latar tempat

6
KASUT KELOPAK JANTUNG LATAR TEMPAT

Upload: noor-hanipah

Post on 13-Aug-2015

424 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

KASUT KELOPAK JANTUNG

LATAR TEMPAT

i) Di rumah Cikgu Harun.

Contohnya:~ Hari itu Cikgu Harun menerima lagi bungkusan. Ketika balik dari surau malam itu, bungkusan itu sudah ada. Nama pada bungkusan itu sememangnya nama Cikgu Harun walaupun tidak bersetem atau tanda dihantar dengan pos. (m/s 77)

ii) Di sebuah kampung di kawasan pedalaman.

Contohnya:~ Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun terkesima, membiarkan dirinya hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung pedalaman. (m/s 77)

iii) Di kelas darjah tiga.

Contohnya:~ Cikgu Harun tercegat di depan kelas. Matanya memandang sekeliling kelas darjah tiga itu. Akhirnya, seperti biasa dia tertumpu kepada Ahmad dipenjuru kelas. (m/s 77-79)

iv) Di Padang sekolah tempat murid murid bersenam.

Contohnya:~ Di padang, murid-murid darjah tiga itu bermain riang. Semua memakai pakaian sukan yang lengkap. Mata Cikgu Harun sekali lagi tertumpu kepada Ahmad. Dia masih memakai kemeja putih lusuh dan seluar biru pudar. (m/s 80)

v) Di rumah Ahmad.

Contohnya:~ Sebaik sahaja sampai di sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh cikgu Harun di dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeiling . Suasana sepi sekali. (m/s 84)