lembaga hasil dalam negeri - ekls.hasil.gov.my · pdf file5 3. permohonan surat penyelesaian...

13
1 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA e-SPC MANUAL PENGGUNA

Upload: hanguyet

Post on 06-Feb-2018

364 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

1

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

MALAYSIA

e-SPC

MANUAL PENGGUNA

Page 2: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

2

KANDUNGAN

1. PENGENALAN .......................................................................................................................... 3

2. AKSES e-SPC ............................................................................................................................ 3

3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI......................................................................... 5

4. SENARAI PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI ......................................................... 8

5. PENGHANTARAN PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI .......................................... 11

6. STATUS PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI ......................................................... 12

Page 3: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

3

1. PENGENALAN

Sistem Surat Penyelesaian Cukai (e-SPC) merupakan sistem permohonan

surat penyelesaian cukai oleh majikan secara elektronik. Majikan boleh

menghantar borang mengenai pemberitahuan pemberhentian kerja melalui

borang CP22A / CP22B dan borang CP21 pemberitahuan bagi pekerja yang

hendak meninggalkan negara ini.

Sistem ini dibangunkan dalam aplikasi sesawang (web) dan pengguna boleh

mengakses kemudahan sistem ini melalui laman sesawang rasmi Lembaga

Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

2. AKSES e-SPC

i. Majikan perlu menggunakan Sijil Digital e-Filing bagi mengakses e-

SPC

Akses Sistem

ii. Masukkan nombor pengenalan (No. Kad Pengenalan, No. Polis,

No. Tentera atau No. Pasport) dan kata laluan Sijil Digital.

Page 4: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

4

iii. Sekiranya berjaya, pengguna perlu memasukkan nombor rujukan

majikan masing-masing (cth : E xxxxxxxxxxx) dan klik butang

‘Semak’ seperti paparan di bawah untuk menyemak dan

menentusah majikan.

Penyemakan no. majikan

iv. Sekiranya nombor rujukan majikan yang betul dimasukkan,

pengguna akan dihubungkan terus ke skrin e-SPC dan maklumat

majikan akan dipaparkan.

Maklumat majikan sekiranya pengguna berjaya masuk

Page 5: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

5

3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI

Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama

ada borang CP22A, CP22B atau CP21 melalui menu yang disediakan di

skrin.

i. Pada mana-mana menu, klik pada sub menu ‘Permohonan’.

Menu Sistem e-SPC

ii. Skrin permohonan seperti di bawah akan dipaparkan mengikut jenis

permohonan yang dipilih.

Butir-butir pekerja

iii. Masukkan butir-butir pekerja yang akan berhenti atau meninggalkan

negara ini.

Page 6: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

6

iv. Masukkan maklumat ‘No. Rujukan’ dan ‘Jenis No. Rujukan’ pekerja dan

sistem akan secara automatik memaparkan maklumat ‘Nama’ dan ‘No.

Cukai Pendapatan’ jika maklumat ‘No. Rujukan’ yang dimasukkan adalah

betul.

v. Setelah memasukkan Butir-Butir Pekerja, klik pada butang ‘Simpan &

Teruskan’ untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan. Seterusnya

skrin maklumat ‘Butir- butir Saraan & Lain-Lain’ akan dipaparkan.

vi. Masukkan maklumat ‘Butir- butir Saraan & Lain-Lain’ pekerja seperti skrin

yang dipaparkan.

Page 7: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

7

Butir- butir Saraan & Lain-Lain

vii. Setelah memasukkan maklumat ‘Butir-Butir Saraan’, penuhkan maklumat

akuan dan klik pada butang ‘Simpan’ untuk menyimpan butiran yang

dimasukkan. Maklumat akuan secara default akan mengambil maklumat

sijil digital pengguna semasa.

Page 8: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

8

4. SENARAI PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI

Senarai permohonan ini akan menyenaraikan semua permohonan SPC

yang telah didaftarkan tetapi belum dihantar ke LHDNM untuk diproses.

Melalui senarai ini, pengguna boleh menyemak maklumat yang

dipaparkan, mengemaskini maklumat serta memadam permohonan yang

silap dimasukkan. Selain itu juga pengguna boleh membuat carian melalui

No. Rujukan atau melalui nama pekerja.

Senarai Permohonan SPC

i. Pengguna boleh menyemak maklumat yang dimasukkan dengan klik

pada ikon dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.

Carian Permohonan Klik semua

permohonan

untuk dihantar

Senarai permohonan Hantar permohonan

Page 9: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

9

Maklumat butir-butir pekerja

ii. Pengguna boleh mengemaskini maklumat yang dimasukkan dengan klik

pada ikon dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.

Page 10: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

10

Kemaskini Butir-butir Pekerja

iii. Pengguna boleh memadam maklumat yang dimasukkan dengan klik

pada ikon dan peringatan seperti di bawah akan dipaparkan.

Peringatan memadam maklumat permohonan

Page 11: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

11

5. PENGHANTARAN PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI

Permohonan Surat Penyelesaian Cukai (SPC), boleh dihantar secara

elektronik apabila pengguna selesai memasukkan maklumat pekerja

yang hendak dihantar. Pengguna boleh ‘klik’ satu persatu atau ‘klik

semua’ pada senarai permohonan kemudian klik pada butang

‘Tandatangan & Hantar’.

Bagi menghantar permohonan ini, pengguna perlu sekali lagi

memasukkan nombor pengenalan dan kata laluan sijil digital seperti skrin

di bawah bagi tujuan verifikasi sistem.

Verifikasi Penghantaran Permohonan SPC

Permohonan yang berjaya dihantar akan masuk ke ‘Senarai Status

Permohonan’ SPC mengikut borang masing-masing.

Page 12: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

12

6. STATUS PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI

Bagi permohonan yang telah dihantar akan diletakkan dalam menu ‘Status

Permohonan’ mengikut borang masing-masing. Bagi permohonan baru,

status akan menjadi ‘Dalam Proses’.

Setelah diproses, status borang akan menjadi sama ada ‘Selesai’ atau ‘Batal

SPC’. Status ‘Selesai’ adalah proses terhadap borang permohonan pekerja

telah berjaya dilakukan dan status ‘Batal SPC’ adalah permohonan

mempunyai masalah dan pengguna perlu menghantar permohonan sekali

lagi.

Melalui senarai status permohonan ini, pengguna boleh membuat carian dan

menyemak maklumat penghantaran melalui ikon serta melihat maklumat

status melalui ikon .

Carian Permohonan

Senarai Permohonan

Page 13: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI - ekls.hasil.gov.my · PDF file5 3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama ada borang

13

Skrin status permohonan SPC

Pengguna boleh mencetak Penyata Penyelesaian Cukai melalui bahagian

dan Penyata Penyelesaian Cukai di

dalam bentuk pdf seperti di bawah akan dipaparkan.

Contoh Penyata Penyelesaian Cukai