latihan tahun 2

1
Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan pemahaman berdasarkan petikan. PETIKAN 1 Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan keluarganya telah bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka. Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu dau-daun kering. Kakak menyiram pokok bunga. Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap tingkap. Datuk Jia Jia sudah tua, dia berehat di kerusi. Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan yang sedap untuk mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah mereka menjadi bersih dan cantik. 1. Di manakah Jia Jia tinggal ? 2. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah ? 3. Siapakah yang berehat di kerusi ? 4. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya ? 5. Mengapakah mereka berasa gembira ? PETIKAN 2 ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer d ari bandar Melaka. Kanak-kanak itu , Muhd. Rizal Saad sedang mandi berhampiran parit besar di hadapan rumah bersama-sama kawan-kawannya. Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit. Dia sempatmenjerit meminta tolong sebelum dihanyutkan air. Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai oleh pendudukkampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini dihentikan apabila hari bertambah gelap danhujan turun semakan lebat.Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan ibu bapa agar melarang anak-anak mereka daripada bermain air. 1. Di manakah kejadian itu berlaku ? 2. Apakah berita yang hendak disampaikan dalam petikan di atas ? 3. Siapakah yang terlibat dalam gerakan menyelamat ? 4. Apakah nasihat Penolong Penguasa Polis Daerah ? PETIKAN 3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali pertama menganjurkan Hari Keluarga pada 25 Januari 1997. Sambutan Hari Keluarga ini dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Pasir Akar. Sambutan tersebut akan diadakan di kawasan Masjid Pasir Akar. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad Abd. Kadir berkata, program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua kutipan yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan sekolah seperti penubuhan pusat sumber dan sebagainya. Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut. 1. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?. 2. Bilakah sambutan ini akan diadakan ? 3. Dimanakah sambutan tersebut akan diadakan ? 4. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ? 5. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?

Upload: nurul-fatekah

Post on 22-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

LATIHAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 2

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN TAHUN 2

Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan pemahaman berdasarkan petikan.

PETIKAN 1

Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan keluarganya telah bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka.      Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu dau-daun kering. Kakak menyiram pokok bunga. Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap tingkap. Datuk Jia Jia sudah tua, dia berehat di kerusi.      Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan yang sedap untuk mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah mereka menjadi bersih dan cantik.

1. Di manakah Jia Jia tinggal ?2. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah ?3. Siapakah yang berehat di kerusi ?4. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya ?5. Mengapakah mereka berasa gembira ?

PETIKAN 2

ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer d ari bandar Melaka. Kanak-kanak itu , Muhd. Rizal Saad sedang mandi berhampiran parit besar di hadapan rumah bersama-sama kawan-kawannya. Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit. Dia sempatmenjerit meminta tolong sebelum dihanyutkan air. Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai oleh pendudukkampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini dihentikan apabila hari bertambah gelap danhujan turun semakan lebat.Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan ibu bapa agar melarang anak-anak mereka daripada bermain air.

1. Di manakah kejadian itu berlaku ?2. Apakah berita yang hendak disampaikan dalam petikan di atas ?3. Siapakah yang terlibat dalam gerakan menyelamat ?4. Apakah nasihat Penolong Penguasa Polis Daerah ?

PETIKAN 3

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali pertama menganjurkan Hari Keluarga pada 25 Januari 1997. Sambutan Hari Keluarga ini dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Pasir Akar. Sambutan tersebut akan diadakan di kawasan Masjid Pasir Akar. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad Abd. Kadir berkata, program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Semua kutipan yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan sekolah seperti penubuhan pusat sumber dan sebagainya. Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut.

1. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?.2. Bilakah sambutan ini akan diadakan ? 3. Dimanakah sambutan tersebut akan diadakan ?4. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ?5. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?