lembaga peperiksaan kementerian · pdf filelembaga peperiksaan ... 1.1.2 6 september 2010...

3
1 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________ PANDUAN KEPADA PEMOHON PEPERIKSAAN TEORI ABRSM MAC DAN SEPTEMBER 2010 1 Tarikh dan Masa Peperiksaan 1.1 Peperiksaan akan dijalankan pada tarikh berikut: 1.1.1 15 Mac 2010 (Isnin) 1.1.2 6 September 2010 (Isnin) 1.2 Peperiksaan akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 2 Pendaftaran 2.1 Pendaftaran untuk peperiksaan ini akan dijalankan pada tarikh berikut: 2.1.1 Mac: 20 Oktober hingga 11 November 2009 2.1.2 September: 3 Jun hingga 24 Jun 2010 2.2 Pendaftaran secara manual dibuat dengan menggunakan Entry Form yang boleh diperoleh di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (SPP, JPN) atau dimuat turun di alamat http://www.abrsm.org/resources/InternationalEntryFormMalaysia2010.pdf 2.3 Pendaftaran secara online dibuat di https://onlineforms.abrsm.ac.uk / 3 Bayaran Yuran Peperiksaan 3.1 Bayaran yuran peperiksaan adalah seperti yang tercatat dalam Music Examinations Dates and Fees 2010 yang diedarkan oleh pihak ABRSM. 3.2 Bayaran pendaftaran manual dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang atau Draf Bank berpalang dan dibayar kepada Pengarah Pelajaran Negeri. 3.3 Bayaran pendaftaran online dibuat dengan menggunakan kad kredit (MasterCard atau Visa) sahaja. 4 Maklumat Calon 4.1 Nama calon dalam Entry Form hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR dengan ejaan seperti dalam Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran. 4.2 Nama calon hendaklah disenaraikan mengikut susunan gred dari yang terendah ke gred yang lebih tinggi. 5 Pertukaran Gred Permohonan untuk pertukaran gred tidak dibenarkan selepas pendaftaran dibuat.

Upload: vandien

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN · PDF fileLEMBAGA PEPERIKSAAN ... 1.1.2 6 September 2010 (Isnin) 1.2 Peperiksaan akan bermula pada jam9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 2 Pendaftaran

1

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA_____________________________

PANDUAN KEPADA PEMOHONPEPERIKSAAN TEORI ABRSM MAC DAN SEPTEMBER 2010

1 Tarikh dan Masa Peperiksaan1.1 Peperiksaan akan dijalankan pada tarikh berikut:

1.1.1 15 Mac 2010 (Isnin)1.1.2 6 September 2010 (Isnin)

1.2 Peperiksaan akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

2 Pendaftaran2.1 Pendaftaran untuk peperiksaan ini akan dijalankan pada tarikh berikut:

2.1.1 Mac: 20 Oktober hingga 11 November 20092.1.2 September: 3 Jun hingga 24 Jun 2010

2.2 Pendaftaran secara manual dibuat dengan menggunakanEntry Form yang boleh diperoleh di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JabatanPelajaran Negeri (SPP, JPN) atau dimuat turun di alamathttp://www.abrsm.org/resources/InternationalEntryFormMalaysia2010.pdf

2.3 Pendaftaran secara online dibuat di https://onlineforms.abrsm.ac.uk/

3 Bayaran Yuran Peperiksaan 3.1 Bayaran yuran peperiksaan adalah seperti yang tercatat dalam Music

Examinations Dates and Fees 2010 yang diedarkan oleh pihak ABRSM.3.2 Bayaran pendaftaran manual dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang atau

Draf Bank berpalang dan dibayar kepada Pengarah Pelajaran Negeri.3.3 Bayaran pendaftaran online dibuat dengan menggunakan kad kredit (MasterCard

atau Visa) sahaja.

4 Maklumat Calon4.1 Nama calon dalam Entry Form hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR dengan

ejaan seperti dalam Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran.4.2 Nama calon hendaklah disenaraikan mengikut susunan gred dari yang terendah

ke gred yang lebih tinggi.

5 Pertukaran GredPermohonan untuk pertukaran gred tidak dibenarkan selepas pendaftaran dibuat.

Page 2: LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN · PDF fileLEMBAGA PEPERIKSAAN ... 1.1.2 6 September 2010 (Isnin) 1.2 Peperiksaan akan bermula pada jam9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 2 Pendaftaran

2

6 Calon Menarik Diri6.1 Nama calon yang menarik diri hendaklah dimaklumkan oleh pemohon kepada

Pegawai Meja ABRSM di SPP, JPN sebelum atau pada tarikh berikut:6.1.1 Mac: 23 Februari 20106.1.2 September: 24 Ogos 2010

6.2 Calon menarik diri boleh memohon dikembalikan separuh (½) daripada yuranyang telah dibayar atas alasan berikut:

6.2.1 Calon menghidapi penyakit berpanjangan.6.2.2 Kematian atau sakit tenat yang melibatkan calon atau ahli keluarga terdekat.

6.3 Permohonan mesti disertakan dengan dokumen sokongan* sebagai bukti. 6.4 Keputusan untuk mengembalikan separuh (½) daripada yuran yang telah

dibayar oleh calon yang menarik diri akan ditentukan oleh pihak ABRSM.

7 Re-Entry Voucher7.1 Calon yang tidak dapat hadir pada hari peperiksaan layak memohon

re-entry voucher.7.2 Pemohon hendaklah memaklumkan pihak SPP, JPN mengenai calon yang tidak

hadir sebelum atau pada hari peperiksaan.7.3 Calon yang tidak hadir boleh diberi re-entry voucher atas alasan berikut: 7.3.1 Calon sakit pada tarikh peperiksaan. 7.3.2 Calon tidak dapat membuat persediaan awal untuk peperiksaan kerana

guru menghidapi penyakit berpanjangan. 7.3.3 Calon mewakili aktiviti peringkat sekolah/negeri/negara. 7.3.4 Bencana alam. 7.3.5 Alasan lain yang kukuh dan munasabah.7.4 Permohonan re-entry voucher hendaklah dibuat kepada SPP, JPN selewat-

lewatnya pada tarikh berikut:7.4.1 Mac: 18 Mac 20107.4.2 September: 9 September 2010

7.5 Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan* sebagai bukti.7.6 Kegagalan untuk memaklumkan mengenai calon yang tidak hadir beserta

dokumen sokongan sebagai bukti akan menyebabkan calon tidakdiberikan re-entry voucher.

7.7 Pihak ABRSM akan membuat keputusan untuk meluluskan pemberian re-entryvoucher.

8 Calon Berkeperluan Khas8.1 Kes calon berkeperluan khas mesti dinyatakan semasa pendaftaran dengan

merujuk kepada Perkara 18 dalam Examination Information & Regulations 2010.8.2 Pemohon hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada pihak SPP, JPN

mengenai calon berkeperluan khas dan jenis keperluan dipohon. Surat akuandoktor dalam bahasa Inggeris hendaklah disertakan semasamembuat pendaftaran.

8.3 Pemohon hendaklah menulis e-mel ke alamat [email protected] yangdisertakan dengan dokumen sokongan* calon berkeperluan khas tersebut.

* Dokumen sokongan adalah seperti surat pengesahan doktor dan/atau laporan polis.

Page 3: LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN · PDF fileLEMBAGA PEPERIKSAAN ... 1.1.2 6 September 2010 (Isnin) 1.2 Peperiksaan akan bermula pada jam9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 2 Pendaftaran

3

9 Pertukaran Pusat Peperiksaan9.1 Permohonan pertukaran pusat peperiksaan hanya akan dipertimbangkan bagi

calon yang berpindah ke negeri lain.9.2 Bayaran RM25.00 bagi setiap calon dikenakan untuk proses tersebut.9.3 Permohonan pertukaran pusat peperiksan hendaklah diterima oleh pihak

SPP, JPN sebelum atau pada tarikh berikut:9.3.1 Mac: 23 Februari 20109.3.2 September: 24 Ogos 2010

10 Kemasukan Ke Dewan/Bilik Peperiksaan 10.1 Calon mesti membawa:

10.1.1 Kad Pengenalan atau10.1.2 Salinan Sijil Kelahiran yang dikepilkan dengan gambar calon berkenaan

dan disahkan.10.2 Ketua Pengawas boleh menghalang calon yang tidak membawa dokumen

berkenaan daripada menduduki peperiksaan.10.3 Ketua Pengawas berhak menghalang calon yang berpakaian kurang sopan

daripada memasuki dewan/bilik peperiksaan dan menduduki peperiksaan.10.4 Pengiring calon tidak dibenarkan berada berhampiran dewan/bilik peperiksaan.

11 Keputusan dan Sijil Peperiksaan11.1 Pihak SPP, JPN akan memaklumkan kepada pemohon apabila keputusan dan sijil

peperiksaan boleh diambil.11.2 Pemohon boleh menyemak keputusan peperiksaan di alamat

https://onlineforms.abrsm.ac.uk/ lapan (8) minggu selepas tarikh peperiksaan.