latihan proses sertu (samak)

12
TEMPAT: PEJABAT MIFF MARKETING (M) SDN BHD MASA: 3 – 5 PM HARI: SELASA

Upload: angah-niza

Post on 25-Jun-2015

332 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Proses Sertu (Samak)

TEMPAT: PEJABAT MIFF MARKETING (M) SDN BHD

MASA: 3 – 5 PMHARI: SELASA

Page 2: Latihan Proses Sertu (Samak)

MIFF MARKETING (M) SDN. BHD. (MM) ditubuhkan pada 29 Jun 2006 dan merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera dan mempunyai visi untuk memberi pengetahuan dan keyakinan kepada pengguna terhadap barangan buatan Malaysia khususnya rakyat yang beragama Islam.

Pihak kami menyediakan perkhidmatan Samak(Sertu) di semua lokasi-lokasi seperti berikut:-

Premis Kediaman Restoran dan Hotel Kilang-kilang “Kitchen” / dapur kapal laut Kontena-kontena pengangkutan yang membawa makanan halal.

Page 3: Latihan Proses Sertu (Samak)

Tanggungjawab dan tingkahlaku seseorang terhadap kerja yang di pandang dengan sikap positif. Seseorang yang bergelar pekerja berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap tugas dan peranan masing-masing.

Etika Kerja

Manusia mempunyai sesuatu kewajipan agama/moral untuk memenuhi kehidupan dan tugas yang berat

Para pekerja diharapkan menggunakan masa kerja bukan untuk kepentingan peribadi

Pekerja harus mempunyai rekod kedatangan yang baik Para pekerja hendaklah produktif Para pekerja harus rasa bangga dengan kerjanya dan laksanakan dengan baik Para pekerja sentiasa memikirkan pencapaian yang tinggi Mempunyai perasaan setia kepada kerjanya, tempat kerja serta rakan sekerja

Page 4: Latihan Proses Sertu (Samak)

Meninggikan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa

Mengekalkan dan memelihara kepercayaan dalam menjalankan tugas

Memupuk tanggungjawab bersama

Mewujudkan suasana yang sihat dan cekap

Membentuk sikap dan pembawaan yang bersesuaian dengan semangat

Rukunegara

Mengeratkan hubungan sesama pekerja

Page 5: Latihan Proses Sertu (Samak)

Etika Operasi yang dijalankan di Miff Marketing (M) Sdn Bhd adalah lebih menjurus kepada perkhidmatan pembersihan khas yakni sertu (samak) di premis perniagaan, kilang, kontena dan barangan gunaan umat Islam.

Kami akan menerangkan beberapa panduan iaitu etika kerja sepanjang operasi sertu (samak) di lakukan.

Pekerja hendaklah beragama islam Berfikiran waras Hendaklah berpakaian bersih, menutup aurat dan bersesuaian dengan tugas

yang hendak dilaksanakan Bersih dari hadas besar/kecil Didahulukan dengan salawat ke atas Nabi. Dimulakan dengan doa selamat

Page 6: Latihan Proses Sertu (Samak)

Memastikan sukatan air tanah serta menyukat nilai PH nya. Memastikan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan kawasan/tempat

yang hendak di sertu (samak). Memastikan kontena atau premis yang di sertu (samak) telah di label atau

ditandakan. Memastikan kontena yang telah di sertu (samak) diasingkan untuk

memudahkan urusan penghantaran kontena Memastikan segala dokumentasi diserahkan kepada pelanggan dan salinan

hendaklah disimpan oleh pihak Miff Marketing (M) Sdn Bhd.

Page 7: Latihan Proses Sertu (Samak)

Pakaian yang digunakan sewaktu menjalankan tugas pembersihan (sertu/samak) adalah seperti yang dilihat di bawah ini;

Pakaian khas ini hanya digunakan sewaktu proses sertu (samak). Pakaian hendaklah berseragam warna hijau muda.

Page 8: Latihan Proses Sertu (Samak)

UNIFORM / PAKAIAN UNIFORM / PAKAIAN

Berikut adalah beberapa cara berpakaian yang di larang dalam melaksanakan proses sertu (samak).

Pakaian Sukan - jangan memakainya semasa bekerja. Baju yang kotor - kebersihan adalah keutamaan dalam Islam. Seluar pendek - samada Bermuda atau seluar utntuk aktiviti kasual. Minyak wangi yang terlalu pekat baunya - Bau yang terlalu kuat membuatkan

orang lain sesak nafas dan merasa terganggu. Selipar - jangan gunakan sewaktu bekerja. Gunakan kasut bertutup (But) Aksesori – seperti jam tangan atau cincin.

Page 9: Latihan Proses Sertu (Samak)

PH METERPH METER

PH meter adalah alat yang digunakan untuk menyukat tingkat keasidan dan alkali sesuatu larutan. Larutan dengan pH lebih kecil dari 7 dikatakan bersifat asid, dan larutan dengan pH lebih besar daripada 7 dikatakan bersifat biasa atau alkalin. Pengukuran pH dengan alat ukur pH Meter sangatlah penting dalam bidang biologi, kimia, ilmu makanan, dan bidang-bidang lainnya.

Dalam proses sertu (samak) ini, PH meter digunakan untuk menyukat larutan air tanah selain memastikan tiada bendasing terdapat dalam larutan tersebut.

Larutan Air bancuhan Clay Miff akan disukat terlebih dahulu dengan bacaan meter di paras > 4.5.

Page 10: Latihan Proses Sertu (Samak)

KOD ETIKA KERJAKOD ETIKA KERJA

Semua pekerja hendaklah mengamalkan Kod Etika Kerja seperti berikut: 

1. DISIPLIN Berkhidmat penuh berdisiplin dengan mengamalkan nilai-nilai mulia serta bertindak mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

2. BERWIBAWA Mempamerkan keberwibawaan terpuji dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

3. SEMANGAT BERPASUKAN Bekerja dengan semangat berpasukan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Page 11: Latihan Proses Sertu (Samak)

KOD ETIKA KERJAKOD ETIKA KERJA

4. KEMAHIRAN DAN KECEKAPAN Berusaha untuk terus menimba ilmu pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan, dan mencapai kecemerlangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

5. KEHARMONIAN PERSEKITARAN Mengekalkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan harmoni.

6. PAKAIAN Berpakaian kemas dan sopan sesuai dengan kod pakaian yang ditetapkan.

7. KEHIDUPAN SEIMBANG Mengamalkan kehidupan yang sihat dan seimbang dengan membahagikan cukup masa untuk bekerja, beribadah, beristirahat dan beriadah.

Page 12: Latihan Proses Sertu (Samak)

KOD ETIKA KERJAKOD ETIKA KERJA

8. PERADABAN Mengamalkan dan mempamerkan sikap bersopan-santun, hormat-menghormati serta maaf-memaafi antara satu sama lain.

9. KETERBUKAAN Bersedia menerima pandangan, cadangan, teguran dan idea daripada pekerja lain atau orang awam dengan hati dan fikiran yang terbuka.

10. MENGHARGAI  MASA Bijak merancang dan menggunakan masa yang terhad dalam menjalankan tugas, membuat sesuatu keputusan serta mencapai hasil yang dikehendaki.