lembaran pendedahan produk lonpac … · premium mungkin juga diselaraskan sekiranya terdapat...

3

Click here to load reader

Upload: donhan

Post on 09-Aug-2018

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK LONPAC … · Premium mungkin juga diselaraskan sekiranya terdapat variasi buruk pada kesihatan atau pekerjaan anda. 4. Apakah fi dan caj yang saya perlu

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil Care Plus. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat am.)

Care Plus (Insurans Penghospitalan dan Pembedahan) 1 April 2015

1. Mengenai apakah produk ini?

Polisi ini menyediakan perbelanjaan penghospitalan dan pembedahan yang ditanggung kerana penyakit atau kemalangan yang dilindungi di bawah polisi.

2. Apakah lindungan / faedah yang disediakan?

Polisi ini melindungi:

Rawatan Pesakit Dalam dan Pesakit Hari - Bilik Hospital & Makan - Unit Rawatan Rapi - Bekalan & Perkhidmatan Hospital - Yuran Pembedahan - Yuran Pakar Bius - Bilik Bedah - Lawatan Doktor di Wad Hospital - Pemindahan Organ - Pembedahan Hari

Rawatan Pesakit Luar - Rundingan Pakar Pra-Hospital - Ujian Diagnostik Pra-Hospital - Rawatan Lanjutan - Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat

Kemalangan - Rawatan Kecemasan Pergigian Pesakit Luar Akibat

Kemalangan - Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar - Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar - Rawatan Kanser Pesakit Luar

Faedah Tambahan

- Faedah Penjagaan Harian bagi Kanak-Kanak yang Diinsuranskan

- Yuran Ambulans - Faedah Kematian Akibat Kemalangan

- Penjagaan Jururawat di Rumah - Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan - Yuran Laporan Perubatan - Cukai Perkhidmatan Kerajaan

Amaun yang dilindungi dinyatakan di dalam Jadual Faedah kontrak polisi. Kad Insurans Kesihatan disediakan untuk memudahkan kemasukan ke hospital turut serta. Bagi keadaan perubatan (penyakit) tertentu, bantuan disediakan untuk mendapatkan Pendapat Kedua daripada pusat perubatan utama. Tempoh lindungan adalah setahun. Anda perlu memperbaharui lindungan insurans anda setiap tahun.

3. Berapakah premium yang saya perlu bayar?

Premium yang anda perlu bayar mungkin berbeza bergantung pada pilihan pelan anda, lingkungan umur dan keperluan pengunderaitan kami. Jumlah premium teranggar yang anda perlu bayar ialah: RM . Premium pembaharuan akan diselaraskan secara automatik apabila memasuki lingkungan umur yang berikut. Premium mungkin juga diselaraskan sekiranya terdapat variasi buruk pada kesihatan atau pekerjaan anda.

4. Apakah fi dan caj yang saya perlu bayar?

Komisen untuk ejen insurans

Cukai Barang dan Perkhidmatan

Duti Setem

15%

6%

RM10

LONPAC INSURANCE BHD (307414-T)

Page 2: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK LONPAC … · Premium mungkin juga diselaraskan sekiranya terdapat variasi buruk pada kesihatan atau pekerjaan anda. 4. Apakah fi dan caj yang saya perlu

5. Apakah beberapa terma dan syarat utama yang saya harus tahu?

Kewajipan pendedahan

Kontrak Insurans Pengguna - Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013,

jika anda memohon insurans ini sepenuhnya untuk diri sendiri/keluarga/tanggungan, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon insurans ini). Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut dengan lengkap dan tepat.

- Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan, mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak insurans anda, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda.

- Kewajipan pendedahan di atas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami.

- Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon insurans ini), anda dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan.

- Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

Kontrak Insurans Komersial - Menurut Perenggan 4(1) daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan

2013, jika anda memohon insurans ini untuk memberi manfaat insurans kepada pekerja dan keluarga/tanggungan mereka, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan, dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda.

- Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami.

- Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

Tinggal di luar negara

- Tiada manfaat akan dibayar bagi rawatan perubatan di luar Malaysia jika anda berada di luar Malaysia untuk lebih daripada 90 hari berturut-turut.

Tempoh bertenang - Anda boleh batalkan polisi dalam masa 15 hari selepas anda menerima polisi. Premium yang anda telah bayar (tolak apa-apa perbelanjaan perubatan yang ditanggung dalam pengeluaran polisi) akan dibayar balik kepada anda. Tiada tempoh bertenang bagi pembaharuan.

Perubahan dalam risiko

- Anda hendaklah memberi notis bertulis dengan serta-merta kepada kami mengenai apa-apa perubahan yang material dalam pekerjaan, perniagaan, tugas atau usaha anda dan membayar apa-apa premium tambahan yang mungkin dikehendaki.

Bayaran bersama bilik & makan dinaikkan

- Anda perlu menanggung 20% daripada manfaat layak yang lain yang dinyatakan di dalam Jadual Faedah jika dimasukkan ke hospital pada kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang anda layak.

Polisi boleh diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun

- Pembaharuan mungkin dipelawa berdasarkan terma yang sedia ada, dengan semakan premium, dengan had perlindungan tertentu atau ia mungkin ditolak jika terdapat apa-apa perubahan material dalam pekerjaan, tugas atau usaha atau apa-apa kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal atau kerengsaan yang anda sedari atau telah dijejaskan.

Tuntutan - Apabila berlakunya suatu Kehilangan Upaya, anda hendaklah memberitahu kami secara bertulis dalam masa 30 hari.

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai penuh terma dan syarat di bawah polisi ini.

Page 3: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK LONPAC … · Premium mungkin juga diselaraskan sekiranya terdapat variasi buruk pada kesihatan atau pekerjaan anda. 4. Apakah fi dan caj yang saya perlu

6. Apakah pengecualian utama di bawah polisi ini?

Polisi ini tidak melindungi:

Penyakit sedia ada, dan penyakit tertentu dalam masa 120 hari yang pertama

Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam masa 30 hari yang pertama selepas tarikh berkuatkuasa insurans kecuali bagi kecederaan akibat kemalangan

Keabnormalan kongenital

Pembedahan plastik/kosmetik

Rawatan pergigian yang tidak timbul daripada kecederaan akibat kemalangan

Kehamilan

Sukan berbahaya Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.

7. Bolehkah saya batalkan polisi saya?

Anda boleh batalkan polisi pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, apa-apa bayaran balik premium akan berdasarkan pada syarat yang telah ditetapkan dalam kontrak polisi.

8. Apakah yang saya perlu lakukan jika terdapat perubahan pada butiran kontak saya?

Adalah penting anda memaklumkan kepada kami apa-apa perubahan dalam butiran kontak anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

9. Di manakah boleh saya dapat maklumat lanjut?

Sekiranya anda menghendaki maklumat tambahan mengenai insurans penghospitalan dan pembedahan, sila rujuk kepada buku panduan info insurans tentang ‘Insurans Perubatan & Kesihatan’, yang ada di semua cawangan kami atau anda boleh dapatkan sebuah daripada ejen insurans atau layari www.insuranceinfo.com.my.

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami di:

Customer Service Department Ejen yang diberi kuasa: Lonpac Insurance Bhd LG Floor, Bangunan Public Bank 6 Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel : 03 2262 8688 Faks : 03 2715 1332 E-mel : [email protected]

10. Jenis lindungan Insurans Penghospitalan dan Pembedahan lain yang ada

Tiada

NOTA PENTING: ANDA HARUS BERPUAS HATI YANG POLISI INI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA HARUS BACA DAN FAHAM POLISI INSURANS DAN BINCANG DENGAN EJEN ATAU TERUS HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Lembaran Pendedahan Produk ini hanya untuk maklumat am sahaja dan sah pada 01.04.2015. Jika ada konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, maka versi Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan.