laporanamali4

19
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN Tel: 04-4218621/4218622/4218646. FAX : 04-4218582 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) LAPORAN AMALI 4 TINDAKBALAS REDOKS LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : 1. PN. ZAININA BINTI SUDIN 681014025396 2. PN.SITI SALMI BT SAMSUDDIN 730928086556 3. PN.RENAZIRA BT MOHD REJAB @ YAAKOB 760906025602 4. PN.NOOR AMIRZENAH BT OTHMAN 750417026090 KUMPULAN : SCE5R ( AMBILAN JUN 2011 ) KOD KURSUS : SCE 3109

Upload: mdrozifiak

Post on 21-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporanamali4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

Tel: 04-4218621/4218622/4218646. FAX : 04-4218582

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

LAPORAN AMALI 4

TINDAKBALAS REDOKS

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :

1. PN. ZAININA BINTI SUDIN 681014025396

2. PN.SITI SALMI BT SAMSUDDIN 730928086556

3. PN.RENAZIRA BT MOHD REJAB @ YAAKOB 760906025602

4. PN.NOOR AMIRZENAH BT OTHMAN 750417026090

KUMPULAN : SCE5R ( AMBILAN JUN 2011 )

KOD KURSUS : SCE 3109

TENAGA DALAM KIMIA

NAMA PENSYARAH : EN.THANGAVELO MARIMUTHU

Page 2: laporanamali4

EKSPERIMEN 4 : Tindakbalas Redoks

Tujuan : Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan

elektron pada satu jarak.

Teori : Dalam sel redoks, dua elektrod disambungkan antara satu sama lain oleh wayar

penyambung. Dua elektrod tersebut diletakkan dalam larutan yang mengandungi agen

pengoksidaan dan agen penurunan. Asid sulfurik biasanya digunakan sebagai titian

garam dengan fungsi untuk memisahkan agen pengoksidaan daripada agen penurunan.

Antara contoh proses redoks ringkas yang melibatkan proses penurunan dan

pengoksidaan ialah seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida

dan penurunan karbon oleh hidrogen untuk menghasilkan metana. Istilah redoks (redox)

datangnya daripada dua konsep iaitu penurunan (reduction) dan pengoksidaan

(oxidation).

Pemindahan elektron berlaku daripada agen penurunan kepada agen pengoksidaan

melalui wayar penyambung elketrik. Elektrod yang direndam dalam larutan agen

penurunan yang mengalami pengoksidaan melalui kehilangan elektron bertindak

sebagai terminal negatif. Elektron yang terhasil itu akan mengalir melalui wayar

penyambung ke elektrod yang direndam dalam larutan agen pengoksidaan. Elektrod ini

akan bertindak sebagai terminal positif.

Page 3: laporanamali4

Senarai bahan :

2.0 mol dm-3 asid sulfurik cair

0.5 mol dm-3 larutan ferum(II) sulfat

0.2 moldm-3 larutan kalium manganat(VII) berasid

0.5 moldm-3 larutan kalium iodida,

0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid

0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat

1 % larutan kanji

Senarai radas :

Tiub - U

Galvanometer

Penyambung klip buaya

Elektrod karbon

Kaki retot dan pemegang

Tabung uji

Penitis dan penutup satu lubang

Bikar

Page 4: laporanamali4

Prosedur :

1. Tiub-U diletakkan pada pemegang kaki retot seperti dalam Rajah 1(Set 1)

2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U.

3. Larutan 0.5 mol dm-3 ferum(II) sulfat ditambah dengan berhati-hati dengan menggunakan

penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm.

4. 0.2 mol dm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu

lagi seperti dalam langkah 3.

5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U.

6. Elektrod disambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1.

Elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai

terminal negatif ditentukan dengan berasaskan pesongan jarum galvanometer.

7. Radas tersebut dibiarkan selama 30 minit, dan sebarang perubahan diperhatikan.

8. 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dikeluarkan daripada dari tiub-U dengan menggunakan penitis

dan dimasukkan ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm -3 kalium tiosianat

ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan ke dalam Jadual 1.

9. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggunakan larutan 0.5 mol dm-3 kalium iodida dan

0.2 mol dm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II)

sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid seperti dalam rajah 2 (Set 2)

10. Langkah 8 diulang untuk menguji larutan kalium iodida dengan 1% larutan kanji. Hasil

pemerhatian direkodkan dalam Jadual 2.

Page 5: laporanamali4

SUSUNAN RADAS.

Set 1

Page 6: laporanamali4

SET 2

Page 7: laporanamali4

Keputusan :

Set 1 : Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid

Pemerhatian

Arah pengaliran elektronTerminal negatif (FeSO4) ke terminal

positif (K2Cr2O7)

Penunjuk galvanometer Jarum galvanometer bergerak ke arah kanan

Perubahan larutan ferum

(II) sulfat

Larutan ferum (II) sulfat bertukar daripada warna

hijau muda kepada larutan berwarna kuning

Perubahan larutan kalium

dikromat (VI) berasid

Larutan kalium dikromat (VI) berasid bertukar

daripada warna jingga kepada warna hijau

Tindak balas larutan

kalium triosonatLarutan bertukar menjadi merah bata

Jadual 1(Set 1)

Page 8: laporanamali4

Set 2 : Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII)

Pemerhatian

Arah pengaliran elektronTerminal negatif (KI) ke terminal

positif (KMnO4)

Penunjuk galvanometer Jarum galvanometer bergerak ke arah kanan

Perubahan larutan kalium

iodida

Larutan kalium iodida bertukar daripada warna

jernih kepada warna perang

Perubahan larutan kalium

manganat (VII)

Larutan kalium manganat (VII)

bertukar daripada warna ungu kepada warna jernih

Tindak balas larutan kanji Larutan kanji menjadi biru tua

Jadual 2 (Set 2)

Kesimpulan : Dalam tindak balas redoks, pemindahan elektron berlaku daripada agen

penurunan kepada agen pengoksidaan melalui sambungan wayar litar.

Page 9: laporanamali4

Perbincangan :

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks

yang dijalankan dalam amali ini.

a. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI)

berasid

Tindak balas terminal negatif :

Fe2+ (ak) → Fe3+ (ak) + e-

Tindak balas terminal positif

:

Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e → 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)

Tindak balas redoks keseluruhan:

[ Fe2+ (ak) → Fe3+ (ak) + e- ] x 6

6Fe2+ (ak) → 6Fe3+ (ak) + 6e-

Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e → 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)

6Fe2+ (ak) + Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) → 6Fe3+ (ak) + 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)

Page 10: laporanamali4

b. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII)

Tindak balas terminal negatif :

10I- (ak) → 5I2 (ak) + 10e-

Tindak balas terminal positif :

2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) → 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce)

Tindak balas redoks keseluruhan:

10I- (ak) → 5I2 (ak) + 10e-

2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) → 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce)

10I- (ak) + 2MnO4- (ak) + 16H+ (ak) → 2Mn2+ (ak) + 5I2 (ak) + 8H2O (ce)

(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen

penurunan.

a. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI)

berasid

Agen pengoksidaan :

Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e → 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)

Di elektrod positif (anod), ion dikromat (VI), Cr2O72- diturunkan kepada ion kromium

(III), Cr3+ dengan menerima elektron.

Agen penurunan :

Fe2+ (ak) → Fe3+ (ak) + e-

Di elektrod negatif (katod), iron ferum (II), Fe2+ dioksidakan kepada ion ferum (III),

Fe3+ dengan pembebasan elektron.

Page 11: laporanamali4

b. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII)

Agen pengoksidaan :

2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) → 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce)

Ion 2MnO4- menerima elektron untuk menghasilkan ion-ion manganat, Mn2+, maka

tindak balas penurunan berlaku di elektrod positif (anod). Oleh itu, ion manganat

ialah agen pengoksidaan.

Agen penurunan :

10I- (ak) → 5I2 (ak) + 10e-

Ion-ion iodida, I- mendermakan elektron, maka tindak balas pengoksidaan berlaku di

di elektrod negatif (katod). Oleh itu, ion iodida ialah agen penurunan.

2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut.

Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid

Terminal Negatif (FeSO4) ke terminal positif (K2Cr2O7)

Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII)

Terminal Negatif (KI) ke terminal positif (KMnO4)

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.

Page 12: laporanamali4

Asid sulfurik cair bertindak sebagai titian garam. Fungsi titian garam adalah untuk

memisahkan agen pengoksidaan daripada agen penurunan dan melengkapkan litar elektrik

supaya ion-ion dapat bergerak melaluinya.

4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas.

Larutan magnesium sulfat (MgSO4) dengan kalium klorida (KCl)

Larutan plumbum (II) nitrat (Pb (NO3)2) dan kalsium sulfat (K2SO4)

5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid

sulfurik?

Kalium bromida tidak boleh digunakan bagi menggantikan asid sulfurik kerana elektrolit ini

adalah elektrolit lemah yang tidak membolehkan ion-ion bergerak melaluinya. Kalium

bromida juga tidak sesuai untuk dijadikan titian garam yang efisyen.

LAPORAN BERGAMBAR

Page 13: laporanamali4

Sebelum Eksperimen : Penyediaan Bahan/Radas

Semasa Eksperimen

Page 14: laporanamali4
Page 15: laporanamali4

Hasil Eksperimen /Keputusan

Page 16: laporanamali4

Refleksi Individu

1. PN. ZAININA BINTI SUDIN 681014025396

2. PN.SITI SALMI BT SAMSUDDIN 730928086556

3. PN.RENAZIRA BT MOHD REJAB @ YAAKOB 760906025602

4. PN.NOOR AMIRZENAH BT OTHMAN 750417026090

Page 17: laporanamali4

LAPORAN AMALI 3

MENENTUKAN NILAI BAHAN API