latihan kata penguat

Upload: bagilabahan

Post on 07-Mar-2016

849 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

LATIHAN KATA PENGUATKATA PENGUATIsi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.1.Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.AsangatCnianBbenarDsekali

2. Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara peserta-peserta yang bertanding.AsungguhCpalingBsekaliDbegitu

3. Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik.AbegituCsekaliBagakDbetul

4. Tempat ini __________ indahnya sehingga menenangkan fikiran.AdemikianCsekaliBagakDnian

5. Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini.Anian enakCpaling enak sekaliBsekali enakDsungguh enak sekali

6. Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal dengan nenek sejak kecil lagi.AbenarClebihBmakinDcukup

7.Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.AamatCnianBbenarDsekali

8.Kediamannya terletak _________ jauh dari pecan itu.AnianCbenarBagakDpaling

9.Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamat mangsa serangan askar Israel walaupun mereka _________ letih.AamatCpalingBagakDnian

10. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional Melayu.AAmatCPalingBTerlaluD Sungguh

11. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji pelajaran.ApalingCsungguhBnianDagak

12. Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.AsekaliCagakBlebihDterlalu

13. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu ___________ meyakinkan.ApalingCmakinBagakDamat

14. Junaidilah yang ________ banyak mengemukakan idea dalam perbincangan tentang aktiviti tahunan persatuan Bahasa Melayu.ApalingCterlaluBsekaliDnian

15. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak kurang hebatnya.AterlaluCpalingBsangatDcukup

16. Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di tepi pantai itu.AnianCpalingBterlaluDagak

17. Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak _________ kemas dan perlu dibaiki lagi.AcukupCmakinBamatDkurang

18. Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.AsekaliCterlaluBcukupDnian

19. Rafi _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam buku kerana hari sudah lewat.AsekaliCagakBpalingDkurang

20. Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.AterlaluCpalingBbenarDagak

Latihan 7 : Kata PenguatIsi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yangpaling sesuai.

1______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.ANianBBenarCSekaliDTerlalu

2Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.AbetulBbenarCsekaliDpaling

3Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.ApalingBsekaliCbenarDbetul

4Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.AnianBagakCbetulDbenar

5Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.ApalingBsekaliCbetulDnian

6Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.AsungguhBsekaliCbenarDnian

7Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.AamatBbetulCbenarDsekali

8Rasa buah durian itu _________ sedap.AbetulBbenarCsekaliDsangat

9Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.ApalingBsekaliCbetulDnian

10Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.AsekaliBbetulCamatDnianJawapan:1D6A

2D7A

3A8D

4B9A

5A10 C

Latihan Tatabahasa

Gariskankata penguatyang sesuai.1. Kepalanya (sangat, nian, betul) sakit sehingga menyebabkan dia tidak dapat membuat kerja.2.Pekerjaan yang ditawarkan oleh Syarikat Nam Yik sesuai (agak, sekali, paling) untuk graduan universiti.3.Rumah banglo yang dibina di kawasan perumahan itu merupakan rumah yang (terlalu, paling, benar) cantik di situ.4.Udara di puncak bukit itu nyaman (agak, sekali, paling).5.Pensel yang diasah oleh Min tajam (sungguh, paling, terlalu).6.Latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Rosminah mudah (nian, paling, agak).

Kata Tugas ( Kata Penguat)

1.4.9KATA PENGUAT ( KATA PENGUAT SECARA LANGSUNG TELAH DIBINCANGKAN DALAM BABKATA ADJKTIF 1.3DI MUKA SURAT 55 )PERKARAKETERANGAN

Kata PenguatKata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud bagi sesuatu kataadjektif. Kata penguat ini jugs disebut kata digri dan umumnya hadir bersama-sama kataadjektif atau kata kerja yang membawa maksud kata adjektif sepertimemberangsangkan, memilukan, membosankan,dan sebagainyaSecara umumnya kata penguat/kata digri terdiri daripada tiga jenis, iaitu:Kata Penguat1)Kata Penguat Belakang2.Kata Penguat Hadapan3. Kata Penguat Bebas

PERKARAKETERANGAN

Kata Penguat HadapanKata penguat hadapan ialah kata yang letaknya hanya sebelum kata adjektif. Kata-kata initidak boleh hadir selepas kata-adjektif. Kata-kata tersebut ialah:-agakpalingterlalu

Contoh:1Harga kereta keluaran terbaharu ituagakmahal.2Gunung yangpalingtinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.3Harga barang di pasar rays ituterlalumahal.

Kata Penguat BelakangKata penguat belakang ialah kata yang letaknya selepas kata adjektif atau kata kerja yangberunsur adjektif. Kata-kata ini hanya hadir selepas kata adjektif dan tidak boleh hadirbenarbetulniansekali

Contoh:1Barang-barang di kedai runcit itu mahalbetul.2Para pelajar yang menyertai seminar itu rajinbenar.3Pemandangan di tepi pantai di Pulau Tioman indahnian.4Baginda disukai oleh rakyat kerana bertindak dengan adilsekali.

Kata Penguat BebasKata penguat bebas ialah kata penguat yang boleh hadir secara bebas sama ada di hadapanatau di belakang kata adjektif. Kata-kata adjektif tersebut ialah:amatsangatsungguh

Contoh:1.(a)Budak lelaki itu amat tinggi.(b)Budak lelaki itu tinggi amat.2.(a)Penduduk-penduduk di kampung amat rajin.(b)Penduduk-penduduk di kampung rajin amat.3.(a)Masakan ibu kamu sungguh lazat.(b)Masakan ibu kamu lazat sungguh.Penerangan tentang kata penguat telah dijelaskan dalam kata adjektif sebelum ini.

LATIHAN PENGUKUHANA.Tuliskankata penguat yang betul pada tempat yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah ini1Harga barang-barang di pasar basah itu mahal.2Suara penyanyi itu lantang.3Makanan yang dijual di kantin sekolah lazat.4Pelajar yang pintar itu selalu mendapat markah tinggi dalam kelas karni.5Negeri yang besar di Malaysia ialah negeri Sarawak.6Tebing sungai itu curam.7Cuaca di negara itu panas.8Perangai budak itu luar biasa.9Angin yang bertiup pada petang itu nyaman.10Ayah letih setelah sehari suntuk bekerja di sawah

Kata PenguatBycikguhiiPosted inTatabahasa Taggedbahasa malaysia,kata penguat,pmr,spm,stpm,tatabahasa,upsr Leave a commentKata Penguat Bil.Kata PenguatAyat Contoh

1sangatAnjing itusangatgarang.Anjing itugarangsangat.

2sungguhMurid itusungguhmalas.Murid itu malassungguh.

3amatKucing ituamatcomel.Kucing itu comelamat.

4palingDiapalingtinggi di dalam kelas.

5terlaluHarga barang ituterlalumahal.

6agakRasa buah ituagakmasam.

7nianPermandangan kampung itu indahnian.

8betulMudahbetuluntuk menjawab soalan ini.

9benarSusahbenaruntuk menjawab soalan ini.

10sekaliNegeri yang besarsekaliialah Sarawak.

Kesalahan Tatabahasa1Diapalingtinggisekalidi dalam kelas.(salah)

Diapalingtinggi di dalam kelas.(betul)

2Harga barang ituterlalumahalsekali.(salah)

Harga barang ituterlalumahal.(betul)

3Rasa buah ituagakmasamsekali.(salah)

Rasa buah ituagakmasam.(betul)

4Anjing itusangatgarangsekali.(betul)

5Murid itusungguhmalassekali.(betul)

6Kucing ituamatcomelsekali.(betul)