latihan 1 -rbt3119

7
Perniagaan Dan Keusahawanan RBT3119 Disediakan oleh: Mariati Binti Ahmad 801103-06-5182 PPG Sains Feb 2012 1 LATIHAN 1 1. Apakah yang di maksudkan ; a. Perniagaan Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan.Ia juga boleh diertikan sebagai sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan. Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara. Dengan kata lain,perniagaan dapat ditakrifkan sebagai suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang berbentuk barang fizikal atau perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Usaha pemindahan dan pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan alat pertukaran yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir. Pertukaran sedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini. Perniagaan merupakan organisasi yang mengemblengkan semua faktor pengeluaran (buruh,bahan mentah,modal dan usahawan) untuk menjalankan aktiviti perniagaan sama ada barang atau perkhidmatan bagi tujuan memaksimumkan keuntungan.

Upload: maria668

Post on 20-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ASSIGNMENT

TRANSCRIPT

Perniagaan Dan Keusahawanan RBT3119

Disediakan oleh:

Mariati Binti Ahmad

801103-06-5182

PPG Sains Feb 2012

1

LATIHAN 1

1. Apakah yang di maksudkan ;

a. Perniagaan

Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pengagihan dan pertukaran semua

barangan berlebihan yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan

dan kilang-kilang supaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhir pada

tempat dan harga yang berpatutan.Ia juga boleh diertikan sebagai sebuah bentuk

organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan ,

atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.

Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan

adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari

keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan

perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu

perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau

penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan

penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah

perusahaan kerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh

dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara.

Dengan kata lain,perniagaan dapat ditakrifkan sebagai suatu usaha untuk

mengagih dan menukarkan barangan yang berbentuk barang fizikal atau

perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asal kepada pengguna

terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Usaha pemindahan dan

pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan alat pertukaran yang telah

dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir. Pertukaran sedemikian

akan membawa faedah dan keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam

usaha ini.

Perniagaan merupakan organisasi yang mengemblengkan semua faktor

pengeluaran (buruh,bahan mentah,modal dan usahawan) untuk menjalankan aktiviti

perniagaan sama ada barang atau perkhidmatan bagi tujuan memaksimumkan

keuntungan.

Perniagaan Dan Keusahawanan RBT3119

Disediakan oleh:

Mariati Binti Ahmad

801103-06-5182

PPG Sains Feb 2012

2

b. Usahawan

Usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris

‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis,

‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab.

Mengikut Kamus Dewan,usahawan berasal dari perkataan usaha yang

bermaksud daya usaha,ikhtiar atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.Manakala

mengikut Kamus Dewan Edisi Baru pula mentakrifkan usahawan sebagai orang

yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha

dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-

barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.

Usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau

menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya.

Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang

dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah

seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak

keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko

perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan

untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan

dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas

usaha sendiri.

Perniagaan Dan Keusahawanan RBT3119

Disediakan oleh:

Mariati Binti Ahmad

801103-06-5182

PPG Sains Feb 2012

3

2. Terangkan perbezaan antara keusahawanan dan perniagaan.

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan

semua peniaga berjaya menjadi usahawan. Tetapi semua usahawan adalah

peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan

peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ;

Fungsi Peniagaan Keusahawanan

Takrif Umum Melibatkan diri dalam

aktiviti perniagaan untuk

mendapat keuntungan

bagi diri sendiri dan

keluarga

Menjalankan perniagaan

sendiri untuk mendapatkan

keuntungan di samping

mengutamakan kepuasan

pelanggan, dan memberi

sumbangan kepada

masyarakat dan negara.

Membentuk Perniagaan

Baru

Membentuk perniagaan

baru tetapi skala operasi

adalah kecil.

Membentuk perniagaan

baru. Peringkat awal skala

operasinya adalah kecil,

tetapi berupaya

berkembang maju dari

masa ke semasa

Kebolehan

Mengenalpasti Peluang

Perniagaan

Sukar mengembangkan

perniagaan kerana

kurang berkebolehan

untuk mengenalpasti

peluang-peluang

perniagaan.

Berkebolehan mencari,

melihat dan merebut

peluang perniagaan secara

berterusan untuk

mengembangkan usaha

teroka.

Tahap Pengambilan

Risiko.

Biasanya peniaga

cenderung mengambil

risiko yang rendah

dancuba mengelakkan

risiko.

Sanggup mengambil risiko

yang sederhana atau risiko

yang telah diperincikan.

Menggembeling

Sumber

Menggembeling sumber-

sumber untuk penerusan

perniagaan.

Menggembeling sumber-

sumber bagi pembangunan

usaha teroka.

Perniagaan Dan Keusahawanan RBT3119

Disediakan oleh:

Mariati Binti Ahmad

801103-06-5182

PPG Sains Feb 2012

4

3. Jelaskan kompetensi yang sepatutnya ada pada diri seorang usahawan

Usahawan yang ingin berjaya dalam bidang yang diceburi mestilah

mempunyai ciri-ciri utama seperti kreatif, inovatif, sanggup menghadapi risiko, bijak

mengambil peluang dan daya usaha yang berterusan.

Di mana,kreatif bermaksud kebolehan mencipta sesuatu yang baru, bermutu

dan berguna. Dengan itu, seseorang usahawan boleh meneroka bidang-bidang baru

yang belum difikir oleh orang lain.

Selain itu,seorang usahawan juga perlu memastikan bahawa perniagaan

yang dijalankan sentiasa menghasilkan pembaharuan dan kemajuan untuk

mencapai kejayaan. Cita-cita ini hanya boleh dicapai sekiranya usahawan memiliki

daya pemikiran yang kreatif.

Seterusnya,daya kreativiti usahawan tidak terhad kepada sesuatu bidang

tertentu. Kreativiti dapat dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk, bergantung kepada

situasi dan jenis perniagaan yang dijalankan.Daya kreativiti juga dapat dilihat melalui

kebolehan seseorang menghasilkan sesuatu yang berguna daripada bahan

terbuang. Misalnya, daripada tempurung kelapa, usahawan boleh menghasilkan

berbagai-bagai barang lain seperti senduk nasi, bekas bunga dan barang perhiasan

rumah.

Usahawan juga adalah seseorang yang memiliki kebolehan mengubahsuai.

Kebolehan mengubahsuai ini dinamakan inovatif. Dengan kebolehan ini, usahawan

dapat membaiki lagi mutu barang atau perkhidmatan supaya menepati kehendak

dan selera pelanggan. Misalnya, jam tangan yang hanya berfungsi sebagai penentu

masa pada masa dahulu, kini boleh digunakan sebagai kompas dan kalkulator.

Seorang usahawan juga sanggup menghadapi risiko.Dalam perniagaan,

risiko bermaksud kemungkinan mengalami kerugian. Kerugian boleh berpunca

daripada barang niaga tidak laku,harga barang turun.barang jualan rosak malah

penipuan.

Semakin besar perniagaan, semakin tinggi risiko yang dihadapi oleh

usahawan. Oleh itu, usahawan perlu yakin, berani, bersemangat, sabar dan

sanggup menghadapi risiko yang munasabah.Usahawan yang bijak akan

memastikan risiko yang diambil sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya.

Setiap aktiviti perlu dikaji dan dirancang dengan teliti terlebih dahulu untuk

mengurangkan risiko.

Perniagaan Dan Keusahawanan RBT3119

Disediakan oleh:

Mariati Binti Ahmad

801103-06-5182

PPG Sains Feb 2012

5

Bijak mengambil peluang juga merupakan kompetensi yang perlu ada dalam

diri seorang usahawan.Usahawan seharusnya memandang jauh ke hadapan. Dia

tidak seharusnya berpuas hati dengan satu atau dua kejayaan sahaja,sebaliknya

peka terhadap peluang perniagaan yang lain.Seseorang usahawan yang bijak akan

berusaha dan cekap mencari peluang yang ada.

Usahawan juga perlu mempunyai daya usaha yang berterusan.Usahawan

berbeza daripada peniaga. Mereka tidak berusaha sekadar mencari rezeki. Mereka

tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Setiap

usaha sentiasa diteliti dan dikaji agar dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.Bagi

seseorang usahawan, kegagalan dianggap sebagai suatu pengalaman. Mereka

akan sentiasa berusaha untuk capai kejayaan.

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan

membantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-

baiknya patut dilakukan.

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan

sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal

diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil,

kemudian menyelesaikannya satu persatu

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia

berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas

mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi

baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan

sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan

mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara

yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan

yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat

buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah

merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan

syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja

berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

Perniagaan Dan Keusahawanan RBT3119

Disediakan oleh:

Mariati Binti Ahmad

801103-06-5182

PPG Sains Feb 2012

6

4. Terangkan peranan seseorang usahawan sebagai model ikutan dan

sumbangannya kepada masyarakat.

Peranan seorang usahawan dari aspek mikro boleh dilihat sebagai sumber

idea dan pembaharuan idea.Menambahkan nilai nilai dan ciri ciri

tertentu.Mewujudkan peluang yang boleh ditukarkan kepada idea perniagaaan yang

bernas.Melaksanakan perancangan strategik yang mengambil kira apa yang ada,

yang tiada dan yang perlu bagi merealisasikan idea dan peluang dalam bentuk

gerak kerja.Mengembeleng faktor faktor pengeluaran.

Manakala dari aspek makro pula,peranan usahawan adalah mewujudkan

peluang perniagaan.Meningkatkan taraf hidup rakyat.Membangunkan industri

sokongan.Mempelbagaikan barangan di pasaran seiring dengan peningkatan

teknologi.Menggunakan sumber sumber dengan cekap.Perniagaaan turun temurun

yang boleh diwarisi.

Sumbangan usahawan kepada masyarakat,antaranya mewujudkan peluang

pekerjaan di mana usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan

mewujudkan pekerjaan di rumah atau tempat kerja.

Sumbangan lain usahawan kepada masyarakat adalah dengan penggunaan

sumber tempatan di mana perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan

mentah di persekitaran ia beroperasi. Ini meningkatkan pendapatan penduduk.

Penggerak ekonomi yang sihat juga merupakan salah satu sumbangan

usahawan kepada masyarakat kerana usahawan akan memastikan kewujudan

produk dan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Jika bukan keluaran baru, ia

berperanan mengekal atau mengubahsuai untuk memperbaiki keluaran sedia ada.

Sumbangan usahawan yang lain adalah menjadi sumber inspirasi atau

model kepada masyarakat dengan memberi pendidikan, galakan dan motivasi

kepada usahawan baru.

Usahawan juga membangunkan industri sokongan dengan mempercepatkan

pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui

pembabitan bumiputera dalam perdagangan.

Perniagaan Dan Keusahawanan RBT3119

Disediakan oleh:

Mariati Binti Ahmad

801103-06-5182

PPG Sains Feb 2012

7

Usahawan juga memberi sumbangan sebahagian dari pendapatan kepada

masyarakat sebagai tanggungjawab sosialseperti derma kebajikan, sosial,

pembinaan prasarana.Selain itu,usahawan juga membantu meningkatkan taraf

hidup masyarakat.Melalui pelaksanaan dasar kerajaan seperti DEB, DPN yang

bermatlamat penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan serta

memberi keselesaan hidup.