laporan_kepimpinan

10
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LMCK1531 KEPIMPINAN & KREATIVITI LAPORAN PROGRAM PANGSAPURI ANGKAT NAMA: NURUL HANISAH BINTI MOHAMAD AMRAN NO. MATRIK: A148606 NAMA PENSYARAH: Dr. TUAN MAZLEELA BINTI TUAN MAHMOOD SEMESTER I, SESSION 2014-2015 FACULTY OF PHARMACY

Upload: khairul-khair

Post on 10-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LMCK1531 KEPIMPINAN & KREATIVITI

LAPORAN PROGRAM PANGSAPURI ANGKAT

NAMA: NURUL HANISAH BINTI MOHAMAD AMRAN

NO. MATRIK: A148606

NAMA PENSYARAH: Dr. TUAN MAZLEELA BINTI TUAN MAHMOOD

SEMESTER I, SESSION 2014-2015FACULTY OF PHARMACY

Objektif.

1. Melahirkan pemimpin yang mampu memimpin satu organisasi dalam mengendalikan suatu program.2. Melahirkan mahasiswa mahasiswi yang kreatif dari pelbagai sudut aspek dan boleh digunakan dalam sesuatu organisasi.3. Memantapkan serta memelihara sikap dan etika mahasiswa mahasiswi dan mampu bertindak secara professional dalam sesuatu perkara.4. Membentuk individu yang mampu memberi kerjasama kepada rakan sekumpulan untuk menjayakan program atau menyelesaikan masalah.

Refleksi Kepimpinan Diri.

Program Pangsapuri Angkat merupakan salah satu sub program Fiesta Sinergi Intelek (FSI). Program ini diadakan di pangsapuri Bandar Baru Sentul blok 21 dan 23. Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan fizikal kepada penduduk pangsapuri Bandar Baru Sentul seperti pemeriksaan kesihatan, sesi kaunseling bersama ahli farmasi berdaftar, cara penjagaan gigi, sesi pembelajaran waktu kecemasan dan pemeriksaan pendengaran. Selain daripada memberi perkhidmatan fizikal, program ini juga secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk pangsapuri dan mahasiswa mahasiswi.

Saya, Nurul Hanisah bt Mohamad Amran, telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa bagi exco perhubungan dibawah pemantauan Nur Nadiana Bt Adnan, exco 1 perhubungan. Pada 30 Oktober 2014, mesyuarat rasmi pertama kalinya telah diadakan di bilik mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej (JPPK). Di situ kami telah berbincang dan membahagikan tugas sesama exco dan majlis tertinggi program bagi melaksanakan program ini. Saya disini bersama rakan AJK yang lain berperanan mendengar arahan daripada exco perhubungan kami bekenaan tugas yang bakal diberi.

Pada 2 November 2014, saya bersama AJK yang lain dipanggil untuk oleh exco kami bagi mengadakan mesyuarat kecil antara exco perhubungan sahaja. Disini kami diberi tugas untuk mencari pempamer yang berminat untuk menbuat pameran di program pangsapuri angkat ini. Setiap AJK diberi tugas mencari lima nombor bagi menghubungi pempamer. Kami diberi masa dua hari bagi mencari pempamer sebelum menyerahkan kepada exco perhubungi bagi menghubungi pempamer tersebut.

Berdasarkan exco perhubungan, lima pempamer berminat untuk mejalankan pameran di pangsapuri angkat iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Farmasi (PMFFAR), Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Pergigian (DENSTA), Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Kesihatan Audiologi dan Pusat Darah Negara. Pada 5 November 2014, sekali lagi kami dipanggil oleh exco perhubungan bagi mengadakan aktiviti mesyuarat kecil antara kami. Di situ semua AJK perhubungan diberi tugas masing-masing. Saya mendapat tugas untuk berhubung dengan exco teknikal bagi menyediakan keperluan pempamer. Keesokannya saya berhubung dengan exco teknikal berkenaan keperluan pempamer.

Pada 23 November 2014, sekali perjumpaan bersama exco perhubungan diadakan. Kali ini kami diberi tugas ketika program itu akan berlangsung. Saya diberi tugas untuk menjaga kebajikan dan keperluan pempamer sepanjang program itu berlangsung. Pada 3 Disember 2014, exco perhubungan dan exco publisiti diminta untuk ke tapak program. Sebagai AJK yang bertugas untuk menjaga kebajikan pempamer, saya mengenal pasti kedudukan pempamer agar tidak berlaku kesilapan ketika program itu berlangsung. Tiga tapak pameran di luar dewan iaitu PMFFAR, BSMM dan Audiologi. Manakala terdapat tiga tapak pameran lagi di dalam dewan iaitu DENSTA, Pusat Darah Negara dan Audiologi. Dan pada 4 Disember 2014, exco perhubungan dan AJK mengadakan taklimat bersama pempamer bagi menerangkan proses program pangsapuri angkat itu nanti.

Pada 5 Disember 2014, kami sekali lagi pergi ke tapak program bagi menyediakan tapak pameran. Di sini saya berperanan untuk mengarahkan AJK lain bagi membantu menyediakan tapak pameran dan saya juga bertanggungjawab memastikan semua keperluan pempamer seperti papan informasi, meja dan kerusi itu cukup bagi setiap pempamer. Saya juga telah menampal tag nama bagi setiap tapak pameran bagi memudahkan pempamer mengenalpasti tempat mereka dan memudahkan juga orang ramai mengenalpasti tempat tersebut.

Pada 6 Disember 2014, program pangsapuri angkat telah pun berlangsung. Saya telah memastikan semua keperluan pempamer itu cukup. Saya akan melawati tapak pameran ssetengah masa bagi mengenalpasti masalah atau apa-apa keperluan yang diperlukan oleh pempamer. Pameran ini berlangsungg sehingga pukul dua petang. Selepas selesai pameran saya memohon agar AJK perhubungan dan exco-exco yang lain juga membantu mengemas tapak pameran bagi tentatif program seterusnya. Pameran berakhir dengan jayanya dan penduduk pangsapuri angkat telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.Lampiran 1: Kertas Gerak Kerja

LAPORAN SEKRETARIAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTANPROGRAM PANGSAPURI ANGKATFIESTA SINERGI INTELEK(FSI) 2014/2015KOLEJ TUN SYED NASIR

EXCO I : Nur Nadiana Bt Adnan A139791EXCO II : Chua Xin Jane A144613AJK : 1. Nur Syamimi Bt Sukri A148521 2. Nur Amanina Binti Che Derman A147303 3. Nur Afaf Binti Mat Aripin A149337 4. Nurul Hanisah Binti Mohamad Amran A148606 GERAK KERJABILTARIKHGERAK KERJATINDAKAN

130 OKT 14Perbincangan bersama exco dan ajk.Penjelasan tugas perhubungan dan pengangkutan serta membahagikan tugas.

22 NOV 14Mendapat senarai pempamer.Mula mencari contact semua pempamer.

33 NOV 14Memilih pempamer dan menyediakan surat jemputan.3.1 Daripada contact yang cari, pemilihan pempamer dijalankan dan mula menghubungi :i. BSMMii. PMFFARiii DENSTAIV AUDIOLOGI IIV Pusat Darah Negara

44 NOV 14Senarai barang yang diperlukan.Menyenaraikan barang keperluan dan memberitahu teknikal

55 NOV 14Perbincangan bersama exco dan ajk.Mengemaskini tugas mengenai pempamer. Menghubungi pentadbir pangsapuri.

6.10 NOV 14Mencari pengangkutanMenghantar surat memohon kebenaran untuk pengangkutan

7.16 NOV 14Mengenalpasti bilangan pempamer yang akan hadir.Menghantar surat jemputan kepada pempamer yang dapat hadir.

8..23 NOV 14Perjumpaan bersama exco dan ajk.Menbincangkan status pempamer dan pengangkutan seperti membuat jadual pengangkutan. Pembahagian tugas pada hari kejadian.

9.24 NOV 14Perjumpaan bersama exco lainMengemaskini biangan pempamer kepada jamuan dan mengenalpasti barang yang diperlukan daripda teknikal.

10.3 DIS 14Lawatan ke PangsapuriMengenalpasti ruang untuk membuat pameran.

11.4 DIS 14Taklimat bersama pempamer11.1 Menerangkan dan memberitahu tentang perincian program dan pengangkutan .11. 2 Exco 1 bersama-sama Pengarah menghadiri mesyuarat bersama dengan wakil bahagian Umno Fasa 3

12.5 DIS14Persiapan tempat programMenyusun meja, kerusi dan papan kenyataan yang diperlukan untuk pempamer.

KELEMAHAN1. Exco tidak memberi kerjasama yang baik dalam menjalankan tugas.2. Kurang komunikasi dan tugas tidak dibahagikan dengan baik.

KEKUATAN1. Dapat menjemput pempamer bagi mencapai objektif program seperti pemeriksaan kesihatan badan kepada penduduk.2. Dapat membantu Exco lain dalam melancarkan aktiviti pada hari kejadian.3. Bantuan dan kerjasama yang baik daripada AJK PerhubunganCADANGAN1. Exco perlu bertindak lebih awal dalam menghubungi dan menjemput pempamer.2. Tugas perlu dibahagikan supaya gerak kerja menjadi lebih lancar dan teratur.

Disediakan oleh,__________________________________________(NUR NADIANA BT ADNAN)(CHUA XIN JANE) EXCO I,EXCO II Program Pangsapuri Angkat,Program Pangsapuri Angkat, Fiesta Sinergi Intelek 2014/2015,Fiesta Sinergi Intelek 2014/2015 Kolej Tun Syed Nasir.Kolej Tun Syed Nasir.

Lampiran 2: Gambar-gambar ketika aktiviti berlangsung

Video Link of Kepimpinan & Kreativiti:

https://www.youtube.com/watch?v=sbnpQd9kP7s