laporan warga emas

Upload: fadhilah-othman

Post on 14-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Laporan Warga Emas

    1/6

    Lampiran 1

    IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    NAMA PELAJAR : FADHILAH BINTI OTHMAN

    PROGRAM : PISMP

    AMBILAN : JANUARI 2010

    NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TEHEL, JASIN.

    NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROGRAM BERBAHAGI KASIH BERSAMA

    WARGA EMAS

    TEMPOH PELAKSANAAN : 1 HARI (24 JULAI 2013)

    OBJEKTIF :

    1. Mengeratkan sillaturahim antara guru dengan masyarakat tanpa mengira

    perbezaan umur.

    2. Mempelajari, mengetahui dan menghargai apa itu erti kasih sayang ibu

    bapa.

    3. Pihak sekolah dapat memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada

    warga emas tanpa mengira pangkat dan darjat.

    4. Membantu warga emas yang susah dan mengurangkan kesedihan

    mereka.

    5. Guru pelatih dapat mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari di IPG

    dengan bersosial dengan masyarakat di sana.

  • 7/29/2019 Laporan Warga Emas

    2/6

    Lampiran 1

    STRATEGI PELAKSANAAN:

    1. Berbincang dengan guru besar tentang program warga emas ini. Pada 24

    Julai 2013 satu perbincangan bersama Guru Besar telah dijalankan.

    Perbincangan ini dijalankan adalah untuk membincangkan tentang aktviti-

    aktiviti yang boleh dijalankan. Guru Besar telah menyatakan antara

    program-program yang boleh atau sesuai dijalankan. Antara program

    yang tersenarai ialah Program Berbahagi Kasih Warga Emas ini. Oleh itu,

    kami telah mengambil keputusan untuk menjalankan program ini.

    Kami juga turut membincangkan bilangan rumah warga emas yang

    akan dilawat. Kami telah memutuskan untuk melawat sebanyak lima buat

    rumah dan memberikan sumbangan kepada kelima-lima orang warga

    emas ini. Hasil perbincangan bersama GPK Kokurikulum, kami telah

    memutuskan untuk membuat surat-menyurat meminta sumbangan

    daripada warga sekolah iaitu termasuk guru-guru, staf, murid-murid dan

    ibu bapa untuk disumbangkan kepada sekolah..

    2. Mendapat kebenaran guru pemantau dan guru besar untuk melaksanakan

    projek. Pada 8 Julai 2013, perbincangan bersama GPK Kokurikulum telahdijalankan. Hasil daripada perbincangan yang dijalankan pada hari ini

    ialah guru pelatih dapat berbincang dengan mentor mengenai aktviti-

    aktiviti yang boleh dijalankan sewaktu Program Berbahagi Kasih Warga

    Emas. Guru pelatih dapat menyatakan antara aktiviti-aktiviti yang telah

    dibincangkan bersama kepada mentor. Mentor telah memberikan

    kelulusan terhadap aktiviti yang akan dijalankan.

    3. Membuat surat sumbangan yang akan diedarkan kepada murid-murid,

    guru-guru serta staf sokongan sekolah. Oleh itu, aktiviti menyiapkan surat

    sumbangan ini telah disiapkan pada 11 Julai 2013. Saya juga telah

    mendapatkan pengesahan daripada Guru Besar. Seterusnya ialah kami

    telah menjalankan aktiviti memohon sumbangan daripada warga sekolah.

    Pada 15 Julai 2013, saya telah mengedarkan surat memohon sumbangan

    kepada semua warga sekolah.

  • 7/29/2019 Laporan Warga Emas

    3/6

    Lampiran 1

    4. Mengutip sumbangan daripada guru-guru kelas. Aktiviti menerima semula

    sumbangan ini memerlukan masa yang agak panjang. Oleh itu, kami telah

    mengambil keputusan untuk memberikan masa selama lima hari iaitu

    bermula 15 Julai 2013 hingga 19 Julai 2013.

    5. Mengira dana yang telah dapat dikumpul. Dana yang terkumpul adalah

    sebanyak RM 552.

    6. Membuat perancangan tentang jenis-jenis keperluan yang akan diberikan

    kepada warga emas yang terpilih.

    7. Mendapatkan kerjasama daripada mentor iaitu GPK Ko-kurikulum untuk

    mendapatkan nama-nama warga emas.

    8. Menyenaraikan barang-barang sumbangan hamper yang akan diberi.

    9. Membeli barang-barang hamper, antaranya seperti biskut raya, cordial,

    kurma, kain batik, kain pelikat, dan ketupat segera.

    10. Menyiapkan hamper di makmal computer. Sebanyak 5 buah hamper yang

    akan diberikan kepada 5 buah rumah.

    11. Pada hari kejadian, program bermula pada jam 8.30pagi dan berjalan

    seperti yang dirancang dan dapat dihabiskan dengan kadar yang cepat

    dengan kerjasama oleh Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum.

    REFLEKSI:

    1) Kekuatan Projek/Aktiviti :

    a. Projek ini telah menambah pengalaman kami dari segi mengendalikan satu

    program sekolah. Kami telah menggunakan cara yang senang dan jimat kos

    untuk melaksanakan program ini. Cara ini boleh kami gunakan semasa di

    sekolah kelak.

  • 7/29/2019 Laporan Warga Emas

    4/6

    Lampiran 1

    b. Kami telah belajar menggunakan sumber dan peruntukan yang terhad untuk

    melaksanakan sesuatu program. Guru besar telah menyarankan kami supaya

    membuat surat untuk mengutip derma bagi melaksanakan program ini.

    c. Projek ini telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan murid dan guru

    tentang berkasih sayang terhadap warga emas.

    d. Kutipan wang sumbangan amatlah memberangsangkan walaupun tempoh

    masa yang diberikan ditunda kerana pada mulanya wang sumbangan yang

    ada hanya sedikit.

    e. Guru-guru memberikan respon dan kerjasama yang sangat baik kepada

    program ini. Sebagai contoh kami meminta kerjasama guru-guru kelas untuk

    mengedarkan surat memohon sumbangan kepada murid-murid dan

    menyerahkan semula kepada kami pada masa yang telah ditetapkan.

    f. Program ini juga telah menjadi satu asas permulaan bagi Sekolah

    Kebangsaan Tehel kerana program warga emas ini merupakan program yang

    baru sahaja diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

    a. Kami telah ditegur oleh guru lain berkenaan dengan surat memohon

    sumbangan. Surat tersebut mestilah disertakan dengan surat jawapan yang

    berserta nama ibu, bapa atau penjaga murid untuk keselamatan wang yang

    dibawa tersebut.

    b. Kami juga tidak memberikan taklimat dengan jelas berkenaan dengan

    penyerahan surat jawapan memohon sumbangan tersebut. Oleh yang

    demikian, pada saat-saat terakhir ada juga guru yang masih mahu

    menyerahkan wang sumbangan tersebut.

    c. Masa yang diperuntukan kepada kami untuk membuat program ini adalah

    singkat. Kebetulan pula mentor kami iaitu Pn. Hjh. Rusni bercuti selama 2

    hari, jadi kami tidak dapat mengetahui nama-nama warga emas yang dipilih

  • 7/29/2019 Laporan Warga Emas

    5/6

    Lampiran 1

    untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja dan pemplet. Tetapi masalah ini

    telah dapat diatasi dengan segera.

    d. Masa yang agak singkat ketika hari kejadian. Tidak banyak pengalaman dan

    cerita-cerita yang kami dapat daripada atuk dan nenek yang kami lawati

    kerana kami berkejaran untuk kembali ke sekolah semula. Sedangkan

    mereka mempunyai banyak cerita dan kisah yang menarik pada zaman

    mereka muda dahulu.

    e. Pada hari kejadian, program ini tidak melibatkan guru-guru mahupun murid.

    Ini adalah kerana pada hari tersebut juga ujian bulanan dijalankan.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

    Program ini sangat baik untuk dijalankan di sekolah. Justeru cadangan

    penambahbaikan perlu bagi memperbaiki kelemahan yang ada semasa menjalanan

    program ini. Cadangan penambahbaikan yang perlu ialah perlunya mendapat

    kerjasama daripada semua warga sekolah. Sebagai contoh pada hari kejadian,

    beberapa orang guru dan murid perlu turut sama menyertai rombongan tersebut bagi

    memeriahkan program.

    Seterusnya, satu mesyuarat khas perlu diadakan bagi memberikan taklimat

    dengan jelas mengenai program ini supaya guru-guru dapat maklumat yang lengkap

    dan tepat. Di samping itu juga, satu peruntukan khas perlu diberikan untuk

    melaksanakan program ini bagi memudahkan pihak sekolah menguruskan perjalanan

    program.

    Masa yang diperuntukan untuk merancang dan melaksanakan program ini perlu

    dikaji dan diberikan sekurang-kurangnya sebulan. Ini adalah kerana banyak yang perlu

    diuruskan untuk melaksanakan program ini. Mencari warga emas, mencari dana dan

    peruntukan, membeli barang-barang dan sebgainya.

    KESIMPULAN :

  • 7/29/2019 Laporan Warga Emas

    6/6

    Lampiran 1

    Kemajuan teknologi dan dunia semakin membangun ini telah membuatkan

    hilangnya warisan dan kasih saying kepada warga emas yang dulunya sangat

    dibanggakan. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari Program Berbahagi Kasih

    bersama Warga Emas seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, dapat

    beramah mersra dan berkenal-kenalan dengan warga kampung khususnya warga

    emas di Kampung Tehel dan dapat memberikan sedikit perasaan kasih saying kepada

    mereka. Projek ini adalah amat berfaedah kepada kami kerana kami telah mendapat

    banyak pengalaman yang berharga melalui projek ini. Kami telah belajar menggunakan

    sumber yang terhad untuk membuat perubahan yang paling banyak. Selain itu, kami

    juga belajar menggunakan program. Secara keseluruhannya, kami telah belajar banyak

    tentang proses untuk melaksanakan program. Pengalaman-pengalaman ini akan kami

    ingati dan bawa ke sekolah pada masa depan.

    InsyaAllah, hubungan sillaturahim yang terjalin antara kami dan warga tua dapat

    membina ikatan antara kami dan dapat mengurangkan sedikit perasaaan terpinggir

    dalam diri warga-warga tua. Program ini dapat memberikan impak yang besar terhadap

    kami guru pelatih dan juga kepada guru-guru yang lain agar timbul kesedaran untuk

    menyayangi insan-insan lain, menghargai peluang muda yang hanya datang sekali,dan

    belajar menghargai ibu bapa masing-masing.