lelaki lembut
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
1/9
LELAKI LEMBUT | MAK NYAH, BAPUK DAN PONDAN
Kewujudan golongan lelaki lembut bukan lagi perkara menghairankan dalam
masyarakat. Malah dalam sesetengah bidang ia menjadi satu budaya atau
ikutan yang diterima. Kebanyakan mereka memiliki naluri kewanitaan yang
mendorong mereka menggayakan pakaian dan bersolek seperti perempuan.
Apa yang lebih mendukacitakan, golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi
juga ramai yang terpengaruh dan mengamalkan budaya ini dalam kehidupan
seharian sama ada di kampus atau di luar kampus.
Syarahan Tan Sri Prof. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Ghazali, Naib Canselor
UTM sempena Amanat Tahun baru pada 5 Januari 2007 yang bertempat di
Dewan Sultan Iskandar mengatakan hasrat universiti adalah untuk melahirkan
graduan yang mempunyai modal insan negara. Sekiranya fenomena lelaki
lembut tidak dibendung, maka status UTM akan hilang tercemar.
Pada tahun 2003 isu berkaitan golongan lelaki lembut ini telah dibangkitkan
oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr Siti
Zaharah Sulaiman. Beliau menyatakan kebimbangannya mengenai gejala
lelaki lembut yang semakin meningkat khususnya di kalangan pelajar
universiti sehinggakan isu ini mendapat liputan yang luas daripada media
massa tetapi kupasan yang mendalam mengenai golongan lelaki lembut
masih terlalu sedikit (Massa: 2004).
Isu lelaki lembut yang dicetuskan oleh Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman ini
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
2/9
juga mendapat reaksi pro dan kontra pelbagai pihak untuk menilai kembali
fenomena ini. Bagi kategori lembut yang terhad kepada pertuturan dan
tingkah laku sahaja, golongan lembut ini turut menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Dalam masa yang sama, jika tidak diawasi
pergaulan sesama mereka mungkin boleh mengundang gejala tidak sihat
terutamanya menjurus kepada kegiatan seks sesama jenis (Utusan Melayu:
20 Julai 2003).
Dalam memperkatakan fenomena lelaki lembut, Ketua Jabatan Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Noraini Ahmad pula meminta
masyarakat membezakan antara lelaki yang dilahirkan lemah lembut dan
mengekalkan gaya hidup seorang lelaki sejati dengan golongan lelaki lembut
yang melanggar norma-norma masyarakat atau perlakuan mereka yang
menyinggung masyarakat. Beliau berkata, isu lelaki lembut ini sesuatu yang
sensitif dan memerlukan kefahaman masyarakat kenapa ada lelaki lembut
dan yang bukan homoseksual ini. Beliau menegaskan:
``Jangan kita menyinggung perasaan lelaki yang lemah lembut tutur kata ini
tetapi tetap menjalani kehidupan normal sebagai seorang lelaki termasuk
berumah tangga dan beranak pinak. Golongan ini tidak menimbulkan
masalah kepada ummah iaitu tidak menimbulkan gangguan atau
ketidakselesaan masyarakat.
``Yang menjadi isu sekarang ini adalah lelaki lembut yang menyerupai
perempuan dan ketara tidak macho. Mereka mula mempamerkan penampilan
yang lari daripada norma seorang lelaki dengan mengukuhkan
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
3/9
kelembutannya dengan memakai pakaian menyerupai perempuan, memakai
gincu dan mencabut bulu kening serta dikuatkan lagi dengan lenggang-
lenggoknya yang lemah-gemalai dan bersuara seperti seorang perempuan''
(Utusan Melayu: 20 Julai 2003).
Sehubungan dengan itu, fenomena ini memerlukan penelitian yang
mendalam untuk mengenal pasti etiologi kecelaruan jantina ini, adakah lelaki
lembut merupakan satu gejala yang tidak sihat atau golongan ini memang
berwatakan lembut yang tidak mengganggu masyarakat.
Perkataan lelaki dikenali dengan panggilan laki-laki (Kamus Dewan, 2002:
786). Manakala dalam Kamus A Malay- English Dictionary Part II lelaki ialah
male, masculine (R.J.Wikinson, 1959: 672). Lelaki juga dikenali dengan
gelaran maskulin yang mana dalam Advanced English Dictionary English-
Bahasa Melayu Edition, ialah Describe thing that relate to men, or things that
are typical of men, iaitu merujuk kepada lelaki dan jenis-jenis ataupun ciri-ciri
lelaki (Federal-Chambers, 2000: 694)
Perkataan lembut di dalam Kamus Dewan (2002: 476) ialah tidak keras,
mudah dilentur, lemah, lembik atau lunak. Manakala dalam Tesaurus Melayu
Moden Utusan (1994: 155) lembut ialah gebu, empuk, lembik, lunak, licin,
reput, santun, sopan dan tertib. Menurut Sir Richard Winstedt, istilah lembut
di definisikan sebagai tidak keras (daging), halus (kulit dan suara), baik (hati),
lemah (badan) (Kamus Bahasa Melayu, 1997: 182) dan di dalam Buku Katan
Kamus Melayu (1997: 837) menerangkan bahawa lembut bermaksud tiada
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
4/9
keras baik pada benda atau pada kelakuan dan cakap. Lembut yang
dibincangkan dalam kajian ini adalah dilihat dari segi perwatakan.
Secara keseluruhan, lelaki lembut yang dimaksudkan dalan kajian yang
dijalankan adalah lelaki yang mempunyai perwatakan lembut atau
mempunyai ciriciri seperti seorang wanita. Mereka gemar berhias dengan
perhiasan wanita, suka berpakaian seperti wanita untuk kelihatan cantik dan
menawan. Lelaki lembut ini biasanya digelar dengan mak nyah, pondan,
bapok dan adik dalam bahasa pasar.
MINORITI SEKSUAL
Golongan minoriti seksual adalah sekumpulan orang dimana identiti, orientasi
atau praktikal seksualnya adalah berlainan dari majoriti masyarakat. Pada
asalnya, golongan ini terdiri daripada gay dan lesbian sahaja. Kemudiannya,
golongan ini juga termasuk biseksualdan transgender. Dalam singkatan,
golongan ini dinamakan GLBT.
Homoseksual merujuk kepada golongan yang tarikan atau orientasi
seksualnya adalah kepada seseorang yang sama seks. Lelaki lebih gemar
dikenali sebagai gay, manakala perempuan sebagai lesbian.
Biseksual tertarik kepada kedua-dua jantina samada lelaki atau perempuan.
Tetapi ia tidak semestinya berlaku dengan serentak atau sama rata.
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
5/9
Transgender adalah golongan yang melakukan pertukaran jantina atau
golongan yang berpakaian bertentangan dengan jantinanya atas pelbagai
sebab. Biasanya, mereka berpendapat jantina yang dikurniakan kepada
mereka sejak lahir adalah salah dan tidak dapat mengambarkan diri mereka
yang sebenarnya dengan sempurna.
ISU IDENTITI
Kesedaran terhadap orientasi seksual di kalangan lelaki dan perempuan
biasanya berlaku pada peringkat usia awal remaja. Pada peringkat
pertengahan remaja mereka menyedari identifikasi seksual kendiri dan
pengalaman sama jantina dan pada peringkat akhir remaja perhubuang sama
jantina.
Kesengsaraan berlaku apabila golongan ini menggunakan persepsi dalaman
dalam menentukan identiti mereka. Ini adalah kerana persepsi dalaman
mereka bercanggah dengan persepsi umum masyarakat mengenai orientasi
seksual mereka. Sebagai jalan keluar, seseorang individul itu akan berhenti
mendesak dirinya supaya menjadi orang yang normal iaitu straight, ia
mulai membina identiti baru dan konsep kendiri tersendiri bagi membina
kehidupan yang bahagia bagi dirinya. Seseorang individul itu perlu mengatasi
perasaan penderitaan ini terlebih dahulu untuk meninggalkan identiti lama.
Dalam satu kajian terhadap pelajar-pelajar di sekolah menengah, didapati
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
6/9
88% daripada mereka mengaku bahawa mereka berkecenderungan kepada
heteroseksual, 1% biseksual atau berkecenderungan homoseksual, tetapi
10% telah menyatakan mereka tidak pasti. Ramai remaja GLBT menyatakan
berperasaan berbeza sejak peringkat awal kanak-kanak. Sebaik sahaja
mereka menerima identiti seksual sendiri, mereka merasakan perlu
menentang identiti asal yang telah dikurniai kepada mereka.
Mereka berasa kesunyian dan terasing. Mereka tidak mempunyai seseorang
untuk berhubung dan bercerita. Mereka putus hubungan dari segi emosi
dengan orang lain kerana khuatir rahsia mereka terbongkar, dan mendapat
tentangan daripada masayarakat dipersekitaran mereka. Mereka juga
merasakan diri mereka golongan yang tersisih, dan tidak berkeupayaan untuk
mempertahankan diri daripada serangan atau bantahan persekitaran
mereka.
Memandangkan informasi yang tepat tentang homoseksual agak
berkurangan. Ramai golongan GLBT menyamar diri seolah-olah mereka itu
normal, mereka juga mengelakkan diri dari berbincang mengenai isu-isu
seksualiti. Oleh itu, mereka tidak berupaya untuk mendapatkan sokongan dan
bantuan daripada ibu bapa, ahli keluarga dan rakan sebaya.
Kaunselor harus membimbing remaja GLBT supaya hidup dengan selesa dan
bagaimana mendapatkan sokongan dari persekitaran mereka. Guru kaunselor
di sekolah pula harus memberi bantuan yang wajar dengan memaparkan
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
7/9
poster-poster yang menyatakan pelbagai maklumat termasuk sokongan bagi
mereka yang dari golongan orientasi seksual berbeza.
Di Malaysia, organisasi NGO seperti Pink Triangle dapat membekalkan
bantuan dari segi memberi informasi dan sumber-sumber sokongan kepada
remaja GLBT.
PENDEDAHAN IDENTITI
Menurut kajian, apabila golongan GLBT mengenalpasti orientasi seksual
mereka dan orientasi ini berbeza dengan apa yang boleh diterima oleh
masyarakat umum, ia akan menimbulkan perasaan keseorangan bagi
golongan GLBT.
Bagi lelaki gay dan perempuan lesbian, setelah identiti seksual mereka
dikenalpasti, mereka akan merasa tersingkir dari keluarga dan rakan mereka
yang berpegang teguh kepada orientasi seks heteroseksual. Mereka tidak lagi
merasa diterima di gereja atau tempat-tempat ibadah lain, dan juga di tempat
kerja.
Para kaunselor harus membantu klien mereka untuk mencari sumber dan
sokongan yang baru. Majoriti kelompok homoseksual tidak menonjolkan diri
secara terang-terangan kerana tindakan itu menimbulkan cabaran dan
kesukaran yang amat besar bagi mereka. Mereka yang wujud dalam
kekaburan ini lebih banyak mendiamkan diri dan bergerak dalam senyap.
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
8/9
Dalam masyarakat Malaysia yang homofobik tindakan untuk tidak
mendedahkan orientasi seksual sewenang-wenangnya adalah cara terbaik
dan wajar dilakukan agar seseorang itu tidak menerima ancaman fizikal dan
psikologikal yang terlalu sukar untuk dikendalikan. Pendedahan identiti
kepada ahli keluarga dan rakan sebaya boleh menimbulkan penentangan,
kemarahan dan dukacita. Mereka yang diberitahu tentang hal sebenar akan
merasa kehilangan seseorang yang mereka anggap mereka kenali dan
sayangi. Pihak ibu bapa pula akan merasa bersalah dan keliru, adakah
layanan dan cara didikan mereka yang mengakibatkan orientasi seksual anak
mereka berbeza. Jika ibu bapa tidak dapat menerima anak mereka yang
berorientasi seksual minoriti, kaunselor harus membimbing individul itu
supaya mendapatkan sokongan dari sumber yang lain.
Bagi mereka yang berani, mendedahkan dan mengakui secara terang-
terangan mengenai orientasi seksual mereka, kaunselor harus membimbing
mereka untuk meninjau sejauh mana keberanian mendedahkan identiti
seksual itu membantu mereka hidup dengan selesa. Setakat mana pula
sokongan persekitaran dapat membantu mereka untuk menikmati
kesejahteraan dan kebahagiaan psikologi. Kaunselor harus memberi
bimbingan yang sewajarnya supaya tidak wujud perasaan dendam terhadap
diri mereka sendiri.
Selain daripada menaruh harapan kepada sokongan dari keluarga dan rakan
-
8/3/2019 LELAKI LEMBUT
9/9
sebaya, sokongan menerusi internet juga semakin berpengaruh, laman web
sembang seperti SAYANGABANG, PLU, GAY MALAYSIA merupakan
kaedah terkini cara pergaulan kelompok GLBT. Di kalangan wanita lesbian,
bilik sembang PENKID dan TOMBOY menghubungkan mereka dengan
individu yang sama orientasi seksual. Melalui laman web sembang ini pelbagai
kategori dan latar belakang lelaki gay serta wanita lesbian di serata tempat
boleh bersosialisasi dengan selesa.