laporankajian071

Upload: latifah-arshad

Post on 29-May-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    1/24

    JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

    KUALA LUMPUR

    PUP : SATU ALAT BANTU UNTUK MENENTUKAN IMEJ

    SUATU TITIK DALAM PUTARAN

    Oleh:

    Pn. Latifah bt. Hj. ArshadSMK Convent Sentul51000 Kuala Lumpur

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    2/24

    Isi Kandungan Muka Surat

    Penghargaan i

    Abstrak ii

    1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 1

    2.0 Fokus Kajian/Isu Keperihatinan ............................... .... 2

    3.0 Objektif Kajian . 3

    3.1 Objektif Am 3

    3.2 Objektif Khusus 3

    4.0 Kumpulan Sasaran . 3

    5.0 Perlaksanaan Kajian . 4

    5.1 Tinjauan Awal Masalah 4

    5.1.1 Tinjauan Awal Masalah . 4

    5.1.2 Analisisi Tinjauan Awal Masalah .. 4

    5.2 Ujian Pra . 5

    5.2.1 Analisis Ujian Pra 6

    5.3 Tindakan yang Dijalankan 6

    5.3.1 Penggunaan Alat Bantu PUP 7

    5.3.2 Refleksi Penggunaan Alat Bantu PUP .. 10

    5.4 Ujian Pos . 10

    5.4.1 Ujian Pos 1 . 10

    5.4.2 Analisis Ujian Pos 1 .. 10

    5.4.3 Ujian Pos 2 11

    5.4.4 Analisis Ujian Pos 2 . 11

    5.5 Soal Selidik 12

    5.5.1 Borang Soal Selidik 12

    5.5.2 Analisis Borang Soal Selidik 12

    5.6 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian . 13

    5.7 Refleksi Kajian 14

    5.7.1 Penilaian Pencapaian murid ... 14

    5.7.2 Perubahan Sikap Murid dan Saya Sendiri 156.0 Cadangan Kajian Selanjutnya 16

    Bibliografi

    Lampiran

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    3/24

    PENGHARGAAN

    DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

    Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T. kerana

    dengan izinnya dapat saya melaksanakan dan menyempurnakan laporan kajian ini.

    Saya telah mendapat bantuan dan sokongan yang tidak ternilai budinya dari pelbagai

    pihak sehingga terhasilnya kertas kajian ini. Atas kesempatan ini, saya ingin merakamkan

    setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang telah memberi

    bimbingan dan kerjasama dalam manjayakan kajian ini.

    Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Kurikulum, JPWP yang telah

    membantu dalam menggariskan panduan, pembimbing dan nasihat dari peringkat permulaan

    kajian sehingga laporan ini disiapkan

    Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pn . Mystrical Rose , selaku

    Pengetua, Pn. Noor Aini Jaafar (PK1), SMK Convent Sentul kerana telah memberi

    kepercayaan, kerjasama, bantuan dan sokongan semasa kajian ini dijalankan. Tidak lupa

    kepada subjek kajian, pelajar-pelajar dari kelas 5D yang telah memberikan kerjasama yang

    sepenuhnya sepanjang saya melaksanakan kajian ini.

    Akhir sekali, penghargaan yang tidak ternilai kepada keluarga tersayang yang banyak

    memberi dorongan serta sumber inspirasi untuk menyiapkan kajian ini.

    -i-

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    4/24

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan mengatasi masalah muridtingkatan 5 dalam menentukan imej suatu titik di bawah putaran. Seramai 26 orang pelajar

    dari tingkatan 5 Dahlia yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah telah terlibatdalam kajian ini. Tinjauan awal masalah dilakukan bermula dengan pemeriksaan kerja bertulismurid, analisis kertas peperiksaan akhir tahun serta ujian bulanan, temu bual dan diikuti denganujian-pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menentukan titik imej di bawah suatuputaran disebabkan mereka tidak tahu menentukan titik objek dan pusat putaran. Mereka jugatidak tahu saiz sudut 90 dan diikuti dengan arah putaran sama ada arah ikut jam atau arahlawan jam. Perancangan tindakan difokuskan kepada membantu murid untuk menentukan imejsuatu titik atau objek di bawah suatu putaran. Empat sesi pengajaran dan pembelajaran (35 40 minit) telah dijalankan selama 2 minggu dan murid telah didedahkan dengan penggunaan alatbantu PUP ( Protektor Untuk Putaran). Alat bantu ini direka khas untuk membantu pelajarmenentukan titik imej di bawah suatu putaran. Keputusan dalam ujian pos 1 dan pos 2 telahmenunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid merasaseronok dan dapat mengingat langkah-langkah untuk mencari suatu imej atau objek di bawah

    suatu putaran.

    -ii-

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    5/24

    1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu.

    Sepanjang pengalaman saya mengajar matematik, tajuk yang berkaitan dengan

    Penjelmaan adalah satu tajuk yang sangat sukar difahami oleh murid. Tajuk ini

    termasuk dalam sukatan pelajaran tingkatan lima dan di peringkat SPM soalan

    termasuk dalam Kertas 1 dan kertas 2 bahagian B dengan peruntukan 12

    markah. Di antara subtopik yang mesti dipelajari oleh murid ialah penjelmaan

    yang melibatkan Putaran.

    Terlalu sukar bagi murid untuk menentukan imej sesuatu titik jika penjelmaan

    yang terlibat ialah putaran. Ini dapat dibuktikan dari pemeriksaan buku latihan

    murid dan ditambah pula dengan analisis daripada kertas jawapan dalam ujian

    bulanan dan ujian diagnostik peringkat sekolah, lebih kurang 90% murid yang

    langsung tidak dapat menjawab soalan ini. Daripada analisis yang dibuat,

    didapati murid tidak dapat menjawab soalan ini disebabkan oleh :-

    i) mereka tidak tahu menandakan pusat putaran, dan titik objek di atas

    koordinat cartesan

    ii) mereka tidak tahu untuk melakukan putaran suatu titik atau objek yang

    diberi dibawah suatu putaran 90 , 180 atau 270.

    iii) mereka tidak pasti/tahu arah putaran sama ada ikut jam atau lawan arah

    jam.

    Dengan itu, mereka tidak dapat menentukan imej bagi suatu titik atau objek

    yang dinyatakan dalam soalan. Akibatnya soalan yang berikutnya tidak dapat

    dijawab oleh murid atau jika murid menjawab, jawapan yang salah diberikan

    Apabila ditanya mengapa kamu tidak menjawab soalan berkaitan penjelmaan,

    jawapan yang diberikan adalah ......tak tahu macam mana nak buat .....,

    macam mana nak putarkan titik ikut jam atau lawan jam .....` , tak tahu nak

    tandakan titik, tajuk ini susah dan membosankan, Saya pula selalu

    menjawab `...... Macam nipun tak tau buat.... senang aje... ikut macam mana

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    6/24

    saya tunjukkan tadi... kan saya dah ajar tajuk ini...` tanpa menghiraukan

    masalah sebenar mereka. Bagi saya murid terlalu bergantung kepada guru untuk

    menunjukkan jalan penyelesaian. Mereka tidak ingin mencuba sendiri. Pun

    begitu, saya tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya. Mungkin

    pengajaran saya tidak dapat menarik perhatian murid dan alat bantu mengajar

    yang saya gunakan tidak dapat membuat mereka memahami konsep yang diajar

    sepenuhnya.

    Dengan rasa kesedaran dan keinsafan dalam diri, saya mengambiI keputusan

    untuk membuat kajian tindakan bagi memperbaiki kelemahan diri serta

    mempertingkatkan pembelajaran murid dengan memperkenalkan satu alat bantu

    mengajar yang dinamakan `PUP- Protektor Untuk Putaran. Dengan adanya alat

    ini diharapkan dapat diterima pakai oleh warga pendidik yang mengajar

    matematik serta membantu murid menyelesaikan masalah yang berkaitan

    dengan putaran.

    2.0 Fokus Kajian.

    Kajian yang akan saya laksanakan adalah berfokus dalam meningkatkan

    kemahiran pelajar untuk menentukan imej bagi suatu titik atau objek di bawah

    satu penjelmaan iaitu putaran. Selain dari itu, masalah yang menjurus dan

    berkait rapat dengan cara untuk menentukan imej suatu titik atau objek juga

    diambilkira . Di antaranya ialah :

    i) menentukan saiz sudut 90, 180 dan 270

    ii) menandakan titik dan pusat putaran di atas sistem koordinat cartesan.

    iii) menentukan imej titik di bawah suatu putaran

    iv) menentukan imej objek di bawah satu putaran

    Keadaan ini dijangka akan berlarutan jika tidak ditangani dengan segera dan

    akan ujud satu tanggapan bahawa tajuk penjelmaan yang melibatkan putaran

    susah dan murid tidak berminat lagi untuk mempelajarinya. Saya berusaha

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    7/24

    untuk membina satu alat bantu mengajar khusus untuk menentukan koordinat

    imej dengan mengabungjalinkan antara dua warna merah dan hijau. Warna ini

    digunakan kerana ianya begitu sinonim dan biasa dilihat oleh pelajar semasa

    mereka ingin melintas jalan raya.. Ini akan dapat meningkatkan daya ingatan

    mereka.

    3.0 Objektif Kajian

    3.1. Objektif Am

    Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menentukan imej suatu titik atau objek di

    bawah suatu putaran 90 dan 180 mengikut arah jam atau lawan jam

    3.2 Objektif Khusus

    a) Murid dapat mengenalpasti titik objek

    b) Murid dapat menentukan kedudukan pusat putaran dalam sistem

    koordinat cartesan

    c) Murid dapat menentukan arah ikut jam atau lawan jam

    d) Murid dapat menentukan saiz sudut 90

    e) Murid dapat melukiskan satu garis lurus di antara titik objek dengan

    dengan titik pusat putaran di atas koordinat cartesan

    f) 80% murid dapat menentukan imej sesuatu titik atau objek di bawah

    suatu putaran

    g) Untuk menghasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran

    yang berkesan dan mudah.

    4.0 Kumpulan Sasaran

    Sampel kajian adalah terdiri daripada 25 orang murid perempuan dari tingkatan 5

    Dahlia yang memiliki tahap pencapaian yang sederhana dan lemah.

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    8/24

    5.0 Perlaksanaan Kajian

    5.1 Tinjauan Awal Masalah

    5.1.1 Tinjauan Awal masalah dilakukan dengan mengambil langkah-langkah

    berikut:

    Jadual 1 : Tinjauan Awal

    Tindakan Tujuan

    1. Pemeriksaan kerja bertulis murid

    iaitu buku nota dan buku latihan.

    Untuk mengenal pasti masalah yang

    dihadapi oleh murid dalam tajuk

    Transformation

    2 Analisis Kertas jawapan

    Peperiksaan Akhir Tahun 2006

    dan Ujian Bulanan peringkat

    sekolah.

    Mengenal bahagian masalah sebenar

    yang dihadapi oleh murid dalam

    tajuk Transformation dengan

    meneliti jawapan dan jalan kerja yang

    dibuat oleh murid.

    3, Temubual Temubual dijalankan secara rawak ke

    atas 10 orang murid untuk

    mengetahui masalah sebenar yang

    dihadapi oleh murid ketikamempelajari tajuk ini.

    5.1.2 Analisis Tinjauan Masalah

    Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah

    Tindakan Masalah yang dihadapi oleh murid

    1. Pemeriksaan kerja bertulis murid

    iaitu buku nota dan buku latihan.

    Didapati murid tidak menyalin nota

    dan ada sebahagian yang menyalin

    tidak lengkap, Begitu juga dengan

    latihan yang diberi tidak disiapkan.

    Keadaan ini begitu ketara dibahagian

    tranformation yang melibatkan

    rotation.

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    9/24

    2 Analisis Kertas jawapan

    Peperiksaan Akhir Tahun 2006

    dan Ujian Bulanan peringkat

    sekolah.

    Hasil dari pemeriksaan jawapan

    murid, mereka tidak menjawab jika

    Transformation yang dinyatakan

    dalam soalan melibatkan rotation

    3, Temubual Masalah sebenar yang dihadapi oleh

    murid ialah mereka tidak tahu:

    i. langkah-langkah untuk melakukan

    rotation.

    ii. Menentukan titik objek dan titik

    pusat putaran

    iii. saiz sudut 90, 180

    iv. rotation ikut jam atau lawan jam.

    4 Pemerhatian Pemerhatian dibuat ke atas sikap

    murid yang hanya sebahagian murid

    berminat untuk belajar, mahu

    bertanya soalan, dan memberi idea

    atau langkah-langkah untuk

    menjawab soalan. Sebahagian yanglain hanya menyepi dan menyalin

    jawapan yang diberi oleh guru.

    5.2 Ujian Pra

    5.2.1 Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesahkan

    permasalahan sebenar mereka. Dengan itu soalan dalam ujian pra adalah

    menjurus kepada item-item yang berkait rapat dengan cara untuk menyelesaikan

    masalah dalam rotation. Item-item yang terlibat ialah :

    1. Melukis sudut 90 dari garis lurus yang diberi mengikut arah jam atau

    arah lawan jam.

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    10/24

    2. Menandakan suatu titik objek dan pusat putaran di atas koordinat

    cartesan

    3. Menentukan titik imej dibawah suatu rotation

    4. Melukis imej bagi objek di bawah suatu rotation

    5.2.1 Analisis Ujian Pra dan refleksi

    Jadual 3 : Analisis Ujian Pra

    Bil Item Peratus Refleksi

    1 Melukis sudut 90 dari

    garis lurus yang diberi

    mengikut arah ikut jam

    atau lawan jam.

    0.0 Tiada seorang murid yang dapat

    melukiskan sudut 90 dari satu garis

    lurus yang diberi. Ini meyakinkan

    saya bahawa mereka tidak tahu untuk

    menandakan titik imej disebabkan

    bahawa mereka tidak tahu saiz sudut

    90 . Saya terfikir saya perlu meminta

    pelajar melihat kepada persekitaran

    bilik darjah seperti bucu meja, siling

    kelas, bucu pintu, bucu papan putih,

    bucu almari dan contoh lain yang

    berkaitan agar mereka menyedari saizsebenar sudut 90 .Disamping itu,

    saya perlu membawa sebuah jam

    dinding yang besar untuk

    menunjukkan kepada mereka arah

    pusingan ikut atau lawan jam

    2 Menandakan suatu titik

    objek dan pusat putaran

    84.6 Ini menunjukkan mereka tahu

    menentukan niali koordinat-x dan

    koordinat-y di atas satah cartesan.

    Dengan itu, mereka tidak menghadapi

    masalah yang besar untuk

    menandakan titik objek di atas satah

    cartesan

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    11/24

    3 Menentukan titik imej

    dibawah suatu rotation

    5.55 Disebabkan oleh masalah sebenar

    mereka tidak dapat melakukan

    langkah-langkah awal dalam

    menentukan titik imej di bawah

    rotation yang dinyatakan, mereka

    tidak dapat untuk menentukan titik

    imej tersebut.

    4 Melukis imej bagi objek di-

    bawah suatu rotation

    15.3 Masalah yang sama seperti di item 3,

    mereka tidak tahu menentukan titik

    imej menyebabkan mereka tidak

    dapat melukiskan imej bagi objek

    yang diberi dalam soalan.

    Selepas menganalisis ujian pra, saya telah mengambil tindakan untuk

    memperkenalkan satu alat yang saya namakan PUP Protektor Untuk

    Putaran. Alat ini saya jangkakan dapat membantu murid untuk menentukan

    imej suatu titik atau objek di bawah suatu putaran.

    5.3 Tindakan yang dijalankan

    5.3.1 Penggunan Alat PUP

    1. Sebelum saya memperkenalkan alat bantu PUP, saya menyuruh murid

    menyenaraikan benda-benda yang ada di dalam bilik darjah. Dari senarai

    jawapan mereka, saya meminta mereka mengelaskannya kepada bentuk

    segitiga, segiempat, bulatan. Seterusnya saya meminta murid menyatakan

    sudut pedalaman pepenjuru setiap bentuk yang dinyatakan dan mereka dapat

    menyesuaikan saiz sudut 90 bagi pepenjuru berbentuk segiempat.

    2. Seterusnya saya mengedarkan kertas yang mengandungi beberapa

    soalan yang berkaitan dengan rotation. Murid diminta menandakan pusat

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    12/24

    putaran (O) titik objek (A) dan melukis garis lurus yang menyambungkan pusat

    putaran dengan titik objek di atas koordinat cartesan. Contoh aktiviti seperti di

    bawah :

    3) Langkah berikutnya saya menerangkan kepada murid penggunaan alat

    bantu PUP yang telah saya bina untuk kegunaan mereka. Alat ini terdiri dari

    dua kepingan yang mempunyai skala seperti pembaris. Kepingan berskala di

    bawah berwarna merah dan dipenjuru bawah kiri adalah titik rujukan (o).

    Kepingan berskala di atas berwarna hijau dan boleh digerakkan mengikut

    pusingan arah jam atau lawan jam. 2 Kepingan ini dicantum menggunakan

    skru.

    Plot the object A (4,1) and the centre O (1,3) on the Cartesian plane.

    5

    4

    3

    2

    1 A

    0 1 2 3 4 5 6

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    13/24

    4) Dengan menggunakan alat ini, murid dikehendaki menentukan titk imej di

    bawah satu putaran. Saya menerangkan kepada murid tatacara penggunaan alat

    tersebut.

    a) Dengan meletakkan alat di atas satah coordinat cartesan dengan

    titik O sebagai rujukan.

    b) Kekalkan kedudukan kepingan merah mengikut garisan OA

    c) Saya juga membawa sebuah jam dinding yang besar dan

    menujukkan kepada murid arah pusingan jam atau lawan jam.

    d) Seterusnya, kepingan hijau digerakkan sama ada mengikut arah

    jam atau lawan jam bergantung kepada soalan, dengan saiz sudut

    90. Untuk menentukan saiz sudut tepat , pepenjuru kanan

    kepingan hijau mesti bertindih dengan titik O kepingan merah.

    e) Ukur/kira jarak dari OA, ukuran yang sama digunakan untuk

    menentukan imej titik A iaitu A

    f) Murid diminta mengulang tatacara yang sama untuk soalan

    seterusnya sehingga murid mahir menggunakan alat tersebut.

    Determine the coordinates of an image for object A (4,1) under rotationthrough 90 anticlock wise about the point (1,3).

    5

    4

    3

    2

    1

    0 1 2 3 4 5 6

    O

    A

    A

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    14/24

    5.3.2 Refleksi Penggunaan Alat PUP

    Sepanjang sesi alat bantu PUP digunakan untuk menentukan imej suatu titik

    di bawah putaran tertentu, murid terlalu aktif, seronok dan berminat untuk

    mencari titik imej mengikut tatacara yang telah diajar. Mereka juga saling bantu

    antara rakan sekelas dan berlumba-lumba untuk menyiapkan soalan yang diberi.

    Hasil jawapan pelajar, masih ada pelajar yang masih keliru dalam menentukan

    arah putaran dan di antara titik objek dengan pusat putaran. Langkah diambil

    dengan memberikan tunjuk ajar secara individu.

    5.4 Ujian Pos.

    5.4.1 Ujian pos 1

    Diberikan kepada kumpulan sasaran selepas seminggu mereka didedahkandengan penggunaan alat bantu PUP. Soalan dalam ujian pos 1 adalah sama

    dengan ujian pra yang menjurus kepada item-item yang berkait rapat dengan

    cara untuk menyelesaikan masalah dalam rotation. Semasa ujian ini, pelajar

    dibekalkan dengan alat bantu PUP dan mereka menggunakan alat tersebut

    untuk mencari imej bagi suatu titik atau objek yang diberi.

    5.4.2 Analisis Ujian Pos 1 dan refleksi

    Jadual 4 : Analisis Ujian Pos 1

    Bil Item Peratus Refleksi

    1 Melukis sudut 90 dari

    garis lurus yang diberi

    mengikut arah ikut jam

    atau lawan jam.

    82.0 82% pelajar dapat melukis sudut 90

    Dari garis lurus yang diberi.

    2 Menandakan suatu titik

    objek dan pusat putaran

    86.0 Tiada perbezaan yang ketara antara

    ujian pra dan ujian pos 1. mereka tahu

    menenetukan nilai koordinat-x dan

    koordinat-y di atas satah cartesan.

    3 Menentukan titik imej

    dibawah suatu rotation

    84.6 Dengan penggunaan alat bantu

    PUP, murid dapat menentukan titik

    imej

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    15/24

    4 Melukis imej bagi objek di-

    bawah suatu rotation

    84.6 Masalah yang sama seperti di item 3,

    murid dapat melukis titik imej bagi

    objek yang diberi.

    5.4.3 Ujian Pos 2

    Ujian Pos 2 diadakan sekali lagi selepas 2 minggu ujian pos 1. Sebelum saya

    melaksanakan ujian pos 2, saya telah menghubungkan alat bantu PUP dengan

    sesiku segitiga . Saya juga meminta murid menghubungkait saiz sudut

    putaran yang diberi antara sudut 90 arah jam dengan sudut 270 arah

    lawan jam. Murid telah menggunakan sesiku segitiga untuk menentukan titik

    imej dan mengingatkan 90C=270A. Soalan yang dikemukakan adalah lebih

    kurang sama dengan dengan soalan dalam ujian pos 1.

    5.4.4 Analisis Ujian Pos 2 dan refleksi

    Jadual 5 : Analisis Ujian Pos 2

    Bil Item Peratus Refleksi

    1 Melukis sudut 90 dari

    garis lurus yang diberi

    mengikut arah ikut jamatau lawan jam.

    83.0 83% pelajar dapat melukis sudut 90

    dari garis lurus yang diberi.

    2 Menandakan suatu titik

    objek dan pusat putaran

    87.5 Tiada perbezaan yang ketara antara

    ujian pos 1 dan ujian pos 2 mereka

    tahu menentukan nilai koordinat-x dan

    koordinat-y di atas satah cartesan.

    3 Menentukan titik imej

    dibawah suatu rotation

    87.6 Dengan penggunaan alat bantu

    PUP, murid dapat menentukan titik

    imej

    4 Melukis imej bagi objek di-

    bawah suatu rotation

    85.6 Masalah yang sama seperti di item 3,

    murid dapat melukis titik imej bagi

    objek yang diberi.

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    16/24

    Daripada keputusan ujian pos 1 dan ujian pos 2, terdapat peningkatan

    pencapaian jika dibandingkan dengan ujian pra. Saya yakin, dengan

    penggunaan alat bantu ini dapat membantu murid menentukan imej objek di

    bawah satu putaran.

    5.5 Soal selidik

    5.5.1 Borang Soal Selidik

    Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk

    mendapatkan maklum balas dari murid. Pernyataan berkisar kepada sejauh

    mana keberkesanan penggunaan alat bantu PUP dalam meningkatkan

    kemahiran mereka untuk mencari koordinat imej bagi suatu titik atau objek di

    bawah suatu putaran. Skala Likert digunakan iaitu S = setuju, TP = Tidak Pasti

    dan TS = Tidak setuju.

    5.5.2 Analisis Soal Selidik

    Tandakan (/) di ruangan yang berkenaan jika anda :

    S = Setuju. TS = Tidak Pasti. TS = Tidak Setuju.

    Jadual 6 : Analisis Soal Selidik

    Bil Pernyataan S TP TS

    1. Saya suka alat bahan Bantu PUP untuk mencariimej suatu titik atau objek

    23 1

    2. Kaedah ini mudah dan senang difahami 23

    3. Guru memberikan penjelasan yang baik tentangpenggunaan alat ini

    23 1

    4. Dengan penggunaan alat ini, saya seronok untukbelajar bab Transformation Rotation

    23

    5. Dengan penggunaan alat ini mudah untuk sayamengingat langkah-langkah yang sepatutnyadibuat untuk mencari imej sesuatu titik atau objek

    23

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    17/24

    6. Saya tidak mempunyai masalah lagi untuk

    mencari imej suatu titik atau objek dibawahrotation

    21 1 1

    7. Alat ini sangat membantu meningkatkan dayaingatan saya 22 1 1

    8. Saya juga dapat mengenal pasti transformationyang terlibat adalah rotation jika titik objek dantitik imej yang dilukiskan atas satah coordinatcartesan.

    21 1 2

    Daripada jadual di atas, murid telah memberikan respon yang positif terhadap

    penggunaan alat bantu PUP. Alat berkenaan banyak membantumeningkatkan kefahaman mereka untuk mencari koordinat imej bagi objek di

    bawah suatu putaran.

    5.6 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian

    Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu. Semasa saya

    menjalankan kajian ini saya telah mengajar tajuk transformation dan bab ini

    telah diuji dalam ujian 1 peringkat sekolah Daripada analisis item ujian 1, saya

    telah mengambil tindakan untuk meneruskan kajian ini.

    Saya juga telah memperuntukkan 4 waktu P&P untuk membimbing murid

    menggunakan alat bantu PUP dan menghubungkaitkan penggunaan alat bantu

    ini dengan sesiku segitiga agar mudah untuk mereka menggunakan alat

    tersebut semasa peperiksaan dalaman atau awam. Murid juga telah menjalani

    ujian Pos 1 dan ujian Pos 2. Selepas Ujian Pos 2 murid diminta untuk mengisi

    borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang alat bantu

    PUP. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah agar murid lebih selesa

    menjawab mengikut pilihan mereka berbanding dengan temu bual.

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    18/24

    Berdasarkan pemerhatian saya, alat bantu PUP telah berjaya membantu murid

    meningkatkan pencapaian mereka di dalam menentukan imej titik atau objek

    dalam putaran. Murid lebih berminat, bersaing dan berlumba-lumba untuk

    menjawab sambil berintraksi antara satu sama lain. Saya rasa seronok dapat

    menyelesaikan masalah murid walaupun hanya dari subtopik yang kecil jika

    hendak dibandingkan dengan keseluruhan sukatan pelajaran.

    5.7 Refleksi Kajian

    5.7.1 Penilaian Pencapaian Murid

    Jadual menunjukkan peratus pencapaian murid bagi setiap item bagi ujian Pra,

    Pos 1 dan ujian Pos 2

    Jadual 7 : Perbandingan antara UjianPra, Pos 1 dan Pos 2

    Ujian/Item Item 1 Item 2 Item 3 Item 4

    Pra 0.0 84.6 5.5 15.3

    Pos 1 82.0 86.0 84.6 84.6

    Pos 2. 83.0 87.5 87.6 85.6

    5.5 Graf Perbandingan antara ujian Pra, Ujian Pos1 dan Ujian Pos 2

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    Peratus

    ITEM1 ITEM2 ITEM3 ITEM4

    Item

    Perbandingan Antara Ujian Pra, Pos1 dan Pos 2

    PRA

    POS 1

    POS 2

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    19/24

    Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Pos 2 telah saya laksanakan. Saya mendapati

    peningkatan pencapaian yang begitu ketara bagi setiap item yang dinilai. Murid

    kini telah dapat mengenal dan melukis sudut 90. Ini dapat diperhatikan dari

    Item 1. Dari item 3 dan item 4, jelas menunjukkan murid dapat mencari imej titik

    dan objek. Kebolehan pelajar dapat menentukan titik imej dibawah putaran

    menggunakan alat bantu PUP kemudian diaplikasikan kaedah yang sama

    dengan menggunakan sesiku segitiga ini benar-benar menyedarkan saya. Murid

    sebenarnya boleh mendapatkan jawapan yang dikehendaki. Cuma kita sebagai

    guru perlu menangani masalah yang dihadapi dengan fikiran yang terbuka dan

    mencari jalan agar penyelesaian dapat ditemui.

    Masih terdapat murid yang gagal dalam ujian pos 1 dan pos 2. Ini disebabkan

    semasa saya menunjukkan tatacara penggunaan alat bantu PUP mereka tidak

    hadir ke sekolah. Bagi pelajar yang gagal saya telah mengambil langkah

    mengajar semula penggunaan alat bantu PUP kepada mereka.

    5.7.2 Perubahan sikap murid dan saya sendiri.

    Sapanjang kajian ini dijalankan, saya dapat perhatikan perubahan sikap murid

    terhadap mata pelajaran matematik. Sebelum kajian, mereka amat susah untuk

    memberikan jawapan bila disoal, takut untuk ke depan menuliskan jalan kerja di

    papan putih dan tiada sikap bersaing antara satu sama lain. Selepas kajian

    saya dapati, mereka tidak takut untuk bercakap dan memberi idea untuk mencari

    jalan penyelesaian. Mereka juga mempunyai sikap bersaing dan terlalu gembira

    apabila jawapan yang mereka berikan didapati betul.

    Bagi diri saya sebagai guru, saya juga berasa seronok untuk masuk ke kelas

    mereka. Saya akan berusaha untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran

    saya agar dapat difahami oleh murid. Lebih mengharukan lagi ada murid yang

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    20/24

    ikhlas berkata, selama ini saya tak pernah lulus matematik, tapi bila cikgu ajar

    saya boleh faham dan saya dah boleh lulus dalam matematik.

    6.0 Cadangan Kajian Selanjutnya.

    Hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan, saya dapati, perubahan yang

    positif terhadap diri pelajar dan amalan pengajaran guru. Saya berminat untuk

    meneruskan kajian saya dengan mengadakan satu kumpulan kawalan di

    samping kumpulan sasaran yang menjadi subjek kajian. Hasil kajian mungkin

    lebih jelas dan perbandingan dapat dibuat di antara dua kumpulan yang terlibat.

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    21/24

    Bibliografi

    Anderson, E. D. & Nelson J. (1984) An Introduction to the concepts of rotation.

    Mathematics Teacher, 96, 90-95

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

    Pelajaran Malaysia. (2007) Manual Kajian Tindakan. Putrajaya:

    Tan Jin Kiat. (2004). Pro-Mathematics. Form 2 Johor Bahru : Penerbitan

    Pelangi Sdn. Bhd.

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    22/24

    Lampiran :

    Alat Bantu PUP

    Gambar-gambar sepanjang ujian dilaksanakan

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    23/24

  • 8/9/2019 LAPORANKAJIAN071

    24/24

    Lampiran : Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Pos 2