ldp headcount

5
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN: PENGURUSAN HEADCOUNT SMA JAWAHIR AL ULUM 2014 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk: i. Mendapatkan kerjasama daripada pihak sekolah-sekolah menengah agama di Batu Pahat. ii. Mendapatkan kerjasama daripada pihak PPD Batu Pahat. 2.0 PENGENALAN Headcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bagi murid di sekolah menengah. Definisi lain ialah "Proses mengenal pasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya" (Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003) 3.0 MATLAMAT Matlamat utama Pengurusan Headcount ini diadakan bagi memberi pegetahuan dan pendedahan kepada warga pendidik sekolah tentang: Melihat keupayaan sedia ada setiap murid; Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap; Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat;

Upload: kabus-cella

Post on 19-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LDP Headcount

TRANSCRIPT

Page 1: LDP Headcount

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN: PENGURUSAN HEADCOUNT

SMA JAWAHIR AL ULUM

2014

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk:

i. Mendapatkan kerjasama daripada pihak sekolah-sekolah menengah

agama di Batu Pahat.

ii. Mendapatkan kerjasama daripada pihak PPD Batu Pahat.

2.0 PENGENALAN

Headcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid mulai

tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bagi murid di sekolah menengah.

Definisi lain ialah "Proses mengenal pasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan

ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan

menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya"

(Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003)

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama Pengurusan Headcount ini diadakan bagi memberi pegetahuan dan

pendedahan kepada warga pendidik sekolah tentang:

Melihat keupayaan sedia ada setiap murid;

Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap;

Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid

berasaskan diagnosis yang tepat;

Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif;

Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar, GPK, guru

kelas, dan guru mata pelajaran secara sistematik;

Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Page 2: LDP Headcount

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyatakan kepantingan headcount dalam mengesan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Menjelaskan penggunaan boring-borang, rekod, dan maklumat pencapaian

murid yang penting dalam melihat perkembangan pelajar.

4.3 Menentukan TOV.

4.4 Membuat perkiraan ETR dan OTI.

4.5 Menyampaikan modus operandi pelaksanaan HC.

4.6 Melaksanakan post-morterm untuk tujuan pemulihan, pengukuhan, dan

pengayaan.

5.0 SASARAN

BIL. SEKOLAH JULMAH PESERTA

1. SMA Jawahir Al-Ulum 32

2. SMA Parit Sulong

3. SMA Attarbiyah

4. SMA Parit Raja

JUMLAH

6.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

SMA Attarbiyah, SMA Jawahir Al-Ulum, SMA Parit Sulong, SMA Parit Raja

7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh: 16 Jun 2014

Masa: 2.00 pm – 5.00 pm

Tempat: Dewan Pejabat Pendidikan Agama Daerah (PPAD) Batu Pahat

8.0 TANTATIF PROGRAM

Masa Pengisian

1.45 petang Pendaftaran Peserta

2.00 petang Pengurusan Headcount

4.45 petang Penutup

5.00 petang Jamuan dan bersurai

Page 3: LDP Headcount

9.0 PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Latihan Dalam Perkhidmatan: Pengurusan Headcount

Pengerusi : Ustaz Salihin bin Mohd Salih

Pengetua SMA Jawahir Al-Ulum

Tim. Pengerusi : Ustazah Norailin binti Soldi

PK 1

Naib Pengerusi 1 : Ustazah Radiah binti Jailani

PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 2 : Ustaz Abdul Syukor bin Kirmon

PK Koko

Setiausaha : En. Nor Azman bin Mat Tayab

Bendahari : Ustaz Mohammad Thaariq bin Rahmat

AJK Pengacara Majlis

Pn. Norliza binti Nasuka

AJK Jamuan

Cik Norul Atika binti Mustafa

Cik Nurul Aifaa binti Mohd Hassan

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Minuman Ringan Kuih Muih (RM 1.00 x 33 orang) = RM 33.00

Jamuan (RM 5.00 x 33 orang) = RM 165.00

Cenderahati Penceramah (RM50.00 x 1 barang) = RM 50.00

JUMLAH = RM 248.00

Sumber Kewangan SuWA JPS JUMLAH = RM 248.00

11.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah peningkatan mutu kerja guru

dalam melaksanakan tugas mendidik. Selain itu, secara tidak langsung menambahkan

pegetahuan dan kemahiran guru-guru dalam merancang kecemerlangan akademik anak

didiknya. Kemahiran dan pegetahuan yang diperolehi oleh peserta diharap dapat

diaplikasikan dalam tugas seharian sebagai seorang warga pendidik.

Page 4: LDP Headcount

Disediakan oleh:

……………………………….....

(En. Nor Azman bin Mat Tayab)

S/U Pengurusan Perkembangan Staf,

SMA Agama Jawahir Al-Ulum

Disokong oleh:

…………………………....

(Puan Norailin binti Soldi)

Penolong Kanan 1,

SMA Jawahir Al-Ulum

Permohonan diluluskan oleh:

……………………………….

(Ustaz Salihin bin Mohd Salih)

Pengetua,

SMA Jawahir Al-Ulum