lawatan rasmi yab menteri besar ke utc pasir … · majlis doa selamat di utc pasir gudang....

16
www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera AMANAT YANG DIPERTUA BAGI TAHUN 2018 M/s 5 M/s 3 LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR GUDANG

Upload: dinhlien

Post on 13-Mar-2019

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGJANUARI 2018

2017

BERITABERITA

PASIR GUDANG

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

AMANAT YANG DIPERTUABAGI TAHUN2018

M/s 5

M/s 3

LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR

KE UTC PASIR GUDANG

Page 2: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2018

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

Satu saja ungkapan yang dapat saya gambarkan iaitu syukur Alhamdulillah

ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada bulan Februari di edisi Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita semakin bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini. Bagi bulan kedua 2018 ini, kita dapat menyaksikan sekali lagi penganjuran festival yang merupakan acara tahunan di Pasir Gudang, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-23. Dengan membawakan tema ‘Enhancing World Community’, penganjuran festival edisi kali ini, telah mengetengahkan penganjuran 24 zon di bawah Pasir Gudang bagi menyertai acara yang diadakan. Antaranya Pertandingan layang-layang bercahaya pada malam perasmian festival. Bagi tahun ini juga, terdapat tambahan 2 buah negara menyertai festival ini iaitu Norway dan Finland yang menjadikan sebanyak 45 buah negara. Sebanyak 1135 jumlah peserta bagi 7 jenis penyertaan telah dicatatkan. Selain itu, bagi memantapkan kredibiliti MPPG sebagai sebuah PBT yang komited dan telus dalam menjalani tugas sebagai penjawat awam, satu program Gerakan Revolusi Anti Rasuah telah diadakan. Dalam program tersebut juga, MPPG telah menerima penyerahan pelekat kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) secara rasminya menandakan sokongan yang padu dalam operasi membanteras pemberi dan penerima rasuah. Selain itu, bagi memperindahkan lagi taman-taman di kawasan Pasir Gudang, MPPG telah menganjurkan kursus Penyelenggaraan landskap khusus dalam Pengurusan Cantasan dan Keselamatan Tapak di bawah Jabatan Landskap. Antara objektif penganjurannya ialah bagi mempertingkatkan pengetahuan serta memperbetulkan persepsi umum tentang cara dan amalan terbaik bagi kerja-kerja cantasan dan meningkatkan nilai pokok serta aspek pengurusan aset hidup khususnya di kawasan Pasir Gudang.

Manakala dalam aktiviti sukan pula, Unit Sukan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Kejohanan Sukan Memanah Terbuka Pasir Gudang. Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini merupakan kerjasama antara MPPG bersama Politeknik Ibrahim Sultan dan Tenaga Nasional Berhad. 2 kategori telah dipertandingkan iaitu acara tradisional dan acara recurve. Bagi memberi keselesaan dan peluang kepada penduduk Pasir Gudang untuk memiliki kediaman sendiri, satu lagi majlis Pecah Tanah dibawah Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di Masai Pasir Gudang. Projek perumahan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 300 unit rumah pangsa PPR akan dibina di Masai yang disewakan kepada pemohon yang berkelayakan dengan kadar harga RM124.00 seunit. Melalui projek ini, kehendak masyarakat dapat dipenuhi khususnya di Pasir Gudang. Selain itu,bagi mempertingkatkan sistem pendidikan agar di beri keutamaan di Pasir Gudang, Program E-Learning Johor telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor di Dewan Mawar Pasir Gudang. Program anjuran Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang ini telah bekerjasama dengan pihak Kenshido dalam membangun dan menggunakan platform i-Learning Asia. Program yang berkonsepkan alam maya dan bersifat digital ini boleh diakses melalui laman sesawang dengan menggunakan kemudahan internet di mana-mana sahaja. Peruntukan yang menelan belanja berjumlah RM300,000.00 ini bakal memberi peluang kepada 25,000 pelajar Negeri Johor dengan bayaran RM1.00 sahaja yang perlu ditanggung oleh pelajar. Bagi bulan Februari juga, satu majlis Muafakat Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hj. Md Jais bin Sarday bersama MPPG telah diadakan. Dalam Majlis ini, YB Datuk telah diberi penerangan mengenai MPPG, antaranya Pengenalan MPPG, Projek yang akan

Amanat Yang Dipertua Bagi Tahun 2018.

Edisi Khas UTC Pasir Gudang :Wawancara Yang Dipertua Bersama RTM Malaysia.Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang.

Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang.Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim Elias sempena Pembukaan UTC Pasir Gudang.

Lensa Edisi Khas Pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pasir Gudang.

Lensa MPPG Januari 2018.

Sekolah Agama Bandar Seri Alam Dasar Pendidikan Agama Diberikan Keutamaan Kerajaan Negeri.Karnival Jualan Mega Muafakat & Biorosot Biokompos Johor.

Program LA21 Komuniti Taman Scientex Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W.

Walkabout: Taman Scientex 1 & Scientex 2Pembuka Tirai Program YDP TurunPadang 2018.

Walkabout: YDP Bantu Selesai MasalahSetempat di Zon Kota Masai 2 & Kota Masai 3.

Program Belia Sukan Extreme DilancarkanDi Pasir Gudang.

Yayasan Pasir Gudang - Program SepanjangJanuari 2018.

Info Terkini : Pusat Transformasi BandarPasir Gudang

3114

5

10

14

13

12

1516

8&9

6&7

dibina, Projek bagi tahun 2018, dan cadangan-cadangan pada masa akan datang. YB Datuk turut berkongsi idea dan cadangan Kerajaan Negeri bagi cadangan pembangunan di Pasir Gudang. 2 program walkabout YDP juga telah diadakan di Zon Tanjung Puteri dan Zon Taman Pasir Putih. Program yang merupakan program rutin dan melibatkan 24 zon ini merupakan satu platform bagi zon di bawah pentadbiran MPPG mendasari dana meneliti segala permasalahan dan aduan yang di salurkan melalui penegrusi zon masing-masing. Akhir kata, kepentingan hubungan masyarakat dengan kerajaan seperti MPPG perlu terus utuh dan mampu memberi perkhidmatan yang saksama dan terbaik kepada masyarakat setempat. Saya berharap dengan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada kita semua dapat memberi suntikan moral kepada semua warga kerja MPPG untuk terus komited dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan. Justeru, saya menyeru sekali lagi supaya mutu perkhidmatan dapat diperkasakan sejajar dengan pertambahan penduduk agar kawasan agar MPPG dapat bersama-sama bergerak dengan lain-lain PBT di Malaysia amnya dan khususnya di Johor.Sehingga kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETUA EDIToREncik Saipol Rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETUA EDIToRPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGARANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMBERITA- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JURUfoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut

Page 3: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

Tuan YDP menyampaikan amanatnya bagi tahun 2018.

Sesi penyampaian Laporan MBJ MPPG sesi 2016/2017kepada Tuan Yang Dipertua.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

.............................................

“Saya mahu semua warga MPPG terus komited dan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu kerja dan

perkhidmatan kepada masyarakat supaya MPPG terus mendapat kepercayaan orang awam dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat”. Begitulah ungkapan Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim semasa menyampaikan amanatnya pada awal tahun 2018 kepada hampir 450 warga kerja MPPG.

Dalam intipati amanat yang disampaikan, Tuan Yang Dipertua mengucapkan tahniah atas pencapaian MPPG sepanjang tahun 2017 dalam segala program dan aktiviti yang disertai. Selain itu, beliau turut mengingatkan warga kerja cabaran-cabaran yang bakal digalas sepanjang menempuhi tahun 2018 yang lebih mencabar. Tidak lupa, beliau turut memberi teguran dalam menggesa semua warga kerja agar sentiasa menjaga etika kerja dan disiplin serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya warga Pasir Gudang selain menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti yang merupakan budaya kerja MPPG.

Sepanjang tahun 2017, MPPG telah menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2017 ialah, Program MPPG Turun Padang/Walkabout Mengikut Zon, Perhimpunan Pagi pada setiap minggu pertama atau kedua setiap awal bulan melibatkan Ahli Majlis, Warga Kerja dan Kontraktor, Sukan Interaksi Ahli Majlis Bersama Pegawai MPPG serta lain-lain Program Kemasyarakatan, serta Pelbagai Program Yayasan Pasir Gudang bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan dan ditimpa musibah.

Antara lain cabaran-cabaran yang bakal dihadapi untuk tahun 2018 ini adalah Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015, Audit Pensijilan ISO 14001:2015, Audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh MAMPU, Audit Akauntabiliti, Audit Sistem Star Rating PBT oleh KPKT dan Penyertaan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT).

Dalam tempoh terdekat ini MPPG akan menganjurkan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-23 yang bertemakan ‘Enhancing World Community’. Di samping itu

amanatyang dipertua

bAGi tAHuN

2018

Key Performance Indicator (KPI) kepada MPPG oleh pihak Kerajaan Negeri adalah paling utama iaitu merealisasikan program-program pembangunan yang berimpak kepada masyarakat perlulah dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Selain itu, sesi memperkenalkan 27 orang warga kerja MPPG yang baru dilantik bagi Siri 1/2018 turut diadakan. Bacaan ikrar warga kerja telah diketuai oleh Encik Muhammad Hazim bin Zulkiflee dari Unit Undang-Undang. Dalam majlis yang sama, sesi penyampaian laporan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MPPG turut diadakan. Penyerahan laporan oleh Timbalan Pengerusi Pekerja MBJ MPPG, Puan Norlin binti Yusoff kepada Tuan Yang Dipertua Encik Hasrin Kamal bin Hashim telah diadakan.

Page 4: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

11 Januari 2018 bertempat di UTC Pasir Gudang, Tuan Yang

Dipertua telah diwawancara oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi berkongsi pembukaan dan pengoperasian UTC Pasir Gudang yang telah bermula pada 31 Disember 2017 yang lalu.

Menurut Tuan Yang Dipertua, UTC Pasir Gudang mampu menarik sekurang-sekurangnya 50 ribu pengunjung dalam tempoh sebulan dan telah mensasarkan lebih 650,000 pengunjung sehingga Disember 2018. 14 jabatan persekutuan, negeri, badan berkanun dan badan bukan berkanun (NGO) yang beroperasi di sini ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kebajikan dan Masyarakat (JKM) yang beroperasi di aras 2. Terdapat juga Klinik Pergigian dan Kementerian Belia dan Sukan yang terletak di Aras 1 Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Waktu operasinya bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam dan dibuka setiap hari kecuali hari pelepasan am.

Selain itu, UTC Pasir Gudang ini sangat unik dan istimewa berbanding Pusat UTC yang lain kerana menawarkan

4 BERITA PASIR GUDANG

yang dipertuaBERSAMA RTM MAlAYSIA

WAWANCARA

khidmat Kaunter Muafakat Johor yang memberi khidmat pembayaran cukai tanah, cukai harta serta bil-bil utiliti dalam satu pejabat. Menurutnya lagi, kaunter Muafakat Johor telah beroperasi beberapa bulan sebelum UTC Pasir Gudang dibuka lagi dan merupakan satu-satunya kaunter yang menawarkan perkhidmatan seperti ini dalam Negeri Johor. Selain tidak berpanas dan berhujan kerana berada di bawah satu bumbung, konsep UTC ini memudahkan pelanggan kerana tidak perlu lagi untuk ke beberapa tempat bagi menyelesaikan urusan yang pelbagai.

Menurut Yang Dipertua, fokus utama pembinaan UTC ini lagi juga dapat direalisasikan di mana ianya dapat memudahkan dan menjimatkan masa kepada penduduk yang tinggal jauh seperti di Bandar Penawar, Desaru dan Pengerang untuk tidak perlu lagi ke Bandaraya Johor Bahru bagi membuat urusan.

maJLiS dOa SeLamat DI UTC PASIR GUDANG

YDP MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim diwawancara oleh wartawan RTM Malaysia.

PUSAT TRANSfoRMASI BANDAR (UTC) PASIR GUDANGediSi KHaS

Selain itu, melalui perkhidmatan UTC ini, secara tidak langsung dapat memberi sinar baru dan warna keceriaan kepada Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang telah beroperasi selama hampir 25 tahun di sini. Kemudahan-kemudahan ini juga dapat dinikmati oleh para penyewa dan peniaga yang menjalankan perniagaan dalam satu bangunan yang sama. Melalui UTC Pasir Gudang ini, pengunjung dapat membuat urusan-urusan kerajaan di samping membeli-belah keperluan mereka dan dapat menjimatkan masa.

Tuan Yang Dipertua turut melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan siapnya UTC Pasir Gudang ini sebagaimana hasrat Kerajaan Negeri dan Persekutuan khususnya Kementerian Kewangan serta berharap pengunjung dari kalangan penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya.

Satu majlis doa selamat dan kesyukuran ringkas telah diadakan di UTC Pasir Gudang. Majlis telah dihadiri oleh

Encik Hasrin Kamal bin Hasim, Yang Dipertua MPPG, Encik Saipol Rahman bin Hj Amat, Setiausaha MPPG, warga kerja MPPG serta pegawai dan kakitangan Jabatan/agensi UTC Pasir Gudang. Bacaan doa telah dipimpin oleh Encik Azrai bin Mahmood, dari Biro Agama Kelab Sukan & Kebajikan MPPG.

Page 5: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

Pusat Transformasi Negara (UTC) Pasir Gudang yang telah mula beroperasi pada 31 Disember 2017 yang

lalu merupakan Pusat sehenti di bawah satu bumbung yang menempatkan 14 jabatan persekutuan, negeri, badan berkanun dan badan bukan berkanun (NGO) ini dibuka setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan lawatan pada 21 Januari yang lalu bagi meninjau perkembangan dan operasi pusat UTC ini. Hadir dalam lawatan ini bersama YAB Menteri Besar, YB Dato’ Hjh. Normala binti Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang, YBhg. Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Pengarah Unit Strategik Nasional Kementerian Kewangan Malaysia, Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Ahli-Ahli Majlis MPPG serta ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan yang beroperasi di UTC Pasir Gudang ini.

Dalam sesi sidang media yang diadakan, YAB Menteri Besar menjelaskan pembinaan Pusat UTC ini adalah bagi menampung keperluan dan hasrat rakyat yang memerlukan perkhidmatan kerajaan yang lebih efisien dan cekap. Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan yang hanya mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan memperlihatkan kerajaan begitu komited dalam memenuhi kehendak dan hasrat rakyat. Jelas beliau, ia merupakan satu kemudahan yang benar-benar diinginkan oleh rakyat dan masyarakat. Melalui perkhidmatan UTC ini, masyarakat tidak perlu menempuh lagi kesesakan untuk ke Bandaraya Johor Bahru dan tidak perlu mengambil masa perjalanan yang lama. Sejajar dengan pembukaan UTC ini, ia juga merupakan satu lambang dan tahap perkhidmatan yang di sediakan Kerajaan Pusat kepada rakyat. Beliau turut menegaskan, perkhidmatan seperti ini, tidak pernah ada di

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

walkaboutYAB MENTERI BESAR JOHOR KE UTC PASIR GUDANG

YAB Menteri Besar, mencuba sukan memanah ‘indoor’ yang disediakan di bawah pengurusan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Youth Centre.

YAB Menteri Besar bergambar bersama barisan VIP turut sama dalam lawatan ini.

Satu program ceramah perdana telah diadakan bersempena dengan pembukaan UTC Pasir Gudang.

Ceramah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ustaz Kazim bin Elias yang bertemakan tajuk “Kelestarian Ummah Pemangkin Kesejahteraan Pasir Gudang”.

Hadir sama dalam majlis ini, ADUN Tiram YB Datuk Maulizan bin Bujang, Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Ahli-Ahli Majlis MPPG serta ketua-ketua jabatan. Hampir 3000 hadir mendengar ceramah yang telah disampaikan.

CeramaH perdana datuK uStaZ KaZim eLiaSSEMPENA PEMBUKAAN UTC PASIR GUDANG

mana-mana negara yang lain, di mana perkhidmatan kerajaan dipusatkan dalam satu bangunan dan beroperasi 7 hari seminggu dan sangat bersifat pro-rakyat. Tambahan pula didapati sebagai proses kerja perkhidmatan kerajaan lebih cekap di bawah perkhidmatan UTC ini, antaranya proses penyediaan passport yang hanya mengambil masa 2 jam dan penyediaan kad pengenalan yang hanya mengambil masa kurang sehari.

Pasir Gudang merupakan kawasan pembangunan yang strategik, selain menjadi kawasan perindustrian, kedudukan Pasir Gudang yang berdekatan dengan Desaru dan boleh dihubungkan melalui lebuhraya Senai-Desaru E22 menjadi salah satu faktor ia dipilih bagi mewujudkan Pusat Transformasi Bandar ini. Beliau menganggarkan sehingga 50,000 orang sebulan yang akan mengunjungi pusat UTC ini bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dan berharap rakyat dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan sebaiknya.

Page 6: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

BERITA PASIR GUDANG6

PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC)PASIR GUDANG

PEMBUKAAN

Page 7: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

Page 8: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

BERITA PASIR GUDANG8

januari2018

Local Agenda 21 MAJLIS PERASMIAN DAN SERAHANHENTIAN BAS TAMAN MAWAR PASIR GUDANG

Tuan Yang Dipertua bersama En. Cheong Peng Khuan Senior Vice President Lotte Chemical Titan Sdn. Bhd.

merasmikan Perhentian Bas Taman Mawar.

YAB Menteri Besar memukul periuk tanah liat sebagai simbolik upacara pesta Ponggal yang diadakan.

PROGRAM MESRA INDUSTRI SESI 2 2017

PESTA PONGGAL MUAFAKAT PASIR GUDANG 2018

PROGRAM LA21 GOTONG-ROYONG ZON SCIENTEX

Gotong-royong dijalankan dengan kerjasama SWM Environment bersama JKZ penduduk masing-masing.

Page 9: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

Peserta taklimat berpeluang memberimakan buaya.

TAKLIMAT PELANCONGAN PENDIDIKAN KENALI BUAYA BERSAMA PERSATUAN SOHORT UMT

MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN DEWAN TERBUKA TAMAN FLORA HEIGHT

Yang Dipertua menyelenggara jentera sebagai simbolik tanda pecah tanah bagi pembinaan sebuah Dewan

Terbuka Taman Flora Height.

Peserta bergambar beramai-ramai sebelum bersurai.

YB Dato’ Hjh Normala bersama rombongan pegawai-pegawai mengenalpasti punca dan tindakan

segera yang perlu diambil oleh jabatan bagi isu penyelenggaraan jalan.

PROGRAM LAWATAN YB DATO’HJH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD, AHLI PARLIMEN PASIR GUDANG KE JALAN PEKELILING DAN TANJUNG LANGSAT BERSAMA KETUA JABATAN DAN AGENSI TEKNIKAL

Page 10: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) melalui anak syarikatnya KPRJ Builders Sdn. Bhd. (KBSB) telah

mengadakan Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ) Fasa 5 bagi SAKJ Bandar Seri Alam 2, Pasir Gudang yang diadakan di Masjid Al-Falah Seri Alam dan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Permas.

SAKJ Bandar Seri Alam 2 merupakan salah satu daripada 30 buah SAKJ Fasa 5 yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri kepada KPRJ selaku kontraktor utama kerajaan negeri untuk membina dan menyiapkan SAKJ Fasa 5 diseluruh Negeri Johor.

Sekolah tersebut dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2.30 ekar dan mempunyai 3 tingkat bangunan yang terdiri daripada 22 buah bilik darjah, 2 bilik darjah interaktif untuk Tadika Islam Johor (TAJ). Selain daripada itu, terdapat juga sebuah bilik kebal bagi tujuan penyimpanan kertas soalan peperiksaan dan dokumen-dokumen penting bagi penyimpanan sekolah-sekolah Agama di bawah Pejabat Pendidikan Agama Daerah.

BERITA PASIR GUDANG10

Beberapa keistimewaan yang ada pada projek Sekolah Agama Fasa 5 ini adalah reka bentuknya yang lebih moden dan selesa. Di antara kelengkapan yang dibina dan diperbaharui adalah dewan terbuka, dewan peperiksaan, bilik pusat sumber, bilik mesyuarat, kantin dengan tempat kana guru yang berasingan, bilik guru, bilik Guru Besar dan ruang pentadbiran yang lebih kondusif.

Kerajaan Negeri Johor melalui KPRJ begitu komited untuk memastikan guru-guru dan murid-murid di sekolah ini terus menikmati suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa seterusnya menyumbang ke arah kejayan dan kecemerlangan dalam pendidikan Agama Islam. Malah ini juga adalah hasrat YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin untuk terus mendukung aspirasi rakyat Johor seterusnya menaiktaraf kemudahan serta mutu SAKJ yang akhirnya mampu merealisasikan konsep Johor Berkemajuan. Usaha ini membuktikan bahawa pendidikan sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan Negeri demi membangun modal insan kelas pertama kepada generasi hari ini dan masa hadapan khususnya di Johor dan amnya di Malaysia.

YAB Dato’ Menteri Besar melihat replika model sekolah SAKJ Bandar Seri Alam 2 yang bakal dibina.

DASAR PENDIDIKAN AGAMADIBERIKAN KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI

SeKOLaH agamaBandar Seri aLam

Pasir Gudang sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai apabila Karnival Jualan Mega Muafakat dan

Biorosot Biokompos Johor berlangsung dengan meriahnya menawarkan harga yang berpatutan pada barangan keperluan pengguna. Selain itu, para pengunjung juga didedahkan dengan pengetahuan untuk mengitar semula barang-barang

KARNIVAL JUALANMEGA MUAFAKAT& BIOROSOT BIOKOMPOS JOHOR

keperluan harian dan dapat mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar.

Karnival yang diadakan oleh Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (JBiotech) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kerajaan Negeri Johor berlangsung dengan jayanya di perkarangan Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Lebih 15,000 pengunjung telah hadir sambil membeli-belah dan menyaksikan pameran yang diadakan selama 3 hari ianya berlangsung.

YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin telah meluangkan masa merasmikan Karnival Jualan Mega ini dan melawat beberapa buah gerai yang menyertai karnival ini. Beliau turut melancarkan beberapa pelancaran di bawah inisiatif anak syarikat J-Biotech iaitu J-Bio Ecogreen Sdn Bhd, pelancaran Laman Sesawang Inisiatif Biorosot dan Biokompos Negeri Johor (BBJ) iaitu sebuah laman sesawang yang diwujudkan untuk memudahkan orang ramai mengetahui dan memahami dasar kelestarian Negeri Johor dan Agenda Johor Lestari di bawah Inisiatif BBJ berkenaan.

Page 11: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

1 1MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Hari menyambut kelahiran dan memperingati junjungan rasul, Nabi Muhammad S.A.W. di sambut oleh segenap

lapisan masyarakat di Zon Scientex 1 telah di adakan di Surau Darussalam Taman Scientex. Bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul, satu ceramah mengisahkan perjuangan Rasullullah S.A.W. telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam supaya dapat mencontohi akhlak dan budi pekerti Baginda.

Program NBOS ini merupakan anjuran Jawatankuasa JKZ Scientex dan JPP Scientex ini turut mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya, jawatankuasa Surau Darussalam, Sek. Agama Taman Scientex, Sek. Keb. Taman Scientex, Darussalam Prihatin, Khairat Kematian Darussalam, KRT Amanpuri, KRT Aster, KRT Iris, UMNO Cawangan Amanpuri, MPPG, SWM Environment Sdn.Bhd.

Sambutan Maulidur Rasul telah dimulakan seawal jam 6.00 petang, dengan bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat seterusnya solat Maghrib berjemaah diadakan. Sebaik sahaja solat Isyak selesai diadakan, pengisian berbentuk kerohanian telah diadakan yang disampaikan oleh juara Pencetus Ummah (PU) 2015, Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak. Antara pengajaran yang boleh dipelajari melalui ceramah beliau ialah tentang sejarah hidup Rasullullah S.A.W. yang menegakkan ajaran Islam dan beberapa sifat-sifat terpuji baginda S.A.W. yang wajar dicontohi oleh umat Islam tidak kira semua golongan.

Semoga program ini dapat dianjurkan pada masa akan datang kerana mampu memberikan nilai-nilai positif, terutama dari aspek rohani dan kita mampu membentuk akhlak diri menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

bERSELAWAt KE AtASRASULLULLAH S.A.W.

PRoGRAM lA21KoMUNITI TAMAN SCIENTEX

Pengunjung khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh PU Syed.

Selain itu ianya memudahkan orang ramai untuk membeli produk-produk biorosot dan biokompos berkenaan melalui atas talian dengan harga berpatutan dan jaminan kesahihan produk berkenaan (online purchasing). Laman sesawang tersebut membantu para pembeli dan pengguna dapat mengenalpasti senarai pengeluar, pembekal dan agen daerah yang telah berdaftar secara sah di bawah J-Biotech serta senarai produk yang ditawarkan dan pendaftaran sebagai pengeluar dan pembekal produk yang berdaftar boleh dilakukan secara online.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Menteri Besar Johor, menzahirkan sifat Kerajaan Negeri yang terkenal dengan sikap pro-rakyatnya. Menerusi program ini, membolehkan ia dijadikan sebagai satu ‘signature event’ oleh jabatan dan agensi yang terlibat. Seterusnya ianya akan mewujudkan sinergi permuafakatan. Beliau juga tidak menafikan Negeri Johor mempunyai pelbagai produk tempatan yang berkualti dan dihasilkan oleh penduduk tempatan sendiri yang boleh diketengahkan dan dikomersialkan. Melalui karnival ini juga, masyarakat dapat memperoleh maklumat dan pengetahuan biorosot dan mampu memberi kesedaran kepada alam sekitar. Kempen ini juga akan berlangsung selama setahun bagi

memberi kesedaran kepada pengguna dan peniaga. Jelas beliau lagi, pendekatan penguatkuasaan akan dijalankan selepas tempoh setahun dan kompaun akan dikenakan. Tindakan ini wajar bagi melindungi alam sekitar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program ini berlangsung, antaranya, Cabutan Bertuah, Persembahan Artis, Larian Fun Run, Pameran dan Jualan Potongan Harga Barangan sehingga 50 peratus dan pelbagai lagi. Hampir 30 buah gerai menjual pelbagai produk berjenama tempatan yang menawarkan harga yang menarik dan berpatutan serta terus dari kilang.

Hadir sama dalam program ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, YB Datuk Tee Siew Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Azmi bin Rohani, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Tuan Haji A.Rahim bin Nin, Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad, dan Tuan Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

Page 12: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

Dalam merealisasikan Pasir Gudang menjadi sebuah Bandar yang sejahtera dan tersohor, pastinya masalah-masalah dan penambahbaikan dalam segala aspek dititiberatkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran MPPG. Justeru, program

Walkabout ini merupakan satu platform positif untuk dijadikan medium bagi mengutarakan sebarang aduan, cadangan atau penambahbaikan yang disalurkan melalui pengerusi zon yang dilantik. Zon Scientex 1 dan Scientex 2 menjadi zon pertama yang menganjurkan program ini bagi tahun baru 2018.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Zon Scientex 1, Encik Ong Kong Hong dan seterusnya penerangan oleh Encik Leong Yew Seng, Pengerusi Zon Scientex 2. Walkabout dimulakan dengan melawat Persekitaran Scientex 1 terlebih dahulu yang melibatkan Persiaran Scientex 1, Jalan Kenari Utama, Sekolah Agama Taman Scientex, Jalan Pelanduk 6 serta Jalan Besar Lot Kedai Kenari. Seterusnya, Yang Dipertua bersama rombongan meninjau kawasan Zon Scientex 2. Antara lokasi yang dilawati ialah, Jalan Merbah, Jalan Merak, Jalan Kelisa, Jalan Rusa dan Jalan Kijang.

Menurut Puan Hanesah Alias dari JKZ Scientex 1 “Walkabout YDP ini dapat membantu mengenalpasti masalah-masalah yang timbul di Zon Scientex 1 seperti kesesakan jalan raya di kawasan-kawasan tertentu”.

Berikut adalah permasalahan yang diajukan dan perlu penambahbaikan dari MPPG :

BERITA PASIR GUDANG1 2

Permohonan Railing sepanjang parit/ longkang besar di Zon Casuarina

merupakan satu isu keselamatan yang dibawa oleh Zon Scientex 2.

Yang dipertua dibawa melawat isu kawasan parkir di Sekolah Rendah dan

Menengah Taman Scientex.

Barisan Ahli Jawatankuasa Zon Scientex 1 dan Scientex 2 bergambar bersama Tuan Yang Dipertua sebelum memulakan sesi

lawatan tapak.

LOKASI ISU CADANGAN

Jalan Merpati Jalan yang berbukit dan merbahaya kepada penduduk taman.

Pembinaan bonggol

Jalan Merpati Tanah kosong Di Jalan Merpati 3.

Pembinaan sebuah gelanggang serbaguna

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Taman Scientex

Tiada kawasan menunggu/parkir kenderaan ibu bapa menyebabkan jalan sesak.

Permohonan kawasan parkir untuk masyarakat

LOKASI ISU CADANGAN

Zon Aster Tiada tempat berteduh sekiranya hujan di sepanjang jalan Merbah dan Merak .

Membina pondok menunggu bas bagi tempat menunggu bas dan van

sekolah.

Zon Cassia Hasil daripada kerja-kerja penggalian longkang dan penurapan tar di belakang kedai Jalan Kelisa 1 telah mengakibatkan ruang kosong/lubang di jalan belakang.

Kerja penurapan tidak rata.

Kawasan yang lompang dan berlubang perlu ditimbus.

Penurapan tar yang dibuat perlu lebih teratur.

Zon Casuarina Longkang besar yang mengundang bahaya kerana kanak-kanak mudah memasuki kawasan untuk bermain di sekitar kawasan parit.

Pemasangan ‘signboard’ larangan memasuki parit, ‘Railing’ sepanjang parit dan pemasangan jaring sebelum kawasan parit besar.

WALKABOUT:TAMAN SCIENTEX 1 & SCIENTEX 2 PEMBUKA TIRAI PROGRAM YDP TURUN PADANG 2018

Zon Scientex 1

Zon Scientex 2

Page 13: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

Walkabout YDP MPPG yang diadakan di Zon Kota Masai 2 & Kota Masai 3 membantu pentadbiran MPPG ini untuk mengenalpasti dan seterusnya menyelesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh penduduk di zon terbabit. Program

dimulakan di Dewan Taman Kota Masai dengan ucapan dan taklimat oleh kedua-dua pengerusi zon, Tuan Haji Herman bin Irmadi selaku Pengerusi Zon Kota Masai 2 dan Cik Teow Chiau Ling selaku Pengerusi Zon bagi Zon Kota Masai 3.

Selanjutnya, Tuan Yang Dipertua bersama Ketua Zon masing-masing berserta Ahli Jawatankuasa Zon dan Ketua-Ketua Jabatan MPPG telah dibawa melawat kawasan dan tapak aduan yang diajukan. Antara kawasan yang dilawati di Zon Kota Masai 2 ialah kawasan lapang Jalan Nenas, Tapak Futsal Jalan Mangga 18, Kawasan Tanah Lapang di Pulasan 39 dan Jalan Tembikai 17. Manakala bagi Zon Kota Masai 3 pula, antara lokasi yang dilawati ialah Balairaya Jalan Delima 10, Surau Al-Ikhsan Jalan Delima 10, Balairaya Jalan Cermai 16, dan Surau Raudatul Jannah Jalan Cermai 12.

Senarai penambahbaikkan mengikut zon masing-masing :

Zon Kota Masai 2

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

YDP bergambar bersama JKZ Zon Kota Masai 3 sebelum sesisite visit dijalankan.

YDP bergambar bersama JKZ Zon Kota Masai 2 sebelum sesisite visit dijalankan.

LOKASI ISU CADANGAN

Jalan Nenas Kawasan Lapang yang tidak digunakan

Membina dataran kejat.

Jalan Mangga 18 Tapak gelanggang futsal Membina satu gelanggang futsal berbumbung

Jalan Tembikai 17 Kawasan yang padat dengan penduduk memerlukan dewan terbuka yang berbumbung

Permohonan dewan terbuka yang berbumbung kepada MPPG

Kawasan Lapang Jalan Pulasan 39

Kawasan gelap pada waktu malam dan berisiko menjadi tempat kegiatan tidak sihat

Permohonan pemasangan lampu limpah

LOKASI ISU CADANGAN

Surau Al-IkhsanJalan Delima 10

Lantai basah apabila hujan Memasang awning bagi mengatasilimpahan air hujan

Surau Al-Ikhsan Jalan Delima 10 & Surau Nur

Iman Jalan Kuini 3

Tiada papan tanda Permohonan memasang papantanda nama surau

Balairaya Jalan Cermai 16

Tiada tempat parkir kereta Memohon membuat parkir kereta di depan balai raya jalan cermai 16

WALKABOUT:YDP BANTU SELESAI MASALAH SETEMPAT DI ZON KOTA MASAI 2 &KOTA MASAI 3

Zon Kota Masai 3

Page 14: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

BERITA PASIR GUDANG14

prOgram BeLia SuKan

DILANCARKAN DI PASIR GUDANGEXTREME

Sukan ekstrem yang dahulunya dipandang sepi dikalangan anak-anak muda sekitar Pasir Gudang kini diminati ramai terutamanya golongan muda. Apa tidaknya, dengan adanya laman ekstrem bernilai RM 4.8 Juta yang telah dibina oleh MPPG baru-baru ini

mampu melahirkan pelapor-pelapor sukan ekstrem seperti mana sukan lain yang menjadi kegilaan ramai anak muda.

Program anjuran Persatuan Sukan Ekstrem Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Bandaraya MBJB dan badan bukan kerajaan (NGO) ini telah mengumpulkan pemain-pemain papan seluncur (skateboard) di sekitar Daerah Johor Bahru khususnya dari Pasir Gudang ini.

Bagi memastikan belia-belia rasa dihargai, YAB Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Program Belia Sukan Ekstrem ini. Turut hadir dalam program ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad, Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Ketua Program Belia Ekstrem Johor 2018, Encik Mohd Amsyar bin Ghazali dan Pengerusi Yayasan Al Ummah, Dr Hj Taib bin Mohd.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Menteri Besar mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Sukan Ekstrem Johor kerana berjaya menganjurkan progam seperti ini. Laman Ekstrem yang baru dibina di Pasir Gudang ini merupakan cetusan idea dan cadangan dari golongan belia sendiri. Selain itu, pihak PBT juga memainkan peranan apabila memenuhi kehendak para belia dengan menganjur dan mengadakan kemudahan bagi masyarakat belia seperti gelanggang futsal, padang, dan laman ekstrem ini.

“Keseluruhan laman ekstrem ini hampir siap, dan boleh dimanfaatkan melalui program yang diadakan pada hari ini. Golongan belia merupakan kompenan utama dan terpenting dalam masyarakat di Pasir Gudang, maka suara hati golongan ini sentiasa mendapat perhatian kepimpinan masyarakat akan keperluan mereka. Golongan ini juga perlu diberi perhatian dalam membangun dan mengisi masa lapang mereka, kerana dikhuatiri mereka akan terjebak dengan gejala dan budaya negatif. Sebagai contoh di MPPG ini, Kerajaan dan PBT perlu sentiasa memikirkan program atau aktiviti yang memberi manfaat kepada golongan belia, khususnya dalam aspek pendidikan, keusahawanan, sukan, kemahiran perniagaan dan sebagainya.” Jelas YAB Menteri Besar Johor dalam ucapan perasmian beliau.

Perkara yang perlu ditekankan juga, golongan belia perlu raikan diri mereka sebagai golongan muda. Raikan masa muda mereka dan jangan bazirkan masa muda yang ada. Katanya lagi. Mereka perlu Ingat dan sedar bahawa mereka yang menentukan hidup dan masa depan mereka untuk menjadi lebih bermakna. Jika ia dapat dijadikan amalan dan budaya, pastinya ia akan dapat mencorak masa depan yang lebih baik cerah, bermakna dan cemerlang untuk mereka. Ia juga perlulah bersifat inklusif dan seimbang.

Seorang peminat sukan papan selaju yang ditemui, Nuredy, menyatakan “Dengan adanya laman ekstrem ini, saya boleh berlatih dengan lebih giat lagi supaya kemahiran menggunakan papan selaju dapat digunakan sebaiknya. Antara nikmat berluncur menggunakan papan selaju ini, ialah kita dikehendaki fokus untuk mengemudi papan selaju supaya tidak terjatuh dan dapat mengawal kelajuan yang kita kehendaki supaya tidak tercedera.”

YAB Dato’ Menteri Besar,melancarkan Program Belia

Sukan Ekstrem yang dianjurkan.

Page 15: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

6 JANUARI 2018

20 JANUARI 2018

27 JANUARI 2018

11 JANUARI 2018

13 JANUARI 2018

Nama Program : Program Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018Masa : 9.00 Pagitempat : Dewan Serbaguna taman ScientexSenarai ViP : 1) YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang 2) Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang 3) Yb Datuk Hj Maulizan bin bujang ADuN tiram merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang 4) Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG merangkap timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 800 orang pelajarbutiran : i. Majlis disempurnakan oleh YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri besar Johor merangkap Pengerusi YPG. ii. Seramai 800 orang pelajar yang bersekolah di Pasir Gudang telah menerima manfaat ini iaitu separuh daripada jumlah tambang mereka akan diberi subsidi. iii. Penerima adalah daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan bertujuan meringankan beban keluarga untuk membayar pengangkutan anak-anak ke sekolah.

Nama Program : Kunjungan Prihatin Menteri Besar JohorMasa : 9.00 Pagitempat : Flat taman Cendana & taman Nusa Damai, Pasir GudangSenarai ViP : 1) YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 3 Keluargabutiran : i. Sumbangan telah disampaikan oleh YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Penerima telah mendapat sumbangan daripada segi wang tunai dan barang keperluan asas. iii. Ziarah bertujuan untuk melawat dan memberi sumbangan kepada keluarga yang memerlukan bantuan.

Nama Program : Program Free MarketMasa : 9.30 Pagitempat : Perkarangan blok 10 & 11 Flat LPJ, taman Air biruSenarai ViP : 1) Encik Ed baela bin Muhalajah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang 2) tuan Haji A. Rahim bin A. Latiff Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir GudangPeserta/ Penerima : 300 Orang Pesertabutiran : i. Majlis telah dihadiri oleh Encik Ed baela bin Muhalajah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang dan tuan Hj A.Rahim bin A. Latiff, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang. ii. Seramai 300 orang peserta bersama-sama menjayakan program ini. iii. Program free market ialah satu program di mana masyarakat setempat berpeluang untuk mengambil barangan keperluan asas secara percuma di tempat yang telah disediakan. iv. Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memberikan barangan keperluan asas secara percuma.

Nama Program : Program Penyerahan Cermin Mata PercumaMasa : 8.00 Malamtempat : Dewan Serbaguna taman MawarSenarai ViP : 1) Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir GudangPeserta/ Penerima : 500 orang penerimabutiran : i. Disempurnakan oleh Yb Hjh Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. ii. Program ini kerjasama antara Yayasan Pasir Gudang bersama toms Optical. Seramai 500 orang penerima sekitar Pasir Gudang telah menerima bantuan ini. iii. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang kurang mampu untuk membeli cermin mata.

Nama Program : Program free Market & Health ScreeningMasa : 8.30 Pagitempat : blok J Flat tasek 64, bandar Seri AlamSenarai ViP : 1) YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang 2) Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG merangkap timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 500 orang pesertabutiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri besar Johor merangkap Pengerusi YPG. ii. Seramai 500 orang peserta bersama-sama menjayakan program ini. iii. Program free market ialah satu program di mana masyarakat setempat berpeluang untuk mengambil barangan keperluan asas secara percuma di tempat yang telah disediakan, manakala health screening pula ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma yang diberikan pihak KPJ Pasir Gudang kepada penduduk setempat. iv. Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan memberikan barangan keperluan asas secara percuma.

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG JANUARI 2018

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

Page 16: LAWATAN RASMI YAB MENTERI BESAR KE UTC PASIR … · Majlis Doa Selamat Di UTC Pasir Gudang. Walkabout YAB Menteri Besar Johor Ke UTC Pasir Gudang. Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim

PUSAT TRANSFORMASI BANDAR

PASIR GUDANG

L1-04 Klinik Pergigian UTC Pasir GudangL1-10 Y-Center Kem. Belia & Sukan UTC Pasir GudangL2-01 TEKUN UTC Pasir GudangL2-02 Jab. Pendaftaran Negara UTC Pasir GudangL2-03 Jab. Pengangkutan Jalan UTC Pasir GudangL2-04 Jab. Imigresen UTC Pasir GudangL2-05 Kaunter Muafakat Johor (Pejabat Tanah Galian Johor, SUK Perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang) UTC Pasir GudangL2-06 Pejabat Pengurusan UTC Pasir GudangL2-07 Jab. Kebajikan Masyarakat UTC Pasir GudangL2-30 Bilik Mesyuarat UTC Pasir GudangL2-31 LHDN UTC Pasir GudangL2-32 PTPTN UTC Pasir GudangL2-33 KPDNKK UTC Pasir Gudang

KINI DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANGDIBUKA SETIAP HARI KECUALI HARI KELEPASAN AM

BERMULA 8.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM

KompleKs pusat Bandar pasir GudanG81700 pasir Gudang Johor