latihan 1

6
Latihan 1

Upload: leehuanthoo

Post on 30-Jul-2015

384 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan 1

Latihan 1

Page 2: Latihan 1

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut:

Setiap tahun negara kita mengadakan Rumah Terbuka Malaysia bagi perayaan-perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Pesta Menuai atau lebih dikenali dengan Tadau Keamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak. Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan itu merupakan sambutan sesuatu perayaan utama rakyat Malaysia yang diadakan pada peringkat kebangsaan.

Tetamu khas yang diundang ke majlis tersebut ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda raja Permaisuri Agong. Sambutan Rumah Terbuka Malaysia merupakan salah satu produk pelancongan yang dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu penduduk tempatan daripada pelbagai kaum. Ribuan pelancong asing juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis yang bermakna ini.

Selain itu, media massa dari luar negara turut hadir dan membuat liputan tentang majlis ini untuk disiarkan di negara mereka. Oleh itu, majlis Rumah Terbuka Malaysia menjadi satu cara untuk memperkenalkan sektor pelancongan negara kita. Justeru, jumlah wang yang dibelanjakan bagi menjayakan majlis ini akan mendapat pulangan yang berganda apabila para pelancong datang melancong ke negara kita.

Page 3: Latihan 1

Kesimpulannya, sambutan Rumah Terbuka Malaysia ini mampu mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di samping itu, sambutan ini juga dapat memperkenalkan negara kita kepada pelancong asing. Rumah Terbuka Malaysia wajar diadakan setiap kali sesuatu perayaan disambut.

Page 4: Latihan 1

1. Rumah Terbuka Malaysia ialahA sambutan bagi meraikan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. B sambutan bagi mendapatkan perhubungan antara rakyat Malaysia.C sambutan bagi menghargai sumbangan rakyat Malaysia.D sambutan sesuatu perayaan utama rakyat Malaysia.

2. Apakah perayaan yang terkenal di negeri Sarawak?A Hari GawaiB Pesta MenuaiC Hari DeepavaliD Hari Raya Aidilfitri

3. Mengapakah media massa dari luar negara turut hadir dan membuat liputan?A Untuk melihat keunikan rakyat MalaysiaB Untuk disiarkan di negara merekaC Untuk memperkenalkan Malaysia di negara merekaD Untuk sama-sama memeriahkan majlis Rumah Terbuka Malaysia

Page 5: Latihan 1

4. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan

A Tetamu khas majlis sambutan itu ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

B Rumah Terbuka Malaysia dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu penduduk tempatan dan pelancong asing.

C Sambutan Rumah Terbuka Malaysia merupakan satu pembaziran.

D Sambutan Rumah Terbuka Malaysia mampu mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara rakyat Malaysia.

5. Rangkai kata persefahaman dan perpaduan dalam petikan bermaksud

A kerjasama

B keberanian

C kasih sayang

D keyakinan diri

Page 6: Latihan 1

Jawapan:1. D2. A3. B4. C5. A