latihan soalan 31

9
Latihan soalan 31-40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu. "Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka. Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian

Upload: lieynarameli

Post on 26-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Latihan soalan 31-40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.

"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.

Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidakmematahkan semangatTuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.

Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

31.Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?

A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.

B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.

C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.

D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala

anjing.

32.Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk

menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?

A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

B Mengadakan kawalan pada waktu malam.

C Membuat jadual rondaan.

D Menangkap orang yang bersalah.

33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?

A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.

B Di Kampung Kaki Bukit.

C Di Kampung Paya Dalam.

D Di pantai Kampung Paya Dalam.

34.Rangkai katamematahkan semangatdalam petikan bermaksud

A mengalahkan kuasa.

B membuat keputusan.

C mengalihkan pendapat.

D mengalahkan kemahuan.

35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?

A Menjalankan kegiatan menyamun.

B Menjalankan kegiatan pecah rumah.

CMenjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.

D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan pendudukkampung.

Soalan Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandingan

Masa

Tempat

Kumpulan Umur

Pertandingan mewarna

8.00 pagi 12.00 tengah hari

Di kantin sekolah

5 7 tahun

Pertandingan bercerita

8.00 pagi 10.00 pagi

Di dewan sekolah

8 10 tahun

Mendeklamasikan sajak

10.00 pagi 12.00 tengah hari

Di dewan sekolah

10 12 tahun

Mencari harta karun

2.00 petang 4.00 petang

Di tempat perhimpunan

12 tahun dan ditemani ibu bapa

Sukaneka

4.00 petang 6.00 petang

Di padang sekolah

7 12 tahun dan para ibu bapa

36.Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?

A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.

B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.

C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.

D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

37.Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?

A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.

B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan

mendeklamasikan sajak.

C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..

D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

38.Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.

Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?

A Sukaneka.

B Mendeklamasikan sajak.

C Mencari harta karun.

D Mencari harta karun dan sukaneka.

39.Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?

A Memendekkan masa pertandingan.

B Penyertaan perlu dihadkan.

C Menyediakan petugas yang lebih banyak.

D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

40.Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut diadakan ?

A Untuk beradu kekuatan.

B Untuk mencungkil bakat.

C Untuk mengeratkan hubungan.

D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan berita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

BALIK PULAU, 28 April . Semangat gotong-royong memang baik diamalkan. Tradisi bekerjasama dan gotong-royong dalam melaksanakan sesuatu kerja masih diteruskan walaupun tidak sehebat zaman dahulu. Lebih kurang tiga ratus orang penduduk sekitar dan dibantu oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia dan beberapa kaki tangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengadakan gotong-royong. Mereka membersihkan kawasan masjid dan

tanah perkuburan orang Islam di sini. Aktiviti gotong-royong ini turut dihadiri oleh beberapa pemimpin masyarakat tempatan. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Shariff Omar. Menurut Datuk Shariff, sikap kerjasama dan gotong-royong mempunyai banyak kebaikan. Selain mencantikkan dan membersihkan kawasan, amalan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat. Gotong-royong juga boleh menyihatkan badan apabila peluh keluar ketika melakukan sesuatu kerja.

31. Di manakah gotong-royong itu diadakan?

A Bandar Balik Pulau

B Masjid dan tanah perkuburan Islam di balik Pulau

C Berhampiran rumah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

D Di kawasan sekitar Universiti Sains Malaysia

32. Amalan bergotong-royong telah dimulakan sejak bila?

A Sejak zaman dahulu

B Sejak sekarang

C Sejak beberapa tahun lalu

D Sejak adanya masjid

33. Siapakah yang merasmikan aktiviti bergotong-royong itu?

A Penduduk sekitar

B Pemimpin masyarakat tempatan

C Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

D Mahasiswa Universiti Sains Malaysia

34. Selain mencantikkan dan membersihkan kawasan, kebaikan bergotong-royong

adalah seperti berikut, kecuali

A merosakkan pokok

B mengeluarkan peluh

C berjumpa dengan pemimpin masyarakat

D mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat

35. Perkataan mengeratkan dalam petikan bermaksud

A menyatukan

B memperkuatkan

C merapatkan

D mencantumkan

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Koridor Raya Multimedia atau singkatannya MSC meliputi kawasan seluas kira-kira

750 kilometer persegi. Kawasan ini melingkupi Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, dan Putrajaya iaitu pusat pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan. Secara umumnya, MSC ialah projek gergasi kerajaan untuk membangunkan industry teknologi maklumat dan telekomunikasi tempatan. Hal ini sejajar dengan wawasan Negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Projek MSC ini akan memberikan faedah yang banyak dan kemudahan kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Salah satu daripada kemudahannya ialah membolehkan pengguna membayar bil seperti bil telefon atau bil elektrik secara elektronik. Kita hanya perlu menekan papan kekunci komputer dari rumah sahaja untuk menjelaskan bil berkenaan. Selain itu, kita juga dapat menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja melalui komputer peribadi yang disambungkan ke internet. Melalui cara ini kita dapat berhubung dengan rakan-rakan atau ahli keluarga tanpa perlu bertemu muka. Malahan mungkin suatu hari nanti ada pekerja tidak perlu ke pejabat setiap hari. Kerja-kerja dapat dilakukan di rumah dan dihantar kepada majikan melalui komputer sahaja.

36. Berapa luaskah kawasan yang dilitupi oleh Koridor Raya Multimedia?

A 75 km persegi

B 750 km persegi

C 7500 km persegi

D 705 km persegi

37. Mengapakah projek MSC dikatakan projek gergasi kerajaan?

A Projek ini merangkumi kawasan seluas kira-kira 750 kilometer persegi

B Projek ini akan merealisasikan wawasan 2020

C Memudahkan kerja menghantar dan menerima maklumat

D Projek ini akan memajukan bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi

negara

38. Rangkaian kata-kata tanpa perlu bertemu muka bermaksud...

A tidak payah berbincang

B tidak perlu berjumpa

C tidak perlu bergesel muka

D tidak payah berselisih di jalan

39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tadi.

A Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di Sepang

B Pengguna dapat membayar bil telefon secara elektronik melalui projek MSC ini

C Dengan internet kita dapat berhubung antara satu dengan yang lain dengan cara

yang canggih

D MSC meliputi dua kawasan utama di Kuala Lumpur

40. Berikut merupakan manfaat yang boleh dinikmati daripada kemudahan MSC yang disediakan oleh projek ini kecuali

A Membayar bil

B Menyebarkan maklumat

C Menyediakan kemudahan awam

D Menjimatkan masa dan tenaga orang ramai