latar belakang jabatan akauntan negara · pdf filekemudiannya berpindah ke bangunan sultan...

2
LATAR BELAKANG JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Upload: doandung

Post on 08-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LATAR BELAKANG JABATAN AKAUNTAN NEGARA · PDF filekemudiannya berpindah ke Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya berpindah ke Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan,

LATAR BELAKANG

JABATAN AKAUNTAN NEGARA

MALAYSIA

Page 2: LATAR BELAKANG JABATAN AKAUNTAN NEGARA · PDF filekemudiannya berpindah ke Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya berpindah ke Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan,

LATAR BELAKANG

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan pewujudan jawatan

Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai

kemerdekaan. Mengikut rekod jabatan, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah

disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini JANM telah diterajui

oleh seramai 12 orang Akauntan Negara. Pada tahun 1967 kepimpinan JANM telah

diambilalih oleh seorang anak tempatan.

Senarai nama Akauntan Negara dari 1946 hingga sekarang adalah seperti berikut:

1. En. G.G.T Browne (1946), 2. En. E.A Joy (1947 – 1949 dan 1951 – 1952) 3. En. J.H Newbigging (Pemangku Akauntan Negara 1950 dan 1953 – 1955) 4. En. C.E Gascoigne (1956 – 1957) 5. En. H.C Roberts (1958 – 1962) 6. En. Mohammad Raslan (Pemangku Akauntan Negara 1963), 7. En. D. Mortimer (1964 – 1966) 8. Y.Bhg. Dato’ Shamsir bin Omar (1967 – 1989)

9. Kosong (Tanggung kerja oleh En. Zainul Abidin bin Yahya (7 Julai 1989 – 31 Mei 1990) 10. Y.M Raja Dato’ Seri Abdul Aziz bin Raja Salim (1990 – 1993) 11. Y.Bhg. Dato’ Mohamed Adnan bin Ali (1994 – 1999) 12. Y.Bhg. Datuk Siti Maslamah bt. Osman (2000 – 2003) 13. Y.Bhg. Datuk Othman bin Abdullah (2003 – 2005) 14. Y.Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud (2005 – 2010) 15. Y.Bhg. Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman (2010 – 2014) 16. Y.Bhg. Dato’ Haji Che Pee bin Samsudin (2015 – kini)

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa

perubahan sejajar dengan perubahan yang berlaku kepada sektor awam. Berasal dari satu

bahagian yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di

persimpangan Jalan Melaka/Jalan Tun Perak (Mountbatten Road) di Kuala Lumpur yang

kemudiannya berpindah ke Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya

berpindah ke Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM

telah berpusat di Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Presint 2,

Putrajaya.

Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan pelanggan dengan perkhidmatan yang

efisyen dan selesa kepada pelanggan, kini JANM telah berkembang di mana terdapat 24

JANM Negeri/Cawangan serta 25 Bahagian Akaun Kementerian di seluruh Malaysia.