jimat 50 peratus sibs 2019 sasar subsidi petrol dilaksana ... · di mana ada borang permohonan?...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 10 - 16 Oktober 2019, 11 - 17 Safar 1441 Termasuk institusi Islam persendirian Waspada ancaman jualan ubat dalam talian SIBS 2019 sasar 30,000 pengunjung MUKA 17 MUKA 5 Subsidi petrol dilaksana 1 Januari 2020 Jimat 50 peratus perbelanjaan negeri MUKA 9 MUKA 3 RM7.7 juta bantu sekolah agama Amirudin Shari bersama penerima dalam Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan Sekolah Agama Rakyat Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2019 di Masjid Negeri Shah Alam pada 5 Oktober 2019. Foto Asri Sapfie OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengagihkan sejumlah RM7.7 juta bantuan persekolahan Fasa 1 2019 kepada 435 buah sekolah agama rakyat di Selangor. Penerima bantuan itu terdiri da- ripada sekolah pondok, madrasah, maahad tahfiz, kelas agama fardu ain (KAFA) dan sekolah rendah serta menengah Islam persendirian. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada RM24 juta yang diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Program Agihan Bantuan Sekolah tahun ini. “Secara keseluruhan, agihan bantuan sekolah Fasa 1 2019 ada- lah sebanyak RM19.21 juta yang dibahagikan kepada 665 sekolah di seluruh Selangor. “Sebelum ini, kita sudah agihkan kepada sekolah Cina dan sekolah mubaligh. Insya-Allah menjelang akhir tahun ini kita dapat salurkan baki peruntukan kepada semua se- kolah,” katanya. SKIM AIR DARUL EHSAN Warganegara menetap di Selangor Pendapatan bulanan suami dan isteri RM4,000 dan ke bawah Kediaman bermeter air individu Pangsapuri kos rendah bermeter pukal perlu pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) Layak memohon untuk satu akaun atau kediaman sahaja Siapa layak dapat air percuma? Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my dapatkan borang di www.airselangor.com borang juga disediakan di pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Di mana hantar borang? Hantar melalui emel [email protected] Serahkan borang di kaunter pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Belum jelas? Layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300 BERSAMBUNG DI MUKA 3

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 10 - 16 Oktober 2019, 11 - 17 Safar 1441

Termasuk institusi Islam persendirian

Waspada ancaman jualan ubat dalam talian

SIBS 2019 sasar 30,000 pengunjung

MUKA 17MUKA 5

Subsidi petrol dilaksana 1 Januari 2020

Jimat 50 peratus perbelanjaan negeri

MUKA 9MUKA 3

RM7.7 juta bantu sekolah agama

Amirudin Shari bersama penerima dalam Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan Sekolah Agama Rakyat Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2019 di Masjid Negeri Shah Alam pada 5 Oktober 2019. Foto Asri Sapfie

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengagihkan sejumlah RM7.7 juta bantuan persekolahan Fasa 1 2019 kepada 435 buah sekolah agama rakyat di Selangor.

Penerima bantuan itu terdiri da- ripada sekolah pondok, madrasah, maahad tahfiz, kelas agama fardu ain (KAFA) dan sekolah rendah serta menengah Islam persendirian.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada RM24 juta yang diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Program Agihan Bantuan Sekolah tahun ini.

“Secara keseluruhan, agihan bantuan sekolah Fasa 1 2019 ada-lah sebanyak RM19.21 juta yang dibahagikan kepada 665 sekolah di seluruh Selangor.

“Sebelum ini, kita sudah agihkan kepada sekolah Cina dan sekolah mubaligh. Insya-Allah menjelang akhir tahun ini kita dapat salurkan baki peruntukan kepada semua se-kolah,” katanya.

SKIM AIR DARUL EHSAN Warganegara menetap di Selangor Pendapatan bulanan suami dan isteri RM4,000 dan ke bawah Kediaman bermeter air individu Pangsapuri kos rendah bermeter pukal perlu pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) Layak memohon untuk satu akaun atau kediaman sahaja

Siapa layak dapat air percuma?

Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my dapatkan borang di www.airselangor.com borang juga disediakan di pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Di mana hantar borang?Hantar melalui emel [email protected]

Serahkan borang di kaunter pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Belum jelas? Layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

BERSAMBUNG DI MUKA 3

Page 2: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

2Utama

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR - Kerajaan Ne-geri sedang meneliti beberapa program untuk ditambah baik ta-hun depan bagi membantu pelajar cemerlang di Selangor melanjut-kan pengajian ke universiti terke-muka dunia.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, inisiatif itu ber-tujuan membantu pelajar yang berkelayakan, namun tidak mam-pu melanjutkan pengajian ke pe-ringkat tertinggi.

Beliau berkata, universiti itu termasuklah Harvard, Oxford dan Cambridge.

“Mereka memerlukan soko-ngan daripada Kerajaan Negeri termasuk dana dan pembiayaan ketika di sana.

“Bagaimanapun, program itu seharusnya mula diterap daripa-da peringkat menengah bahawa mereka diberi pendidikan untuk

memasuki universiti terkemuka dunia dengan bantuan dan so-kongan daripada Kerajaan Ne-geri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Sambutan Jubli Perak Ulang Tahun ke-25 SMK Sungai Kertas di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak di sini, pada 5 Oktober lalu.

Pada masa sama, Amirudin berkata, bidang pendidikan be-gitu mencabar apabila wujudnya ‘akal-akal bijak’ pergi ke luar neg-ara tetapi tidak mahu pulang kera-na mendapat tawaran lebih tinggi di sana.

“Oleh itu, kita sebagai Kerajaan Negeri perlu bantu golongan ini mendapat pendidikan tinggi, sekali gus beri mereka terbabit dalam kerajaan, anak syarikat atau agensi swasta yang akhirnya turut membantu negara ke arah pem-bangunan,” katanya.

Tawaran belajar di universiti terkemuka

Teliti program biaya pelajar cemerlang lanjut pengajian

GOMBAK - Kerajaan Negeri akan mengumumkan inisiatif baharu dalam Belanjawan Negeri 2020 bagi memastikan semua golo-ngan mendapat peluang pendi-dikan terbaik.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, inisiatif baharu itu turut menggalakkan graduan ce-merlang mengisi pasaran kerja di Selangor sama ada sebagai pen-jawat awam mahupun swasta.

“Ini yang kita berikan penum-puan dan diharap akan dapat ha-sil kerana merugikan apabila kita banyak laburkan dalam pendidi-kan tetapi kadang kala pelajar ini belajar di negeri lain, tak apa lagi tetapi ada yang bekerja di luar negara. Ini yang perlu kita elakkan.

“Belajar luar negara dan mereka tidak balik, ini satu kerugian kepa-da negara,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Untuk Pe-lajar Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves di sini, pada 3 Oktober lalu.

Amirudin berkata, inisiatif ba-haru itu membabitkan golongan pelajar sekolah menengah dan in-stitusi pengajian tinggi.

Terdahulu, dalam ucapan di majlis sama, Amirudin mengin-gatkan supaya calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM ber-sedia menghadapi cabaran untuk

Inisiatif pendidikan baharu dalam Belanjawan 2020 KUALA LUMPUR - Dato’ Menteri

Besar, Amirudin Shari bersetuju menyumbangkan RM50,000 ke-pada Sekolah Menengah Kebang-saan (SMK) Sungai Kertas bagi membina struktur berbumbung di dataran tapak perhimpunan sekolah terbabit.

Katanya, sumbangan itu di-yakini dapat memantapkan lagi bidang pendidikan dan kokuriku-lum sekolah berkenaan, sekali gus mengharumkan nama mereka ke persada dunia.

“Walaupun di DUN Sungai Tua tiada sekolah hebat seperti sekolah berasrama penuh, seko-lah kluster dan berprestasi tinggi, namun sekolah biasa inilah yang

banyak berjasa memandaikan anak bangsa.

“Malah, saya difahamkan seko-lah ini juga pernah mengharum-kan nama Selangor dan Malaysia amnya apabila mereka berjaya membawa nama sehingga ke persada antarabangsa seperti Ko-rea Selatan, Poland dan Eropah.

“Syabas diucapkan dan semo-ga pencapaian ini dikekalkan ser-ta usaha berterusan dari semasa ke semasa,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri di kawasan itu.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Sambutan Jubli Per-ak Ulang Tahun ke-25 SMK Sungai

Kertas di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak di sini, pada 5 Oktober lalu.

Amirudin turut berbangga ke-rana selepas 25 tahun, sekolah itu dapat menghimpunkan bekas pelajar, guru dan ibu bapa untuk meraikan ulang tahun.

Katanya, insiatif itu seka-li gus dapat mengeratkan dan mengekalkan hubungan baik antara guru, pelajar dan bekas pelajar.

Turut hadir memeriahkan maj- lis ialah angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shu-kor yang turut berkongsi penga-laman berada di angkasa lepas melalui beberapa tayangan video.

RM50,000 bantu SMK Sungai Kertas naik taraf

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menyifatkan Wa-wasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moha- mad, 5 Oktober lalu, sebagai sebuah visi pembangunan yang jelas dan mampan untuk masa depan negara.

Katanya, gagasan itu bakal men-jadi nadi penting ekonomi negara khususnya untuk mengubah eko-nomi masyarakat termasuk golon-gan Bumiputera.

“Ia adalah satu misi yang jelas berkenaan hala tuju negara dan membuktikan pentadbiran Putra-jaya sekarang sememangnya mem-punyai rangka serta perancangan

tersusun buat masa depan negara.“Ia bukan hanya aspek pem-

bangunan ekonomi semata-mata tetapi juga menekankan aspek in-tegriti, pengurusan dan pentadbi-ran yang cekap.

“Rupanya kegagalan Bumi-putera bukan disebabkan pen-guasaan bangsa asing tetapi kerana gagalnya mereka yang di-pertanggungjawabkan untuk men-guruskan dengan cara tertib dan berdasarkan urus tadbir yang baik.

“Selain itu, keadaan diburukkan lagi apabila amalan rasuah berlaku dengan banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ramah

Mesra Bersama Penerima Bantuan Sekolah Agama Rakyat Negeri Se-langor Fasa 1 Tahun 2019, di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini, pada 5 Oktober lalu.

WKB2030 yang dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) adalah penyusunan semu-la keutamaan pembangunan Ma-laysia yang akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2021 tan-pa perlu melakukan banyak pen-jajaran.

Matlamat utama WKB2030 adalah untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia serta menumpukan keberhasilan Bumiputera.

WKB 2030 pembangunan mampan negara

mendaki ke menara gading.Katanya, golongan lepasan

SPM juga perlu membuat pilihan tepat untuk menentukan bidang akan diceburi di institusi penga-jian tinggi nanti.

“Selepas 11 tahun dalam sistem pendidikan persekolahan, inilah detik penting untuk adik-adik meneroka bidang lebih luas yang akan dipilih.

“Gunakan peluang ini sebaik mungkin tetapi jika ada peluang namun tidak berusaha tiada gu-nanya,” katanya di hadapan lebih 500 hadirin pada majlis itu.

Ini yang kita berikan penumpuan dan diharap akan dapat hasil kerana merugikan apabila kita banyak laburkan dalam pendidikan tetapi kadang kala pelajar ini belajar di negeri lain, tak apa lagi tetapi ada yang bekerja di luar negaraAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Page 3: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

GOMBAK - Kejadian pencemaran air di Sungai Selangor di Bestari Jaya dan Sungai Semenyih perlu dijadikan iktibar supaya sumber air utama sentiasa selamat untuk kegunaan seharian.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pencemaran yang berlaku mengakibatkan ramai pengguna terjejas selain kerugian dalam pelbagai sektor susulan ke-bergantungan ter-hadap peng-gunaan air.

Katanya, semua pihak perlu bertanggungjawab untuk me-melihara dan memulihara sungai yang satu ketika dahulu pernah menjadi sumber pengangkutan utama serta dijadikan tempat tinggal.

“Walaupun semakin moden dan maju tetapi air sungai masih

menjadi keperluan utama kita.“Saya beri contoh kejadian

(pencemaran) yang melanda se-hingga jutaan akaun (pengguna) terganggu dengan kes terbaru di Semenyih.

“Kalau kita kira satu rumah ada tiga orang ia sekurang-kurangnya mengakibatkan satu juta orang terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian sele-pas menyempurnakan perasmian Program Cintai Sungai Kita Sem-pena Hari Sungai Sedunia Pering-kat Majlis Perbandaran Selayang di GIBS Ecotourism Resort, Ulu Yam di sini, pada 6 Oktober lalu.

Amirudin berkata, jika pence-maran sumber air utama berla-ku di Sungai Selangor dan Sungai Kuala Langat, ia mungkin dapat diselesaikan tetapi turut meng-

hakis kepercayaan pengguna ekoran pencemaran bau yang mengundang rasa tidak selesa.

Katanya, Kerajaan Negeri su-dah mengarahkan semua agensi utama di peringkat negeri seperti Pengurusan Air Selangor Berhad, Indah Water Konsortium, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pen-gairan dan Saliran untuk duduk bersama bagi mencari langkah terbaik supaya bergerak seiring pemantauan.

Selain itu, Kerajaan Negeri se-dia mengumumkan pemberian insentif dalam pembentangan belanjawan akan datang kepa-da pihak yang membantu men-yalurkan maklumat berhubung pencemaran air sungai serta me- ngenakan hukuman denda mak-simum kepada pesalah.

Pencemaran air jadi iktibar

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Skim baru air per-cuma yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2020 bakal menjimatkan leb-ih 50 peratus perbelanjaan Kera-jaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Skim Air Darul Eh-san kepada golongan bersasar itu juga akan membantu mereka yang benar-benar layak.

“Sekarang ini kos pelaksanaan program air percuma itu menelan belanja hampir RM200 juta, na-

mun dengan pelaksanaan penuh pada 1 Mac tahun depan, ia mam-pu mengurangkan (perbelanjaan) sehingga RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Rantaian E-Bekalan Digital Selangor di Bangunan Sul-tan Salahuddin Abd Aziz Shah di sini, pada 3 Oktober lalu.

Penduduk Selangor ber-pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah bakal menikmati skim baharu itu yang menyas-arkan pengguna domestik yang

mempunyai meter individu dan meter pukal bagi pangsapuri kos rendah.

Untuk meter pukal, pengguna perlu mendapat pengesahan dar-ipada Badan Pengurusan Bersa-ma atau Perbadanan Pengurusan.

Pendaftaran bagi skim itu ber-mula 30 September sehingga 31 Disember ini.

Sejak 2008 sehingga 31 Disem-ber tahun lalu, Selangor membe-lanjakan lebih RM1.8 bilion bagi melaksanakan program Pemberi-an Air Percuma.

Jimat 50 peratus perbelanjaan negeri

Kesan subsidi bersasar

Beliau berkata demiki-an ketika ditemui selepas Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantu-an Sekolah Agama Rakyat Negeri Selangor Fasa 1 Ta-hun 2019, di Dewan Syara-han dan Muzakarah Islam di sini, pada 5 Oktober lalu.

Katanya, kelewatan pen-gagihan peruntukan yang kebiasaannya dilakukan pada Jun dan Julai ber-punca daripada perubahan portfolio EXCO serta proses

mengemaskini data permo-honan.

Sebelum ini, portfolio Hal Ehwal Agama Islam Selangor dipegang Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia pada 2 Ogos tahun lalu.

Dalam ucapan sama, Amirudin memaklumkan permohonan bantuan se-kolah untuk Fasa 2 telah dibuka sejak 10 Septem-ber lalu dan akan berakhir pada 11 Oktober ini.

RM7.7 juta bantu sekolah agama

DARI MUKA DEPAN

SHAH ALAM - Sejumlah 35,460 kes kemalangan di tempat kerja berlaku setahun di Malaysia de-ngan purata 98 kes sehari pada tahun lalu, lapor Jabatan Kese-lamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Pengarah JKKP Selangor, Ir Ibrahim Md Dol berkata, daripa-da jumlah itu, kemalangan maut pula direkodkan 611 kes setahun dengan purata dua kes sehari.

“Jika purata kemalangan maut dua orang sehari pada tahun lalu jadi ukuran, maka kita harus segera melakukan sesuatu pada tahun ini dan akan datang supaya kes dapat dikurangkan kepada angka sifar.

“Syarikat perlu memahami konsep pengurusan risiko se- perti Pengenalpastian Bahaya, Pe-nilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) dan ia sangat berguna dipratikkan di tempat kerja.

“Inisiatif bagi mengurangkan kemalangan ini adalah selari de- ngan prinsip peraturan kendi-ri yang menjadi teras Akta Kese-lamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Pro-gram Sokongan Pematuhan OSH dan Penyelaras OSH IKS peringkat Selangor 2019 di Holiday Inn Kua-la Lumpur, Glenmarie di sini, pada 8 Oktober lalu.

Turut hadir, EXCO Pembangu-nan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman.

Ir Ibrahim turut menyeru semua pihak sama ada pekerja dan ma-jikan untuk bersama menjalan-kan program dan aktiviti yang menyumbang ke arah penguran-gan kemalangan di tempat kerja.

“Adalah menjadi tanggung-jawab majikan untuk menyedia-

98 kes kemalangan sehari di tempat kerja

kan tempat kerja yang selamat dan sihat kepada pekerja serta tidak mendedahkan orang lain selain kakitangannya terhadap risiko.

“Majikan yang mengambil tin-dakan awal dengan melakukan langkah pencegahan akan lebih mudah untuk mengurus dan me- laksanakan segala keperluan kese-lamatan juga kesihatan pekerja di tempat kerja,” katanya.

Statistik kemalangan pekerjaan di Selangor sebelum ini dilaporkan 1,284 kes direkodkan sehingga September tahun ini membabit-kan 25 (kemalangan maut), 47 (hilang upaya kekal), 1,172 (tidak hilang upaya kekal) dan 40 (kejadi-an berbahaya).

Jika purata kemalangan maut dua orang sehari pada tahun lalu jadi ukuran, maka kita harus segera melakukan sesuatu pada tahun ini dan akan datang supaya kes dapat dikurangkan kepada angka sifarIR IBRAHIM MD DOL

Page 4: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

4Utama

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

SIDANG PENGARANGKUALA LUMPUR - Selangor se-dang dalam kerangka menye-diakan Manual Model Jaringan Laman Hijau Strata 2.0 bagi membantu meningkatkan pen-dapatan penduduk di bandar melalui jualan hasil tanaman se-cara komersial.

EXCO Perumahan dan Ke-hidupan Bandar, Haniza Tal-ha berkata, inisiatif dalam fasa diperkemaskan itu akan mem-babitkan peserta yang terdiri daripada penduduk di kawasan perumahan berstrata.

Katanya, beberapa perkara per-lu diberikan perincian sebelum pelaksanaan, khususnya pem-babitan daripada pelbagai agensi kerajaan dengan kepakaran ma-

sing-masing.”Misalnya, Jabatan Pertanian

daripada aspek khidmat nasihat dan latihan pertanian, manakala Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula mem-beri cadangan jenis tanaman yang berpotensi untuk dikomersialkan dengan nilai jualan tinggi.

“Selain itu, pihak berkua-sa tempatan akan bertanggu-ngjawab dengan memberikan bantuan teknikal lain di lokali-ti masing-masing, sementara Pesuruhjaya Bangunan bertindak selaku pengurusan penduduk dan Lembaga Perumahan Har-tanah Selangor sebagai sekreta- riat utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika

berucap pada Persidangan Inovasi Makanan IN4TEC 2019, di Dewan Pameran Tingkat 4, Pusat Konven-syen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Ekseku-tif Hijrah Selangor, Dato’ Mansor Othman dan wakil IN4TEC, Loke Lee Sah.

Haniza berkata, program pen-janaan pendapatan daripada ba-rangan kitar semula yang dikenali Kitar Strata juga akan dijalankan melalui inisiatif model jaringan berkenaan.

Katanya, ia membolehkan pen-duduk menolak sebahagian caj penyelenggaraan daripada hasil jualan barangan kitar semula ke-pada Badan Pengurusan Bersama.

Pertanian lonjak ekonomi warga kota

KUALA LUMPUR - Golongan pekerja bawah 30 tahun ada-lah kumpulan paling ramai dike-san terperangkap dengan beban hutang sehingga sebahagian be-sar dalam kalangan mereka diisy-tihar muflis.

Ahli Jawatankuasa Luar Maj-lis Perancang Kewangan Malay-sia (MFPC), Rafie Omar berkata, pinjaman peribadi dan pinjaman membeli kenderaan adalah faktor utama golongan muda mudah ter-jerat hutang.

Katanya, anak muda ber-pendapatan kurang RM4,000 lebih berisiko terjerat hutang berband-ing mereka yang berpendapatan melebihi RM5,000.

“Memang pengurusan kewan-gan rakyat Malaysia agak teruk, anak muda tiada perancangan kewangan sempurna kerana ke-mahiran menguruskan kewangan tidak diajar secara formal seperti di Jepun tetapi hanya berdasarkan pengalaman sendiri.

“Kadang-kadang golongan muda berhutang disebabkan mereka mahu bersaing dan mu-dah dipengaruhi kawan.

“Lebih malang lagi apabila hutang Perbadanan Tabung Pen-didikan Tinggi Nasional belum dijelaskan, lepasan universiti su-dah menambah hutang dengan membeli kereta sedangkan mere-ka boleh naik motosikal atau pen-gangkutan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas bersama Me-dia Selangor di Pejabat MFPC, Me-nara One Mont Kiara, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Rafie berkata, sesetengah golongan masyarakat gagal men-gukur baju di badan sendiri, masih kurang budaya menyimpan selain tidak mengambil kira faktor inflasi, jaminan kerja dan beberapa fak-tor lain.

“Sebelum ini ramai yang turut

Pekerja bawah 30 tahun paling ramai berhutang

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyarankan lebih banyak indus-tri kecil dan sederhana (IKS) di Se-langor untuk mengikuti program Sokongan Pematuhan Penguru-san Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan Penyelaras OSH bagi mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangu-nan Modal Insan, Mohd Khairud-din Othman berkata, program itu adalah langkah yang diambil Ja-batan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk mening-katkan bilangan serta kualiti pen-gamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sektor IKS.

Katanya, ia juga bagi memban-tu majikan sektor IKS menambah tahap KKP di tempat kerja sela-ras dengan Sokongan Pematuhan OSH dan Penyelaras OSH IKS di-perkenalkan dalam Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Peker-jaan di sektor IKS 2016-2020 (IKS 2020).

“Sehingga kini sejumlah 120 kilang IKS terbabit mengikuti pro-gram itu sejak dimulakan pada 2017.

“Angka itu kecil dan sama sekali tidak berpadanan dengan jumlah IKS yang wujud di Selangor juste-ru, Kerajaan Negeri menyarankan pengusaha IKS untuk bekerjasa-ma dengan JKKP dalam program bimbingan ini.

“Kerajaan Negeri juga tidak akan berkompromi berkenaan as-pek ini memandangkan di Selan-gor ramai pekerja asing dan kita mahu memastikan lebih banyak

Tingkat kualiti pengamal KKP

Usahawan IKS digalak ikuti OSH

pengusaha IKS mengikutinya,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui media selepas meras-mikan Majlis Penutup Program Sokongan Pematuhan OSH dan Penyelaras OSH IKS peringkat Se-langor 2019 di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie di sini, pada 8 Oktober lalu.

Khairuddin berkata, kadar ke-malangan pekerjaan adalah 1,284 kes direkodkan membabitkan 25 (kemalangan maut), 47 (hilang upaya kekal), 1,172 (tidak hilang upaya kekal) dan 40 (kejadian ber-bahaya) sehingga 30 September, baru-baru ini.

Katanya, jumlah dilaporkan menurun berbanding kemala-ngan tahun lalu nisbah sebanyak 2.19/1,000 manakala kematian pula pada nisbah 2.96/100,000 kes.

“Walaupun kadar kemalangan

menurun namun Kerajaan Negeri menyarankan kepada semua un-tuk memastikan ia terkawal dan tidak meningkat,” katanya.

dihantui dengan masalah kad kredit, namun ia dapat diatasi apabila Bank Negara meminda beberapa perkara termasuk lang-kah memperketatkan permoho-nan kad kredit.

“Bagaimanapun, kadar upah negara masih berada di paras ren-dah dan ia seharusnya dikaji,”ka-tanya.

Bagaimanapun, Rafie berka-ta, butiran serta statistik terperin-ci berhubung perkara itu hanya akan didedahkannya dalam beng-kel ‘Saya dan Wang Saya’ yang di-jadual berlangsung di Dewan Seri Mutiara, Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Per-dagangan Petaling Jaya pada 2 November ini.

Memang pengurusan kewangan rakyat Malaysia agak teruk, anak muda tiada perancangan kewangan sempurna kerana kemahiran menguruskan kewangan tidak diajar secara formal RAFIE OMARAhli Jawatankuasa Luar Majlis Perancang Kewangan Malaysia (MFPC)

Angka itu kecil dan sama sekali tidak berpadanan dengan jumlah IKS yang wujud di Selangor justeru, Kerajaan Negeri menyeru pengusaha IKS untuk bekerjasama dengan JKKP dalam program bimbingan iniMOHD KHAIRUDDINEXCO Pembangunan Generasi Muda

Page 5: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selan-gor (SIBS 2019) yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 10 hingga 13 Oktober ini di-jangka menarik lebih 30,000 pen-gunjung.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, sidang ke-muncak anjuran Invest Selangor kali ini membabitkan lebih 800 re-ruai oleh 400 syarikat tempatan dan antarabangsa.

“SIBS 2019 anjuran Invest Sel-

angor di bawah naungan Kerajaan Negeri bersiap sedia untuk menja-di ‘pintu masuk ke Asean’.

“Sidang kemuncak yang diada-kan di atas kawasan seluas 43,000 meter persegi ini turut menganjur-kan empat persidangan membabit-kan lebih 100 penceramah dari 20 negara termasuk Malaysia diwakili Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya pada Sidang Media SIBS 2019 di Pe-jabat Invest Selangor, i-City, di sini pada 4 Oktober lalu.

Antara negara yang mengam-bil bahagian dalam SIBS 2019 kali ini, antaranya Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong, Singapura, Arab Saudi, Korea Selatan, Kuwait,

Jepun, Qatar, Thailand, China, Viet-nam dan Brunei.

Chang Khim berkata, empat persidangan yang bakal ber-langsung pada SIBS 2019 adalah edisi kelima Ekspo Antarabang-sa Selangor 2019, edisi ketiga Persidangan Perniagaan Selan-gor-Asean 2019, edisi keempat Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital serta Ekspo Ino-vasi dan R&D Selangor.

Acara lain turut diadakan pada persidangan kali ini seperti Per-sidangan Halal Antarabangsa Se-langor, Ekspo Antarabangsa Teh dan Kopi Malaysia dan Persida- ngan Usahawan China Malaysia kesembilan.

SIBS 2019 sasar 30,000 pengunjung

Tumpuan 400 syarikat tempatan, antarabangsa

Sidang media Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor bersama EXCO Pelaburan, Per-industrian dan Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim serta Ketua Pegawai Ekse-kutif Invest Selangor Berhad, Dato’ Hasan Azhar di Shah Alam, pada 4 Oktober lalu

SHAH ALAM - Pengunjung Si-dang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS 2019) boleh menggunakan aplikasi untuk mendapatkan maklumat aktiviti sepanjang persida- ngan berlangsung.

Pengunjung boleh memuat turun ap-likasi SIBS 2019 itu dari Android di Goo-gle Play Store dan iPhone di AppStore bagi mendapatkan maklumat lengkap persidangan terbesar itu di hujung jari sahaja.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil Dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, penggu-naan aplikasi itu sejajar dengan Selangor yang menuju ke arah Negeri Pintar pada 2025.

“Aplikasi ini memudahkan

pengunjung mendapatkan maklumat aktiviti yang diada-kan sepanjang persidangan ber-langsung di hujung jari sahaja,” katanya di Sidang Media SIBS

2019 di Pejabat Invest Selangor, i-City di sini, pada 4 Oktober lalu.

Chang Khim ber-kata, aplikasi ini juga boleh digunakan oleh delegasi untuk me- nguruskan temu janji perniagaan ketika per-

sidangan berlangsung.Katanya, delegasi perniagaan

juga boleh melihat aktiviti per-niagaan syarikat yang mengambil bahagian dalam SIBS 2019 kali ini.

SIBS 2019 yang dilangsungkan di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 10 hingga 13 Oktober ini dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung.

Aplikasi mudahkan pengunjung cari maklumat

Tengku Permaisuri kesal insiden tangkapan anjingSHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selan-gor, Tengku Permaisuri Norashikin men-zahirkan rasa kesal berhubung insiden anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang cuba menangkap seekor an-jing terbiar secara ganas yang tular me-nerusi sebuah klip video dalam media sosial, baru-baru ini.

Tengku Permaisuri Selangor, yang juga Penaung Diraja kempen Stray Free Sela- ngor (SFS) turut kecewa dan sedih kerana kejadian kejam seumpamanya itu masih berlaku dalam masyarakat meskipun banyak kempen kesedaran telah dilak-sanakan membabitkan haiwan terbiar.

“Saya amat kesal apabila diperlihat-kan dengan satu klip video yang menun-jukkan beberapa anggota MPSJ cuba menangkap seekor anjing terbiar se-cara ganas.

“Di sini saya ingin menggesa agar pihak berwajib lebih peka dan berpe- rikemanusiaan dalam menguruskan kes membabitkan haiwan terbiar di jalanan,” titah Baginda menerusi satu kenyataan dalam akaun Facebook Selangor Royal Office, pada 7 Oktober lalu.

Baginda turut difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam serta Pembangu-

nan Kampung Baru negeri Selangor, Ng Sze Han telah memohon maaf di atas tin-dakan kasar anggota MPSJ terbabit.

Dalam pada itu, Baginda berharap prosedur penangkapan haiwan jalanan yang ditetapkan seharusnya dipatuhi untuk memastikan kesejahteraan hai-wan dan keselamatan kakitangan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.

“Saya juga ingin menegaskan beta-pa pentingnya prosedur ini dijalankan dengan sebaik mungkin tanpa men-yakiti atau mencederakan haiwan ter- babit. Prosedur ini juga perlu diperke-mas dan dilaksanakan sesuai dengan

situasi tertentu.“Buat kesekian kalinya saya mohon

agar semua pihak, tidak kiralah kakita- ngan pihak berkuasa atau masyarakat se-cara amnya, supaya menyemai sifat be-las kasihan terhadap haiwan terbiar yang memerlukan bantuan,” titah Baginda.

Tengku Permaisuri Selangor berti-tah semua pihak perlu mematuhi Akta Kebajikan Haiwan 2015 di mana mem-peruntukkan bahawa hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau pen-jara sehingga tiga tahun boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan kekeja-man terhadap haiwan. - BERNAMA

SHAH ALAM - Pencak silat perlu dimartabatkan bagi memastikan seni mempertahankan diri war-isan Melayu itu tidak pupus ditelan arus pemodenan.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini berikutan seni silat adalah salah satu lam-bang bagi mempertahankan isti-adat Melayu, kesetiaan kepada raja dan Bahasa Melayu.

“Kerajaan Negeri harap pro-gram ini dikekalkan sebagai aca-ra tahunan di bawah 10 teras dasar belia Selangor yang antaranya adalah kebudayaan.

“Kita juga akan dibantu oleh Jabatan Mufti dan istana un-tuk menilai jenis silat sama ada bersesuaian dan tidak bersesua-ian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Himpunan Pergu-ruan Silat Selangor 2019 di Bi-lik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, Bangunan Se-tiausaha Kerajaan Negeri di sini, pada 8 Oktober lalu.

Antara acara yang diadakan dalam perhimpunan yang ber-langsung pada 12 dan 13 Okto-ber itu nanti termasuk bacaan ikrar taat setia oleh seluruh pe-serta di hadapan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat merang-kap Orang Besar Daerah Kuala Langat, Tengku Dato’ Mohamed Tengku Harun.

Program itu dijangka dihadiri 5,000 hadirin termasuk 500 pesi- lat daripada 50 perguruan seluruh Selangor.

Pencak silat warisan Melayu perlu dipertahan

Page 6: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

6Utama

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima meng-hadap Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Ma-laysia (Maritim Malaysia), Lak-samana Madya Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som.

Pejabat Istana Selangor me-lalui kenyataan berkata, per-temuan pada 1 Oktober itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini.

“Mohd Zubil dilantik se-bagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baharu berkuat

kuasa 19 Ogos 2019 lalu,” kata ke- nyataan itu.

Mohd Zubil, 56, yang mem-ulakan perkhidmatan bersama agensi itu sejak 2006 dilan-tik menggantikan Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar yang bersara wajib pada 5 Ogos lalu.

Sepanjang perkhidmatan-nya, Mohd Zubil memegang pelbagai jawatan dalam sektor operasi, logistik dan penguru-san sebelum ke jawatan terakhir selaku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang disandangnya se-jak Oktober 2018.

Beliau juga pernah menja-wat jawatan Pengarah Mari-tim Wilayah Sabah dan Labuan antara Mac 2016 hingga Okto-ber 2018 dan terbabit secara langsung dalam merancang ser-ta mengatur operasi dan pene-mpatan aset Maritim Malaysia di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bagi menja-ga keselamatan perairan Sabah Timur.

Beliau juga Komander Oper-asi bagi Ops Naga iaitu operasi khas menangani isu pencerobo-han bot nelayan Vietnam di pe-rairan negara.

Sultan Selangor berkenan terima menghadap KP Maritim Malaysia

OLEH SHEEDA FATHIL

SUBANG JAYA - Kerajaan Negeri komited membantu Badan Pen-gurusan Bersama (JMB) di kawa-san perumahan berstrata melalui Sistem Laporan Kewangan Pang-sapuri Selangor.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Talha berka-ta, sistem itu akan memudahkan hal berkaitan penyediaan akaun kewangan masing-masing me-lalui perisian yang akan dibeka-lkan kepada mereka nanti.

Katanya, inisiatif itu masih dalam fasa diperkemaskan dan beberapa perkara yang per-lu diberikan perincian sebelum pelaksanaannya akan dimulakan sepenuhnya hujung tahun ini.

“Melalui sistem itu, JMB hanya perlu mengisi maklumat perbe-lanjaan dan pendapatan kewa- ngan mereka di dalam perisian yang ditetapkan bagi setiap uru-san dijalankan.

“Pada masa sama, sistem lapo-ran berpusat ini turut dapat dise-

mak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi memantau keadaan pen-gurusan kewangan JMB ma- sing-masing.

“Hal ini sekali gus dapat mem-bantu kerajaan mengenal pasti jenis masalah dihadapi dan ban-tuan yang lebih sesuai kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ket-ika berucap melalui video pada Majlis Pelancaran Buku ‘Persatu-an Pembeli Rumah Kebangsaan Mengenai Undang-Undang Pen-gurusan Strata’ di Taylor’s Uni-versity Lakeside Campus di sini, pada 5 Oktober lalu.

Pada masa sama, katanya, Ke- rajaan Negeri turut membantu JMB yang tidak berupaya mem-ulakan tugas untuk mengurus-kan bangunan secara sendiri melalui program penyelengga-raan pintar.

Haniza berkata, melalui pro-gram itu Kerajaan Negeri akan melantik ejen pengurusan bagi

menguruskan pangsapuri ber- kenaan selama enam bulan.

“Dalam tempoh itu, pihak ejen pengurusan turut bertindak se-bagai mentor kepada JMB pang-sapuri berkenaan untuk melatih mereka menguruskan bangunan kediaman nanti.

“Justeru, seusai tamat kontrak enam bulan, pihak JMB yang di-latih akan mengambil alih tugas bagi menguruskan pangsapuri mereka sendiri secara sepenuh-nya,” katanya.

Kerajaan Negeri komited memberdayakan pemilik dan ko-muniti yang menetap di kawa-san perumahan berstrata melalui pelbagai inisiatif bagi memasti-kan mereka dapat hidup dengan kondusif dan harmoni.

Kawasan perumahan berstra-ta bagi kategori pangsapuri kos sederhana dan rendah mempu-nyai pelbagai masalah meliputi pengurusan bangunan, lif tidak berfungsi, isu keselamatan, ke-bersihan kawasan dan bil ter-tunggak.

Bantu JMB perkasa perumahan strata

Sistem kenal pasti segala masalah

SUBANG JAYA - Sebanyak 30 pang-sapuri kos rendah dan sederhana seluruh Selangor terpilih menyer-tai program Duplikasi Kitar Strata dalam usaha melahirkan komuniti berdaya maju dan berkualiti.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Talha berkata, program itu berperanan meng-galakkan penduduk mengumpul barangan kitar semula sekali gus menjana pendapatan.

“Hasil pendapatan daripada program ini walaupun tidak ban-yak namun ia dapat memban-tu menampung pembayaran caj penyelenggaraan bulanan di pang-sapuri masing-masing.

“Faktor utama menyumbang kepada pelbagai masalah di pang-sapuri atau perumahan berstra-ta adalah berkaitan kutipan caj penyelenggaraan bulanan yang rendah daripada penduduk.

“Justeru, melalui program ini, penduduk boleh ‘kontra’ sebaha-gian daripada caj penyelenggaraan melalui hasil jualan barangan kitar semula kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB),” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap menerusi video pada Majlis Pelancaran Buku “Persatu-an Pembeli Rumah Kebangsaan Mengenai Undang-Undang Pen-

gurusan Strata” di Taylor’s Univer-sity Lakeside Campus, di sini, pada 5 Oktober lalu.

Selain itu, katanya, program itu juga secara tidak langsung da-pat mendidik penduduk cara-cara pengasingan sampah di rumah se-lain mengatasi masalah penguru-san sampah yang kurang efektif.

“Sejak dilancarkan Julai lalu, program ini telah berjaya dilak-sanakan di Pangsapuri Kenanga dan Gombak Permai,” katanya.

Duplikasi Kitar Strata adalah sa-lah satu program yang mengiktiraf idea serta usaha kreatif dan ino-vatif sebahagian JMB dan Badan Pengurusan (MC) dalam melak-sana projek inovasi bagi tujuan menambah baik dan memudah-cara pengurusan dan komuniti pangsapuri.

Projek inovasi yang dilaksa-na seperti Pusat Kitar Strata dan pembayaran elektronik bukan sa-haja berjaya malah meningkatkan kualiti persekitaran kejiranan se-lain menjana pendapatan lebihan bagi menampung kekurangan ku-tipan caj.

Berdasarkan rekod, setiap pangsapuri yang dipilih akan me-nerima geran berjumlah RM4,500 untuk menjayakan program itu di kawasan masing-masing.

30 pangsapuri sertai inovasi kitar semula

SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNI-SEL) baru-baru ini memeterai memoran-dum persefahaman (MoU) dengan syarikat perisian akauntan pertama Asia Tengga-ra, Estream Software Sdn Bhd (Estream) bagi menjalin kerjasama latihan dan pen-didikan dalam bidang perakaunan serta percukaian di institusi pengajian tinggi (IPT) itu.

MoU berkenaan ditandatangani Presid-en dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dan Penga-rah Urusan Estream, Law Hoe Yen dengan disaksikan Penasihat Pendidikan Estream, Yee Siew Yen, di Bilik Mesyuarat Senat, UNI-

SEL Shah Alam, di sini.Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL,

Hasril Abu Hassan dalam kenyataan ber-kata, Estream akan menyediakan perisian perakaunan yang terkini untuk digunakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perakau-nan IPT berkenaan.

“Ia bagi kursus Sistem Maklumat Per-akaunan di UNISEL, manakala IPT ini pula akan membabitkan pensyarah dan pela-jar dalam aktiviti persidangan yang dian-jurkan Estream.

“Perjanjian persefahaman ini juga akan meliputi aspek penyelidikan, pembangu-nan profesional dan kurikulum,” katanya.

UNISEL-Estream meterai MoU

Page 7: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

InformasiTerkinidi jari anda

Utama7SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

SELDEC peluang usahawan IKS tingkat lagi pendapatan

Dikuasakan dengan aplikasi digital

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melancarkan Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC) bagi membantu meningkatkan pen-dapatan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pen-gusaha luar bandar di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, SELDEC bertujuan menangani isu berkaitan ekosis-tem rantaian pengurusan per-niagaan dengan memanfaatkan sumber sedia ada, mengurang-kan kos kitaran hayat pegangan produk dan mengurangkan isu orang tengah.

Katanya, sistem itu menjadi lebih mudah, sekali gus menja-na keuntungan yang lebih baik bukan sahaja kepada pengusa-ha dan usahawan luar bandar tetapi memberikan pendapatan sampingan kepada kurier yang menghantar barangan terbabit.

“SELDEC akan dikuasakan den-gaan aplikasi digital bagi mem-bantu usahawan dan pengguna menempah barangan yang diin-

gini secara terus.“Bagi fasa awal pembangunan

SELDEC, fokus kita adalah untuk meningkatkan kefahaman me-lalui beberapa sesi taklimat dan latihan yang dihadiri golongan usahawan IKS serata Selangor.

“SELDEC juga akan dibangun-kan secara berperingkat pada fasa kedua dengan penumpuan ke-pada semua jenis perniagaan IKS antaranya makanan tempatan, perkhidmatan, pakaian manaka-la fasa ketiga baru kita memberi fokus terhadap produk segar sep-erti ikan, sayur serta buah-bua-han,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap selepas merasmikan Pelancaran Rantaian E-Bekal-an Digital Selangor (SELDEC) di Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, di sini, pada 3 Okto-ber lalu.

Amirudin berkata, SELDEC mungkin tidak wujud jika tia-da kerjasama daripada Perba-danan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Kope-

rasi Warga Hijrah Selangor (KOHI-JRAH) bersama Kerajaan Negeri bagi mencungkil usahawan yang berpotensi untuk menyertai pro-gram itu.

“Untuk fasa pertama, seramai 33 usahawan terdiri daripada 17 usahawan bernaung di bawah PKNS, sembilan usahawan KOHI-JRAH dan tujuh usahawan PKPS

sudah mendaftar untuk menyer-tai SELDEC.

“Kami yakin untuk fasa seter-usnya akan lebih ramai lagi usa-hawan mendaftarkan diri untuk menyertai program ini,” katanya.

SELDEC adalah hasil usahasama dengan syarikat logistik tempatan iaitu Line Clear milik penuh MMAG Holding Bhd yang tersenarai da-

lam Bursa Saham Malaysia.Manakala, SELDEC juga bek-

erjasama dengan SSDU Innova-tions Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai Smart Selangor Deliv-ery Unit untuk membangunkan aplikasi telefon pintar dan ‘tab-let’ bagi memudahkan transaksi pembelian serta meluaskan ca-paian ke serata Selangor.

Amirudin Shari bergambar bersama usahawan ketika Majlis Pelancaran Selangor Digital E-Supply Chain (SELDEC) di Ruang Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah pada 3 Oktober lalu

KUALA LUMPUR - Kementerian Perd-agangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan peneraju industri e-dagang bagi mempromosikan produk tempatan melalui kempen Beli Malaysia, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, kempen yang sudah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998, ber-tujuan untuk mendidik pengguna ber-hubung kepelbagaian produk buatan Malaysia yang berkualiti termasuk menggalakkan mereka untuk berasa bangga dengan hasil kerja rakan sene- gara mereka.

“Malangnya, sejak beberapa lama, wawasan ini diketepi dan dilupakan oleh pemimpin terdahulu. Sudah sam-pai masa kita menyalakan semula kem-pen ini bagi meletakkan perusahaan tempatan kita kembali di landasan yang betul. Tetapi kita tidak boleh melakukan hal ini dengan sendiri, kita memerlukan sokongan sektor swasta untuk mendo- rong agenda kebangsaan ini ke hadapan.

“Oleh itu, kami telah meningkatkan usaha dan memulakan beberapa inisia-tif baharu, termasuk bekerjasama den-gan peneraju e-dagang seperti Shopee, untuk menyediakan usahawan tempatan

dengan ‘platform’ bagi tujuan menjual dan mendedahkan produk mereka, ke-utamaan, penjenamaan serta soko-ngan pemasaran daripada syarikat yang terkemuka di dunia,” katanya semasa berucap pada pelancaran Festival Jenama Shopee 10.10 di sini, pada 3 Oktober lalu.

Industri e-dagang semakin berkem-bang pesat di seluruh dunia dan ini memberikan peluang yang besar kepa-da pengguna serta usahawan.

“Pertumbuhan pesat Shopee adalah bukti kepada fakta ini. Selepas memasuki pasaran pada 2015, Shopee mempunyai lebih 200 juta pengguna di rantau ASE-AN dan Taiwan serta 20 juta pengguna di Malaysia,” katanya.

Shopee juga berhasrat untuk mem-bantu perusahaan kecil dan sederhana Malaysia (PKS) mengembangkan pasa-ran mereka bermula dengan pasaran di Singapura melalui bantuan Platform An-tarabangsa Shopee.

“Ini akan menjadi pengubah utama kepada usahawan Malaysia kerana mere-ka kini mempunyai peluang untuk me-nembusi pasaran eksport. Kementerian saya akan bekerjasama lumus dengan Shopee bagi mengenal pasti masalah dan bertemu dengan PKS Malaysia yang masih tidak menjual produk mereka se-cara dalam talian,” katanya. – BERNAMA

Peneraju e-dagang bantu promosi produk tempatan

Page 8: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

8Nasional

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

WKB 2030 letak negara lebih kompetitif

Mampu tingkat taraf hidup rakyatKUALA LUMPUR - Dalam men- yusun semula keutamaan pem-bangunan negara, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) mampu meletakkan Malaysia sebagai Harimau Asia yang baharu dan menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat menjelang 2030, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, ia memberi nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi negara dan men-jadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif, berintegriti dan bermaruah.

“ Melalui cara itu Malaysia akan mengembalikan kepercayaan ke-pada pasaran dan pelabur dan mampu meletakkan Malaysia se-bagai Harimau Asia yang baha-ru,” katanya ketika melancarkan wawasan itu di sini, pada 5 Okto-ber lalu.

Dr Mahathir, yang menyifat-kan WKB2030 adalah amanah generasi sekarang dan hadiah dan milik anak cucu pada masa hadapan, akan membawa per-tumbuhan yang lebih saksama untuk negara.

Beliau berkata, wawasan itu yang menjadi kerangka hala tuju negara bagi tempoh 2021 hingga 2030 adalah usaha melahirkan Ma-laysia sebagai sebuah negara yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagi-han ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat kumpulan pen-dapatan, etnik, wilayah.

Ia juga bagi rantaian bekalan sehingga mewujudkan rasa ke-harmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang 2030, katanya. Perdana Menteri berka-ta, penyediaan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat men-jelang 2030 itu juga selaras de- ngan matlamat yang didukung oleh United Nations Agenda 2030 untuk mencapai Agenda Pemban-gunan Mampan.

” Ia pendekatan pembangu-nan inklusif yang tidak akan mem-inggirkan sesiapa pun di bawah

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Wawa-san Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dengan matlamat ke arah penyusunan semula ke-utamaan pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, sasa-ran utama WKB2030 yang akan dilaksanakan sepenuhnya men-jelang 2021 tanpa perlu melaku-kan banyak penjajaran adalah untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia.

Katanya, objektif utama wawa-

prinsip tidak seorang pun tercicir,” katanya.

“ Terdapat tiga objektif yang in-gin dicapai melalui WKB2030 iai-tu pembangunan untuk semua; menangani jurang kekayaan dan pendapatan; dan negara yang bersatu, makmur dan bermaru-ah,” kata Dr Mahathir

Beliau berkata, Malaysia meng-inginkan kemakmuran yang berterusan iaitu mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan ser-ta mampu menyerap sebarang perubahan negatif dari segi pena-waran dan permintaan serta ket-idaktentuan ekonomi global.

Antara prinsip panduan uta-ma adalah untuk memastikan Kesaksamaan Keberhasilan iaitu strategi ekonomi yang menjamin keberhasilan sesuatu inisiatif dap-at dinikmati oleh kumpulan dan individu secara saksama, katanya.

Ini, katanya, mengambil kira kekangan terhadap pencapai kumpulan dan individu itu yang mungkin disebabkan oleh perbez-aan latar belakang ekonomi dan

persekitaran.“Kumpulan masyarakat

yang lemah dan kurang berkemampuan akan diberi-kan bantuan dan keistime-waan tertentu supaya mereka dapat bersaing secara adil den-gan kumpulan masyarakat yang lebih bernasib baik, demi menca-pai keberhasilan yang saksama,” katanya.

Dr Mahathir berkata, prin-sip-prinsip panduan wawasan itu antaranya merangkumi aspek so-sial, ekonomi, integriti dan tadbir urus bagi menjadikan Malaysia se-bagai paksi ekonomi Asia.

Dalam menjayakan inisiatif Wawasan Kemakmuran, tujuh teras strategik dibangunkan ter-masuk tumpuan struktur semula ekosistem perniagaan dan indus-tri supaya mampu beradaptasi dengan ekonomi masa hadapan dan penghasilan nilai secara leb-ih berkesan.

Ia juga menyasarkan Malaysia tidak lagi hanya menjadi negara pengguna tetapi menjadi nega-ra pencipta, pengeluar, pembekal

dan penyedia perkhidmatan kepa-da ekonomi masa hadapan yang lebih kompetitif. Teras strategik kesejahteraan sosial menekankan persoalan kesejahteraan terutama kepada golongan B40, miskin te-gar, rentan ekonomi, masyarakat terpinggir dan terpencil dan mere-ka dalam transisi ekonomi.

“ Polisi kebajikan harus ber-tukar dari amalan dan penum-puan kepada pemberian tunai kepada program pembangunan dan latihan untuk mengeluar-kan kelompok ini daripada kem- iskinan,” katanya yang menambah kata bahawa WKB2030 adalah kelangsungan kepada wawasan yang terdahulu.

WKB2030 akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2021 de- ngan dimulakan seiring dengan

Belanjawan yang akan diben-tangkan minggu hadapan dan dilaksanakan sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13.

Dr Mahathir berkata, indikator sosial seperti perpaduan, integriti, keharmonian agama, kualiti alam sekitar dan kesedaran perubahan iklim, keharmonian agama, pen-gukuhan institusi kekeluargaan dan kejiranan, pencegahan ra-suah, jenayah dan dadah harus menampakkan keberhasilan.

M e n g e n a i p e nye b a ra n khabar palsu kononnya kera-jaan Pakatan Harapan mahupun WKB2030 mengenepikan hak

dan masa hadapan Bumipu- tera dengan menyamara-

takan semua peluang dan meliberalisasikan semua sektor, Perda-na Menteri berkata, kerajaan memahami masyarakat Bumipu- tera masih ketinggalan dalam banyak perkara.

”Kemakmuran Bersama bermaksud masyarakat Bu-

miputera tidak ditinggalkan dan perlu dibangunkan supaya

lebih kompetitif serta boleh ber-diri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan etnik yang lain,” katanya.

Dalam waktu yang sama, kata- nya, Bumiputera tidak harus han-ya menunggu bantuan dan sokon-gan kerajaan semata-mata.

“ Apabila kita faham kita keting-galan, kita harus sedar untuk lari dengan lebih laju untuk mengejar mereka yang di hadapan,” katanya.

Beliau mengajak seluruh rak-yat agar bersama-sama mereal-isasikan, menggembleng tenaga menghayati matlamat dan hasrat wawasan itu.

“ Wawasan Kemakmuran Bersa-ma hendaklah dinilai berdasarkan keberhasilan bagi setiap menteri, kementerian, agensi seterusnya kepada pelbagai institusi kerajaan dan swasta,” katanya. - BERNAMA

Susun semula keutamaan pembangunan negarasan ditetapkan adalah pemban-gunan untuk semua; menangani jurang pendapatan dan negara bersatu, makmur serta bermaruah.

“ WKB2030 adalah iiltizam un-tuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus mem-bangun secara mampan seiring pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah serta rantaian beka-lan.

“Iltizam ini akan diteruskan ke arah mengukuhkan kestabi-

lan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memas-tikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan ke-pelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Majlis Pelancaran Wawasan Kemakmu-ran Bersama 2030 di Dewan Ple-nary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, pada 5 Ok-tober lalu.

Antara tujuh teras strategik

WKB2030 yang digariskan ada-lah ekosistem perniagaan dan indsutri; aktiviti pertumbuhan ekonomi utama; modal insan (bi-dang tenaga kerja) serta kese-jahteraan sosial.

Turut menjadi teras adalah pasaran buruh dan pampasan pek-erja; keterangkuman wilayah dan modal insan yang menyentuh in-deks perpaduan serta keharmoni-an masyarakat.

Selain itu, WKB 2030 turut me-nekankan tiga matlamat utama su-paya seluruh rakyat Malaysia dapat

mengecapi taraf hidup wajar iai-tu rakyat mempunyai wang men-cukupi bagi memenuhi keperluan asas; kemampuan untuk menyer-tai aktiviti komuniti, kekeluargaan dan riadah sosial serta kebolehan untuk menjalani kehidupan yang bermakna.

Dr Mahathir sebelum ini per-nah menyentuh isu kemakmuran bersama dalam ucapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Ma-laysia ke-11 bagi tahun 2016 se- hingga 2020 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2018.

Page 9: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

4 x16

PUTRAJAYA - Program Subisidi Petrol (PSP) akan dilaksana bermula 1 Januari 2020 yang bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ber- kenderaan di Semenanjung Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal,” katanya pada sidang media me- ngenai Program Subsidi Petrol di sini, pada 7 Oktober lalu.

Berikutan pelaksanaan PSP pada 1 Jan-uari 2020, Saifuddin Nasution berkata, har-ga petrol RON95 akan diapungkan bermula serentak.

“Penyelarasan harga RON95 akan dia-pung secara berperingkat dan tidak akan membebankan pengguna,” katanya.

Saifuddin Nasution menjelaskan sub-sidi petrol sedia ada adalah secara pukal yang dinikmati semua orang tanpa me- ngira kerakyatan dan pendapatan, akan di-ubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia berpendapa-tan rendah yang sangat memerlukan ban-tuan tersebut.

Dengan tanggungan pelaksanaan PSP sebanyak RM65.4 juta sebulan, beliau ber-kata, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali dengan bayaran pertama akan dibuat pada April 2020.

“Kriteria penerima PSP adalah merupa-kan penerima BSH di Semenanjung Ma-laysia yang memiliki kenderaan atas nama sendiri dan cukai jalan yang sah,” katanya.

Menghuraikannya, Saifuddin Nasution berkata, penerima PSP perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1600cc dan ke bawah dan bagi kereta melebihi 1600cc, ia berumur 10 tahun dan ke atas.

Kategori motosikal yang layak pula ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan moto-sikal melebihi 150cc yang berumur tujuh

Ringankan beban penerima Bantuan Sara Hidup

Subsidi petrol bermula 1 Januari

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) bersama Timbalan Menteri Perdan-gangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen (dua, kiri) pada Program Penerangan Mengenai Subsidi Petrol pada sidang media khas di Dewan Serbaguna KPDNHEP Presint, pada 7 Oktober 2019. - Foto BERNAMA

tahun dan ke atas, katanya.“Individu yang mempunyai lebih dari-

pada satu kenderaan hanya layak meneri- ma subsidi untuk satu kenderaan saha-ja mengikut kadar yang lebih tinggi,” ka-tanya.

Bagi rakyat di Sabah, Sarawak dan La-buan pula, Saifuddin Nasution berkata, mereka akan menikmati subsidi petrol se-cara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter setelah kerajaan mengambil kira keperluan mereka yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel.

“Oleh itu, rakyat Sabah, Sarawak dan La-buan dikecualikan daripada pelaksanaan PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, penerima BSH boleh menyemak kelayakan mereka di laman web psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober ini.

“Bagi mereka yang namanya tidak ada dalam senarai penerima namun merasa-kan mereka layak berdasarkan kriteria yang diberikan boleh membuat rayuan secara atas talian di laman web yang sama bermu-la 15 Oktober,” katanya.

Ditanya adakah penerima PSP akan terus menikmati subsidi tersebut sekiranya harga minyak dunia turun, Saifuddin Nasution ber-kata : “Sekiranya harga minyak stabil pada bulan Januari dan Februari dan jatuh menju-nam pada Mac dan April, bayaran PSP akan tetap dilaksanakan pada April.”

Namun, katanya, jika harga terus menju-nam maka perkara itu akan dibincangkan secara lanjut oleh kerajaan.

Ditanya adakah golongan M40 akan turut dimasukkan sebagai penerima PSP di masa akan datang, beliau berkata : “Jika ditanya apa dalam pemikiran, saya ingin memperlu-askan PSP kepada M40. Saya akan menguta- rakan perkara ini dalam mesyuarat kabinet akan datang.”

Mengenai kegusaran orang ramai ber-lakunya kenaikan harga barang dengan pelaksanaan PSP itu, Saifuddin Nasution

berkata, 2,300 pegawai pemantau harga akan meningkatkan aspek pemantauan bagi mengekang perkara itu.

“Orang ramai juga boleh melaporkan aduan kepada KPDNHEP melalui talian

1800-886-800, aplikasi telefon pintar EzA-DU, portal e-aduan dan whatsapp KPDN-HEP 019-2794 317 atau hadir ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang terdekat,” katanya. - BERNAMA

SHAH ALAM - Dalam mengatasi isu maru-ah Melayu yang sering dipandang hina di negara sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hanya Melayu yang boleh memu-lihkan maruah mereka sendiri tanpa meng-harapkan orang lain untuk melakukannya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan den-gan sendirinya walaupun dipimpin oleh Melayu, tidak boleh memulihkan maru-ah Melayu sekiranya kaum itu tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib mereka.

“Jangan minta orang lain lakukan sesua-tu untuk memulihkan maruah kita. Melayu sendiri kena pulihkan maruah Melayu,” ka-tanya ketika berucap pada Kongres Maru-ah Melayu di sini, pada 6 Oktober lalu.

Dr Mahathir menjelaskan, kerajaan ha-nya mampu menyediakan peluang untuk Melayu ambil bahagian dalam pelbagai bidang di negara ini.

Bagaimanapun, usaha untuk memu-

Hanya Melayu boleh pulih maruah sendiri - PM

lihkan maruah Melayu sukar sekiranya bangsa itu sendiri tidak mahu berusaha mengambil dan menggunakan peluang yang disediakan oleh kerajaan dengan se-baiknya.

“Maruah Melayu bergantung kepada pencapaian kita sendiri. Kalau kita mam-pu tadbir negara dengan baik, gunakan peluang yang ada dengan baik, bekerja dengan baik, mampu keluarkan barang pengguna, tiada siapa boleh jatuhkan maruah kita,” katanya.

Dr Mahathir berucap di hadapan ribuan hadirin termasuk pemimpin parti politik Melayu, ahli akademik, badan bukan kera-jaan dan apa yang disifatkannya kehadiran Melayu yang “sedar” di majlis itu.

Pada majlis itu, beliau turut melahirkan rasa sedih kerana maruah Melayu dipan-dang hina atas kesalahan mereka sendiri. - BERNAMA

Page 10: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

10Global

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

SRINAGAR (Jammu dan Kashmir) - Sekurang-kurangnya 11 persatu-an media di Jammu dan Kashmir – termasuk Kelab Akhbar Kashmir (KPC) – mengadakan bantahan di Srinagar akibat sekatan perkhid-matan komunikasi di wilayah itu sejak 60 hari lalu, lapor agensi ber-ita Anadolu.

“Kami bersama-sama menya-takan bahawa kami sudah cukup terseksa – 60 hari larangan media, 60 hari tanpa sebarang komunika-si dan 60 hari sekatan maklumat dari kerajaan,” menurut kenyataan bersama persatuan media, pada 4 Oktober lalu.

Semua wartawan media cetak dan elektronik membantah bagi menuntut akses percuma internet dan komunikasi.

“Kerosakan terbesar dilaku-kan kerajaan adalah menekan kebebasan akhbar dengan me- ngurangkan komunikasi dan se-katan internet. Inilah yang berlaku di Kashmir genap dua bulan,” kata wartawan Safwat Zargar.

“Jika seorang wartawan dapat bekerja dengan bebas, kerajaan tidak sepatutnya gusar. Sekatan itu sudah terlalu lama,” tambah Zargar.

Jammu dan Kashmir dikata-kan terputus hubungan den-gan dunia luar sejak 5 Ogos lalu. Bagaimanapun, pihak berkuasa In-dia mendakwa 93 peratus rantau Jammu dan Kashmir yang diper-tikaikan bebas daripada sebarang larangan pada waktu siang.

India menyekat sebarang ko-munikasi untuk menghalang sebarang pemberontakan, semen-tara pemimpin politik di rantau ini turut ditahan. Pada masa ini, hanya sebuah pusat media kerajaan ber-operasi di Kashmir.

India dan Pakistan masing-ma- sing menguasai wilayah tertentu, China turut menguasai sebaha-gian wilayah yang menjadi per-ebutan. India dan Pakistan telah melalui beberapa peperangan un-tuk memiliki Kashmir secara mut-lak. - BERNAMA

Wartawan Jammu Kashmir bantah sekatan komunikasi

Wartawan memegang plakad tanda protes terhadap sekatan internet dan komunikasi yang turut membabitkan Kelab Akhbar Kashmir di Srinagar pada 3 Oktober 2019. - Foto AFP

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memuji usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dan kehar-monian antara agama, khususn-ya cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Keharmonian dan Perdamaian Nasional.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bache-let berkata, terdapat aspirasi kuat untuk perubahan positif di Malay-sia yang terdiri daripada masya- rakat pelbagai etnik dan berbilang agama tetapi yang menimbulkan keprihatinan ialah bagaimana pe-rubahan itu akan memberi kesan terhadap kepentingan pelbagai sektor masyarakat.

“Cabaran utama adalah bagaimana untuk menangani ucapan berbaur kebencian, de- ngan membezakan antara uca-pan yang dibenarkan dan ucapan yang mungkin mengandungi ele-men-elemen berbaur hasutan.

PBB ulas usul tubuhkan suruhanjaya tangani pergeseran

Puji usaha harmonikan Malaysia

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet. - Foto AFP

“Pelan Tindakan Rabat yang di- terima pakai pada 2012 dan men-dasari undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, memberi-kan panduan berguna dalam hal ini, dan saya telah menawarkan bantuan pejabat saya dan me-kanisme hak asasi manusia PBB yang lain untuk mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam,” kata- nya dalam sidang media pada akh-ir lawatan empat hari ke Malaysia di sini, pada 5 Oktober lalu.

Malaysia adalah destinasi perta-ma lawatan Bachelet ke Asia Teng-gara sejak memegang jawatan itu pada September 2018 dan lawatan ke Malaysia adalah atas jemputan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Ab-dullah semasa bertemu di luar aca-ra Majlis Hak Asasi Manusia pada 26 Februari di Geneva, Switzer-land.

Dalam lawatan itu, Michelle juga bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, men-

teri Kabinet serta institusi hak asasi manusia kebangsaan, dan pelbagai organisasi masyarakat sivil.

Bachelet juga mengalu-alukan langkah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang merupakan langkah penting dalam menangani isu penderaan, layanan buruk dan mati dalam ta-hanan, serta langkah-langkah un-tuk menaik taraf beberapa penjara yang telah lama.

Beliau juga menghargai dasar dan strategi yang bertujuan un-tuk memperkasakan wanita dan difahamkan beberapa un-dang-undang menunggu kelulu-san termasuk mengenai gangguan seksual di tempat kerja.

“Mengenai isu perkahwinan bawah umur, kami membincang-kan cara untuk mencapai standard harmoni di seluruh negara, menai-kkan umur minimum untuk pen-didikan wajib, dan menangani

pusat pembelajaran alternatif untuk pelarian Rohingya semasa lawatannya berharap memberi pengiktirafan kepada pelarian dari segi undang-undang dapat diperkuatkan dan hak bagi pen-didikan dan akses ke pasaran pekerjaan dapat dijamin kepada semua pelarian.

Bachelet berharap kerajaan akan menarik balik beberapa un-dang-undang yang menghalang kebebasan bersuara dan perbaha-san umum termasuk Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perhimpunan Aman dan Akta Rahsia Rasmi.

Beliau juga mahu kerajaan mengekalkan moratorium sema-sa mengenai hukuman mati dan mengalu-alukan pengumuman bulan lepas bahawa pasukan petu-gas khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bentuk hukuman al-ternatif terhadap hukuman mati mandatori. - BERNAMA

faktor-faktor penyumbang seper-ti kehamilan remaja,” katanya.

Mengenai isu Rohingya, Bache-let yang berpeluang melawat ke

KUALA LUMPUR - Isu orang tidak berne-gara adalah masalah kritikal yang memer-lukan perhatian masyarakat antarabangsa kerana ia boleh memberi impak negatif bu-kan sahaja kepada negara terbabit bahkan seluruh rantau.

Bercakap di Geneva, Switzerland, Men- teri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sendiri berhadapan den-gan masalah lambakan orang tidak berne-gara dari rantau Asia sejak sekian lama.

“Walaupun kita tidak menandatangani

Isu orang tanpa negara perlu perhatian antarabangsaKonvensyen Pelarian 1951, kita sebalik- nya telah menerima sejumlah besar orang tidak bernegara dari rantau Asia teruta-ma dari Myanmar, dan jumlahnya sem-a kin bertambah.

“Kesannya, kita bukan sahaja terpaksa menanggung beban kewangan sebagai tuan rumah malah perlu menangani pel-bagai risiko keselamatan dan masalah so-sial,” kata Muhyiddin pada 7 Oktober lalu dalam ucapan wakil negara tentang orang tidak bernegara di Pertubuhan Bang-

sa-bangsa Bersatu (PBB) di bandar raya Eropah itu.

Sungguhpun begitu, beliau menegas-kan kerajaan Malaysia tetap komited untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Suru-hanjaya Tinggi PBB Mengenai Pelarian (UN-HCR) (United Nations High Commissioner for Refugees) dalam usaha menangani masalah itu.

Muhyiddin tiba pada Ahad untuk la-watan kerja empat hari ke Geneva untuk menghadiri Persidangan Peringkat Ting-

gi Berhubung Orang Tanpa Negara yang merupakan antara program sempena ses-si ke- 70 jawatankuasa eksekutif (ExCom) UNHCR.

Beliau dijangka mengadakan per-temuan dengan Filippo Grandi, Pesuruh-jaya Tinggi UNHCR bagi membincangkan peranan Malaysia dalam menyokong pelak-sanaan Agenda Pembangunan Mampan serta membincangkan tentang penguru-san pelarian dan pencari suaka di Malay-sia. - BERNAMA

Page 11: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

InformasiTerkinidi jari anda

PBB ulas usul tubuhkan suruhanjaya tangani pergeseran

Puji usaha harmonikan Malaysia

BERMULA pada 2017, Kera-jaan Negeri telah melaksana-kan dasar baru Program Agihan Bantuan Sekolah di mana jum-lah keseluruhan bantuan diting-

katkan daripada RM16 juta kepada RM22 juta.

Bantuan ini juga telah diperluaskan kepa-da Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) serta peruntukan ditambah sebanyak RM2 juta pada 2018 juga menjadikannya sebanyak RM24 juta seta-hun. Agihan peruntukan diteruskan untuk ta-hun ini.

Bagi Fasa 1 2019 sebanyak RM19.214 juta yang telah diagihkan kepada 665 sekolah di seluruh Selangor. Konsep agihan sebegini dilakukan adalah bagi mempastikannya sam-pai kepada sasaran dan memudahkan rakyat untuk menikmati sumbangan dari Kerajaan Negeri.

Sektor pendidikan dan isu yang berkaitan dengannya sangat banyak diperkatakan di me-dia arus perdana, media sosial dan sebagai- nya. Sama ada isu yang melibatkan guru, in-frastruktur sekolah, kandungan pengajaran dan pembelajaran juga sebagainya. Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membantu menyelesaikan infrstruktur sekolah di Sela- ngor dengan hasrat agar pelajar dapat belajar di dalam persekitaran selesa dan kondusif.

Kerajaan Negeri memainkan peranan di dalam menyediakan medium dan pelbagai kemudahan bagi menjayakan proses pendidi-kan generasi akan datang bermula dari anak itu lahir sehingga beliau meninggal dunia. Melalui Insentif Peduli Rakyat (IPR), Ke- rajaan Negeri menyediakan Program Skim Tunas iaitu program subsidi yuran sebanyak RM50 sebulan kepada keluarga berpenda- patan isi rumah RM2,500 akan diberikan apa-bila anak-anak ini masuk ke tadika.

Pelbagai Insentif Peduli Rakyat disediakan Kerajaan Negeri kepada rakyat dan jumlah bantuan yang terbesar telah disediakan untuk sektor pendidikan. Bermula dari bayi sehing-ga ke IPT. Untuk peringkat sekolah, program yang telah berlangsung seperti Program Tu-isyen Rakyat Selangor tetap diteruskan den-gan penambahbaikan di mana PTRS pada tahun ini melibatkan secara langsung daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pe-jabat Pendidikan Daerah serta tambahan mata pelajaran kepada lima mata pelajaran dengan tambahan mata pelajaran Sains.

Bagi pengajian peringkat tinggi program seperti Hadiah Pengajian IPT (HPIPT), Pro-

RM19.2 juta diagih kepada 665 sekolah Selangor

gram Peduli Siswa dalam dan luar negara serta inisiatif terbaru iaitu Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Se-langor (IKHTISASS) diteruskan serta telah terus melebarkan manfaatnya ke seluruh Se-langor. Ini adalah sebahagian daripada inisi-atif pendidikan disediakan Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan program yang membantu me- ningkatkan kualiti guru dan pelajar di Sela- ngor, seperti program pembangunan kemahi-ran guru melibatkan guru-guru STEM serta pembangunan kemahiran guru-guru Sekolah Agama Rakyat dan tahfiz di Selangor.

Cabaran sektor pendidikan di Selangor ia-lah untuk menyediakan modal insan yang berkemahiran tinggi selari dengan keperluan ekonomi ke arah negeri “Smart State”. Selain daripada kemahiran dan daya intelektual yang tinggi Kerajaan Negeri juga menitikberatkan pembinaan peribadi dan jati diri yang benar kepada generasi akan datang.

Suka saya ingatkan bahawa sekolah juga merupakan entiti penting untuk memupuk se-mangat perpaduan dan cintakan negara. Oleh itu meskipun jumlah pelajar daripada bangsa lain agak minimal di sekolah, elemen hormat menghormati dan penghayatan negara kita sebagai negara berbilang bangsa dan agama perlu diterapkan dengan baik kepada pelajar.

Sekolah Agama Rakyat “core business” nya adalah untuk melahirkan ramai lagi engi-neer insan. Engineer insan yang saya maksud-kan di sini ialah lubuk pembinaan tarbiyyah dan sahsiah yang murni kepada generasi akan datang. Kerajaan Negeri juga amat meng-galakkan lebih ramai lagi profesional, usaha-wan, ahli akademia, pakar bahasa, muamalat, pakar qiraat dan pelbagai lagi profesion dila-hirkan melalui sekolah agama.

Ini kerana saya percaya sekolah agama mempunyai pakej yang akan seimbangkan pelbagai kemahiran sama ada kemahiran so-sial, fizikal, intelektual dalam mendidik anak-anak kita. Dan ianya perlu diselarikan dengan kepesatan teknologi seiring dengan perkem-bangan Revolusi Industri 4.0 yang sedang melanda negara kita.

Besar harapan saya bagi pihak Kerajaan Negeri agar bantuan diberikan ini digunakan dengan sebaiknya. Ia merupakan permulaan kepada hubungan dan kerjasama lebih erat di antara pihak sekolah dan Kerajaan Negeri.

Ucapan di program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan Agama Rakyat Negeri Se-langor Fasa 1 Tahun 2019.

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

Isu orang tanpa negara perlu perhatian antarabangsa

Page 12: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

Album Klik!13SelangorKini 10 - 16 Oktober 201912 SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

KIRIPengunjung berkumpul mendapatkan belon dari badut pada Program Jelajah Kemasyarakatan Gen-S di Kampung Bukit Sungai Putih, Ampang l HAFIZ OTHMAN

KANANPelancong dari Guangzhou, China berswafoto ketika melawat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam I FIKRI YUSOF

KIRISeorang remaja menunggang motosikal elektrik yang menjadi pengangkutan utama di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang l HAFIZ OTHMAN

KANANPerlawanan Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Sukan Gen-S 2019 di Morib, Banting I FIKRI YUSOF

KIRIAksi pemain dalam Karnival Bola Sepak Piala Datuk Bandar di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam l ASRI SAPFIE

KANANOrang awam membaca akhbar SelangorKini ketika menunggu bas di stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya l REMY ARIFFIN

KIRIPeserta menunjukkan baka kucing British Shorthair ketika Ekspo Kucing 2019 di Matrade, Kuala Lumpur l ASRI SAPFIE

KANANKanak-kanak melihat gambar burung yang dipamerkan di pekan Kuala Kubu Bharu l REMY ARIFFIN

Menghadiri Jelajah Beyblade Burst Challenge di Dewan Orang Ramai Taman Sri Putra, BantingADN MORIB

Hasnul Baharuddin

Memeriahkan Program Kraf Anyaman Rotan kelolaan PWB di Surau At-Taqwa, Subang Jaya

Menyerahkan barangan dapur kepada penduduk di Taman Kajang Utama, Kajang

ADN SUBANG JAYA

ADN SUNGAI RAMAL

Michelle Ng Mei Sze

Mazwan Johar

Mengagihkan bantuan barangan keperluan asas di Surau At-Taufiqiah, Subang

ADN TAMAN MEDANSyamsul Firdaus

Meninjau pemeriksaan kesihatan anjuran MPKK di Sungai Pinang, Pelabuhan Klang

ADN PELABUHAN KLANGAzmizam Zaman Huri

Menghulurkan sumbangan kepada mangsa bencana ribut di Jalan Mutiara 2, Rawang

ADN RAWANGChua Wei Kiat

Page 13: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

14ADN

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

YB KitaAhli Dewan Negeri N02 SABAK

nNama: Ahmad Mustain Othman

nUsia: 52 tahun

nTarikh lahir: 2 Januari 1967 nNama isteri: Nor Sajaya Samuri

nMakanan kegemaran: Masakan gulai ikan dan daging

nAktiviti masa lapang: Bertani

nTempat kelahiran: Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Guru

nPerkara paling unik di Sabak Bernam: Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap

nFalsafah hidup: Berani kerana benar

nTempat kegemaran dilawati: Pulau Langkawi

N02 SABAK

Bagi mencegah barah

Jangan takut jalani mammogram

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Sempena bulan Kesedaran Kan- ser Payudara, golongan wanita disaran untuk tidak berasa takut, malu atau bimbang menjalani peme-

riksaan mammogram bagi mencegah penyakit itu.

Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata, Kerajaan Negeri turut mengam-bil inisiatif untuk wanita di Se- langor melakukan pemeriksaan berkaitan menerusi Skim Kesi-hatan Wanita: MammoSEL.

Katanya, program yang diberi secara percuma perlu direbut semua wanita berusia 40 tahun ke atas.

“Saya menyarankan wanita perlu mengambil serius berke-naan perkara ini sekali gus men-jalani saringan Mammogram kerana mencegah lebih baik da- ripada merawat.

SHAH ALAM - Seramai 24 mangsa di Kampung Baru, Jalan Kebun, ditempat-kan sementara di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, pada 2 Oktober lalu selepas kediaman masing-masing musnah dalam kebakaran.

Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, kebakaran pada kira-kira jam 7 pagi itu meranapkan lima buah kedai dan tiga rumah penduduk.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyara-kat dan Lembaga Zakat Selangor sudah membuat proses pendataan untuk tin-dakan lanjut.

“Antara kedai yang terbakar ialah

ADN bantu mangsa kebakaranbengkel motosikal serta kedai barangan kelengkapan haji dan umrah milik Pertu-buhan Darus Solihin.

“Premis perniagaan ini salah satu punca pendapatan bagi menampung keperluan seharian pelatih serta penghuni di sana.

“Kebakaran begitu pantas dan bomba tiba ke tempat kejadian beberapa minit kemudian dengan api dapat dikawal dari terus merebak,” katanya kepada Sela- ngorKini.

Mohd Zawawi berkata, Majlis Pengu-rusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Kebun dan Masjid An Naim kini menge-lolakan tabung bencana untuk memban-tu mangsa.

“Jika kita dikesan mempunyai simptom kan- ser sekurang-kurangnya kita tahu lebih awal untuk melakukan rawatan segera,” katanya ketika dihubu- ngi SelangorKini.

Sementara itu, seramai 60 wanita di Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Permatang sudah menjala-ni pemeriksaan mammogram di trak Majlis Kanser Nasional yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Per-matang, Mac lalu.

Manakala, 40 wanita DUN Permatang turut men-jalani pemeriksaan itu di KPJ Klang pada 5 Okto-ber lalu.

Program MammoSEL dilancarkan pada 6 No-vember 2010 di Hulu Langat sempena sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri bertu-juan memberi perkhidmatan pemeriksaan mam-mogram secara percuma kepada seluruh wanita di Selangor.

Ia ditambah baik bermula 2016 dengan penamba-han rawatan susulan ultrasound bagi yang memer-lukan atas nasihat doktor.

Untuk mendaftar, orang ramai boleh menda- patkan maklumat lanjut di Pusat Khidmat DUN ber-hampiran.

Page 14: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

15SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Memberanikan diri keluar dari zon sele-sa. Kejayaan adalah ketenangan fikiran,

hasil daripada rasa kepuasan diri dengan mengetahui bahawa kita berusaha bersungguh-sungguh dan semampu mungkin untuk menja-di terbaik.

Kejayaan juga berpaksi kepa-da keberanian mencapai impian. Wanita kini adalah kelompok be-rani mencuba sesuatu perkara atau perbuatan yang dianggap luar da- ripada kebiasaan, selain tidak sese-kali merasa kesal dengan keputusan yang dibuat.

“Wanita adalah tonggak keluar-ga. Setiap wanita mempunyai po-tensi diri sendiri, memiliki kekuatan luar biasa dan matlamat mereka adalah untuk memberi yang terbaik kepada keluarga.

“Wanita akan sentiasa meletak-kan keluarga mereka sebelum mem-berikan yang terbaik. Wanita tidak lagi duduk di rumah sahaja tetapi mereka juga menyumbang kepada kebajikan dan ekonomi keluarga,” kata penerima Anugerah Usahawan Wanita ASEAN (AWEN) 2019, Da-tin Dr Hasnorliza Abu Hassan.

Harum nama negara

Dalam Persidangan Wanita ASE-AN dan Majlis Anugerah AWEN 2019 di Hotel JW Marriott, Bang-kok, Thailand baru-baru ini, beliau diberi pengiktirafan apabila dipilih menerima anugerah itu bagi me-raikan pencapaian wanita luar bia-sa dalam perusahaan mikro, kecil, sederhana dan besar dari setiap ne-

gara anggota ASEAN. Anugerah anjuran AWEN itu

diberikan berdasarkan komitmen, visi dan kepimpinan mereka yang memberi impak luar biasa kepada masyarakat.

Aura usahawan Pengasas ADLA (Penasihat, Pembangunan, Pem-belajaran dan Pencapaian) itu sangat hebat, seo-rang wanita yang serba boleh.

Lebih mesra disapa sebagai Dr Leez, beliau bukan sahaja bergelar usahawan, mala-han memegang p e r a n a n s e -bagai pengarang, penceramah dan mentor dalam membimbing ra-mai usahawan un-tuk berjaya dalam bidang diceburi.

“Saya bersyukur dengan pem-berian daripada Ilahi. Usaha mem-perkasakan wanita mendapat pengiktirafan daripada pihak ASE-AN. Mereka mencari calon yang mempunyai visi dan misi dalam menaik taraf serta memberdaya-kan wanita.

“Saya menubuhkan ADLA pada 2016, ia adalah satu-satunya in-stitusi latihan di negara ini yang berkaitan dengan keseimbangan pekerjaan dan kehidupan dalam melakukan apa sahaja yang dimi-nati.

“Niat saya adalah membantu us-ahawan mendalami ilmu dan ke-mahiran untuk lebih berjaya bukan

sahaja dalam perniagaan, bahkan kehidupan secara keseluruhan,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Usaha memperkasakan wanita itu bermula selepas beliau berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan dari Warnborough College Ireland, Uni-

ted Kingdom se- la in memil i -ki Ijazah Sarja-na Pengurusan Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan dari California State University, Sac-ramento, Amerika Syarikat.

Katanya, fal-safah keseimban-gan pekerjaan dan kehidupan yang

diwujudkan oleh ADLA dikukuh-kan dengan lima prinsip utama ia- itu keimanan, keluarga, kewangan dan perniagaan serta komuniti.

Perlu miliki kerjaya

Dr Leez berkata, setiap wanita perlu mempunyai kerjaya kerana dengan cara itu mereka boleh mengatasi banyak masalah seperti rendah diri dan stres.

Namun, katanya, wanita ke- rap memilih berhenti kerja apabi-la berdepan dengan masalah tia-da orang menjaga anak sedangkan memiliki kelulusan dan kemahi-ran tinggi.

“Ini merugikan tetapi belum ter-

lambat untuk mengubah keadaan ini. Mereka boleh membuka kunci potensi diri dengan melakukan pe- kerjaan yang mereka minati dan jan-gan sekat kemampuan diri.

“Oleh itu, saya ingin membantu wanita di luar sana supaya berani tingkatkan keyakinan diri. Ilmu itu sangat penting. Setiap orang per-lu peka pada peredaran zaman dan menerima kenyataan.

“Saya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dalam memanfaatkan kemahiran mereka untuk men-jadi orang yang lebih baik dan mendidik masyarakat khususnya golongan ini tentang kepentin-gan keseimbangan kehidupan ser-ta kerjaya,” katanya.

Tidak abai keluarga

Memiliki lebih 20 tahun pengala-man dalam pembangunan keusa-hawanan, Dr Leez turut memiliki cabang perniagaan lain seperti dobi dan fesyen.

Isteri kepada Datuk AR Md.Arif-fin Mahmud itu berkata, seseorang wanita yang bekerjaya mempunyai banyak cabang kejayaan iaitu se-bagai isteri, ibu, usahawan dan in-dividu.

Walaupun beliau memilih men-jadi usahawan kerana mempunyai fleksibiliti dalam pengurusan masa, keluarga tetap diutamakan.

“Menjadi usahawan bukan mengejar duit semata-mata. Ia juga bukan bermakna mengenepi-kan suami, keluarga dan enam anak saya.

“Suami tidak pernah menghalang.

Wanita adalah

tonggak keluarga. Setiap wanita mempunyai potensi diri sendiri, memiliki kekuatan luar biasa dan matlamat mereka adalah untuk memberi yang terbaikkepada keluarga.

Oleh NORHAYATI UMOR

Bagi mencegah barah

Jangan takut jalani mammogram

harumkan nama negara

Dr Leez Abu Hassan

Anugerah lain yang pernah terima:

1 Anugerah Keusahawanan dan Pengurusan Binary Universit College 2018

2 Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2018 daripada Business Excellence & Research Group (BERG) 2018

3 Penerima Ikon Usahawan Memperkasa Wanita (Anugerah Personaliti Industri dan Keusahawan 2018)

4 Penerima Anugerah CSR Malaysia 2017-2018 - sebagai Pengasas ADLA Group Sdn Bhd melalui #KempenSpreadLove

5 Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia oleh ASEAN HR Award 2019

6 Anugerah Kepimpinan Wanita oleh CMO Asia dan Kongres Kepimpinan Wanita Sedunia 2019

Apabila berada di rumah, fokus uta-ma saya tetap tanggungjawab se-bagai isteri dan meminta kebenaran setiap kali keluar.

“Oleh itu, seseorang itu mesti tahu batasan dan utamakan apa yang perlu diutamakan. Sebagai wanita yang tahu sasaran, maka kita tidak akan tersasar,” katanya yang gemar memasak.

Page 15: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

OLEH MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF

Ranah kesusasteraan tanah air pada abad ke-21 sewa-jarnya memberikan pelu-ang dalam memetakan

karya penulis-penulis muda tanpa menafikan karya pengarang sebe-lumnya dan meraikannya dengan suasana tulus keadilan. Penulis-penulis muda yang berpotensi se-harusnya diberikan perhatian dan perjalanan penciptaan kepenga-rangan mereka sewajarnya diteliti dalam pembangunan masa hada-pan kesusasteraan tanah air.

Sehubungan itu, kosmos se-orang pengarang muda bernama Azrin Fauzi yang dilihat agak aneh di samping mengiurkan perlu dire-nung-teliti tanpa diskriminasi. Cer-pen-cerpen Azrin yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kini seper-ti “Rfingk! Rfingk! Rfingk!” “Angan-bayangan” dan “Ceritanah” yang diangkat sebagai hadiah utama kategori cerpen Hadiah Sastera Selangor 2017 menjadi pilihan un-tuk diselongkar dengan menggu-nakan penggerek realisme magis.

Franz Roh yang mula-mula memperkata tentang realisme magis pada 1925 setelah mene-mukannya dalam lukisan-lukisan miliknya. Roh menghasilkan lukisan bersumberkan realiti, lalu mengabungjalinkannya dengan perihal fantasi, sehinggakan ke- dua-duanya tampak sebagai se-buah kemenjadian yang ku-

kuh. Roh melalui seni lukisannya mencantumkan lukisan realisme dengan lukisan surelisme, lalu menghasilkan lukisan yang ber-citra realisme magis (Rahimah A. Hamid, 2017).

Selanjutnya, pendekatan ini dikembangkan oleh Alejo Carpen-tier pada 1949 yang melihat rea- lisme magis dari perspektif dunia penulisan. Pendekatan realisme magis yang dibawa oleh Roh dan Carpentier seterusnya diperke-mas sebagai sebuah teori oleh Wendy B. Faris pada 1995 melalui dua naskhahnya iaitu Magical Re-alisme: Theory, History, Community (1995) dan Ordinary Enhantments: Magical Realisme and the Remysti-fication of Narrative (2004).

Konsep pertama dalam mem-perkata realisme magis ialah the irreducible element. Konsep ini menjelaskan realisme magis merai-kan elemen yang tidak mampu diterjemahkan sama ada melalui hukum akal ataupun lumrah ke-jadian alam semesta. Menerusi cer-pen “Rfingk! Rfingk! Rfingk!” Azrin menghadirkan suasana aneh yang tidak dapat diterima akal apabila watak utama dalam cerpen itu di-

hantui bunyi yang tidak diketahui dari mana puncanya. Petikan beri-kut dicuplik daripada cerpen “Rfink! Rfingk! Rfingk!” bagi mem-perjelaskan konsep the irreducible element;

Engkau bingkas bangkit. Dengan den-gusan kecil, engkau nekad mahu buru bunyi itu. Derap langkah laju ke dapur. Habis engkau punggah segala laci, kabinet, peti sejuk dan entah apa-apa lagi. Teta-pi bunyi itu licik bersem-bunyi. Engkau langsung tidak menemui punca-nya. Dan lebih membi-ngungkan, bilah-bilah pisau engkau di dapur juga tiada. Habis hilang kesemuanya!

Watak utama dalam cerpen ini berusaha menjejak bunyi yang menghantuinya tetapi tidak ditemukan. Ane-hnya, watak utama tidak menemui puncanya se-dangkan ruang lingkup bunyi itu kedengaran di dalam rumahnya dan dikhususkan pada ru-ang dapur.

Realisme Magis tu-rut menyenaraikan kon-

sep the phenomenal world yang memperlihat dunia yang luar bi-asa, yang menghubungkan re-aliti dan fantasi tanpa sempadan, lalu menebarkan aura keanehan. Menerusi cerpen “Anganbayan-gan”, Azrin memperlihatkan ket-erpisahan antara jasad manusia dengan bayang-bayangnya. Pen-golahan cereka ini yang menyan-tuni konsep the phenomenal world seperti petikan berikut;

Dan aku ingin buat pengakuan: aku turut terpisah daripada tubuh-ku sewaktu ia lari meninggalkanku dahulu kerana terkejut – dan terlalu takut – oleh gempita dari gua yang maha dahsyat ini. (Jikalau engkau terserempak dengan sesiapa yang tidak berbayang, berjalan di sekitar kota di dada Pulau Szago itu, atau di mana-mana, ketahuilah ia tubuh-ku. Bisiklah ke telinganya: Bayang-bayangmu amat merinduimu.)

Apabila berdiri di tanah realiti, mustahil bayang-bayang boleh dip-isahkan dengan objek yang maujud termasuklah bayang-bayang manu-sia. Apabila sesuatu objek menah-an sinar cahaya, maka terbentuklah sesuatu yang gelap yang digelar bayang-bayang. Azrin mengungkap konsep the phenomenal world apa-bila menumpahkan fantasi dalam cerpennya dengan memberikan ke-hidupan kepada bayang-bayang, malah mampu berjarak jauh (ber-pisah) daripada jasadnya.

Konsep seterusnya yang dian-jurkan realisme magis ialah un-settling doubts. Unsettling Doubts membawa kepada pemahaman terhadap keraguan yang tidak terjawab. Keraguan ini sangat bergantung kepada pemahaman pembaca terhadap budayanya bagi membolehkannya meneri-ma keraguan itu tanpa sangsi. Per-hatikan petikan daripada cerpen “Ceritanah” yang boleh dihubung-kaitkan dengan budaya dalam ma-

syarakat kita;Ibu melaung-panggil kami naik-

masuk ke dalam (sebelum mara-hamun kerana kami kotor bolor dengan tanah). Dari atas katil di ru-ang tamu, tok wan ingatkan kami agar jangan main lagi senja-senja begini, nanti kena sorok.

Azrin mempertemu kita dengan larangan terhadap kanak-kanak daripada keluar bermain pada waktu senja dan implikasi yang di-masyhurkan dalam masyarakat jika melanggari larangan ini ialah di-sembunyikan hantu atau makhluk ghaib. Pastinya yang dikaitkan den-gan segala macam perkara ghaib adalah sesuatu yang sukar untuk memperoleh jawapannya dalam setiap keraguan yang tumbuh di minda. Bagaimanapun, keraguan ini menemui peleraian dalam masyara-kat apabila budaya yang terbentuk dalam masyarakat sudah terlalu lama diwarisi serta menjadi sebati dalam masyarakat. Melalui makalah berjudul “Cerita Hantu Transfrormasi Lisan ke Audio”, Wan Hasmah Wan Teh memperinci cerita hantu diung-kapkan sebagai menghormati wak-tu tertentu dalam peredaran masa seharian. Hakikatnya, perkalihan waktu daripada petang ke malam ini, seelok-eloknya digunakan un-tuk membersihkan diri dan bersiap sedia menunaikan kewajipan solat Maghrib.

Contoh petikan di atas sena-da dengan konsep yang seterus-nya apabila Wendy B. Faris juga menggariskan merging realms sebagai salah satu kriteria dalam menilai realisme magis. Konsep ini menjelaskan wujudnya percantu-man yang akrab antara alam nyata dengan alam ghaib. Secara tidak langsung, Azrin juga tidak terlepas dalam mengungkapkan alam nya-ta dan alam ghaib dalam cerpen “Ceritanah”.

Seterusnya, bagi melengkap-

kan unsur yang mendukung real-isme magis, konsep yang terakhir ialah disruptions of time, space and identity yang secara jelasnya memerihalkan berlakunya gang-guan terhadap masa, ruang dan juga identiti dalam karya fiksyen. Konsep ini boleh ditemukan dalam cerpen “Rfingk! Rfingk! Rfingk!” tu-lisan Azrin seperti petikan berikut:

Dan perlahan-lahan bunyi itu masuk terserap ke dalam hitam pandangan. Seolah berada di dalam ‘ruang tidak berpenghujung di dalam dimensi tidak diketahui’. Telinga engkau cuba bermesra den-gan bunyi yang tidak habis menger-fingk-ngerfingk itu. Dan bunyi itu bersipongang di dalam ruang gelap pandangan pula.

Sehinggalah engkau mampu mendengar bunyi bumi berputar.

Secara jelasnya, petikan di atas memperlihat tiadanya kesem-padanan dalam ruang yang dicip-takan. Bunyi yang menganggu watak utama digambarkan seo-lah-olah berada di dalam sebuah ruang yang tidak berpenghu-jung. Kecelaruan ruang seterusnya dibangkitkan dengan kenyataan terhadap ayat seterusnya apabi-la pengarang menyatakan bunyi bumi yang berputar juga mampu untuk didengari.

Tuntasnya, melalui cerpen-cerpen yang diamati, Azrin telah menghidupkan karya fiksyen-nya dengan elemen-elemen rea-lisme magis seperti yang pernah dikemukakan Wendy B. Faris. Ruang lingkup realiti diperluas-lebarkan sehingga menjangkau ke- terbatasan penaakulan logik, lalu menghadirkan keanehan dalam karya-karyanya. Secara ti-dak langsung, stail penyampaian yang diungkapkan menerusi cer-pen-cerpennya mencerminkan sisi kepengarangan seorang Az-rin Fauzi.

Realisme magis dalam pencerekaan Azrin Fauzi

Papan iklan

Iklan 1:tirai langit untuk dijualdemi menyewa sedada laut

Iklan 2:sedada laut untuk disewa

Komentar:nah, tidak tergamak mahu menjualnyacukuplah fauna menebusdengan cukai nyawasebidang samuderatanpa kumuh manusia

Iklan 3:sebongkah oksigen untuk disedekahpercuma: sekotak rumah kaca

Aduan:entah bilakesemua bongkah lesapdijual pula di pasar karatrumah kaca juga dirembattercicir menjadi kubah mendakap alamPanas! Panas!

Iklan 4:sepapan maruah untuk disewa

Harapan pengiklan:moga dapat membeli cintasesudah alam diniagakantuntas

biarlah aku mengosongkansetiap stok iklanasal dapat kupulang ke rumah senjameratib di riba isteriperihal hal-hal kecilseputar ruang yang merumahkan cinta manusia.Lokman Hakim

Page 16: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

17SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

Isu berkaitan pengguguran bayi menggunakan miso- prostol adalah antara ribuan contoh kes penyalahgunaan

ubat tanpa mendapat nasihat pa-kar perubatan dan akhirnya me- ngundang maut.

Lebih menyedihkan, sejak 2015 hingga 2017 terdapat lima kes ke-matian direkodkan susulan tinda-kan melangkaui pertimbangan akal semata-mata untuk meng-gugurkan janin.

Penggunaan misoprostol mem-berikan kesan buruk kepada wani-ta mengandung khususnya kerana ia boleh meningkatkan pengecu-tan otot rahim.

Misoprostol adalah sejenis ubat terkawal yang terdapat dalam dua bentuk iaitu tablet dan pesa-ri (ubat berbentuk pepejal) malah hanya boleh dibekalkan kepada pesakit dengan preskripsi doktor.

Pengambilan ubat yang dibeli menerusi dalam talian dari sum-ber tidak sah tanpa nasihat pakar perubatan sebenarnya boleh me- ngundang ancaman kesihatan berpanjangan.

Tawaran iklan ubat yang di-pamerkan khususnya di laman so-sial sebenarnya satu ‘perangkap’ buat pengguna sedangkan pro-ses pembuatannya belum dapat

dipastikan serta tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM memandang serius pen-jualan ubat-ubatan secara dalam talian dan pengiklanan dengan pelbagai tuntutan yang diragui kesahihannya.

Sikap tidak berhati-hati de-ngan hanya bersandarkan kepada ‘ikhtiar’ semata-mata sebenarnya meletakkan pengguna berisiko mendapat ubat tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat dicam-pur Racun Berjadual yang boleh

mengancam nyawa.Selain itu, pembelian ubat

atas talian dari sumber tidak sah menyebabkan pengguna ter- dedah kepada iklan produk de-ngan pelbagai testimoni me- ragukan, iklan tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU) dan kesan sampingan ubat.

Di samping itu, pengguna ber-potensi mendapat maklumat tidak tepat kerana konsultasi daripada individu tidak bertauliah, produk yang dirampas di pintu masuk ne-gara serta penipuan.

Atas dasar ini, KKM melalui Pro-gram Perkhidmatan Farmasi terus mempergiatkan usaha dalam mem-berikan kesedaran kepada peng-guna melalui Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian sepanjang Oktober 2019.

Kempen kesedaran dengan slo-gan #biarbetuliklanni! akan turut dijalankan sewaktu Program San-tuni Rakyat, Kenali Ubat Anda.

Kempen ini diadakan bertu-juan memberi pendidikan kepada pengguna tentang risiko pembe-lian ubat secara dalam talian dan

membolehkan mereka membuat pertimbangan wajar dengan menyemak terlebih dahulu semua maklumat yang terkandung dalam iklan ubat di internet.

Tanda pagar #biarbetuliklanni! adalah slogan yang dipilih dalam kempen berkaitan bertujuan un-tuk menerapkan kewaspadaan di kalangan pengguna supaya tidak mudah percaya iklan ubat dan pel-bagai testimoni yang meragukan di internet.

Pengguna juga digalakkan un-tuk turut sama menularkan info-grafik waspada pembelian ubat dalam talian serta tanda pagar #biarbetuliklanni! bagi tanda sokongan terhadap kempen ini.

Melalui kempen ini juga pel-bagai tip yang berguna sebelum membuat pembelian ubat dalam talian dapat diaplikasikan iaitu pengguna perlu menyemak ter-lebih dahulu status pendaftaran ubat-ubatan dengan memastikan ubat-ubatan terbabit berdaftar dengan KKM.

Seterusnya membuat semakan pengiklanan ubat-ubatan itu dan memastikan pengiklanannya telah diluluskan LIU.

Berdasarkan statistik KKM, se-jumlah 1,142 aduan penjualan ubat dalam talian diterima sepanjang ta-hun lalu manakala 925 aduan dire-kodkan sehingga September ini.

Waspada bahaya penjualan ubat dalam talian

Produk yang tidak berdaftar

Produk tiruan

Produk dicampur racun berjadual

Iklan produk dengan pelbagai testimoni meragukan

Iklan ubat tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat

Kesan sampingan ubat

Maklumat tidak tepat kerana konsultasi individu tidak bertauliah

Produk dirampas di pintu masuk negara (pembelian ubat dari luar negara)

Penipuan

Risiko beli ubat tidak sah dalam talian

Tip pembelianubat dalam talian

Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi sebelum membeli sebarang produk kesihatan

Hanya boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM dikategorikan ‘over the counter’ (OTC), tradisional dan suplemen kesihatan sahaja dengan No MAL (nombor pen-daftaran) diakhiri dengan X, T atau N sahaja). Semak pro-duk ini di www.npra.gov.my atau muat turun aplikasi NPRA Product Status dari Google Play

Ubat yang memerlukan preskripsi (arahan doktor dan cara penggunaan) serta ubat terkawal tidak boleh di-jual secara dalam talian (No MAL diakhiri dengan A).

Elakkan membeli ubat daripada laman sosial dan penjual luar negara.

Kenal pasti premis fizikal penjual yang membuat pen-jualan dalam talian dan pastikan mereka berdaftar den-gan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan (KKLIU).

Jangan terpedaya dengan janji manis iklan terutamanya melibatkan penyakit kronik dan peningkatan seksual. Se-mak iklan ubat yang diluluskan di www.pharmacy.gov.my

ADUAN PENJUALAN UBAT DALAM TALIAN 2018-2019

RAMPASAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR 2015 - 2019

TAHUN BIL ADUAN 2018 1,1422019 (HINGGA SEPTEMBER) 925

TAHUN BIL PERKARA NILAI 2015 28,431 25,747,831 2016 18,540 47,031,927 2017 17,515 68,845,749 2018 20,310 38,700,3242019 (HINGGA SEPTEMBER) 13,896 31,165,440

Boleh mengundang ancaman kesihatan

Page 17: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

18PBT

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Aplikasi mudah alih transaksi tanpa tunai terbaharu Citi-zen E-Payment Platformí atau CEPat yang dilancarkan pertengahan Ogos lalu kini boleh digunakan di tiga Pi-hak Berkuasa Tempatan (PBT), di Se-langor bermula 1 Oktober.

Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dalam kenyataan memak-lumkan, PBT berkenaan ialah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Maj-lis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

“CEPat adalah sebuah gerbang pembayaran dalam talian bagi semua perkhidmatan berbayar ke-rajaan di pelbagai peringkat, khu-susnya di pentadbiran Selangor.

“Antara perkhidmatan yang dise-diakan melalui CEPat ini termasuk permohonan lesen perniagaan (tidak berisiko), memperbaharui lesen per-niagaan, pembayaran kompaun dan juga cukai taksiran,” kata kenyataan itu.

Katanya, aplikasi CEPat yang dibi-na sejak setahun lalu boleh dimuat turun di Google Play Store bagi pengguna Android dan AppStore bagi IOS.

Aplikasi CEPat menggunakan teknologi awanan berasaskan peng-komputeran awan (cloud) bagi mem-bolehkan keberkesanan pengguna yang cepat dan selamat dengan in-tegrasi sistem ke peringkat bawa-han operasi majlis perbandaran serta daerah.

Dalam aplikasi berkenaan turut

membenarkan tiga bentuk pem-bayaran melalui JomPay, perbankan elektronik serta beberapa e-dompet.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dilaporkan berka-ta, sasaran Selangor ke arah berge-lar negeri pintar menjelang tahun 2025 berada di landasan betul me-lalui pembinaan aplikasi yang dite-rajui SSDU.

Katanya, ia juga bagi menyema-rakkan lagi ekosistem ekonomi di-gital untuk meningkatkan jumlah transaksi tanpa tunai dan memacu pertumbuhan keluaran dalam ne-gara kasar (KDNK) negeri.

“CEPat akan menyediakan satu gerbang untuk semua perkhidmatan berbayar kerajaan di pelbagai pe-ringkat dalam pentadbiran Sela-ngor,” katanya.

Muat turun di Google Play Store dan AppStore

Aplikasi CEPat kini diguna di tiga PBT

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited mahu menambah baik pusat kitar semu-la di sekitar kawasan pentadbi-rannya.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim berkata, pihaknya bercadang menginovasikan pusat kitar semula supaya ia tidak keli-hatan seolah-olah tempat pem-buangan sampah.

Katanya, tempat itu sebaliknya perlu kelihatan lebih menarik dan orang awam berminat me-letak barangan yang ingin diki-tar semula.

“Kita ingin memberi suntikan inovasi terhadap pusat berkaitan selain mewujudkan satu ruang yang selesa. Jadi, apabila peng-guna datang ia tidak kelihatan se-perti pusat pembuangan sampah.

“Selain itu, kita mahu ubah per-sepsi orang awam supaya mereka menganggap pusat kitar semula sebagai tempat mendatangkan

hasil, sekali gus boleh menjadi-kan ia sebagai satu pendapatan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmi-kan Majlis Penutup Kempen Kitar Semula peringkat Sekolah 2019 anjuran MBSA di Dewan Bankuet MBSA, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, MBSA turut me-ngadakan kempen kitar semula yang mula dilancarkan sejak 2007 membabitkan pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kempen itu turut mendapat kerjasama daripada Fraser & Neave Holdings Bhd dan Syari-kat Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd yang bertujuan memupuk kese-daran menjaga alam sekitar demi generasi akan datang.

Selain itu, ia juga untuk men-didik masyarakat terutama pela-jar dan golongan muda terhadap kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.

MBSA komited inovasi pusat kitar semula

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencadang-kan sejumlah RM409,851,880 un-tuk belanjawannya tahun hadapan bertemakan ‘Bandaraya Berdaya-tahan’.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata, MBPJ mem-fokuskan empat pengurusan ‘back to basic’ (kembali ke asas) antara-nya Pengurusan Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pengurusan Taman, Padang dan Landskap, Pe-ngurusan Sisa Pepejal, Pembersi-han dan Kesihatan Persekitaran serta Pengurusan Keselamatan Bandar, Sosial dan Kemasyarakatan.

Katanya, ia akan dibangunkan berteraskan prinsip keselamatan dan kesempurnaan, kerancakan, berdayahuni, reka bentuk sejagat, berpadanan dengan wang, kemu-dahsampaian, penyediaan per- khidmatan mampu bayar serta cekap selaras dengan wawasan PJ Sustainable 2030.

“Pada tahun hadapan, MBPJ mengambil pendekatan berbe-lanja secara berhemah dan mem-beri fokus kepada amalan budaya menyelenggara dengan menum-pukan kepada kerja ‘back to basic’ bagi perkhidmatan penyelengga-raan jalan raya, sistem saliran dan pencahayaan bandar serta menaik taraf dewan serta program peng-hijauan bandar.

“Di samping itu, MBPJ juga meneruskan lagi program pem-bangunan masyarakat dan so- sial melalui program keselamatan

Belanjawan MBPJ fokus pengurusan ‘kembali ke asas’

yang membabitkan penduduk bagi mengurangkan kadar je-nayah di Petaling Jaya.

“Langkah ini diharapkan akan dapat menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya yang selamat dan sejahtera untuk didiami,” ka-tanya pada pembentangan Belan-jawan MBPJ 2020, baru-baru ini.

Mohd Sayuthi berkata, penye-diaan Belanjawan 2020 itu meng-gunakan kaedah Zero Based Budgeting (ZBB) berbanding kae-dah ‘Modified Budgeting System’ (MBS) yang digunapakai sebelum ini.

Katanya, perubahan kaedah penyediaan itu bertujuan menye-diakan belanjawan yang benar-

benar diperlukan berdasarkan kemampuan kewangan MBPJ pada 2020.

“Cadangan belanjawan ini disediakan berdasarkan kepada ‘priority based budgeting’ iaitu keutamaan kepada perbelanjaan yang komited, perbelanjaan me-naik taraf dan projek yang belum selesai.

“Pada tahun 2020, anggaran kutipan hasil adalah berdasarkan kepada kutipan sebenar yang bo-leh dikutip dan MBPJ akan beru-saha untuk mencari ruang seluas mungkin supaya kutipan hasil bo-leh ditingkatkan melalui penyu-sunan dan pemantauan tatacara kutipan hasil,” katanya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar bersama Ahli Majlis melihat bajet 2020 bertema Bandaraya Berdayatahan. - Foto ihsan MBPJ

Page 18: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

19SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

Page 19: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

20Pendidikan

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM - Sejumlah RM19.2 juta diagihkan kepada 665 sekolah di seluruh negeri untuk menaik taraf infrastruktur dan kemuda-han diperlukan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bantuan fasa per-tama itu berdasarkan keperluan sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan ter-kini sekolah.

“Bantuan ini diharap dapat di-gunakan sebaiknya dan menja-di permulaan kepada hubungan serta erat di antara pihak sekolah serta Kerajaan Negeri,” katanya pada Program Ramah Mesra Ber-sama Penerima Bantuan Sekolah di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini pada 3 Oktober lalu.

Pada majlis itu, sebanyak 135 sekolah menerima bantuan berke-naan membabitkan 105 sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah menengah jenis kebangsaan (5), sekolah mubaligh (21) dan sekolah menengah persendirian Cina (4).

Hadir sama, EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata, Kerajaan Selangor menyedi-akan pelbagai kemudahan untuk rakyat di negeri itu melalui Insen-tif Peduli Rakyat antaranya Skim Bantuan Tadika.

“Skim itu adalah subsidi yuran RM50 sebulan kepada keluarga berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah yang akan diberikan apabila anak mereka masuk ke tadika,” katanya.

Amirudin Shari menyerahkan cek replika kepada wakil sekolah pada Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini pada 3 Oktober lalu

Ambil kira jumlah pelajar

RM19.2 juta naik taraf prasarana 665 sekolah

BESTARI JAYA - Konferensi Transformasi dan Inovasi Sekolah Menengah Pering-kat Kebangsaan (CPSTI) berupaya mem-bantu warga pendidik di Selangor untuk melonjakkan kualiti pedagogi pendidi-kan abad ke-21 ke arah pembentukan murid secara holistik.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, pro-gram julung kali anjuran Universiti Sela- ngor (UNISEL) dengan kerjasama Se-kolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway dan SMK Seksyen 19 Shah Alam itu sebagai wadah untuk pen-didik bertukar pandangan serta inovasi baharu dalam pembelajaran.

Katanya, konferensi bertemakan ‘Ek-splorasi STREAM Menjana Inovasi PdPc Pemangkin Kemajuan Murid’ itu juga menjadi pemudahcara yang selari den-gan perkembangan sains dan teknolo-gi semasa.

“Program seperti CPSTI memberi pe-luang terbaik kepada pendidik untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang holistik, kreatif dan berinovatif.

“Saya yakin segala input sepanjang program ini dapat membantu warga pendidik dan pelajar sekolah untuk te-rus berinovasi dalam usaha untuk me- lahirkan individu yang berdaya saing di pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan CPSTI, di UNISEL kampus Bestari Jaya, di sini, baru-baru ini yang turut dihadiri Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Moham-mad Redzuan Othman.

Konferensi selama dua hari berjaya

NILAI - Cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Ke-bangsaan (NUTP) supaya warden sekolah dilantik daripada kalangan bukan guru perlu diperhalusi, kata Menteri Pen-didikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau bagaimana pun berkata, pihaknya terbuka dan akan meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) melakukan perbincangan dengan kesatuan itu.

“Mungkin mereka mempunyai beberapa cadangan ke arah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meras-mikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) 2019 di Institut Aminuddin Baki, kampus En-stek, di sini baru-baru ini.

Pada 30 September lalu, Presiden NUTP, Aminuddin Awang mendakwa masih terdapat guru ‘dipaksa rela’ men-jadi warden sekolah berasrama penuh oleh pengetua.

Beliau berkata, ia menambah beba-nan tugas hakiki seorang guru dan turut menyarankan ke- rajaan agar diwujudkan warden bukan kalangan guru.

Berhubung persidangan itu, Dr Maszlee berkata, ia adalah selari dengan visi kementerian dalam memastikan sistem pendidikan dilaksanakan dengan baik selain guru gembira gembira mengajar di sekolah.

“Sehubungan itu, saya bergantung sepenuhnya kepada sokongan PPD yang jadi antara agen perubahan yang kita harapkan. Kita juga yakin melalui program yang dianjurkan ini, PPD akan mendapat input baik dan yang mereka per-lukan dalam usaha mereka melakukan perubahan dalam pendidikan kita.

“Kita harap PPD dalam memainkan peranan mereka se-bagai pembimbing juga sebagai satu keluarga kepada guru besar dan guru yang ada dalam memastikan perubahan pendidikan yang kita inginkan itu akan berjaya dicapai,” katanya.

Persidangan berkenaan berlangsung selama tiga hari se-hingga 2 Oktober lalu membabitkan seramai 330 peserta daripada 145 PPD seluruh negara. – BERNAMA

Teliti usul warden bukan guru

CPSTI wadah pendidik bentuk murid secara menyeluruh

Mohd Khairuddin Othman selepas merasmikan Konferensi Transfor-masi dan Inovasi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan (CPSTI) di UNISEL kampus Bestari Jaya baru-baru ini

menghimpunkan kira-kira 900 peser-ta terdiri dalam kalangan warga pen-didik dan pelajar sekolah menengah seluruh Selangor

Selaras dengan usaha mendap-atkan penarafan kebangsaan demi melonjakkan kualiti pedagogi pen-didikan abad ke-21, program terbabit juga disertai kakitangan Jabatan Pen-didikan Negeri (JPN) Selangor, JPN Wilayah Persekutuan, JPN Melaka, JPN Johor dan JPN Negeri Sembilan.

Sementara itu, Dr Mohammad Redzuan menyifatkan program berkenaan sebagai landasan kepa-da golongan muda untuk menggali dan membangunkan segala potensi yang dimiliki pelajar.

“Hal ini supaya ia dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Terdahulu, pengisian program bertumpu kepada pembentangan daripada beberapa wakil agensi pen-didikan seluruh negara antaranya ‘Leadership in Trust School’ yang dis-ampaikan Pegawai Pendidikan Daer-ah Batu Pahat, Md Said Md Daimon.

Forum bertajuk ‘Peranan Pe-megang Taruh dalam Pembangunan Pendidikan Murid’ pula disampaikan tiga panel iaitu Ahmad Ismail, Dr Ka-suma Satria Mat Jadi dan Hashim Anang juga menjadi tumpuan pe-serta pada hari kedua persidangan.

Page 20: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

21SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

10 Khamis 5:36 5:46 6:59 1:06 4:20 7:06 8:16 11 Jumaat 5:36 5:46 6:59 1:06 4:20 7:06 8:15 12 Sabtu 5:36 5:46 6:58 1:05 4:20 7:06 8:15 13 Ahad 5:35 5:45 6:58 1:05 4:20 7:05 8:15 14 Isnin 5:35 5:45 6:58 1:05 4:20 7:05 8:14 15 Selasa 5:35 5:45 6:58 1:05 4:21 7:05 8:14 16 Rabu 5:35 5:45 6:58 1:04 4:21 7:04 8:14

10 Khamis 5:33 5:43 6:57 1:03 4:17 7:04 8:13 11 Jumaat 5:33 5:43 6:57 1:03 4:17 7:03 8:13 12 Sabtu 5:33 5:43 6:57 1:03 4:17 7:03 8:12 13 Ahad 5:33 5:43 6:56 1:02 4:17 7:03 8:12 14 Isnin 5:32 5:42 6:56 1:02 4:18 7:02 8:12 15 Selasa 5:32 5:42 6:56 1:02 4:18 7:02 8:11 16 Rabu 5:32 5:42 6:56 1:02 4:18 7:02 8:11

10 Khamis 5:33 5:43 6:58 1:04 4:17 7:05 8:14 11 Jumaat 5:33 5:43 6:58 1:03 4:17 7:04 8:13 12 Sabtu 5:33 5:43 6:58 1:03 4:17 7:04 8:13 13 Ahad 5:33 5:43 6:57 1:03 4:17 7:04 8:13 14 Isnin 5:32 5:42 6:57 1:03 4:18 7:03 8:13 15 Selasa 5:32 5:42 6:57 1:02 4:18 7:03 8:12 16 Rabu 5:32 5:42 6:57 1:02 4:18 7:03 8:12

10 - 16 OKTOBER 201911 - 17 SAFAR1441

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi Rumah Pemulihan Riqab (RPA) akan beker-jasama dengan Jabatan Penjara Ma-laysia bagi membantu memulihkan banduan sebelum kumpulan itu kem-bali bersama masyarakat.

Ahli Mesyuarat MAIS, Mohd Zawa-wi Ahmad Mughni berkata, kerjasama kali pertama itu dijangka memberi fokus kepada pesalah yang mempu-nyai kes berkaitan dadah dan seksual.

“Sebelum ini, RPA di Selangor ber-jaya membantu Badan Bukan Kera-jaan menangani gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), akidah, sosial serta dadah.

“Justeru, kami mahu mengguna-kan landasan ini membantu golo- ngan banduan, memulihkan sema-

ngat mereka supaya menjadi insan yang lebih baik dalam kalangan ma- syarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Penjara Ka-jang bersama wakil RPA dan Kum-pulan Darul Wardah, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Mohd Zawawi berkata, program yang dijangka bermula pada Novem-ber itu turut membabitkan banduan wanita.

Terdahulu, bahagian pemulihan Ar-Riqab MAIS diwujudkan untuk menyelaras dan menyelia aktiviti ru-mah kebajikan serta perlindungan di Selangor.

Ia turut memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada individu juga kumpulan Islam me-merlukan pemulihan akidah.

Pada masa sama, ia juga mengurus

KUALA LUMPUR - Lebih 700,000 akaun pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) membabitkan jumlah simpanan sebanyak RM60.4 juta didapati tidak melakukan se-barang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut mulai 2012 sehingga akhir Ogos lalu.

TH dalam kenyataan menasi-hatkan pendeposit terlibat me- ngaktifkan akaun masing-ma-sing dengan membuat se-

kurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter juruwang; atau melaku-kan transaksi atas talian dengan mana-mana rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, akaun-akaun yang masih tidak diaktif-kan selepas 1 November ini akan dipindahkan ke dalam kumpulan

Akaun Dormant (Tidak Aktif ).Namun, amaun yang dipindah-

kan ke Akaun Dormant itu masih lagi boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit TH menurut peruntukan Seksyen 23(2) Akta Tabung Haji 1995.

“Setiap tahun, TH akan meng- ingatkan pendeposit untuk me- mastikan status akaun sentiasa ak-tif, di samping mengemaskini data peribadi seperti alamat, nombor

telefon dan penamaan waris bagi memudahkan TH menghubungi pendeposit atau waris mereka un-tuk urusan penghantaran surat ta-waran haji dan pengurusan akaun,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubu-ngi talian khidmat pelanggan TH di 03-6207 1919 untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun tidak aktif atau sebarang perkhidmatan. - BERNAMA

MAIS-Penjara pulih banduan

700,000 akaun pendeposit TH tidak aktif

perkhidmatan perlindungan, pemu-lihan kaunseling kepada kumpulan wanita dan gadis yang terlibat dalam gejala sosial.

Beri khidmat bimbingan dan kaunseling

SHAH ALAM - Sejumlah 26 peserta terdiri daripada kakitangan awam dan juga pelajar mengikuti Kursus Falak Takwim dan Cerapan anjuran Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor, baru-baru ini.

Pejabat Mufti Selangor melalui kenyataan berkata, kursus di Insti-tut Latihan Dakwah Selangor itu tu-rut mendedahkan peserta dengan

amali cerapan untuk memberi pe-ngalaman yang lebih praktikal.

“Di antara modul yang disampai-kan melalui kursus ini adalah Asas Teori Teknik Pengimejan Hilal, Kae-dah Penentuan Awal Bulan Islam dan pengenalan takwim,” katanya.

Objektif Bahagian Falak ialah supaya kajiannya dapat dijalan-kan secara berterusan mengikut

perkembangan semasa sekali gus membolehkan masyarakat mema-hami kepentingannya secara kom-prehensif.

Sementara itu, majlis penyam-paian sijil disampaikan oleh Pe-nolong Mufti Kanan Bahagian Falak, Hardi Mohamad Sadali dan Pegawai Sains Balai Cerap Selangor, Nora-meen Burhanuddin.

Jabatan Mufti dedah asas ilmu takwim, cerapan

Page 21: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD(1082296-U)

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

.

AIS/HRA/T44/9/2019

AIS/PCW/T2/10/2019

PN0000000171

AIS/PCW/T1/10/2019

PROVISION OF SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND COMMISSIONING OF CLOSED-CIRCUIT TELEVISION SYSTEM (CCTV)

ROAD REINSTATEMENT WORKS FOR PIPE REPLACEMENT PROGRAM (PACKAGE 5B): BANDAR RINCHING, COUNTRY HEIGHTS AND HULU LANGAT

SUPPLY AND DELIVERY OF 5 LITRES OF R.O WATERS FOR AIR SELANGOR’S CONSUMERS DURING WATER SUPPLY DISRUPTION

PIPE REPLACEMENT PROGRAM PACKAGE 10 : GOMBAK AND HULU SELANGOR (RECOVERY WORKS)

3 x 12cm

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) menawarkan ujian elektrokardiogram (EKG) percuma kepa-da 3,000 orang awam sempena Kempen Kesihatan Jantungnya yang dilancarkan, baru-baru ini.

Pengerusi CVSKL, Tan Sri Dr Yahya Awang berkata, program yang mendapat kerjasa-ma rangkaian klinik swasta Qualitas Health itu bermula 1 Oktober hingga 31 Disem-ber ini.

Katanya, rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas boleh terus menjalani ujian berkenaan di 10 klinik Qualitas terpilih di sekitar Lembah Klang.

“EKG memberi fokus kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovasku-lar terutama yang mempunyai sejarah pe-rubatan keluarga, selain disebabkan oleh kolesterol tinggi, darah tinggi serta Indeks Jisim Badan tidak normal.

“Kami dapati ramai pesakit terdiri dari-pada mereka yang masih muda dan di Ma-laysia umur 58 tahun adalah purata usia bagi penyakit jantung.

“Hal ini sangat membimbangkan kera-na usia purata bagi pesakit jantung pada usia muda di negara lain seperti Thailand (65), Singapura (61), manakala Amerika Syarikat (66),” katanya.

KUALA LUMPUR - Kelaziman pe- nyakit jantung dalam kalangan wanita semakin menunjukkan peningkatan sejak beberapa ta-hun kebelakangan ini daripada 20 peratus pada 2014 kepada 22 pe- ratus pada 2017.

Timbalan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penyakit itu yang secara tradisinya dihidapi oleh lebih ra-mai lelaki sudah menunjukkan ciri yang berbeza dalam kala- ngan wanita.

“Walaupun gejala yang paling biasa adalah sakit dada, namun

sudah diakui bahawa ia boleh dikesan dengan cara yang sedikit berbeza untuk wanita apabila ini membawa kepada diagnosis serta rawatan yang lewat.

“Sakit dada yang biasa dikait-kan dengan serangan jantung seperti sakit di bahagin tengah dada dan rasa sakit pada bahu yang menyebarkan ke leher serta jantung mungkin tidak biasanya berlaku bagi wanita yang me- ngalami serangan jantung,” ka-tanya pada pelancaran Yayasan MySTEMI di sini pada 3 Oktober lalu.

Dr Wan Azizah, yang juga Ment-eri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, apa- bila wanita mengalami serangan jantung, mereka biasanya 10 ta-hun lebih tua daripada lelaki dan mereka kurang menerima rawatan agresif menerusi Percutaneous Coronary Intervention (PCI).

PCI adalah kaedah bukan pem-bedahan dengan meletakkan se-cara kekal sejenis logam kecil yang dipanggil ‘stent’ untuk membantu meluaskan arteri yang sempit atau tersekat yang membekalkan oksi-gen ke jantung.

“Wanita yang menjadi mangsa serangan jantung juga mungkin akan mengalami komplikasi dan penyakit yang teruk. Perbezaan jantina juga sudah diperhatikan di negara lain dan setakat ini, tiada yang dapat mengenal pasti punca perbezaan ini,” katanya.

Beliau berkata, penyakit jan-tung sudah menjadi punca utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 13 tahun, dari 2005 hingga 2017.

“Saya dimaklumkan bahawa pada tahun 2017, 13.9 peratus rakyat Malaysia meninggal dunia

akibat penyakit jantung dan ma-joriti mereka tinggal di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata, apa yang mem-bimbangkan ialah mereka yang menderita sakit jantung di Ma-laysia berusia lebih muda berban- ding di negara jiran seperti Thai-land dan Singapura.

Dr Wan Azizah berkata, men-jelang 2040, dianggarkan pen-duduk Malaysia berumur 65 tahun ke atas akan melebihi enam juta orang iaitu 14.5 peratus da- ripada jumlah penduduk. – BER-NAMA

KUALA LUMPUR - Dalam usaha meningkatkan kempen kesedaran bagi membendung pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat, Kementerian Pembangunan Wa- nita, Keluarga dan Masyarakat (KP-WKM) menjalin kerjasama dengan rangkaian farmasi, Big Pharmacy untuk menyebar luas Talian Kasih 15999.

Timbalan Menteri kementeri-an itu, Hannah Yeoh berkata, ini-siatif bersama Big Pharmacy yang mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh negara, diharap dapat menjayakan matlamat kempen serta membantu golongan sasar iaitu kaum wanita dan remaja.

“Ramai orang pergi ke far-masi, beli barang kelengkapan dandanan diri. Di farmasi juga ada jual kit ujian kehamilan dan

jika berlaku kehamilan, mereka (kaum wanita dan remaja) akan pergi membelinya,” katanya dan menambah bahawa farmasi ada-lah antara tempat tumpuan yang sering dikunjungi golongan rema-ja dan wanita.

Ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Gynae -Oncology Kebangsaan (NGOC) 2019 pada 4 Oktober lalu, beliau berkata, kaedah sama diguna-kan KPWKM dengan menampal poster kesedaran termasuk nom-bor Talian Kasih 15999, seper- ti yang dilaksanakan di 22 kawa-san Rehat dan Rawat Plus Malay-sia Berhad sebelum ini.

Yeoh berkata, kementerian akan terus bekerjasama dengan sektor korporat supaya masalah pembuangan bayi berjaya di-

kurangkan.Talian Kasih adalah satu per-

khidmatan aduan krisis masya-rakat yang menyediakan ban-tuan bagi menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan.

Dalam perkembangan lain, Yeoh berharap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di De-wan Rakyat minggu hadapan lebih mesra wanita dan keluarga.

“Sudah tentu kami akan mahu-kan (belanjawan) yang lebih mes-ra wanita, keluarga. Dan juga lebih banyak bajet berkaitan kesihatan mamogram.

“Kami berharap akan ada sesua-tu yang menarik buat orang kurang upaya kerana mereka memerlukan sokongan dan jagaan daripada ke- rajaan,” katanya. – BERNAMA

3,000 bakal nikmati manfaat

CVSKL tawar ujian jantung percuma hingga Disember

Pesakit kardiovaskular dalam kalangan wanita meningkat

Buang bayi: Kerjasama farmasi sebar luas Talian Kasih

Beliau berkata demikian ketika Pelan-caran Kempen Kesihatan Jantung anjuran CVSKL dan Kumpulan Perubatan Quali-tas yang turut dihadiri Pengerusi Qualitas Healthcare, Datuk Dr Noorul Ameen Mo-hamed Ishack.

Dr Yahya berkata, Kementerian Kesi-hatan menyenaraikan penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia pada 2005 hing-ga 2017.

Katanya, keadaan tambah membim-bangkan apabila purata usia penghidap penyakit jantung akan jauh lebih muda walaupun pelbagai inisiatif dijalankan bagi mengesan dan merawat penyakit terbabit.

“Ia berpunca daripada gaya hidup tidak sihat rakyat di negara ini. Ramai yang mengamalkan gaya pemakanan tidak si-hat, tidak bersukan berikutan jadual kerja yang padat,” katanya.

Page 22: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

23SelangorKini 10 - 16 Oktober 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

3,000 bakal nikmati manfaat

CVSKL tawar ujian jantung percuma hingga Disember

KLANG - Sebanyak 24 pasukan berentap merebut kejuaraan pada Karnival Sukan Bola Jaring sem-pena Pesta Sukan Gen-S pering-kat daerah Klang di Dewan Sukan Klang di sini, pada 6 Oktober lalu.

Yang Dipertua Majlis Perban- daran Klang (MPK), Dato’ Mohd Yasid Bidin berkata, karnival su-kan yang menjengah edisi kela- pan itu dianjurkan Kerajaan Ne-geri melalui kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) di bawah program pembangunan belia.

Katanya, dua kategori dipertan- dingkan dalam kejohanan terbabit iaitu kategori terbuka (16 hingga 30 tahun) dan bawah 12 tahun.

“Penganjuran ini dilihat mam-pu menyemarakkan dan meng-galakkan lagi sukan bola jaring di peringkat Selangor memandang-kan Kerajaan Negeri sudah mem-

peruntukkan sejumlah RM30,000 untuk setiap Pihak Berkuasa Tem-patan menjalankan pesta sukan seperti ini.

“Malah, ia juga diambil kira se-bagai titik permulaan sokongan MPK dalam membantu pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor menjalankan aktiviti pemantauan pemilihan bakat baharu, di sam-ping menarik minat orang ramai terhadap sukan bola jaring.

“Penerapan nilai murni da-lam bekerja secara berpasukan akan menyemai semangat ban-tu-membantu antara satu sama lain khususnya bagi membantu pasukan Selangor mencapai ke-jayaan di peringkat kebangsaan,” katanya ketika berucap merasmi-kan karnival sukan berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif MSNS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Johan bagi kategori terbuka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 berser-ta medal, naib johan (RM1,500 dan medal) serta ketiga bersama (RM750 dan medal).

Sementara itu, bagi kate-gori bawah 12 tahun, johan akan memenangi hadiah wang tunai RM1,000 berserta medal, manakala naib johan dan keti-ga masing-masing berpeluang merangkul sebanyak RM750 dan RM500 berserta medal.

Pada masa sama, Mohd Yasid berkata, penganjuran itu sebagai langkah menyahut seruan Ke-menterian Belia dan Sukan yang berhasrat membudayakan su-kan dalam kalangan masyarakat, bertepatan dengan Bulan Sukan Negara yang diadakan sepanjang Oktober setiap tahun.

KOTA KINABALU - Selepas men-cipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan mendaki Gunung Kinabalu secara men-gundur pada 1992, Edward Taning, 58, bakal kembali melakukan aksi yang serupa tahun depan dalam usahanya mencipta nama dengan rekod baharu.

Projek yang dinamakan sebagai Edward Gostaning (Summit Kina-balu Jasamu Dikenang) itu akan diadakan pada 8 Mac 2020.

Pengerusi penganjur projek berkenaan, Danson Bulangai ber-kata, Edward akan berjalan se-cara mengundur menaiki puncak Gunung Kinabalu dan menuruni gunung berkenaan yang keseluru-hannya melibatkan jarak perjala-nan 20 kilometer (km).

Katanya, penganjuran program berkenaan dilaksanakan secara bersama dengan projek kutipan dana amal sebanyak RM300,000 bagi membantu Persatuan Malim Gunung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Sekolah Kebang-saan Bundu Tuhan, Ranau.

“Program anjuran Persatu-an Malim Gunung ini bertujuan menyalurkan bantuan kebaji- kan dan melalui derma yang kita kutip sepanjang berlangsungn-ya program ini, diharap ia dapat membantu membiayai kemu-dahan malim Gunung Kinabalu serta dapat membantu membi-na Dewan Terbuka Sekolah Ke-bangsaan Bundu Tuhan, Ranau,” katanya.

Danson berkata, Edward adalah orang kelainan upaya (OKU) per-tama di negara ini yang mampu berjalan secara mengundur pada jarak ratusan kilometer.

Sebelum ini, anak tempatan Inanam ini pernah mencipta seja- rah sebagai rakyat Malaysia perta-ma yang mendaki Gunung Kinaba-lu secara mengundur pada 1992.

Selepas 17 tahun, Edward kem-bali dengan membawa misi yang sama namun laluan yang berbeza pada tahun 2009 apabila berjaya menghasilkan rekod berjalan mengundur sejauh 342 km dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

Pada tahun 2012, beliau yang ketika itu berusia 50 tahun kem-bali mencipta nama dengan rekod berjalan sejauh 404 km dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu.

“Apa yang saya lakukan ini bu-kan untuk mencari populariti, saya mahu buktikan golongan OKU juga mampu mencipta kejayaan. Saya akan buktikan umur juga bu-kan penghalang untuk kita men-capai satu kejayaan,” katanya.

Edward berkata, beliau tidak mempunyai jurulatih dan hanya menjalani latihan sendiri dengan berjalan, berjoging dan berlari di kawasan sekitar kampungnya di Kiulu, Tamparuli sebagai perse-diaan untuk program itu.

Bapa kepada empat cahaya mata itu mengalami kecacatan melibatkan otot di kaki kanannya sejak berusia sembilan tahun lagi. - BERNAMA

Peserta Karnival Sukan Bola Jaring sempena Pesta Sukan Gen-S peringkat daerah Klang di Dewan Sukan Klang pada 6 Oktober 2019. HULU LANGAT - Skytrex Shah

Alam yang ditutup akibat ribut pada Mac lalu dijangka kembali beroperasi dalam tempoh lima ta-hun lagi iaitu pada 2024 setelah pokok yang rosak kembali pulih.

Pemilik Skytrex Adventure, Azlan Idrus berkata, bagaimana- pun orang ramai khususnya pemi-nat sukan lasak masih boleh mem-buat pilihan dengan mengunjungi Skytrex Sungai Congkak.

Selain itu, dua lagi lokasi lain ialah Skytrex Melaka di Durian Tunggal dan Skytrex Langkawi di Kampung Kok.

“Kami menerima banyak per-tanyaan daripada orang ramai berhubung isu penutupan Sky-trex di Shah Alam memandang-kan ia menjadi tumpuan peminat sukan lasak dari dalam dan luar negara.

“Saya berharap peminat Skytrex Shah Alam bersabar kerana pem-binaan pusat rekreasi ini amatlah menekankan aspek kelestarian alam sekitar termasuk penjagaan

pokok yang sudah berusia pulu-han tahun,” katanya kepada Se- langorKini.

Beliau ditemui ketika Program Media Familiarization Trip 2019 Discover Hulu Langat anjuran Tourism Selangor dengan kerjasa-ma Majlis Perbandaran Kajang, di Skytrex Sungai Congkak, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Skytrex Shah Alam yang dibuka pada 2013 pernah menarik lebih 40,000 pengunjung setahun.

Azlan berkata, Skytrex turut meletakkan tahap keselamatan yang tinggi bagi memastikan pe- langgan berasa lebih selesa dan yakin ketika menyertai cabaran yang disediakan.

Katanya, antara cabaran dise-diakan ialah memanjat pokok se- tinggi sembilan meter dan juga flying fox.

“Pengunjung boleh membeli tiket secara terus melalui laman web www.skytrex-adventure.org dan memilih pelbagai peringkat cabaran yang disediakan,” katanya.

OKU jalan mengundur tawan puncak Kinabalu

24 pasukan bola jaring berentap

Skytrex Shah Alam bakal kembali

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Minggu kedua Liga Juara-Juara Selangor (SCL2019) menyaksikan kebangkitan be-berapa pasukan daripada persem-bahan hambar pada minggu sebelumnya, dengan berpesta gol.

Antaranya, SA Klasiko FC ber-jaya membenam Sg Lang Baru Up FC 5-0 pada perlawanan yang ber-langsung di Stadium Majlis Per-bandaran Subang Jaya pada 6 Oktober lalu.

Gol-gol dijaringkan Wong Kah Heng pada minit kelapan dan 68, Nabilah Khan (m24), Azmin

Samsudin (m65) dan Zarif Azhar (m70).

Pemain SA Klasiko FC, Amir Safuan juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Turut menunjukkan kebang-kitan daripada perlawanan per-tama, NPNG Damansara Damai FC selepas membelasah Subang Protap II FC 4-0 pada 5 Oktober di venue sama.

Umar Etudayeabdulmajid yang terpilih sebagai pemain ter-baik perlawanan, meledak hatrik dan Asare Patrick menambah lagi luka Subang Protap FC dengan satu gol.

Turut menang bergaya dengan jaringan selesa, Kuala Selangor Batu dua FC apabila membelasah Gombak RRM FC Ultimate 4-0 dan Cyberjaya Teleflow FC mengatasi SA AZE FC 3-0.

Bagaimanapun, malang buat Belia Selangor apabila gagal me-neruskan rentak kemenangan apabila tumbang di tangan Bukit Kapar FC 0-2.

Sementara itu, juara bertahan, Puchong Fuerza Gamestop FC te-rus kempunan meraih kemena- ngan pertama apabila diikat 1-1 oleh SA PIB FC.

Minggu kedua SCL2019

Pesta jaringan hangatkan saingan

Page 23: Jimat 50 peratus SIBS 2019 sasar Subsidi petrol dilaksana ... · Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui dapatkan borang di borang juga disediakan di pejabat

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SHAH ALAM - Persatuan Motor-sports Malaysia (MAM) akan meng-hantar Team Malaysia untuk menyer-tai pertandingan FIA Motorsports Games di Rome, Itali dari 1 hingga 3 November hadapan.

MAM turut melantik bekas pe-lumba Formula 1 negara, Alex Yoong sebagai pengurus pasukan serta menampilkan tiga pelumba utama iaitu Adrian D’Silva, Weiron Tan dan Mior Muhammad Hafiz.

Alex Yoong berkata, beliau akan membimbing dan membuat perse-diaan rapi bagi memastikan Team Malaysia mendapat keputusan ter-baik dalam edisi sulung kejohanan di Vallelunga Circuit.

Katanya, terima kasih diucapkan kepada MAM di atas pelantikan be-liau sempena dengan kejohanan FIA Motorsports Games bulan hadapan.

“Ini adalah detik membanggakan serta peluang terbaik buat saya dan

pelumba yang terpilih mewakili ne-gara untuk membuktikan mereka dapat memberikan saingan kepada pelumba di peringkat antarabangsa kerana mungkin satu hari nanti sukan permotoran ini akan dipertanding-kan di peringkat Sukan Olimpik.

“Saya yakin bahawa D’Silva dan Weiron akan beraksi dengan baik di GT Cup memandangkan mereka mempunyai pengalaman luas di da-lam perlumbaan GT. Ini akan men-jadi satu perlumbaan menarik un-tuk disaksikan dan saya tidak sabar menanti detik itu.

“Mior pula telah membuktikan yang dia sememangnya berada di dalam kelas tersendiri pada eRacing Grand Prix SEA bulan lalu. Saya ya-kin dia akan menjadi antara pencabar utama di Rome nanti,” katanya.

Adrian D’Silva dan Weiron Tan yang sarat dengan pengalaman akan mengendali jentera Porsche GT3 oleh

Earl Bamber Motorsport dalam kate-gori GT Cup sementara juara eRacing Grand Prix SEA baru-baru ini, Mior akan beraksi bagi kategori Digital Cup.

Kejohanan FIA Motorsports Games 2019 itu dianjurkan selepas kejayaan penganjuran GT Festival di Bahrain tahun lalu.

Enam kategori diperkenalkan pada edisi kali ini antaranya GT Cup, Touring Car Cup, Formula 4 Cup, Drifting Cup, Kart-ing Slalom Cup dan Di- gital Cup sementara Team Malaysia akan bersaing di dalam dua kategori untuk edisi kali ini.

Pelumba dari 39 negara telah mengesahkan penyertaan untuk beraksi sekurang-kurang-nya satu kategori dalam kejohanan menggunakan format seperti Su-kan Olimpik menerusi kiraan pingat emas, perak dan gangsa.

KUALA LUMPUR - Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas menca- tat keputusan memberangsangkan pada Kejo-hanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman, pada 6 Oktober lalu.

Atlet berusia 25 tahun negara layak ke temasya terbesar dunia itu selepas mengumpul keseluruhan 49.898 mata pada pusingan kelayakan acara all-around individu, sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun skuad gimnastik negara ke pentas Olimpik.

Biarpun sekadar menduduki tempat ke-59 ser-ta gagal layak ke pusingan akhir kejohanan dunia, namun kejayaan lebih manis berjaya dicipta apabila Farah Ann menjadi gimnas ketiga negara layak ke temasya Olimpik selepas kali terakhir pada 2004 di Athens.

Turut beraksi pada kejohanan itu, Tan Ing Yueh yang menduduki tempat ke-90 dengan mengum-pul 48.299 mata sementara Tracie Ang di kedudu-kan ke-107 dengan 47.399 mata.

Berdasarkan senarai terkini Persekutuan Gimnas-tik Antarabangsa (FIG), Farah Ann adalah antara 20 gimnas yang layak ke Tokyo dalam acara all-around individu di kejohanan dunia edisi tahun ini.

Kejohanan Gimnastik Dunia edisi 2018 menjadi pentas pertama para gimnas meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 dengan tiga negara yang berakhir di

podium dianugerahkan masing- masing empat tiket secara

merit ke temasya itu.Kali terakhir gimnas ne-

gara beraksi di temasya Olimpik adalah mene-

rusi gimnas lelaki, Ng Shu Wai di Athens

2004 manakala gim-nas wanita pula me-

nerusi Alexina Au Li Yen di Sydney

2000. - BERNA-MA

Farah Ann ke Olimpik Tokyo

Team Malaysia pikul cabaran

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kudrat ke- sebelasan utama kem Selangor dita- gih bagi merobek pertahanan juara Liga Super enam kali, Johor Darul Ta’zim (JDT), pa-da separuh akhir pertama Piala Malay-sia di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor, pada 19 Oktober ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor, Dr Johan

Kamal Hamidon yakin Ger-gasi Merah mam-pu melaksanakan

misi itu ekoran tahap kecerga-

san, kekuatan mental dan

momentum ke-menangan pe-

main berada pada tahap terbaik, kecuali

Rufino Segovia dan Wan Zack Haikal yang masih dalam

fasa pemulihan panjang.“Setakat ini pemain berada

dalam tahap baik kecuali ada beberapa kecederaan kecil teta-pi tempoh rehat panjang dapat memberi ruang untuk pulih sebe-lum perlawanan menentang JDT.

“Selangor mempamerkan per- mainan agak baik sepanjang musim dan dalam aspek strategi serta teknikal pula mungkin tiada perubahan.

“Di kem latihan, pemain berko-bar menunggu perlawanan ini tetapi apa yang penting adalah

untuk memastikan momentum, fokus dan kecergasan pemain sentiasa tinggi serta tidak ter-ganggu,” katanya ketika dihubu-ngi SelangorKini.

Johan Kamal berkata, Sela- ngor turut mengaturkan bebe-rapa perlawanan persahabatan bagi memastikan momentum dan kecergasan pemain dapat dikekalkan sebelum menjelang perlawanan itu ekoran tempoh rehat yang panjang.

Menyentuh kelebihan ber-main di gelanggang lawan pada

separuh akhir pertama, beliau menyifatkannya sebagai satu ke- lebihan psikologi.

Bagaimanapun, katanya, pe-main memerlukan sokongan padu penyokong setia Gergasi Merah apabila bermain di hala-man sendiri, pada 26 Oktober ini.

“Saya rasa daripada segi psikologi kita ada kelebihan teta-pi sokongan penyokong adalah elemen penting sama ada untuk kita melakukan kebangkitan atau mempertahankan keputusan pusingan pertama,” katanya.

Separuh akhir pertama Piala Malaysia

Gergasi Merah yakin robek JDT