lesen pengendali digantung · perniagaan, rm6.3 juta untuk peniaga di tawau, rm8.9 juta di semporna...

1
‘Ikan sardin di dalam tin lebih selesa’ PADA 21 Ogos 2008, Perdana Men- teri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninjau kemudahan pe- ngangkutan awam dengan menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT). Daripada situ, beliau mendapati perkhidmatan itu tidak sistematik, jadual ketibaan tidak teratur, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas. ‘‘Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu nampaknya macam tak ada sis- tem. Ini yang saya rasa tidak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada mengguna- kan tren. Ini kita kena perbaiki,’’ katanya kepada Bernama. Itulah hasil lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri pada tahun lalu. Penulis menyelak semula isu ini kerana sudah lima bulan, keadaan bukan saja tidak banyak berubah te- tapi tidak berubah. Lebih-lebih lagi komuter. Sering kedengaran pengu- muman tren batal, tren tertahan, tren mengalami kelewatan dan tren padat. Sampai bila keadaan ini akan ber- laku? Siapa yang akan mengubahnya? Adakah kerajaan yang dipilih rakyat mahu mengubahnya atau rakyat yang perlu mengubahnya? Pengalaman menaiki komuter pada peringkat awal dulu memang menyeronokkan kerana ia mudah, selesa dan cepat. Namun kini ia satu perjalanan yang membosankan. Pengalaman menaiki komuter pa- da Jumaat lalu menjelaskan bahawa hasrat Perdana Menteri mahu me- lihat perubahan tidak menjadi ke- nyataan. Umpama pungguk rindu- kan bulan. Tujuan penulis menaiki komuter pada hari itu ialah untuk menyak- sikan Festival Pembangunan Ekono- mi Islam 2009 (i-Fest‘09) yang ber- mula 22 Januari lalu dan berakhir hari ini di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur. Disebabkan tahu keadaan sesak di Kajang, maka penulis bersama seo- rang anak lelaki berusia 9 tahun ke stesen UKM Bangi. Di situ untuk mengambil tiket terpaksa berbaris panjang kerana jangan harap untuk mendapatkan tiket melalui mesin ji- ka anda tidak mempunyai tukaran wang secukupnya. Puncanya juga di- sebabkan ramai penuntut UKM nak balik kampung - sambut Tahun Baru Cina. Bila tren sampai, memang tidak ada tempat duduk. Terpaksalah ber- diri sehingga sampai ke Mid Valley. Dan pengalaman untuk kembali ke Kajang pada sebelah malam sekali lagi memeritkan. Menjelang Magh- rib, penulis cuba dapatkan komuter. Memang benar kata Pak Lah se- perti dalam lawatannya tahun lalu. Kata Pak Lah: Saya dapati memang tren-tren ini cukup sesak dengan pe- numpang, ada yang tunggu sampai tiga tren tak dapat naik. Penulis tidak dapat menaiki empat tren tetapi terpaksa juga merempuh tren berikutnya kerana ini bukan lagi cubaan tetapi satu realiti. Jika tidak, tak sampailah ke rumah. Puncanya sudah tentu ada kaitan orang balik kerja dan cuti perayaan. Beberapa ‘adegan’ menarik dapat disaksikan dalam tempoh menanti tren. Pertama, tren memang padat. Apabila pengumuman berikutnya di- buat bahawa tren komuter ke Se- remban akan tiba dalam masa 10 minit, para penumpang diingatkan bahawa ‘‘keadaan tren terlalu padat’’. Dua puluh minit kemudian, se- belum tren datang sekali lagi pe- ngumuman dibuat bahawa tren juga padat dan menasihatkan penumpang menaiki tren berikutnya. Okey, tak apa, biarkan orang lain berebut. Pe- ngumuman berikutnya, tren akan ti- ba dalam masa 10 minit. Bagaima- napun tidak lama kemudian, timbul pengumuman, tren tertahan di Ste- sen KL Sentral bagi memberi laluan kepada tren antara bandar. Tren ko- muter yang tiba kemudiannya juga sesak. Dan penumpang dinasihatkan supaya menaiki tren berikutnya yang akan tiba dalam masa lima minit. Sekali lagi, tak apa, lima minit bu- kannya lama. Dalam tempoh itu, satu peristiwa yang menarik berlaku di platform laluan ke KL Sentral. Seorang pe- numpang marah-marah apabila dia juga tidak dapat menaiki tren mung- kin setelah dua atau tiga tren penuh sesak. Yang menyebabkan dia marah apabila penumpang di dalam tren tidak mahu memenuhi ruang kosong. Dia memarahi polis bantuan yang gagal mengawal keadaan. Anggota polis bantuan pula menjawab bahawa mereka tidak cukup kakitangan. Ke- napa hal ini boleh berlaku? Dan lima minit kemudian, tren komuter ke Seremban tiba dan amat mengejutkan ia sekali lagi padat. Ini bermakna, tidak ada usaha untuk memantau jumlah keperluan pe- numpang pada waktu-waktu terten- tu. Bayangkan hampir tiga jam, tren yang datang terus sesak. Di dalam tren, anda tidak perlu berpaut kepada mana-mana tiang atau pemegang ke- rana memang terlalu padat. Seorang wanita Cina ketika masuk ke dalam tren di stesen Bandar Tasek Selatan berkata: ‘‘Mau pegi satu ste- sen tunggu dua jam...naik kereta pun boleh sampai Ipoh..’’ katanya yang mengempiskan badannya supaya pin- tu komuter boleh ditutup rapat. An- dai berlaku sesuatu pada pintu itu ketika tren sedang bergerak, maka mautlah menyapanya dan Tahun Ba- ru Cina hari ini akan menjadi hari keluarga meratap pemergiannya. Dipendekkan cerita, komuter kini umpama bas mini masa dulu-dulu. Rasanya ikan sardin di dalam tin pun berada dalam kedudukan yang lebih selesa berbanding manusia di dalam perut kereta api itu. Begitulah gam- baran yang dapat diberikan terhadap sistem pengangkutan awam terutama komuter. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam perkhidmatan bas RapidKL. Jumlah penumpang tidak mampu ditampung oleh bas. Inilah sistem pengangkutan kita. Kerajaan menggalakkan rakyat meng- gunakan sistem pengangkutan awam tetapi tidak menyokong dengan sis- tem yang terbaik menyebabkan peng- guna bosan. Ketika harga minyak naik, khabarnya jumlah penumpang kenderaan awam bertambah sedikit tetapi apabila mereka merasai betapa seksanya untuk ke tempat kerja dan sebaliknya, maka penurunan harga minyak menyebabkan mereka kem- bali membawa kenderaan ma- sing-masing. Puncanya seperti kata Pak Lah, kita tidak ada sistem. Jika dah tahu pada waktu-waktu tertentu sesak, kenapa tidak ada jalan penyelesaian yang dapat mengurang- kan kesesakan? Contohnya, kesesakan bagi laluan melibatkan KL - Kajang. Mungkin boleh diperkenalkan laluan KL-Kajang bagi tempoh tertentu supa- ya khidmat tren lebih kerap. Satu perkara lagi, kerahlah kaki- tangan di stesen yang penumpangnya ramai seperti di Mid Valley supaya penumpang dapat memenuhi setiap ruang kosong yang ada. Mungkin polis bantuan perlu bergerak dari satu ge- rabak ke satu gerabak. Pastikan setiap ruang dipenuhi penumpang sebelum pintu komuter diselak. Bukan lagi se- kadar memerhati supaya penumpang berdiri di belakang garisan kuning semasa komuter tiba atau tidak be- rebut-rebut ketika menaiki komuter. Jika menggajikan pendatang asing tanpa izin sebagai pemandu

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lesen pengendali digantung · perniagaan, RM6.3 juta untuk peniaga di Tawau, RM8.9 juta di Semporna dan RM6.9 juta di Lahad Datu.– BERNAMA Lebih muatan dikena tindakan ALOR STAR

�� � �

ISNIN 26 JANUARI 2009 MUKA 7 . UTUSAN MALAYSIA

����������

‘Ikan sardin di dalam tin lebih selesa’ Dua mautmotosikalrempuh tiang

Lesen pengendali digantungTAWAU 25 Jan. – Syarikat pengendalipengangkutan awam akan digantung lesensekiranya menggajikan pendatang asing tan-pa izin (PATI) sebagai pemandu kenderaanmereka, kata Menteri Pembangunan Usaha-wan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Katanya, hanya rakyat tempatan yang bolehdiambil sebagai pemandu.

Noh mengulas laporan bahawa terdapatsesetengah sya-rikat pengang-kutan awam diSabahyangmeng-gunakan khid-mat PATI seba-gaipemanduken-deraan mereka.

“Kita akanhantar pegawaipenguat kuasauntuk menyia-sat perkara ini.Jika benar dak-waan ini, lessensyarikat terba-bit akan ditarikbalik,” katanya kepada pemberita selepas me-lancarkan program Gerak Usahawan, MajlisPembangunan Usahawan Parlimen Tawau, disini hari ini.

Mengenai permit teksi, Noh berkata, ke-utamaan akan diberikan kepada individuuntuk memiliki permit teksi, di mana ki-ra-kira 1,400 individu di Lembah Klang telahdikeluarkan permit.

Mengenai pengeluaran lesen kontraktorkelas F yang telah dibekukan sejak 2005, Nohberkata kementeriannya sedia mengkaji un-tuk mengeluarkan semula lesen berkenaantermasuk di Sabah.

Katanya, peruntukan besar yang diberikanKerajaan Pusat kepada Sabah dalam Ran-cangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akanmemberi banyak peluang kepada kontraktortempatan untuk mendapat tender.

Pada majlis itu, Noh turut menyampaikancek berjumlah RM19.1 juta sebagai pinjamanperniagaan, RM6.3 juta untuk peniaga diTawau, RM8.9 juta di Semporna dan RM6.9juta di Lahad Datu. – BERNAMA

Lebih muatandikena tindakanALOR STAR 25 Jan. – Berkuat kuasa 1 Fe-bruari ini, pemilik kuari yang membenarkanbahan melebihi berat (BDM) yang ditetapkandibawa keluar dari tempat tersebut akandidenda RM1,000 hingga RM10,000 atau duabulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja-lan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, iabagi memastikan semua pihak mematuhiarahan agar barangan yang dibawa tidakmelebihi had muatan sehingga membaha-yakan nyawa pengguna jalan raya.

“Sebelum ini hanya pemandu lori danpemilik permit lori dikenakan tindakan.

“Sekarang pemilik kuari juga dikenakanhukuman kerana mereka yang bertang-gungjawab memberi bahan kepada peman-du,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi dialogbersama Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lo-ri Wilayah Utara, Persatuan Pengusaha LoriTriper Kedah/ Perlis, Puspakom dan LembagaPelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) disini semalam.

Menurut Solah, tindakan itu juga pentinguntuk memastikan pemilik kuari juga akandisaman dan dengan cara ini pemandu, pe-milik permit dan pemilik kuari akan me-matuhi had BDM yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Solah memberitahu, pe-mandu yang melakukan kesalahan tersebuttiga kali berturut-turut dalam tempoh sebulanakan digantung atau dibatalkan lesennya.

“Selain itu, pemandu tersebut dikehendakimemunggah barangan yang melebihi mua-tan sebelum dibenarkan memulakan per-jalanan kembali.

“Tindakan ini bagi mengurangkan risikokemalangan kerana barangan melebihi mua-tan boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain,” katanya.

KOTA BHARU 25 Jan. – Duaberadik maut selepasmotosikal yang ditunggangmereka terbabas danmerempuh tiang elektrik diKampung Pulau Gajah,Pengkalan Chepa, dekat sinitengah malam tadi.

Kejadianberlakukira-kirapukul 12tengah malamketikamangsa, CheShahrulNizam CheHussin, 19,dan adiknyaCheSulaiman, 17,dalam per-jalananpulang kerumahnya diKampungKemumin,PengkalanChepa.

Kedua- duamangsameninggal

dunia di tempat kejadianselepas mengalami kecederaanparah di kepala dan badan.

Bapa mangsa, Che HussinIbrahim, 49, ketika ditemui dirumahnya berkata, anaknyadipercayai pulang dari rumahrakannya di Pantai Sabak.

Beliau yang tinggal diKampung Kedai Mulong,dekat sini, mengetahuikejadian itu selepasdimaklumkan oleh rakansalah seorang anaknya.

PADA 21 Ogos 2008, Perdana Men-teri, Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi meninjau kemudahan pe-ngangkutan awam dengan menaikitren komuter Keretapi Tanah MelayuBerhad (KTMB) dan sistem transitaliran ringan (LRT).

Daripada situ, beliau mendapatiperkhidmatan itu tidak sistematik,jadual ketibaan tidak teratur, gerabaktidak mencukupi dan liputan laluantidak meluas.

‘‘Saya lihat tadi keadaan tren yangdigunakan untuk penumpang pergikerja setiap pagi. Mereka sentiasaberebut-rebut bila tren tiba. Dari segiitu nampaknya macam tak ada sis-tem. Ini yang saya rasa tidak senanghati kerana rakyat tidak mendapatsatu kepuasan daripada mengguna-kan tren. Ini kita kena perbaiki,’’katanya kepada Bernama.

Itulah hasil lawatan yang dilakukanoleh Perdana Menteri pada tahunlalu. Penulis menyelak semula isu inikerana sudah lima bulan, keadaanbukan saja tidak banyak berubah te-tapi tidak berubah. Lebih-lebih lagikomuter. Sering kedengaran pengu-muman tren batal, tren tertahan, trenmengalami kelewatan dan tren padat.Sampai bila keadaan ini akan ber-laku? Siapa yang akan mengubahnya?Adakah kerajaan yang dipilih rakyatmahu mengubahnya atau rakyat yangperlu mengubahnya?

Pengalaman menaiki komuterpada peringkat awal dulu memangmenyeronokkan kerana ia mudah,selesa dan cepat. Namun kini ia satuperjalanan yang membosankan.

Pengalaman menaiki komuter pa-da Jumaat lalu menjelaskan bahawahasrat Perdana Menteri mahu me-lihat perubahan tidak menjadi ke-nyataan. Umpama pungguk rindu-kan bulan.

Tujuan penulis menaiki komuterpada hari itu ialah untuk menyak-sikan Festival Pembangunan Ekono-mi Islam 2009 (i-Fest‘09) yang ber-mula 22 Januari lalu dan berakhirhari ini di Mid Valley ExhibitionCentre Kuala Lumpur.

Disebabkan tahu keadaan sesak diKajang, maka penulis bersama seo-rang anak lelaki berusia 9 tahun kestesen UKM Bangi. Di situ untukmengambil tiket terpaksa berbarispanjang kerana jangan harap untukmendapatkan tiket melalui mesin ji-ka anda tidak mempunyai tukaranwang secukupnya. Puncanya juga di-sebabkan ramai penuntut UKM nakbalik kampung - sambut Tahun BaruCina. Bila tren sampai, memang tidakada tempat duduk. Terpaksalah ber-diri sehingga sampai ke Mid Valley.

Dan pengalaman untuk kembali keKajang pada sebelah malam sekalilagi memeritkan. Menjelang Magh-rib, penulis cuba dapatkan komuter.

Memang benar kata Pak Lah se-

perti dalam lawatannya tahun lalu.Kata Pak Lah: Saya dapati memang

tren-tren ini cukup sesak dengan pe-numpang, ada yang tunggu sampaitiga tren tak dapat naik.

Penulis tidak dapat menaiki empattren tetapi terpaksa juga merempuhtren berikutnya kerana ini bukan lagicubaan tetapi satu realiti. Jika tidak,tak sampailah ke rumah.

Puncanya sudah tentu ada kaitanorang balik kerja dan cuti perayaan.

Beberapa ‘adegan’ menarik dapatdisaksikan dalam tempoh menantitren. Pertama, tren memang padat.Apabila pengumuman berikutnya di-buat bahawa tren komuter ke Se-remban akan tiba dalam masa 10minit, para penumpang diingatkanbahawa ‘‘keadaan tren terlalu padat’’.

Dua puluh minit kemudian, se-belum tren datang sekali lagi pe-ngumuman dibuat bahawa tren jugapadat dan menasihatkan penumpangmenaiki tren berikutnya. Okey, takapa, biarkan orang lain berebut. Pe-ngumuman berikutnya, tren akan ti-ba dalam masa 10 minit. Bagaima-napun tidak lama kemudian, timbulpengumuman, tren tertahan di Ste-sen KL Sentral bagi memberi laluankepada tren antara bandar. Tren ko-muter yang tiba kemudiannya jugasesak. Dan penumpang dinasihatkansupaya menaiki tren berikutnya yangakan tiba dalam masa lima minit.Sekali lagi, tak apa, lima minit bu-kannya lama.

Dalam tempoh itu, satu peristiwayang menarik berlaku di platformlaluan ke KL Sentral. Seorang pe-

numpang marah-marah apabila diajuga tidak dapat menaiki tren mung-kin setelah dua atau tiga tren penuhsesak. Yang menyebabkan dia marahapabila penumpang di dalam trentidak mahu memenuhi ruang kosong.Dia memarahi polis bantuan yanggagal mengawal keadaan. Anggotapolis bantuan pula menjawab bahawamereka tidak cukup kakitangan. Ke-napa hal ini boleh berlaku?

Dan lima minit kemudian, trenkomuter ke Seremban tiba dan amatmengejutkan ia sekali lagi padat. Inibermakna, tidak ada usaha untukmemantau jumlah keperluan pe-numpang pada waktu-waktu terten-tu. Bayangkan hampir tiga jam, trenyang datang terus sesak. Di dalamtren, anda tidak perlu berpaut kepadamana-mana tiang atau pemegang ke-rana memang terlalu padat.

Seorang wanita Cina ketika masukke dalam tren di stesen Bandar TasekSelatan berkata: ‘‘Mau pegi satu ste-sen tunggu dua jam...naik kereta punboleh sampai Ipoh..’’ katanya yangmengempiskan badannya supaya pin-tu komuter boleh ditutup rapat. An-dai berlaku sesuatu pada pintu ituketika tren sedang bergerak, makamautlah menyapanya dan Tahun Ba-ru Cina hari ini akan menjadi harikeluarga meratap pemergiannya.

Dipendekkan cerita, komuter kiniumpama bas mini masa dulu-dulu.Rasanya ikan sardin di dalam tin punberada dalam kedudukan yang lebihselesa berbanding manusia di dalamperut kereta api itu. Begitulah gam-baran yang dapat diberikan terhadap

sistem pengangkutan awam terutamakomuter. Keadaan yang sama jugaberlaku di dalam perkhidmatan basRapidKL. Jumlah penumpang tidakmampu ditampung oleh bas.

Inilah sistem pengangkutan kita.Kerajaan menggalakkan rakyat meng-gunakan sistem pengangkutan awamtetapi tidak menyokong dengan sis-tem yang terbaik menyebabkan peng-guna bosan. Ketika harga minyaknaik, khabarnya jumlah penumpangkenderaan awam bertambah sedikittetapi apabila mereka merasai betapaseksanya untuk ke tempat kerja dansebaliknya, maka penurunan hargaminyak menyebabkan mereka kem-bali membawa kenderaan ma-sing-masing. Puncanya seperti kataPak Lah, kita tidak ada sistem.

Jika dah tahu pada waktu-waktutertentu sesak, kenapa tidak ada jalanpenyelesaian yang dapat mengurang-kan kesesakan? Contohnya, kesesakanbagi laluan melibatkan KL - Kajang.Mungkin boleh diperkenalkan laluanKL-Kajang bagi tempoh tertentu supa-ya khidmat tren lebih kerap.

Satu perkara lagi, kerahlah kaki-tangan di stesen yang penumpangnyaramai seperti di Mid Valley supayapenumpang dapat memenuhi setiapruang kosong yang ada. Mungkin polisbantuan perlu bergerak dari satu ge-rabak ke satu gerabak. Pastikan setiapruang dipenuhi penumpang sebelumpintu komuter diselak. Bukan lagi se-kadar memerhati supaya penumpangberdiri di belakang garisan kuningsemasa komuter tiba atau tidak be-rebut-rebut ketika menaiki komuter.

Jika menggajikan pendatang asing tanpa izin sebagai pemandu

CHE SHAHRUL

CHE SULAIMAN

NOH OMAR