legalisme.docx

9
LEGALISME 1. Sejarah Hidup Han Fei Zi Han Fei Zi telah dilahirkan pada tahun 280 S.M. Han Fei Zi merupakan keturunan keluarga diraja bagi negeri Han. Negeri Han terletak di tengah China dan terletak di timur ibu kota Dinasti Zhou iaitu Luoyang. Keluarga Han Fei Zi adalah bekas pembesar kepada Negeri Qin dan melakukan rampasan kuasa bersama dengan dua buah keluarga pembesar yang lain. Mereka kemudiannya telah membahagikan wilayah Negeri Qin sehingga terbentuk tiga buah negeri baru iaitu Han, Wei dan Chao. Tiga buah negeri ini mendapat pengiktirafan daripada pemerintah Zhou. Pada 403 S.M. pemerintah Negeri Han pada asalnya menggunakan gelaran Duke, kini telah menggunakan gelaran Raja. Negeri Han yang kecil sering diancam oleh negeri yang kuat seperti Qin. Sekitar tahun 250 S.M. Han Fei Zi telah berguru dengan seorang ahli falsafah Konfusianisme iaitu Xun Zi yang dalam masa yang sama merupakan seorang majistret Lan Ling di daerah Shandong. Li Si antara pelajar kepada Xun Zi yang bakal menjadi seorang perdana menteri kepada Maharaja Qin merupakan seorang yang jahat dan mencemburui Han Fei Zi. Negeri kelahiran Han Fei Zi iaitu Negeri Han bakal diserang oleh Negeri Qin. Raja Han iaitu Huan Hui enggan menerima nasihat Han Fei Zi disebabkan ketidakupayaan beliau dalam menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pandangan beliau mengenai ancaman Qin. Han Fei Zi ada menulis beberapa esei mengenai perkara ini antaranya “The Five Vermin” dan “The Difficulties of Persuasion,”. Pemerintah Qin pada ketika itu yang bakal menjadi seorang maharaja pertama China dan menubuhkan Dinasti Qin sangat tertarik dengan penulisan tersebut.

Upload: dorrah-yateemah-abdul-jalil

Post on 10-Apr-2016

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: legalisme.docx

LEGALISME

1. Sejarah Hidup Han Fei Zi

Han Fei Zi telah dilahirkan pada tahun 280 S.M. Han Fei Zi merupakan keturunan keluarga

diraja bagi negeri Han. Negeri Han terletak di tengah China dan terletak di timur ibu kota Dinasti

Zhou iaitu Luoyang. Keluarga Han Fei Zi adalah bekas pembesar kepada Negeri Qin dan

melakukan rampasan kuasa bersama dengan dua buah keluarga pembesar yang lain. Mereka

kemudiannya telah membahagikan wilayah Negeri Qin sehingga terbentuk tiga buah negeri

baru iaitu Han, Wei dan Chao. Tiga buah negeri ini mendapat pengiktirafan daripada

pemerintah Zhou. Pada 403 S.M. pemerintah Negeri Han pada asalnya menggunakan

gelaran Duke, kini telah menggunakan gelaran Raja. Negeri Han yang kecil sering diancam

oleh negeri yang kuat seperti Qin. Sekitar tahun 250 S.M. Han Fei Zi telah berguru dengan

seorang ahli falsafah Konfusianisme iaitu Xun Zi yang dalam masa yang sama merupakan

seorang majistret Lan Ling di daerah Shandong. Li Si antara pelajar kepada Xun Zi yang bakal

menjadi seorang perdana menteri kepada Maharaja Qin merupakan seorang yang jahat dan

mencemburui Han Fei Zi.

Negeri kelahiran Han Fei Zi iaitu Negeri Han bakal diserang oleh Negeri Qin. Raja Han iaitu

Huan Hui enggan menerima nasihat Han Fei Zi disebabkan ketidakupayaan beliau dalam

menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pandangan beliau mengenai ancaman Qin. Han

Fei Zi ada menulis beberapa esei mengenai perkara ini antaranya “The Five Vermin” dan

“The Difficulties of Persuasion,”. Pemerintah Qin pada ketika itu yang bakal menjadi seorang

maharaja pertama China dan menubuhkan Dinasti Qin sangat tertarik dengan penulisan

tersebut. Penulisan tersebut telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Li Si yang akhirnya

mendedahkan identiti pengarang penulisan tersebut kepada Raja Qin. Kekaguman Raja Qin

terhadap penulisan tersebut tidak menghalang langsung hasrat Negeri Qin untuk melakukan

serangan ke atas negeri kelahiran Han Fei Zi iaitu Negeri Han pada tahun 234 S.M. Pemerintah

Han iaitu Raja An yang merupakan pengganti kepada Raja Huan Hui pada awalnya enggan

menerima nasihat Han Fei Zi akhirnya telah membuat keputusan untuk menghantar beliau ke

Negeri Qin agar negeri baginda dapat diselamatkan daripada dimusnahkan serangan besar

bala tentera Qin.

Page 2: legalisme.docx

Oleh itu Han Fei telah mengembara ke Negeri Qin dan telah mendapat layanan yang mesra

daripada pihak Raja Qin.

Walaubagaimanapun Li Si telah memberi amaran kepada Raja Qin bahawa Han Fei Zi

merupakan ahli keluarga diraja Han maka kesetiaan beliau hanya kepada Han dan sudah pasti

akan menentang Qin. Li Si berjaya mempengaruhi Raja Qin untuk membawa ahli falsafah

tersebut di bawah undang-undang rasmi untuk melakukan penyiasatan terhadap beliau. Oleh

itu Han Fei Zi dipenjarakan buat seketika sehingga penyiasatan selesai dilaksanakan.

Walaubagaimanapun Li Si telah menghantar racun di mana Han Fei telah dikurung iaitu di

Istana Musim Panas di Sweet Springs. Han Fei yang tidak dapat untuk menghubungi

pemerintahnya agar membantu beliau mempertahankan diri terhadap tuduhan yang telah

dilakukan ke atas dirinya. Akhirnya Han Fei mengambil keputusan untuk meminum racun

tersebut. Pada tahun 233 S.M pada umur 50 tahun beliau telah meninggal dunia akibat

meminum racun.

2. Tokoh-Tokoh Awal Aliran Legalisme Di China

Terdapat tiga tokoh awal aliran Legalisme yang telah membangunkan aliran falsafah ini

sebelum Han Fei Zi mempopularkannya serta sebelum Maharaja Shi Huang Di

mengamalkannya dalam negara baginda iaitu sewaktu Dinasti Qin. Tokoh-tokoh awal tersebut

adalah Shen Dao dari Zhao, Shen Bu Hai dari Han dan Shang Yang dari Wei.

Shen Dao juga dikenali sebagai Shen Zi berasal daripada negeri Zhao. Beliau terkenal dengan

doktrin Shi atau autoriti, di mana ia merupakan faktor penting di dalam politik dan sesebuah

kerajaan. Han Fei Zi sendiri mengambil kata-kata Shen Dao untuk memperjelaskan dengan

lebih lanjut mengenai Shi. Menurut Shen Dao:

“Saya tahu bahawa Shi atau autoriti dan kedudukan adalah penting dan manakala baik dan

bijak tidak boleh diharapkan”.

Shi membolehkan seseorang Raja atau pemerintah untuk memerintah Menurut Guan Zi:

“Apabila pemerintah yang berdaulat memerintah dengan secara autoriti sepenuhnya, pembesar

atau menteri tidak akan melakukan kesalahan. Kemudian mereka tidak akan membelot negara

Page 3: legalisme.docx

bukan kerana mereka sukakannya tetapi takut akan autoriti. Rakyat bersedia untuk memberikan

perkhidmatan bukan kerana mereka sukakannya tetapi kerana mereka takut kepada autoriti,

Oleh itu pemerintah yang bijak yang berada di kedudukan yang tinggi boleh memerintah rakyat

dan pemerintah yang bijak boleh memegang sepenuhnya kuasa autoriti yang mampu untuk

menghalang pembesar atau menteri daripada melakukan kesalahan”.

Shen Bu Hai merupakan menteri atau pembesar bagi negeri Han. Beliau terkenal dengan

konsep Shu. Konsep Shu merupakan satu elemen yang penting dalam sesebuah

kerajaan. Shu bermakna pemerintah mengawal rakyatnya dan memberikan mereka kelebihan.

Han Fei Zi menerima idea beliau iaitu Shu bermakna menjaga atau mengawal rakyat supaya

berada dalam keadaan yang terkawal.

Shang Yang atau Kong Sun Yang lebih dikenali sebagai Wei Yang lahir pada tahun 400 S.M

dan meninggal dunia pada 338 S.M. Beliau pernah berkhidmat di bawah Raja Wei. Beliau telah

melakukan reformasi daripada disiplin tentera ke hak pemilikan tanah dan juga telah

menstrukturkan semula undang-undang dan pentadbiran. Menurut Shang Yang pengeluaran

makanan dan persediaan ketenteraan adalah aktiviti yang memerlukan negara membantu

petani dan tentera. Ini kerana mereka merupakan kelas penduduk atau rakyat yang sepatutnya

diberikan galakan oleh pemerintah. Pencapaian beliau yang paling agung adalah berkenaan

Fa atau undang-undang di mana ketegasan dalam memerintah telah menjadi konsep

penting aliran Legalisme. Beliau percaya bahawa masyarakat lebih baik ditadbir berdasarkan

sistem pentadbiran ganjaran dan hukuman. Shang Yang mengeluarkan kod undang-undang

untuk melaksanakan hukuman yang berat terhadap sesiapa yang melanggar undang- undang

negara. Beliau juga merupakan bapa kepada aliran Legalisme. Skema beliau adalah

berdasarkan tiga prinsip yang mudah iaitu pertama keyakinan dalam keadilan undang-undang,

kedua penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan ketiga undang-undang ditulis dan

diwartakan. Idea Shang Yang amat bersesuaian dengan keadaan kucar-kacir dalam sistem

feudalism sewaktu era Negeri-negeri Berperang di China.

Reputasi Han Fei Zi berdasarkan kepada pengajaran atau ilmu daripada Shen Dao, Shen Bu

Hai dan Shang Yang. Han Fei Zi telah menerima idea Shi, Shu dan Fa dan telah

membangunkan idea-idea tersebut dan akhirnya telah menjadi satu aliran falsafah yang bijak

dan mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Bersesuaian dengan frasa di bawah ini:

Page 4: legalisme.docx

“Sebuah negeri tidak selamanya kuat dan negeri juga tidak selamanya kekal lemah. Apabila

undang-undang dilaksanakan dengan tegas, negara akan kuat. Apabila undang-undang tidak

dilaksanakan dengan baik maka negara akan menjadi lemah.”

Han Fei Zi mengekalkan hujahan tersebut bahawa pemerintahan yang baik selalunya

bergantung kepada pentadbiran undang-undang, tegas dan adil. Kod atau struktur undang-

undang harus panjang lebar dan terperinci. Hukuman menurut undang-undang harus berat.

Menurut Shang Yang:

“Hukuman yang berat bagi kesalahan yang kecil. Kesalahan yang besar jarang dilakukan

manakala kesalahan yang kecil sering berlaku. Cara atau dasar yang paling baik untuk kerajaan

adalah untuk mengetuai rakyat untuk mengelakkan apa yang mudah dan jangan melakukan

apa yang sukar. Apabila tiada kesalahan yang kecil maka tiada kesalahan yang besar akan

dilakukan. Oleh itu hukuman yang berat akan menyebabkan tiada sesiapa akan berani

melanggar undang- undang. Cara ini menghapuskan jenayah dengan hukuman.”

3. Teori Fahaman Legalisme

(1) Sifat semulajadi Manusia Dan Psikologi

Legalisme bermula dengan mengatakan bahawa sifat semulajadi manusia adalah jahat. Secara

spesifik ‘jahat’ bermakna manusia secara semulajadi adalah bersifat pentingkan diri atau selfish

dan juga anti sosial. Manusia hanya melakukan perkara yang terbaik untuk diri mereka sahaja.

Individu akan berkelakuan baik dalam sebuah masyarakat yang besar yang dapat memberikan

faedah kepada diri sendiri. Seorang pemerintah mengawal kekayaan negara dan kuasa.

Pemerintah akan menggunakan kuasa dan kekayaan untuk memanipulasi populasi negaranya

melalui “positive and negative reinforcement”. Menurut Han Fei Zi berikan ganjaran atau

‘Reward’ kepada sikap atau ‘behavior’ yang membawa faedah atau keuntungan kepada negara

atau pemerintah dan hukum atau ‘punish’ kepada sesiapa yang mengingkari. Han Fei

mengatakan bahawa ‘punishment and reward’ atau hukum dan ganjaran adalah ‘two handles’

atau dua pemegang. Pemerintah menggunakan kedua-dua pemegang tersebut untuk

mengawal kelakuan pembesar dan rakyatnya.

Page 5: legalisme.docx

Han Fei Zi menjelaskan bahawa:

“Pemerintah mengawal pembesar-pembesar dengan menggunakan dua pemegang sahaja.

Dua pemegang tersebut adalah hukuman dan sokongan (ganjaran). Apa yang saya (Han Fei

Zi) maksudkan mengenai hukuman dan sokongan (ganjaran)? Untuk melakukan kekejaman

dan menjatuhkan hukuman mati ke atas rakyat dianggap sebagai hukuman manakala untuk

memberi penghormatan dan ganjaran dianggap sebagai sokongan. Kepada sesiapa yang

menjadi pembesar harus takut akan hukuman dan mengharapkan keuntungan atau ‘profit’

melalui ganjaran. Oleh itu pemerintah yang menggunakan kaedah hukuman dan sokongan atau

memberi ganjaran, pembesar akan takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pemerintah

atau raja dan mengharap akan menerima ganjaran daripada pemerintah”.

Seperti yang kita tahu bahawa sewaktu zaman muda Han Fei dan Li Si telah berguru atau

belajar daripada Xun Zi yang merupakan seorang tokoh Konfusius yang tidak bersetuju dengan

Konfusius dan mengatakan bahawa manusia sejak dilahirkan adalah secara semulajadi jahat.

Han Fei dan Li Si bersetuju dengan pandangan Xun Zi tersebut. Namun masih terdapatnya

perbezaan di antara pandangan mereka terhadap sifat semulajadi manusia. Xun Zi mengatakan

bahawa manusia pada asalnya bersifat jahat dan ia perlu melalui proses penambahbaikan

melalui latihan yang keras. Han Fei Zi dan pengikut Legalisme yang lain tidak merasakan

bahawa sifat semulajadi jahat boleh dilatih atau ditambahbaik. Manusia mementingkan diri

sendiri dan merupakan anti-sosial dari masa ke semasa sejak dilahirkan sehingga mati, dan

sebarang untuk berubah atau merubah sifat ini adalah sia-sia dan tidak berpandu. Sebaliknya,

pemerintah sepatutnya menerima bahawa manusia secara semulajadinya adalah kekal sebagai

jahat. Sememangnya berdasarkan teori Legalis, manusia boleh melakukan apa sahaja atau

sanggup melakukan apa sahaja.

Sebagai contoh, menurut Han Fei Zi:

“Because the king of Yue admired valor, many of his subjects defied death; because King Ling

of Qu liked slim waists, his state was full of half-starved people on diets. Because Duke Huan of

Qi was jealous and loved his ladies in waiting, Shudiao castrated himself in order to be put in

charge of the harem; because the duke was fond of unusual food, Yiya steamed his son's

head and offered it to the duke”.

Page 6: legalisme.docx

(2) Undang-Undang Dan Kerajaan

Sewaktu era Negeri-Negeri Berperang di China, keadaan sosial negara sangat teruk dan

berada dalam keadaan kucar-kacir. Pembesar feudal telah mengamalkan kuasa politik seolah-

olah mereka adalah pemerintah atau raja sesebuah kerajaan. Oleh kerana itu pembesar feudal

mempunyai hak atau kuasa untuk menghukum penjenayah serta mempunyai hak untuk

memberikan ganjaran dan hukuman (reward and punishment doctrine). Idea Han Fei dalam

menyelamatkan negerinya iaitu Han adalah melalui pemusatan kuasa politik kepada pemerintah

atau raja. Oleh itu Han Fei telah membangkitkan tiga dasar penting iaitu autoriti, seni dan

undang-undang. Ini bermakna seorang Maharaja atau pemerintah mempunyai autoriti.

Pemerintah sepatutnya memusatkan kuasa politik dengan menggunakan kuasa autoriti,

seni dalaman dan menggunakan undang-undang. Han Fei menambah dua perkara lagi di mana

beliau menasihati pemerintah untuk mengamalkannya. Dua perkara tersebut adalah ganjaran

dan hukuman(Reward and Punishment).

Undang-undang atau Law (fa 法 ) merupakan sebuah mekanisme di mana pemerintah

harus menggunakan dua pemegang sebagai kelebihan buat pemerintah sesebuah negara.

Rakyat wujud untuk berkhidmat dan mengukuhkan negara. Pemerintah pula harus mewujudkan

satu sistem undang-undang yang komprehensif di mana memberikan ganjaran kepada semua

rakyat yang menjaga kelakuan dan memberi manfaat kepada negara dan menghukum kepada

kelakuan atau tingkah laku rakyat yang melemahkan negara. Pemerintah sepatutnya membina

sebuah undang-undang di mana rakyat terutamanya pembesar atau menteri mempunyai

insentif untuk melakukan tinjauan terhadap rakan sekerjanya. Tambah pula, kerajaan

seharusnya melaksanakan undang-undang dengan 100 peratus tanpa sebarang pengecualian.

Undang-undang dan kuasa untuk melaksanakan bukan satu “authoritative humanity atau moral

authority” namun ia sebenarnya adalah untuk mengharmonikan masyarakat dan mewujudkan

sebuah negara yang kuat. Pemerintah tidak mampu untuk mengawal pelbagai hal ehwal serta

masalah negara oleh itu sistem undang-undang bertujuan untuk meluaskan kuasa dan autoriti

pemerintah supaya dapat mengawal rakyat dengan lebih berkesan dengan mengenakan

undang-undang.

Han Fei Zi menjelaskan:

Page 7: legalisme.docx

“Stretch the plumb line, and crooked wood can be planed straight; apply the level, and

bumps and hollows can be shaved away; balance the scales, and heavy and light can be

adjusted; get out the measuring jars, and discrepancies of quantity can be corrected. In the

same way one should use laws to govern the state, disposing of all matters on their basis

alone”.

Menurut Han Fei Zi, Shi membolehkan sesebuah kerajaan melaksanakan udang-undang yang

tegas. Tanpa Shi, Raja atau pemerintah akan menjadi tidak terdaya atau lemah dan

dianggap sebagai “binatang atau haiwan tanpa taring dan kuku tajamnya”.