latarbelakang sabah 1

6
KESIMPULAN Sebagai kesimpulan , apabila kita memperkatakan sesuatu bangsa agak ramai yang agak fanatik tentang perkara itu. Hal ini amat jelas menerusi pelbagai nada ungkapan seperti "Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Jeti Diri, Bahasa Citra Bangsa, Bahasa Identiti Bangsa, Islam Melayu, Kaum/etnik Cina, India, Bajau, kaum Dusun dan sebagainya. Jika ditanya suatu ahli masyarakat mengenai kaum dan agama sudah tentu mereka mengatakan "inilah bangsa ku atau inilah agama ku". Nada-nada mereka menunjukkan satu kebanggaan malah bagi mereka yang fanatik kadangkala kaum lain dianggap rendah berbanding dengannya serta agak sukar menerima kaum lain dalam lingkungan masyarakat mereka dan akhirnya konflik berlaku seperti pertikaian. Sejarah dunia telah menunjukan kebenaran ini. Contoh konflik kaum peristiwa 13 Mei 1969 dan konflik agama BOSNIA dan sebagainya. Namun situasi ini tidak menggambarkan di tempat kajian, jika kaum Cina fanatik tentang bahasanya tetapi kaum Dusun berada di sebaliknya. Hal ini dapat digambarkan melalui ungkapan bahasa dan cara hidup harian mereka yang kini hampir tidak lagi menggambarkan identiti kaum itu sendiri. Masyarakat ini telah banyak mengadaptasi dan melakukan modifikasi cara dan gaya kehidupan mereka. Contohnya bahasa pertuturan harian dalam ahli keluarga sebagai sistem komunikasi sosial mereka, lebih banyak berbahasa Melayu berbanding dengan bahasa ibunda atau bahasa sendiri. Situasi yang mengejutkan lagi apabila lebih ramai golongan muda meraka yang tidak tahu berbahasa ibunda manakala agama Islam yang mereka anuti telah merubah budaya warisan daripada datuk moyang mereka sama ada dari segi aspek upacara dan penampilan. Antara faktor-faktor perubahan ini, kebanyakan golongan tua adalah dipengaruhi (penyesuaian) persekitaran dan pendakwa agama yang sudah tentu mempunyai pelbagai latarbelakang budaya khususnya aspek bahasa dan agama serta menjadi antara angkubah yang bertanggungjawab terhadap perubahan ini, sementara golongan muda pula adalah berada dalam situasi pengaruh golongan tua . Tambahan pula, golongan tua sejak awal-awal lagi boleh disifatkan kurang prihatin tentang budaya sendiri tetapi lebih senang dengan budaya luar seperti pengucapan bahasa. Situasi ini ditujukkan oleh ketua keluarga yang banyak menggunakan bahasa Melayu bila

Upload: imaniranirfan

Post on 04-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latarbelakang Sabah 1

KESIMPULANSebagai kesimpulan , apabila kita memperkatakan sesuatu bangsa agak ramai yang agak fanatik tentang perkara itu. Hal ini amat jelas menerusi pelbagai nada ungkapan seperti "Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Jeti Diri, Bahasa Citra Bangsa, Bahasa Identiti Bangsa, Islam Melayu, Kaum/etnik Cina, India, Bajau, kaum Dusun dan sebagainya. Jika ditanya suatu ahli masyarakat mengenai kaum dan agama sudah tentu mereka mengatakan "inilah bangsa ku atau inilah agama ku". Nada-nada mereka menunjukkan satu kebanggaan malah bagi mereka yang fanatik kadangkala kaum lain dianggap rendah berbanding dengannya serta agak sukar menerima kaum lain dalam lingkungan masyarakat mereka dan akhirnya konflik berlaku seperti pertikaian. Sejarah dunia telah menunjukan kebenaran ini. Contoh konflik kaum peristiwa 13 Mei 1969 dan konflik agama BOSNIA dan sebagainya.Namun situasi ini tidak menggambarkan di tempat kajian, jika kaum Cina fanatik tentang bahasanya tetapi kaum Dusun berada di sebaliknya. Hal ini dapat digambarkan melalui ungkapan bahasa dan cara hidup harian mereka yang kini hampir tidak lagi menggambarkan identiti kaum itu sendiri. Masyarakat ini telah banyak mengadaptasi dan melakukan modifikasi cara dan gaya kehidupan mereka. Contohnya bahasa pertuturan harian dalam ahli keluarga sebagai sistem komunikasi sosial mereka, lebih banyak berbahasa Melayu berbanding dengan bahasa ibunda atau bahasa sendiri. Situasi yang mengejutkan lagi apabila lebih ramai golongan muda meraka yang tidak tahu berbahasa ibunda manakala agama Islam yang mereka anuti telah merubah budaya warisan daripada datuk moyang mereka sama ada dari segi aspek upacara dan penampilan.Antara faktor-faktor perubahan ini, kebanyakan golongan tua adalah dipengaruhi (penyesuaian) persekitaran dan pendakwa agama yang sudah tentu mempunyai pelbagai latarbelakang budaya khususnya aspek bahasa dan agama serta menjadi antara angkubah yang bertanggungjawab terhadap perubahan ini, sementara golongan muda pula adalah berada dalam situasi pengaruh golongan tua . Tambahan pula, golongan tua sejak awal-awal lagi boleh disifatkan kurang prihatin tentang budaya sendiri tetapi lebih senang dengan budaya luar seperti pengucapan bahasa. Situasi ini ditujukkan oleh ketua keluarga yang banyak menggunakan bahasa Melayu bila berinteraksi dengan anak berbanding dengan bahasa ibunda. Sesungguhnya pengadaptasian bahasa lain dengan meminggirkan bahasa ibunda menjadi suatu kerugian yang besar tetapi perubahan agama ardli kepada agama samawi Islam adalah suatu kesadaran yang tinggi bahawa hanya Allah sahaja yang patut disembah dan bukan lainnya dan akhirnya menjalani suatu kehidupan menurut syara’ yang diredai oleh Allah.

Page 2: Latarbelakang Sabah 1

Negeri yang terletak di utara Pulau Borneo Sabah ini memiliki keluasan 73,711 kilometer persegi telah mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963 dan secara rasminya merdeka dalam Malaysia pada 16 September 1963 ini memiliki keistemewaannya yang tersendiri. Jika dilihat dari sudut sejarah, negeri Sabah boleh dibahagikan kepada empat era, iaitu Sejarah Zaman Kesultanan Brunei dan Sulu Tradisonal hingga tahun 1840; Sejarah Zaman Penjajahan Kuasa Asing (Inggeris dan Jepun) hingga tahun 1945; Sejarah Zaman Nasionalisme dan kemerdekaan daripada tahun 1946 hingga 1963, dan; Sejarah Zaman Selepas Merdeka (Dalam Malaysia) hingga kini.Negeri Sabah juga dikelilingi oleh tiga perairan laut yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan manusia di masa lampau, iaitu Laut China Selatan di sebelah barat, Laut Sulu di sebelah utara, dan Laut Sulawesi di sebelah timur. Terutamanya, Laut Sulu memberi laluan kepada kemasukan unsur-unsur dari Filipina, khusus ke Sabah. Di samping itu, Laut Sulawesi di sebelah timur dan Laut Jawa di sebelah selatan juga penting kepada penduduk Borneo amnya dari segi ekonomi perniagaan dengan saudagar-saudagar dari Pulau Jawa, dan Sumatra. Hal inilah yang menjadikan negeri ini terkenal dengan penduduknya yang berbilang etnik, kebudayaan, adat resam dan agama. Sabah mempunyai 30 kumpulan etnik dengan tidak kurang 80 dialek , yang mana lebih tiga puluh daripada bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus, Latod, Irranun, Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan Dusun. Bahkan, Institut Linguistik S.I.L melaporkan bahasa-bahasa tempatan ini dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian.Namun visi dalam menuju Negara maju tahun 2020, telah memberi impak yang besar kepada corak dan pembangunan sosial bagi penduduk negeri Sabah. Matlamat murni melalui program-program pembangunan negeri bagi membangunkan taraf hidup masyarakat yang pelbagai suku di bumi yang bertuah ini telah memberikan konotasi yang berlainan. Sesetengah masyarakat menyambut baik perubahan yang dilakukan itu, sementara sebahagian lain memandangnya sebagai ‘ada udang di sebalik batu’. Golongan ini menganggap wujud satu bajet yang tidak seimbang dalam transformasi perjalanan kemajuan di samping suatu agenda yang tersembunyi. Bahkan kemasukan parti-parti politik dari Semenanjug Malaysia turut disalah tafsir, kononnya akan merampas hak-hak pribumi Sabah.

Maka, timbullah pelbagai persoalan di kalangan segelintir masyarakat di negeri ini. Adalah wajar sekiranya masyarakat Sabah bimbang tentang nasib survival mereka pada masa depan? Suatu hari nanti, siapa yang memperjuangkannya dan apa nasib bumiputera Sabah? Bahkan, persoalan juga mula ditimbulkan tentang makna Bumiputera Sabah? Adakah bumiputera itu masih merujuk kepada bangsa Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Bugis, Suluk dan lain-lain kaum yang telah menduduki negeri ini sejak beribu tahun dahulu, atau semua kaum akan diklasifikasi sebagai kaum Bumiputera Sabah yang mempunyai status dan hak kerakyatan yang sama. Persoalan-persoalan inilah yang membelenggu masyarakat Sabah hari ini.

Page 3: Latarbelakang Sabah 1

SEJARAH AWAL WUJUDNYA PELBAGAI KAUM/ETNIK DALAM MASYARAKAT SABAH

Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42′ ke utara dan garis bujur di antara 1150 20′ hingga 1190 15′ ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya.Pada awalnya negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi. Menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayaan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum yang terbesar bilangannya. Mereka mewakili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah dalam kurun masehi ke-19. Pada keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada penduduk Borneo Utara ketika itu. Namun tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang mula sekali menghuni pulau Borneo amnya. Ini kerana sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan kumpulan-kumpulan etnik di Borneo.Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari Annam di utara Burma, Bajau dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan kaum-kaum lain dari Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lainPada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sri Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan

Page 4: Latarbelakang Sabah 1

tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau  mendiami  kawasan Semporna dan Kota Belud.  Kaum lelaki dalam kalangan  masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.

Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam.Tarian Brunsai

Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.Tarian Limbai

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke  rumah untuk melakukan istiadat  pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.