelakan.

Entiti kutipan cukai itu juga memperkenalkan satu perundangan pindahan harga

yang khusus di bawah Seksyen 140A ACP 1967 pada tahun 2009 yang turut

dilengkapi dengan Peraturan-Peraturan Akta Cukai Pendapatan (Pindahan Harga)

2012 untuk menangani isu berkaitan pindahan harga.

LHDNM juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pindahan Harga Malaysia 2012

pada 20 Julai 2012 bagi menggantikan Garis Panduan Pindaan Harga yang asal

yang telah dikeluarkan pada tahun 2003.

"Garis panduan terbaharu ini memberi panduan selanjutnya bagi sebarang

pelaksanaan undang-undang pindahan harga di Malaysia serta keperluan yang

ditetapkan oleh LHDNM kepada pembayar cukai untuk menyimpan rekod dan

dokumen bagi urusan percukaian," katanya dalam kenyataan itu sempena

Persidangan Teknikal Tahunan ke-36 Pertubuhan Pentadbir Cukai Negara-Negara

Komanwel (CATA).

LHDNM akan sentiasa mengemaskini dan menambahbaik Akta Cukai Pendapatan

(ACP) atau mana-mana peruntukan berkaitan dan pada masa kini LHDNM dalam

proses mengkaji undang-undang cukai yang berkaitan agar sentiasa seiring dengan

perubahan dan perkembangan BEPS di bawah mandat OECD.

Jawatankuasa Tindakan BEPS turut diwujudkan di LHDNM bagi menyelaraskan

hasil perbincangan daripada mesyuarat BEPS dan mengambil tindakan susulan

terhadap isu-isu tertentu, dan kesan ke atas undang-undang domestic serta

memberikan cadangan berkaitan kepada kerajaan.

- MalaysiaGazette

Sumber Daripada :

http://malaysiagazette.com/ms/ekonomi/lhdn-tidak-boleh-laksana-beps-di-malaysia