latihan_pengukuhan_2_gb6023

Upload: fairousismail

Post on 08-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 LATIHAN_PENGUKUHAN_2_GB6023

    1/3

    LATIHAN PENGUKUHAN

    GB 6023: KAEDAH PENYELIDIKAN 2

    (20%)

    Soalan 1:

    a) Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan tabiat merokok, sebuahpertubuhan kebangsaan telah mengiklankan kempen untuk meyakinkan orangramai agar

    berhenti atau sekurang-kurangnya mengurangkan tabiat merokok. Di dalam usaha untukmenilai keberkesanan kempen yang telah dijalankan, mereka telah memilih 15 responden

    untuk merekodkan bilangan rokok yang telah dihisap setiap hari dalam tempoh seminggusebelum dan selepas pendedahan melalui iklan tersebut. Data yang diperolehi adalah

    seperti berikut:

    Responden : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15Sebelum: 45 16 20 33 30 19 33 25 26 40 28 36 15 26 32

    Selepas: 43 20 17 30 25 19 34 28 23 41 26 40 16 23 24

    (i) Nyatakan (dalam symbol dan perkataan) hipotesis nul dan hipotesis alternatifyang bersesuaian

    (ii) Kirakan nilai t

    (iii) Janakan keputusan dan kesimpulan yang dapat diberikan

    b) Lakukan refleksi proses pemikiran yang telah anda lalui dalam menjawab soalan 1a) diatas.

    Soalan 2

    a) Isikan ruang kosong di dalam Jadual 1

    Jadual 1

    Simbol statistikSesuai untukrekabentuk jenis apa?

    Statistik kira mesti lebih (kecil ataubesar) daripada statistik kira untuk

    menolak hipotesis nulUjian Mann Whitney

    Ujian Wilcoxon

    matchedpairs

  • 8/7/2019 LATIHAN_PENGUKUHAN_2_GB6023

    2/3

    b) Untuk setiap situasi di bawah, nyatakan sama ada anda akan menggunakan ujian Mann-Whitney, ujian Wilcoxon matched pairs atau korelasi Spearman.

    i) Seorang psikologist ingin membanding skor keramahan (sociability) anak pertamadengan skor keramahan anak kedua daripada keluarga yang sama.

    ii)

    Seorang psikologist ingin mengenalpasti darjah perkaitan di antara skor IQ yang kanak-kanak yang diperolehi pada umur 3 tahun dengan skor IQ yang diperolehi daripadaindividu yang sama pada umur 12 tahun.

    iii) Seorang saintis mengukur penumbuhan alga di dalam sebuah tasik sebelum dan selepaspembinaan reaktor nuklear dan melihat kesan reaktor ke atas penumbuhan alga dalam

    tasik.

    c) Lakukan refleksi proses pemikiran yang telah anda lalui dalam menjawab soalan 2a) dan2b) di atas.

    Soalan 3

    Dua pensyarah daripada Jabatan Perkaedahan (Dr Razali dan Dr Azman) diberi tanggungjawabuntuk menilai calon pensyarah baru. Dr Razali dan Dr Azman Razak secara bersendirian telah

    menaksir 10 calon pensyarah baru tersebut berdasarkan kriteria seperti kepakaran, pengalamandan sebagainya dengan memberi ranking daripada 1 hingga 10. Ranking yang dihasilkan adalah

    seperti pada Jadual 2.

    Jadual 2.

    Calon Professor Penilai Dr Razali Penilai Dr Azman

    A 7 8

    B 10 10

    C 3 5

    D 9 9

    E 1 1

    F 8 7

    G 5 3

    H 2 4

    I 6 6

    J 4 2

    a) Kirakan nilai r Spearmanb) Berikan interpretasi andac) Lakukan refleksi proses pemikiran yang telah anda lalui dalam menjawab soalan 3a) dan 3b)

    di atas

  • 8/7/2019 LATIHAN_PENGUKUHAN_2_GB6023

    3/3

    Soalan 4

    Sekumpulan pelajar seramai 100 orang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitukumpulan pelajar berpencapaian tinggi, sederhana dan lemah. Satu ujian telah diberikan

    kepada ketiga-tiga kumpulan tersebut. Analisis varians (ANOVA) telah dilakukan untuk

    melihat perbezaan pencapaian bagi ketiga-tiga kumpulan tersebut. Hasil analisis adalahseperti dalam Jadual berikut:.

    Skor min pencapaian kumpulan pencapaian tinggi = 42.1Skor min pencapaian kumpulan pencapaian sederhana = 30.8

    Skor min pencapaian kumpulan pencapaian lemah = 26.4

    Jadual ANOVA

    Punca Variasi Jumlah Kuasa Dua Darjah

    Kebebasan

    Varians Nilai-F

    Antara Kumpulan 2334.82

    Dalam Kumpulan 9075.37

    Jumlah 11410.19

    a. Tuliskan pernyataan hipotesis nol bagi kajian di atas.b. Berapakah darjah kebebasan untuk antara kumpulan?c. Berapakah jumlah darjah kebebasan?d. Berapakah varians antara kumpulan?e. Berapakah varians dalam kumpulan?f. Berapakah nilai-F yang dikira?g. Berapakah nilai-F kritikal pada tahap signifikan 5%?h. Apakah rumusan anda tentang pencapaian bagi ketiga-tiga kumpulan pelajar tersebut?

    i. Lakukan refleksi proses pemikiran yang telah anda lalui dalam menjawab soalan 4a) dan 3h)di atas

    SELAMAT MEMAHAMI DAN SETERUSNYA MENJAWAB SOALAN

    YANG DIKEMUKAKAN

    PENYELARAS KURSUS GB6023