latihan 1

7
LATIHAN 1/1 MEI 2013 Nama Pelajar : Muhammad Syafiq bin Shalehudin 1. Berikut adalah fasa-fasa dalam model yang telah anda pelajari. 1.1. Sila lengkapkan jadual di bawah ini berdasarkan perkara berikut : FASA TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT a. Mengenal pasti isu i. Penyelidik akan meneroka kebimbangan dan keprihatinan terhadap amalan diri penyelidik. ii.Penyelidik juga akan memilih fokus kajian seterusnya sedia bergerak ke fasa yang seterusnya. b. Merancang tindakan Tujuan peringkat ini adalan untuk mencari penyelesaian yang terbaik bagi isu atau permasalahan yang dikenal pasti. Penyelidik perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara : i. Rancangan tindakan yang dibuat oleh penyelidik perlu disokong oleh kajian- kajian lepas terutama dari segi kerangka teoritikal. ii. Penyelidik perlu jelas dengan objektif kajian supaya rancangan tindakan dapat mencapai objektif kajian. iii. Penyelidik perlu memberi pertimbangan terhadap kemudahan-kemudahan fizikal, aspek sosial dan resos mental murid perlu diambil kira. iv. Penyelidik juga perlu mengambil berat kemampuan melaksanakan rancangan tindakan oleh semua yang terlibat. v. Penyelidik perlu berbincang dan mendapat

Upload: syafiq-shalehudin

Post on 05-Aug-2015

54 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan 1

LATIHAN 1/1 MEI 2013

Nama Pelajar : Muhammad Syafiq bin Shalehudin

1. Berikut adalah fasa-fasa dalam model yang telah anda pelajari.1.1. Sila lengkapkan jadual di bawah ini berdasarkan perkara berikut :

FASA TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT

a. Mengenal pasti isu

i. Penyelidik akan meneroka kebimbangan dan keprihatinan terhadap amalan diri penyelidik.

ii. Penyelidik juga akan memilih fokus kajian seterusnya sedia bergerak ke fasa yang seterusnya.

b. Merancang tindakan

Tujuan peringkat ini adalan untuk mencari penyelesaian yang terbaik bagi isu atau permasalahan yang dikenal pasti. Penyelidik perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara :

i. Rancangan tindakan yang dibuat oleh penyelidik perlu disokong oleh kajian-kajian lepas terutama dari segi kerangka teoritikal.

ii. Penyelidik perlu jelas dengan objektif kajian supaya rancangan tindakan dapat mencapai objektif kajian.

iii. Penyelidik perlu memberi pertimbangan terhadap kemudahan-kemudahan fizikal, aspek sosial dan resos mental murid perlu diambil kira.

iv. Penyelidik juga perlu mengambil berat kemampuan melaksanakan rancangan tindakan oleh semua yang terlibat.

v. Penyelidik perlu berbincang dan mendapat kerjasama dengan semua ahli projek untuk melaksanakan rancangan tindakan.

vi. Penyelidik juga perlu mengenal pasti kaedah pengumpulan data semasa atau selepas rancangan tindakan dan mengambil kira kesulitan mendapat maklum balas daripada tindakan yang dilaksanakan.

vii. Membuat pemerhatian dan refleksi sepanjang tindakan dilaksanakan.

c. Melaksanakan tindakan

i. Penyelidik perlu memerhati atau mencatatkan reaksi serta serta perubahan tingkah laku penyelidik dan murid.

ii. Penyelidik juga perlu mencatatkan maklumat-maklumat di luar jangkaan seperti kebosanan murid, kekangan masa dan sebagainya.

iii. Penyelidik juga perlu mencatatkan halangan-halangan yang dihadapi seperti kerosakan projector LCD dan sebagainya.

Page 2: Latihan 1

d. Mengumpul dan menganalisis data

i. Penyelidik harus menumpukan perhatian terhadap bahan-bahan yang sedia ada seperti rekod prestasi murid, hasil kerja murid, pekeliling, serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

ii. Penyelidik memerlukan pengumpulan dua set data. Data pertama adalah untuk data awal dan yang kedua untuk maklumat berkenaan kesan-kesan amalan yang dilakukan untuk penambahbaikan.

e. Membuat refleksi Penyelidik akan melaporkan refleksi yang dibuat terhadap dapatan kajian.

2. Banding bezakan kaedah temubual dan pemerhatian

KAEDAH PEMERHATIAN KAEDAH TEMUBUAL

PERSAMAAN

Kedua-dua kaedah ini merupakan kaedah pengumpulan data dalam kajian Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat / respon sasaran kajian Kedua-dua kaedah ini perlu dilakukan di sekolah / tempat kajian Boleh dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur

PERBEZAAN

Tujuan

Memerhati reaksi dan tingkah laku murid / sasaran kajian sebelum dan selepas tindakan dijalankan.

Meninjau persepsi seseorang, termasuk nilai, sikap, dan pendapatnya.

Sasaran Pelaksanaan

Perlu dilakukan kepada sasaran kajianBoleh dilakukan kepada sasaran mahupun orang lain contohnya guru, rakan dan sebagainya.

Waktu PelaksanaanPerlu dilakukan sewaktu P&P berlangsung Boleh dilakukan di luar waktu P&P

Perincian DataMemerlukan senarai semak untuk perincian data dan bukti

Memerlukan rakaman dan catatan untuk perincian data dan bukti.

Kualiti Data

Kualiti bergantung kepada ketidakbiasan penyelidik terhadap kumpulan sasaran

Kualiti bergantung kepada kualiti soalan yang ditujukan kepada sasaran yang hendak dikaji.

Page 3: Latihan 1

3. Anda mempelajari teori Penyelidikan Tindakan dan telah berjaya menyiapkan proposal Penyelidikan Tindakan anda. TAHNIAH.

3.1. Bagaimana tanggapan anda terhadap Penyelidikan Tindakan sekarang?

Saya merasakan bahawa Penyelidikan Tindakan amat baik terutama sekali dalam bertujuan

untuk menambah baik amalan rutin perguruan dalam kata lain, penting untuk semua guru. Saya juga

amat bersetuju dengan tafsiran yang dikemukakan oleh McNiff(1988) iaitu Penyelidikan Tindakan

merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan. Namun, usaha

ini akan dicapai hanya sekiranya guru-guru menjadi lebih sedar dan bersikap kritis terhadap amalan

mereka serta bersiap sedia mengubahnya.

Penyelidikan Tindakan juga memberi ruang kepada penyelidik bukan setakat mengubah

amalan rutin harian dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, namun Penyelidikan Tindakan

ini juga memberi ruang kepada pembinaan teori-teori baru pendidikan dan pengajaran yang dapat

difahami oleh guru-guru mahupun pendidik lain. Dengan itu, Malaysia juga dapat mengeluarkan pakar-

pakar pendidikan dan kita tidak lagi hanya mengharapkan teori-teori dari barat sahaja dan lebih hebat

lagi jika tokoh-tokoh pendidik yang dilahirkan mengambil sampel daripada sarjana Islam dan dapat

menghubungkaitkannya dengan Ketaqwaan terhadap Pencipta yang satu.

Penyelidikan Tindakan ini juga membuka ruang kepada saya untuk mendapatkan sendiri

pengalaman amalan professional seorang pendidik. Bagi saya juga, jika semua guru di dalam negara

kita mengamalkan Penyelidikan Tindakan ini dalam bidang masing-masing, tidak mustahil kualiti dan

mutu pendidikan kita dapat ditingkatkan dan berada setaraf dengan negara-negara maju di dunia.

Tanggapan saya terhadap Penyelidikan Tindakan sekarang adalah lebih positif berbanding pada

mulanya.

3.2. Beri cadangan anda untuk menambahbaik kursus PIM 3113:

Page 4: Latihan 1

a. Pensyarah- Kekalkan

b. Masa interaksi- Perlu banyak latihan selain teori bagi mendedahkan pengkaji terhadap format proposal.- Latihan sebegini memberikan peluang kepada pelajar untuk membiasakan diri mereka

menulis proposal sebelum melaksanakannya.

c. Tempoh menyiapkan proposal- Kekalkan

d. Supervisor / penyelia kajian- Perlu mengikuti dan menyelia pelajar di bawah seliaannya dari awal agar perkara-perkara

seperti ketidaksefahaman antara penyelia dan pelajar dapat dielakkan.- Perlu orang yang mempunyai pengetahuan menulis proposal dan kajian yang sama agar

selaras dengan kehendak pro forma subjek.- Ini juga akan memudahkannya membimbing pengkaji selain menyelami perubahan yang

ingin dilakukan oleh pelajar di bawah seliaannya.

e. Kesediaan anda sebelum, semasa dan selepas mengikuti PIM 3113

- SebelumSaya sering tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan untuk dilakukan untuk mendapat keputusan kajian yang baik. Saya juga sering memikirkan Penyelidikan ini merupakan suatu yang rumit untuk dilaksanakan dan saya amat tidak bersedia untuk menghadapinya.

- Semasa

Saya telah diberi bimbingan yang baik oleh pensyarah. Ini telah mengubah persepsi saya sebelum ini yang mengatakan “Penyelidikan Tindakan mesti berjaya dilaksanakan” kepada “Penyelidikan Tindakan bertujuan untuk mengubah dan menambah baik amalan rutin saya”.

Saya juga mengikut nasihat pensyarah dengan melaksanakan kajian tersebut dalam waktu Praktikum 3 dan sentiasa mencatat sebarang maklumat mengenai responden.

- Selepas

Saya berpuas hati dengan kerja yang telah dilakukan. Semoga saya dapat meneruskan amalan penyelidikan ini terutama sekali apabila telah menjadi seorang guru nanti.

(Emelkan jawapan LATIHAN 1 anda ke [email protected]) terima kasih.