laporan tahunan 2014 - yayasanpeneraju.com.my · berjaya diterbitkan pada tahun lepas merangka...

59
Laporan Tahunan 2014 PENERAJU SKIL PENERAJU TUNAS PENERAJU PROFESIONAL

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Laporan Tahunan 2014

PENERAJU SKIL

PENERAJU TUNAS

PENERAJU PROFESIONAL

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 5LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA4

LATAR BELAKANGVISI & MISIKATA ALUAN

+ YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak+ YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Bin

OmarLAPORAN KETUA EKSEKUTIF

+ YM Raja Azura Binti Raja Mahayuddin

0607

08

10

12

LEMBAGA PEMEGANG AMANAHJAWATANKUASA KERJAPENGURUSAN KANAN

+YM Raja Azura Binti Raja Mahayuddin+ Novie Bin Tajuddin+ Mohamed Harun Bin Abdul Jabbar

181920

PEJABAT KETUA EKSEKUTIFPENGURUSAN OPERASIKETUA-KETUA PROGRAM TERASPERKHIDMATAN STRATEGIKPENGURUSAN PENERIMA FAEDAHSKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M)STRATEGI DAN PERHUBUNGANKOMUNIKASI STRATEGIKPERKHIDMATAN KORPORATPENYUMBANG-PENYUMBANG DANA RAKAN-RAKAN PROGRAM

212222232426

2627272829

PROGRAM TERAS+ Peneraju Tunas + Peneraju Skil + Program Peneraju Profesional

TINJAUAN PROGRAM-PROGRAM 2014Peneraju Tunas+ Peneraju Tunas Geliga + Peneraju Tunas Potensi

30

3234

Peneraju Skil+ Peneraju Skil Iltizam (Animasi)+ Peneraju Skil Iltizam (Minyak & Gas)+ Peneraju Skil Iltizam (Jurukimpal)+ Peneraju Skil Iltizam (Industri Pelabuhan)+ Peneraju Skil Iltizam (Operasi Kaunter Hadapan)+ Peneraju Skil Iltizam (Penjagaan Kesihatan)+ Peneraju Skil - Jurukimpal+ Peneraju Skil - Inspektor Kimpalan+ Peneraju Skil - Juruteknik / Jurutera Pesawat

Berlesen+ Peneraju Skil - Perakaunan (PSP)Peneraju Profesional+ Peneraju Profesional Akauntan (PPA) + Peneraju Profesional Akauntan Muda (PPAM)+ Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst ®

(CFA®)+ Peneraju Profesional Pensijilan Perakaunan (PPPP)

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

384052545658606870

72

747780

85

90

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH & JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM TERAS

06-17

30-94

LAPORAN PARA PEMEGANG AMANAH PENYATA PEMEGANG AMANAH & PENGAKUAN BERKANUNLAPORAN JURUAUDIT BEBAS PENYATA KEDUDUKAN KEWANGANPENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF DAN PERBELANJAANPENYATA PERUBAHAN EKUITIPENYATA ALIRAN TUNAINOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

9598

99101102

103104105

LAPORAN DANPENYATA KEWANGAN

Maklumat Korporat114

18-29

95-113

VISIPemangkin kepada peningkatan keupayaan Bumiputera dan perubahan minda ke arah mewujudkan komuniti yang berdaya saing di peringkat global.

MISI• Menyediakan peluang pendidikan berkualiti dan latihan

kepada Bumiputera• Memupuk dan membangun bakat Bumiputera ke potensi

tertinggi• Menjalin usaha sama dan melengkapi pihak yang

berkepentingan dalam mencapai agenda Bumiputera• Menyediakan peluang pensijilan antarabangsa ke arah

pekerjaan yang menjana pendapatan tinggi• Mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan

keluarga, pendidik, dan komuniti

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) ditubuhkan pada 24 November 2011 dan mula beroperasi pada 14 Februari 2012 untuk memenuhi aspirasi Kerajaan bagi memastikan golongan Bumiputera dapat berdaya saing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam mencapai hasrat negara maju menjelang tahun 2020. Ianya merupakan satu komponen penting di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Pada awal penubuhannya, Yayasan Peneraju diberikan peruntukan oleh Kerajaan sebagai geran pelancaran. Ini disusuli dengan pembiayaan oleh badan-badan korporat. Yayasan Peneraju adalah sebuah tabung amanah yang diwujudkan bagi membangun dan melatih lebih ramai golongan Bumiputera yang mampu berdaya saing secara kompetitif di peringkat global.

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA6 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 7

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 9LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA8

Kata AluanYAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul RazakPERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) kini menjangkau usia 3 tahun beroperasi. Alhamdulillah, dalam tempoh yang begitu singkat, Yayasan Peneraju telah memainkan peranan yang berkesan sebagai badan yang diberi mandat oleh Kerajaan untuk mencapai aspirasi nasional menerusi pemerkasaan bakat Bumiputera.

Usaha yang dirintis dan dilaksanakan Yayasan Peneraju jelas menggambarkan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera. Bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, negara sememangnya memerlukan modal insan tempatan yang mampu mendukung tanggungjawab besar untuk membangunkan negara. Yayasan Peneraju bertanggungjawab memastikan seramai 40,000 bakat Bumiputera dapat dibangunkan secara holistik dan inklusif baik daripada segi akademik mahupun insaniah menjelang tahun 2020. Kita ingin melihat bakat Bumiputera menjana pendapatan tinggi dan mampu bersaing di peringkat tempatan mahupun global khususnya dalam sektor pertumbuhan tinggi bagi membantu melonjak ekonomi negara selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Alhamdulillah, setakat ini seramai hampir 4,000 bakat Bumiputera telah mendapat manfaat daripada program pembangunan bakat Yayasan Peneraju dengan perbelanjaan sebanyak RM 72.4juta bagi tempoh 3 tahun pertama di bawah Gelombang 1 (2012-2014) “Roadmap to 2020”.

Bagi Gelombang 2 (2015-2017), Yayasan Peneraju telah merancang untuk membangunkan program intervensi baru selain meneruskan program sedia ada yang akan menyasarkan 17,000 bakat Bumiputera. Melalui program-program tersebut, Yayasan Peneraju memberi tumpuan kepada pemerkasaan modal insan Bumiputera dari aspek kemahiran tenaga kerja serta pemadanan kelayakan yang menepati keperluan pasaran.

Sesungguhnya, harapan negara terhadap Yayasan Peneraju adalah untuk melahirkan lebih ramai anak bangsa yang lebih kompetitif dan bertaraf dunia. Justeru, saya berharap Yayasan Peneraju akan meneruskan komitmen untuk merangka dan melaksana program yang relevan kepada golongan sasaran serta menepati kehendak pasaran kerja masa kini. Pada masa yang sama, saya juga menyeru agar lebih ramai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, sektor korporat, institusi pendidikan mahupun individu untuk tampil ke hadapan memberi sokongan dan kerjasama kepada Yayasan Peneraju dalam merealisasikan aspirasi nasional ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pemegang Amanah, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja, Ketua Eksekutif seterusnya warga kerja Yayasan Peneraju atas kerja keras, pengorbanan dan komitmen yang diberikan. Syabas saya ucapkan kerana telah berjaya mendepani segala cabaran dan membangunkan Yayasan Peneraju sepertimana yang dapat kita lihat sekarang. Bersama kita doakan agar Yayasan Peneraju akan terus kekal relevan sebagai medan yang memperjuangkan masa depan anak bangsa. Terima kasih.

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul RazakPerdana Menteri

Alhamdulillah, setakat ini seramai hampir 4,000 bakat Bumiputera telah mendapat manfaat daripada

program pembangunan bakat Yayasan Peneraju dengan perbelanjaan sebanyak RM 72.4juta bagi tempoh 3 tahun pertama di bawah Gelombang 1

(2012-2014) “Roadmap to 2020”.

YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Bin OmarPERUTUSAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA

Bismillahirahmannirahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.Saya mengucapkan syabas kepada warga kerja Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) atas komitmen mereka menjana pencapaian yang membanggakan dalam jangka masa 3 tahun beroperasi.

Menyingkap perjalanan Yayasan Peneraju sejak mula beroperasi hingga kini, kita sama-sama dapat melihat bagaimana Yayasan Peneraju berkembang baik daripada segi peranan mahupun pembangunan program sejajar dengan keperluan golongan sasaran dan pasaran kerja. Selaras dengan mandat yang diberikan oleh Kerajaan untuk memperkasa bakat Bumiputera, usaha Yayasan Peneraju kini tertumpu kepada peningkatan kualiti dan kuantiti bakat Bumiputera menerusi pendidikan serta pensijilan vokasional dan profesional. Ini kerana penyediaan tenaga kerja mahir dan profesional adalah kritikal khususnya bagi menyokong inisiatif pembangunan negara bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Saya percaya mandat ini mampu direalisasikan. Pelan jangka panjang “Roadmap to 2020” yang berjaya diterbitkan pada tahun lepas merangka dengan terperinci program-program intervensi bagi menyasarkan 40,000 bakat Bumiputera bakal menerima faedah daripada pelbagai program kelolaan Yayasan Peneraju sehingga tahun 2020. Pelan jangka panjang ini juga akan memberi penekanan terhadap pengembangan asas bakat Bumiputera yang mana sasarannya adalah golongan pelajar, tenaga kerja mahir dan profesional selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu menjelang 2020, penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi adalah sekurang-kurangnya 60%.

Bagi golongan pelajar, Yayasan Peneraju akan terus menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar lepasan UPSR serta SPM dan STPM. Mereka akan ditempatkan di MRSM, sekolah berasrama, universiti-universiti tempatan dan luar negara yang terkemuka. Bagi tenaga kerja Bumiputera, tumpuan akan diberikan untuk membangun serta meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir dan profesional menerusi program pensijilan kemahiran dan profesional yang

mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM3,800 hingga RM5,000 sebulan dalam sektor-sektor utama. Ia termasuk sektor minyak dan gas, kesihatan, komunikasi, kandungan dan infrastruktur, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, elektrik dan elektronik dan lain-lain.

Selain itu, Yayasan Peneraju turut memberi penekanan terhadap ejen perubahan yang merangkumi keluarga, masyarakat serta warga pendidik. Kumpulan ini perlu terus diberikan kesedaran dan maklumat yang tepat mengenai peluang-peluang kerjaya alternatif serta kerjaya yang mampu menjana pendapatan tinggi kepada generasi muda melalui pendedahan kerjaya dalam industri-industri terpilih.

Berdasarkan perancangan sedia ada dan akan datang, sesungguhnya Yayasan Peneraju menggalas tanggungjawab yang cukup besar. Justeru, saya menyeru kepada warga kerja Yayasan Peneraju agar terus membulatkan tekad, bersatu hati dan mengekalkan semangat bekerja sebagai satu pasukan demi merealisasi aspirasi nasional ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan penyumbang dana, pihak industri, institusi pengajian tinggi, pelajar, ibu bapa dan bakat Bumiputera keseluruhannya atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada Yayasan Peneraju. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan buat YAB Perdana Menteri, Lembaga Pemegang Amanah, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja, Ketua Eksekutif dan seterusnya warga kerja Yayasan Peneraju atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Semoga usaha murni yang kita perjuangkan ini bakal merubah lanskap sosio-ekonomi Bumiputera suatu hari nanti. Terima kasih.

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Salam hormat,

Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kata AluanLAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA10 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 11

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA12

tanggungjawab untuk mendaya kebolehpasaran tenaga kerja Bumiputera dalam sektor kritikal dan berpendapatan tinggi menerusi pendidikan serta pensijilan profesional.

Pencapaian di bawah Gelombang 1 (2012-2014)Berdasarkan pelan perancangan “Roadmap to 2020”, Yayasan Peneraju memastikan mandat yang diamanahkan terus dicapai. Saya sangat bersyukur, sejak melaksanakan program intervensi bermula pada tahun 2012, seramai hampir 4,000 bakat Bumiputera telah mendapat manfaat daripada tiga program teras iaitu program Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.

51 program telah dilaksanakan melibatkan 28 pengkhususan kerjaya meliputi 10 industri dengan perbelanjaan sebanyak RM 72.4juta dalam tempoh 3 tahun pertama di bawah Gelombang 1 (2012-2014) “Roadmap to 2020”. Saya amat berbangga dengan pencapaian Yayasan Peneraju di bawah Gelombang 1 ini.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2012, 70% daripada lepasan UPSR berprestasi sederhana di bawah pembiayaan Peneraju Tunas Geliga telah mendapat penempatan di MRSM seluruh negara dengan pencapaian akademik PNGK 3.0 ke atas. Seramai 15 pelajar di bawah pembiayaan Peneraju Tunas Potensi telah pun melanjutkan melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di luar negara yang tergolong dalam 50 universiti terbaik di dunia.

Di bawah program teras Peneraju Skil, lebih 1,000 peserta telah memasuki program latihan kemahiran dan 88% daripada jumlah peserta yang menamatkan latihan telah mendapat pekerjaan. Program-program Peneraju Skil Iltizam dan Peneraju Skil telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan di dalam industri dengan pendapatan bulanan masing-masing akan dan telah mencecah RM 1,500 ke RM 3,800 sebulan, dalam tempoh setahun dalam pekerjaan.

Di bawah Gelombang 1, lebih daripada 300 peserta telah menyertai program-program di bawah teras Peneraju Profesional. Berdasarkan kajiselidik yang dijalankan, lepasan program teras Peneraju Profesional berpeluang untuk menceburi kerjaya yang mampu menawarkan pendapatan sekitar RM 5,000 sebulan.

YM Raja Azura Binti Raja MahayuddinKETUA EKSEKUTIF, YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Bismillahirahmannirahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.Saya dengan sukacitanya membentangkan laporan aktiviti Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bagi tahun 2014.

Tahun 2014 menyaksikan Yayasan Peneraju meneruskan perjuangan dalam misi untuk membimbing dan membangunkan bakat Bumiputera agar mereka dapat bersaing dalam lanskap ekonomi yang semakin kompetitif.

Meskipun berdepan cabaran dan rintangan saban hari, namun ianya tidak mematahkan semangat kami di Yayasan Peneraju untuk terus fokus dan bekerja keras bagi memastikan sasaran yang ditetapkan dalam Gelombang 1 yang berakhir pada tahun lalu mampu dicapai.

Alhamdulillah, menerusi pelan perancangan “Roadmap to 2020” serta berkat sabar dan kerjasama warga kerja Yayasan Peneraju dan semua pihak yang berkepentingan, kami telah berjaya memperkenalkan beberapa program intervensi baharu menyasarkan bakat Bumiputera daripada pelbagai latarbelakang keluarga, usia, pendidikan serta kemahiran.

Di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera, Yayasan Peneraju diberi mandat untuk merangka dasar dan melaksanakan tiga bahagian penting. Pertama, meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat Bumiputera supaya mereka mampu menempatkan diri dalam pasaran kerja berpendapatan tinggi. Kedua, membantu pelaksanaan inisiatif yang mempunyai kaitan dengan pendidikan dan pembangunan keupayaan. Ketiga, memastikan kecekapan pengurusan dana dan sumber menerusi jalinan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan.

Visi kami amat jelas iaitu untuk meningkatkan keupayaan dan mentransformasi minda Bumiputera ke arah mewujudkan masyarakat yang mampu bersaing secara kompetitif hingga ke peringkat global. Peranan Yayasan Peneraju kini turut diperluaskan di mana kami menggalas

LaporanKetua Eksekutif

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA12 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 13

Di bawah program teras Peneraju Profesional, Yayasan Peneraju menawarkan peluang baru kepada warga Bumiputera untuk mendapatkan pensijilan profesional dalam bidang perakaunan, kewangan dan kejuruteraan. Dalam bidang perakaunan khususnya, Yayasan Peneraju telah melancarkan program-program perakaunan menyasarkan lepasan SPM, Matrikulasi, Diploma, Pemegang Sijil Asas Perakaunan, mahasiswa dan lepasan Ijazah untuk mendapatkan pensijilan asas dan profesional dalam bidang perakaunan secara pengajian sepenuh masa.

Penyumbang dana dan rakan programYayasan Peneraju menerima suntikan dana melalui geran kerajaan dan sumbangan daripada syarikat-syarikat. Dana tersebut digunakan bagi tujuan pembiayaan untuk penerima faedah melalui program-program intervensi. Maklumat berkaitan pengurusan dana Yayasan Peneraju bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 boleh dirujuk dalam laporan kewangan di halaman 94 hingga 111 laporan tahunan ini.

Di bawah tahun tinjauan, sebanyak 19 buah organisasi merangkumi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan korporat menjadi penyumbang dana kepada Yayasan Peneraju. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AZRB, Bursa Malaysia, CIMB, CMDF, Ekuinas, Felda, Gapurna, Ingress, Maybank, MRCB, SapuraKencana Petroleum Berhad, Sime Darby, Tenaga Nasional, UCSI, UEM, ValueCap, Yayasan TM, Yayasan Al Bukhary Foundation dan Yayasan Bank Rakyat.

Di samping itu, tahun 2014 turut menyaksikan peningkatan ahli dan rakan program Yayasan Peneraju di mana 22 buah organisasi telah mengambil bahagian. Jalinan kerjasama antara pihak Yayasan dan rakan program adalah dalam bentuk penyediaan tempat dan modul latihan, perkhidmatan perundingan serta penempatan kerja.

Peningkatan penyumbang dana serta rakan program ini jelas menunjukkan bahawa banyak syarikat korporat tempatan mahupun berstatus multi-nasional di luar sana yang komited untuk membantu Yayasan Peneraju merealisasikan aspirasi nasional. Petunjuk positif seperti ini menyuntik semangat kami untuk menarik lebih ramai penyumbang dan rakan program pada masa akan datang.

Peranan rakan-rakan industri dan strategik kami juga amat penting lebih-lebih lagi kerana membantu untuk memperluaskan jangkauan pasaran program-program pembiayaan kami. Sokongan yang jitu seperti ini memastikan program-program kami sampai kepada mereka yang disasarkan.

Melangkah ke hadapanBagi tahun 2015, Yayasan Peneraju diberi mandat untuk membangunkan kira-kira 5,000 bakat Bumiputera. Sasaran berkenaan merangkumi penyediaan 500 pembiayaan menerusi Peneraju Tunas, 3,500 pembiayaan menerusi Peneraju Skil, serta 800 ke 1,000 pembiayaan menerusi Peneraju Profesional.

Pengenalan program- program intervensi baharu untuk tahun 2014 Selain mengukuhkan program-program intervensi sedia ada, Yayasan Peneraju juga memperkenal dan melaksanakan 13 program intervensi baharu di bawah 3 program teras iaitu Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional pada tahun 2014. Pengenalan program ini bertepatan dengan misi Yayasan Peneraju untuk meningkatkan kuantiti bakat Bumiputera bagi mengisi jurang kekurangan tenaga kerja profesional dan mahir negara yang sedia ada. Sehingga Disember 2014, hampir 4,000 penerima faedah daripada seluruh negara terpilih untuk menyertai program-program intervensi tersebut.

Dalam usaha Yayasan Peneraju yang berterusan untuk membantu keluarga daripada latar belakang yang mencabar, lebih 1,000 pelajar lepasan UPSR, SPM dan STPM dari seluruh negara telah memperoleh pembiayaan dan sedang meneruskan pengajian di sekolah harian, MRSM, IPTA dan IPTS di dalam mahupun di luar negara.

Di bawah program teras Peneraju Skil Iltizam, sebanyak 10 program baharu diperkenalkan sepanjang tahun lalu. Ia merangkumi program Pemasang Perancah, Rigger, Semburan & Mengecat, Insulasi Paip Gas, Pemasangan Paip, Jurukimpal (6G), Operasi Kaunter Hadapan, Animasi, Pemandu Prime Mover, dan Kerani Operasi Pelabuhan. Sementara itu, program Inspektor Kimpalan adalah program baharu yang dilancarkan di bawah Peneraju Skil.

Selain mengukuhkan program-program intervensi sedia

ada, Yayasan Peneraju juga memperkenal dan melaksanakan

13 program intervensi baharu di bawah 3 program teras iaitu

Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional pada tahun 2014. Pengenalan program ini

bertepatan dengan misi Yayasan Peneraju untuk meningkatkan kuantiti bakat Bumiputera bagi

mengisi jurang kekurangan tenaga kerja profesional dan mahir negara yang sedia ada.

Sehingga Disember 2014, hampir 4,000 penerima faedah daripada

seluruh negara terpilih untuk menyertai program-program

intervensi tersebut.

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA14 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 15

Secara keseluruhannya, saya yakin Yayasan Peneraju mampu untuk terus kekal relevan dan berada di landasan yang sewajarnya dalam menggapai matlamat yang ditetapkan. Keyakinan ini disokong oleh hala tuju yang jelas, pelan perancangan yang inklusif dan tersusun serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pihak berkepentingan.

Sesungguhnya, dalam persekitaran lanskap sosio-ekonomi yang dinamik dan kompetitif ini, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak amat kami perlukan. Justeru, saya menaruh harapan agar lebih ramai lagi pihak yang sudi membantu Yayasan Peneraju baik dari segi sumbangan dana, idea, pandangan, khidmat nasihat serta peluang-peluang baharu yang berpotensi untuk dibangunkan.

Sekalung penghargaanSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja atas khidmat nasihat, sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada para penyumbang dana, rakan program, rakan strategik, warga kerja Yayasan Peneraju seterusnya pihak berkepentingan lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program.

Selain itu, di bawah Gelombang 2 (2015–2017), Yayasan Peneraju menganggarkan peruntukan sebanyak RM 400juta untuk membangunkan program intervensi baharu selain meneruskan program sedia ada. Melalui program-program tersebut, Yayasan Peneraju memberi tumpuan kepada pemerkasaan modal insan Bumiputera dari aspek kemahiran tenaga kerja serta pemadanan kelayakan yang menepati keperluan pasaran buruh negara.

Misi kami termasuk menempatkan pelajar tajaan berpotensi tinggi untuk melanjutkan pengajian ke 50 universiti terkemuka seluruh dunia serta memastikan sasaran pendapatan bulanan bagi peserta program-program teras mampu dicapai iaitu RM 1,500 untuk Peneraju Tunas Iltizam, RM 3,800 untuk Peneraju Skil dan RM 5,000 untuk Peneraju Profesional dalam tempoh setahun selepas para peserta menamatkan program masing-masing. Kami menyasarkan seramai 17,000 bakat Bumiputera akan mendapat manfaat daripada program-program teras di bawah Gelombang 2.

Keutamaan diberikan kepada sektor-sektor kritikal seperti minyak dan gas, penjagaan kesihatan, komunikasi, kandungan dan infrastruktur, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan serta elektrik dan elektronik.

Dari segi matlamat jangka panjang, Yayasan Peneraju menyasarkan seramai 40,000 penerima faedah menjelang tahun 2020 dan ia adalah sasaran yang mampu dicapai bersandarkan kemampuan sedia ada dan keperluan semasa tenaga kerja negara.

Hari ini benih yang kita semai sejak tiga tahun lalu sudah mula mengeluarkan hasilnya. Buktinya, alumni Yayasan Peneraju kian meningkat saban tahun. Lebih membanggakan lagi apabila menyaksikan alumni kita ini sedang meniti puncak kejayaan yang bakal merubah kehidupan mereka.

Sesungguhnya, berita gembira ini adalah hasil daripada usaha yang tidak mengenal erti putus asa dan semangat kerja berpasukan antara kita. Semoga perjalanan kita bersama Yayasan Peneraju akan terus dipermudahkan demi merubah masa depan anak bangsa.

Terima kasih.

Y.M. Raja Azura Raja MahayuddinKetua EksekutifYayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA16 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 17

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA18

1. YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri

2. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri / Menteri Pendidikan

3. YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar Menteri di Jabatan Perdana Menteri

4. YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

5. YB Dato’ Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah Menteri Kewangan II

6. YB Dato’ Idris Bin Jusoh Menteri Pendidikan II

1. YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2. YBhg Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Binti Yusoff Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi

3. YBhg Dato’ Husni Bin Salleh Ketua Eksekutif, Unit Peneraju Agenda Bumiputera

(TERAJU)

4. YM Raja Azura Binti Raja Mahayuddin Ketua Eksekutif, Yayasan Peneraju

JAWANTANKUASAKERJA

LEMBAGAPEMEGANGAMANAH 1

1

3

3

5

2

2

4

4

6

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA18 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 19

1. YM Raja Azura Binti Raja Mahayuddin Ketua Eksekutif, Yayasan Peneraju

2. Novie Bin Tajuddin Pengarah, Strategi dan Perhubungan

3. Mohamed Harun Bin Haji Abdul Jabbar Pengarah, Operasi

Pejabat Ketua Eksekutif1. YM Raja Azura Binti Raja Mahayuddin

2. Zatur-Rawihah Binti Omar

3. Zulfirdaus Bin Abu Hassan

4. Farah Diza Binti Abdul Ghany

5. Mat Rodzi Bin Shaari

6. Mohd Nazri Bin Abd Talib

YM Raja Azura Binti Mahayuddin Raja Azura merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Beliau adalah seorang akauntan terlatih yang pernah berkhidmat di Malaysia Airlines, Khazanah Nasional dan Arthur Andersen & Co. dan mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang modal insan dan audit. Sebelum ini, beliau telah menyumbang secara aktif dalam profesion audit dalaman dan pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengelola untuk Institute Internal Audit Malaysia (IIAM) bagi tahun 2009/2012. Di peringkat antarabangsa beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi kepada International Association of Airlines Internal Auditors (IAAIA) bagi tahun 2008/2009. Beliau telah mendapat penganugerahan World HR Excellence Award 2011/2012 oleh World HRD Congress dan pada tahun 2014 dipilih untuk menerima anugerah untuk Malaysian Women of Excellence Awards bagi kategori Quasi Kerajaan.

Novie Bin TajuddinNovie merupakan Pengarah di bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Strategik Yayasan Peneraju. Sebelum Yayasan Peneraju, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di Getronics Asia Pacific dan Japan. Antaranya, beliau juga pernah berkhidmat di ABeam Consulting Malaysia. Dengan lebih 18 tahun pengalaman dalam bidang Kewangan, Operasi, Pembangunan Perniagaan dan juga dalam bidang Perunding, Novie mahir dalam bidang Proses Perniagaan, Perancangan Kewangan dan Analisis, Perakaunan, dan juga Sumber Manusia. Novie membawa komposisi yang unik dengan pengalaman beliau di organisasi antarabangsa dan tempatan.

Mohamed Harun Bin Haji Abdul JabbarHarun merupakan Pengarah Operasi di Yayasan Peneraju. Beliau berkelayakan di dalam bidang Pengurusan IT dan mempunyai pengalaman bekerja melebihi 20 tahun di dalam bidang Perunding ICT dan Pengurusan Projek. Beliau pernah mengajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Business and Advanced Technology Centre (BATC) - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum ini. Harun pernah menjadi ahli panel / speaker jemputan dibeberapa konvensyen dan seminar di Malaysia, Asia Pasifik, Afrika dan Eropah. Sebelum Yayasan Peneraju, beliau telah berkhidmat dengan Getronics Solutions (M) Sdn Bhd sebagai Pengarah Program.

biodata

1

32

1

3

5

2

4

6

Pengurusan Kanan

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA20 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 21

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 23LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA22

1. Mohamed Harun Bin Abdul Jabbar

2. Puteri Roselyn Binti Zamri

1. Noralyn Binti Idris

2. Marina Binti Mohamed Yusoff

3. Ahmad Shukri Bin Zulkifli

Pengurusan Operasi

Ketua-ketua Program Teras

Perkhidmatan Strategik

8. Wan Farihah Binti Ahmad Fahmy

9. Nazmy Amir Bin Hamidun Majid

10. Nur Farahin Binti Md Tahir

11. Nur Farzana Binti Mohamad Ropidi

1. Shamsuddin Bin Salleh

2. Mohd Rohazwan Bin Zakaria

3. Emirul Haizat Bin Abd Hadi

4. Noor Akmal Binti Zulkifli

5. Nur Haslina Binti Mohd Zainal

6. Nur Saffawati Binti Ismail

7. Roshaya Binti Hassan 12. Syazlina Binti Abd Mohd Khalid

1

2

2

1

3

1

3

5

9

2

4

6

10

7 8

11 12

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 25LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA24

1. Afzan Binti Mahmood

2. Shahrul Nizam Bin Mohamad

3. Ahmad Syaffiq Bin Ismail

4. Dayana Binti Safian

5. Mohamad Razin Bin Ahmad Zaidei

6. Hafiza Binti Subri

7. Mas Hana Binti Mohd Nor

8. Nurliana Binti Jaafar

9. Masaida binti Zainudin

10. Sheikh Faiz Bin Sheikh Ibrahim

11. Nur Amirah Binti Zakaria

12. Aitidal Shariha Binti Mohd Supi

13. Md Ibnu Hisyam Bin Mohamad

PengurusanPenerima Faedah

1

5

8

6

9

7

3

2

4

10

131211

1. Nurul Fahitah Binti Mohd Yusof

1. Novie Bin Tajuddin

2. Syed Arnez Amdan Bin Syed Khalil

3. Syed Aswad Bin Syed Izaddin

4. Wan Nur Atillea Binti Wan Razali

5. Mohd Adi Bin Lokman

1. Azrul Izwan Bin Amir Nazarullah

2. Rahmah Binti Alias

3. Aifa Fatima Binti Mohd Ghazalli

1. Mohammad Yusof Bin Azami

2. Wan Nur Nabilla Binti Mohamed

3. Hazlina Binti Ramli

4. Ahmad Faiz Azizi Bin Yazid

1

1

1

3

2

2

4

3

5

1

3

2

4

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)

Strategi dan Perhubungan

Komunikasi Strategik

Perkhidmatan Korporat

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA26 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 27

Penyumbang-penyumbang Dana

Rakan-rakan Program• Ascot Academy• Efficient Frontier Consulting Sdn Bhd (EFC)• FTMS College• Human Architecture Technologies Sdn Bhd (HAT)• KDU University College• Kolej Yayasan Sabah (KYS)• Malaysian Airline System Berhad (MAS)• Metropolitan Corridor Sdn Bhd• Nadi-Ayu Technologies Sdn Bhd• Noesis Exed Sdn Bhd• Plomo Sdn Bhd• Prestariang Systems Sdn Bhd• QSC Outreach Services Sdn Bhd• Rozsall Sdn Bhd• Samudera Selatan Technical Centre• SR Scaffold Resources Sdn Bhd• Sunway-TES• Tegas Ventures Resources• Teras Universal Sdn Bhd• Universiti Teknologi MARA (UiTM)• Vocational Education Training Academy (VETA)• Weldzone Training Centre Sdn Bhd

Master Logo

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA28 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 29

Tinjauan Program-program 2014

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA30

Program Teras

Peneraju Tunas GeligaRakan Program:QSC Outreach Services Sdn Bhd

PENERAJU TUNAS

Objektif:Program ini terbuka kepada semua murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang berpotensi dan dari latar belakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang cemerlang.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Lepasan UPSR 2013• Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan• Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan

yang tinggi• Keputusan Percubaan Peperiksaan UPSR 2013 minima 3A

Struktur Program & Pensijilan:• Tempoh program: Tingkatan 1 – Tingkatan 5• Silibus pengajian termasuk Program Pemupukan dan

Pembangunan Murid• Tahap Pensijilan:

o Sijil Penilaian Tingkatan 3 (PT3)o Sijil Penilaian Menengah (SPM)

Pembiayaan meliputi:• Yuran persekolahan• Yuran asrama • Elaun sara diri• Kemudahan pengangkutan ke Program Pemupukan dan

Pembangunan

Laporan Prestasi Bapa Taftazany telah meninggal dunia ketika dia berusia 5 tahun lagi. Ibunya seorang guru di Sekolah Pendidikan Islam (SPI / KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Beliau mempunyai 2 orang adik, masing-masing berusia 9 tahun dan 3 tahun. Taztazany merupakan seorang peserta yang sangat aktif di kem dan sangat berbakat dengan persembahan pentas. Dia kini sedang menuntut di Maktab Mahmud Alor Setar dengan keputusan ujian pertengahan tahun 2014, 77.33% (19 subjek).Muhammad Taftazany Bin Abd Rahman, 13 tahun, Kupang, Kedah

Firdaus merupakan anak sulung dengan 2 orang adik perempuan yang masing-masing berumur 9 tahun dan 4 tahun. Bapanya seorang pekerja kilang dan ibunya seorang suri rumah. Walaupun Firdaus berbadan agak kecil berbanding rakan-rakannya, beliau sangat proaktif dan berkeyakinan diri yang tinggi. Seorang yang sangat ceria dan tahu bila untuk serius terutamanya dalam pembelajaran. Salah seorang gurunya berkata, Firdaus mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin dengan sikap positif beliau. Beliau kini berada di MRSM Beseri dengan keputusan ujian pertengahan tahun 2014, 3.78. Muhammad Firdaus Bin Sabani, 13 tahun, Pendang, Kedah

Rosmahanie merupakan anak bongsu dengan 2 orang abang dan seorang kakak. Bapanya seorang pekebun dan ibunya seorang suri rumah. Beliau merupakan salah satu daripada pelajar tajaan Yayasan Peneraju daripada suku Dusun, Sabah. Beliau bukan sahaja cemerlang di dalam akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum. Dianugerahkan sebagai pelajar terbaik untuk beberapa mata pelajaran dan tempat teratas di dalam kelas, aktif dalam aktiviti kebudayaan dan sukan. Beliau kini berada di MRSM Sandakan, dengan keputusan ujian pertengahan tahun 2014, 3.81.Rosmahanie Binti Sayun, 13 tahun, Ranau, Sabah

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA32 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 33

Objektif:Program ini terbuka kepada semua murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 yang berpotensi dan dari latar belakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang cemerlang. Melalui program ini, murid-murid berpeluang mendapatkan pendidikan tertiari yang berkualiti di institusi-institusi yang terpilih.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Lepasan SPM / STPM 2013• Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan• Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan

yang tinggi• Keputusan Peperiksaan:

o SPM 2013 minima 5A- (sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)

o STPM 2013 minima 2A (minima 5A- bagi SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)

Struktur Program & Pensijilan:• Tempoh program: bergantung kepada bidang pengajian yang

diambil• Silibus pengajian termasuk Program Persediaan Awal serta

Program Pemupukan dan Pembangunan• Bidang-bidang pengajian yang ditaja:

o Sains Kesihatano Kejuruteraano Sains Sosialo Perniagaan dan Pengurusano Kewangan dan Perbankano Teknologio Pendidikano Komunikasi

Pembiayaan meliputi:• Yuran akademik keseluruhan*• Yuran penginapan• Elaun sara diri*• Elaun makan*• Elaun kos peralatan*• Elaun buku**Nota: Berbeza mengikut bidang dan tempat pengajian

Peneraju Tunas PotensiRakan Program:Metropolitan Corridor Sdn Bhd

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA34 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 35

Laporan Prestasi Faheezal merupakan seorang anak yatim. Bapa beliau telah meninggal dunia dan beliau dibesarkan oleh ibunya yang hanya seorang suri rumah. Faheezal bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang kedoktoran di salah sebuah universiti terkemuka dunia. Berdasarkan keputusan and prestasi yang beliau tunjukkan, Faheezmal seorang pelajar yang berpotensi tinggi dan beliau mampu berjaya mencapai cita-citanya.Muhamad Faheezmal Bin Muhamad Ali Napiah, 20 tahun, Rawang, Selangor

Kemasukan: PTP 1Institusi: Kolej Yayasan UEM (KYUEM)Kursus: A LevelKeputusan Terkini: Gred 18

Bapa beliau bekerja sebagai seorang buruh kasar dan ibunya hanya seorang suri rumah. Sebelum ini, Amzar dan 5 orang adik-beradiknya yang lain terpaksa bergantung kepada pendapatan bapanya yang hanya sebanyak RM500.00 sebulan. Walaupun berlatarbelakangkan keluarga yang kurang upaya, Amzar seorang pelajar yang gigih berusaha, beliau telah mendapat 10A untuk SPM dan kini sedang mengikuti kursus IB di Kolej MARA Banting (KMB).Muhamad Amzar Bin Azlan, 20 tahun, Wakaf Bharu, Kelantan

Kemasukan: PTP 1Institusi: Kolej MARA Banting (KMB)Kursus: International Baccalaureate (IB)Keputusan Terkini: Gred 39

Syafiq merupakan seorang anak tunggal dan kini tinggal bersama ibunya. Beliau dan ibunya telah hilang hubungan dengan bapanya sejak penceraian dulu. Untuk menampung kehidupan mereka dua beranak, ibunya yang dulu seorang suri rumah kini hanya mampu berniaga kuih secara kecil-kecilan. Syafiq adalah seorang pelajar yang berdedikasi tinggi, dan sepanjang menjalani program di bawah Yayasan Peneraju ini beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.Mohd Syafiq Aznee Bin Azhar, 20 tahun, Sungai Buloh, Selangor

Kemasukan: PTP 2Institusi: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)Kursus: Elektrikal dan ElektronikKeputusan Terkini: PGNK 3.97

Bapa beliau telah diistihar muflis gara-gara perniagaan yang gagal dan kini tidak bekerja. Dengan hanya berniaga nasi campur secara kecil-kecilan, ibu beliau kini merupakan penyumbang utama kepada pendapatan keluarganya. Amin telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang menjalani program. Dengan usaha keras dan dedikasi yang ditunjukkan, Amin mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya.Amin Bin Hasmi,18 tahun, Langkawi, Kedah

Kemasukan: PTP 3Institusi: Universiti Teknologi Petronas (UTP) Kursus: Pengajian AsasiKeputusan Terkini: PGNK 3.73

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA36 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 37

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 39

Peneraju Skil Iltizam (Animasi)Rakan Program: Nadi-Ayu Technologies Sdn Bhd

PENERAJU SKIL

Objektif: Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Program ini menyediakan pensijilan dalam industri, di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri. Program Animasi ini berhasrat untuk melahirkan pekerja Bumiputera berkemahiran tinggi untuk menjadi pembantu animasi bagi memenuhi permintaan industri kreatif.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Berumur di antara 18 – 21 tahun• Pelajar SPM / kolej yang keciciran tetapi mempunyai potensi

serta minat untuk bekerja di dalam industri kreatif dan bersemangat untuk belajar

• Berbakat dalam seni lukis• Mempunyai kemahiran asas penggunaan komputer• Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris (tahap

asas)• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol

Struktur Program:• Tempoh program: 6 bulan• Silibus pengajian termasuk latihan kemahiran serta Program

Pemupukan dan Pembangunan• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:o Sijil Kecemerlangan diiktiraf oleh Toon Boom

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri kreatif dengan gaji sasaran

lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Funcel Sdn Bhdo CreatvtoonStudios Sdn Bhdo Little Critter Workshopo Vision Animationo Avant Garde Studios Sdn Bhd

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Kemudahan pengangkutan

Faiz seorang yang sangat berbakat, beliau memberi perhatian 100% di dalam kelas. Beliau juga sering membantu rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Faiz merupakan salah seorang daripada pelajar yang terbaikMuhammad Faiz Bin Abdul Rashid, 18 tahun, Jalan Kenanga, Kuala Lumpur.

Amirah adalah di antara pelajar yang terbaik di dalam kelas. Beliau seorang yang sangat berbakat dan sentiasa memberi perhatian penuh di dalam kelas. Siti Amirah Binti Salleh, 18 tahun, Batu Pahat, Johor.

Mardiyah seorang yang sangat berbakat dan kreatif. Beliau seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak gugup untuk membuat pembentangan di hadapan rakan-rakan sekelas. Beliau juga seorang yang aktif di dalam aktiviti-aktiviti komuniti.Mardhiyah Binti Zulkifly, 21 tahun, Subang Jaya, Selangor.

Laporan Prestasi

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA38

Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan bakat-bakat Bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan dalam industri minyak dan gas. Dianggarkan, Malaysia memerlukan 67,000 peluang pekerjaan yang baru menjelang tahun 2020. Bidang-bidang yang ditawarkan termasuklah Insulasi Paip Gas (Pipe Insulator), Pemasang Sistem Paip Mekanikal (Pipefitter), Pemasang Perancah (Scaffolder), Penyelaras Peralatan Berat (Rigger) serta Blasting and Painting. Rakan-rakan program yang mengendalikan program ini termasuklah Tegas Ventures Resources, Teras Universal Sdn Bhd, Weldzone Training Centre Sdn Bhd, Human Architecture Technologies Sdn Bhd (HAT) dan SR Scaffold Resources Sdn Bhd.

Peneraju Skil Iltizam (Industri Minyak & Gas)

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 43LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA42

Objektif: Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Di bawah program ini, peserta akan ditaja untuk mendapatkan pensijilan dalam bidang Insulasi Paip Gas (Pipe Insulator) bagi peningkatan skil serta penempatan pekerjaan di dalam industri minyak dan gas.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Lelaki berumur di antara 18 – 21 tahun• Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri minyak dan

gas dan bersemangat untuk belajar

Struktur Program:• Tempoh program: 3 bulan

o 2 bulan latihan kemahirano 1 bulan latihan dalam industri

• Silibus pengajian termasuk Kursus Kecekapan Kemahiran Asas daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM) serta Program Pemupukan dan Pembangunan

• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• Sijil Kecekapan dan Kemahiran Pemasangan Penebat Gas Tahap

Pertama oleh CIDB Malaysia• Green Card oleh CIDB Malaysia• Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP)Nota: Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB Malaysia)

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan gaji

sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Pro-Spec Industry (M) Sdn Bhdo JD Distributors & Services Sdn Bhdo Global East Coast Enterprise

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Insuran• Peralatan perlindungan peribadi• Kemudahan pengangkutan

PENERAJU SKIL ILTIZAM (MINYAK & GAS)Rakan Program: Tegas Ventures ResourcesBidang program: Insulasi Paip Gas(Pipe Insulator)

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 45LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA44

Objektif:Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Di bawah program ini, peserta akan ditaja untuk mendapatkan pensijilan dalam bidang Pemasang Perancah (Scaffolder - Offshore) bagi peningkatan skil serta penempatan pekerjaan di dalam industri minyak dan gas.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Lelaki berumur di antara 19 – 21 tahun• Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri minyak dan

gas dan bersemangat untuk belajar

Struktur Program:• Tempoh program: 3 bulan

o 1 bulan latihan kemahirano 2 bulan latihan dalam industri

• Silibus pengajian termasuk latihan kemahiran serta Program Pemupukan dan Pembangunan

• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• Sijil Kompetensi oleh Teras Universal Sdn Bhd• Sijil Pendaftaran Pemasang Perancah oleh Department of

Occupational Safety and Health (DOSH) • Green Card oleh CIDB Malaysia*• Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP)*Nota: Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB Malaysia)

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan gaji

sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MMHE)

o PFC Engineering Sdn Bhdo Kencana Pinwell Sdn Bhdo Energy Protect Sdn Bhd

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Insuran• Peralatan perlindungan peribadi• Kemudahan pengangkutan

PENERAJU SKIL ILTIZAM (MINYAK & GAS)Rakan Program: Teras Universal Sdn BhdBidang program: Pemasang Perancah – (Scaffolder - Offshore)

Beliau seorang yang bertanggungjawab dan berfikiran terbuka dalam setiap kerja yang diberikan oleh penyelia program. Beliau juga sangat bersemangat apabila mempelajari perkara-perkara baru.Muhammad Ameinuddin Bin Shaari, 19 tahun, Telok Gong Pelabuhan Klang, Selangor

Seorang yang peramah, semangat berpasukan yang tinggi dan sering memainkan peranan penting dalam aktiviti berkumpulan.Mohamad Zulhusni Bin Abu Yazid, 20 tahun, Kuala Ketil, Kedah

Beliau seronok bekerja dan berinteraksi dengan pekerja-pekerja dari pelbagai peringkat dan mampu melaksanakan tugasan yang diberi dengan pengawasan yang minima.Muhammad Syahmi Bin Muhamad Kamal, 20 tahun, Telok Panglima Garang Banting, Selangor

Laporan Prestasi

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 47

Objektif:Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Di bawah program ini, peserta akan ditaja untuk mendapatkan pensijilan dalam bidang Pemasang Sistem Paip Mekanikal (Pipefitter), Pemasang Perancah (Scaffolder), Penyelaras Peralatan Berat (Rigger) serta Blasting and Painting bagi peningkatan skil serta penempatan pekerjaan di dalam industri minyak dan gas.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Lelaki berumur di antara 19 – 21 tahun• Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri minyak dan

gas dan bersemangat untuk belajar

Struktur Program:• Tempoh program: 2 – 3 minggu

• Silibus pengajian termasuk latihan kemahiran serta Program Pemupukan dan Pembangunan

• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• Pemasang Sistem Paip Mekanikal (Pipefitter)

o Green Card oleh CIDB Malaysia*o Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP)o Level 1 Third Party diiktiraf oleh Bureau Veritas (BV) / Lloyd’s

Register / American Bureau of Shipping (ABS)• Pemasang Perancah (Scaffolder)

o Green Card oleh CIDB Malaysia*o Sijil Pendaftaran Pemasang Perancah oleh Department of

Occupational Safety and Health (DOSH) • Penyelaras Peralatan Berat (Rigger)

o Green Card oleh CIDB Malaysia*o Level 1 Third Party diiktiraf oleh Bureau Veritas (BV) / Lloyd’s

Register / American Bureau of Shipping (ABS)• Blasting and Painting

o Green Card oleh CIDB Malaysia*o Level 1 Third Party oleh Institute of Materials Malaysia (IMM)

*Nota: Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB Malaysia)

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan gaji

sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o SapuraKencana Petroleum Berhado RM Leopard Sdn Bhd

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Insuran• Peralatan perlindungan peribadi• Kemudahan pengangkutan

PENERAJUSKIL ILTIZAM (MINYAK & GAS)Rakan Program: Weldzone Training Centre Sdn BhdBidang program: Pemasang Sistem Paip Mekanikal (Pipefitter), Pemasang Perancah (Scaffolder), Penyelaras Peralatan Berat (Rigger) serta Blasting and Painting

Laporan Prestasi Bidang program: Blasting and PaintingSyakir merupakan anak yang kedua daripada 5 orang adik-beradik. Sebelum menyertai program ini beliau telah pun memperoleh pensijilan daripada Institute of Materials Malaysia (IMM). Walaubagaimanapun melalui program ini beliau berjaya meningkatkan tahap kemahiran dan kini beliau sedang bekerja di RM Leopad, dibahagian QC Blasting and Painting. Sepanjang menjalani program, Syakir seorang yang berdisiplin, rajin dan tidak pernah berputus asa. Beliau berharap untuk mencari pengalaman secukupnya dan meningkatkan kemahiran diri di RM Leopard.Muhammad Syakir Bin Ismail, 21 tahun, Sungai Petani, Kedah

Bidang program: Pemasang Perancah (Scaffolder)Amirul seorang yang sangat ceria, sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah putus asa. Sepanjang menjalani program, Amirul sentiasa pro-aktif dan bersungguh-sungguh menyiapkan segala tugasan yang diberi. Amirul kini sedang bekerja di Kenyalang Sdn Bhd sebagai Pemasang Perancah (Scaffolder).AmirulNadzmie Bin Abdul Wahid, 19 tahun, Petaling Jaya, Selangor

Bidang program: Pemasang Sistem Paip Mekanikal (Pipefitter)Sepanjang menjalani program, Hakimi menunjukan semangat berpasukan yang tinggi. Beliau komited menyiapkan semua tugasan yang diberi. Harapan beliau adalah supaya dengan pensijilan ini beliau mampu membina karier di dalam bidang Pemasang Sistem Pain Mekanikal (Pipefitter) dan menjana pendapatan yang lebih tinggi.Muhamad Hakimi Bin Abu Bakar, 21 tahun, Kuala Terengganu, Terengganu

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA46

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 49LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA48

Objektif:Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Di bawah program ini, peserta akan ditaja untuk mendapatkan pensijilan dalam bidang Pemasang Perancah (Scaffolder) bagi peningkatan skil serta penempatan pekerjaan di dalam industri minyak dan gas.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Lelaki berumur di antara 19 – 21 tahun• Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri minyak dan

gas dan bersemangat untuk belajar

Struktur Program:• Tempoh program: 3 bulan

o 1 bulan latihan kemahirano 2 bulan latihan dalam industri

• Silibus pengajian termasuk latihan kemahiran serta Program Pemupukan dan Pembangunan

• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• Green Card oleh CIDB Malaysia*• Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP)• Sijil Pendaftaran Pemasang Perancah oleh Department of

Occupational Safety and Health (DOSH) *Nota: Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB Malaysia)

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan gaji

sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MMHE)

o TH Heavy Engineering (THHE)o SapuraKencana Petroleum Berhado Boustead Heavy Industries Corporation Berhad

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Insuran• Peralatan perlindungan peribadi• Kemudahan pengangkutan

PENERAJU SKIL ILTIZAM (MINYAK & GAS)Rakan Program: Human Architecture Technologies Sdn Bhd (HAT)Bidang program: Pemasang Perancah (Scaffolder)

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 51

Objektif:Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Di bawah program ini, peserta akan ditaja untuk mendapatkan pensijilan dalam bidang Insulasi Paip Gas (Pipe Insulator), Pemasang Perancah (Scaffolder), Blasting and Painting bagi peningkatan skil serta penempatan pekerjaan di dalam industri minyak dan gas.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Lelaki berumur di antara 18 – 21 tahun• Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri minyak dan

gas dan bersemangat untuk belajar

Struktur Program:• Tempoh program: 3 bulan

o 1 bulan latihan kemahirano 2 bulan latihan dalam industri

• Silibus pengajian termasuk latihan kemahiran serta Program Pemupukan dan Pembangunan

• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• Insulasi Paip Gas (Pipe Insulator)

o Green Card oleh CIDB Malaysia*o Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP)o Sijil Kehadiran oleh SR Scaffold Resources Sdn Bhd

• Pemasang Perancah (Scaffolder)o Green Card oleh CIDB Malaysia*o Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP)o Sijil Pendaftaran Pemasang Perancah oleh Department of

Occupational Safety and Health (DOSH)o Sijil Kehadiran oleh SR Scaffold Resources Sdn Bhd

• Blasting and Paintingo Green Card oleh CIDB Malaysia*o Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP)o Certified Protective Coatings Technician Level 2 (Multi-skill)

oleh Institute of Materials Malaysia (IMM)o Sijil Kehadiran oleh SR Scaffold Resources Sdn Bhd

*Nota: Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB Malaysia)

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan gaji

sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Nyala Bumi Sdn Bhdo JV Ziphyear Sdn Bhdo RM Leopardo BB Tech Sdn Bhdo Trans Ismor Sdn Bhd

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Insuran• Peralatan perlindungan peribadi• Kemudahan pengangkutan

PENERAJUSKIL ILTIZAM(MINYAK & GAS)Rakan Program: SR Scaffold Resources Sdn BhdBidang Program: Insulasi Paip Gas (Pipe Insulator), Pemasang Perancah (Scaffolder), Blasting and Painting

Bidang Program: Blasting and PaintingProgram ini sangat bagus untuk membina kerjaya di dalam industri minyak dan gas. Ia memberi peluang untuk saya meningkatkan kemahiran diri daripada seorang pam atendan kepada seorang yang Certified Blasting and Painting.Amin Bin Aman, 21 tahun, Sandakan, Sabah

Bidang Program: Pemasangan PerancahProgram ini merupakan suatu peluang yang baik terutama bagi pelajar sekolah pondok seperti saya. Program ini pasti akan mengubah masa depan saya dalam pekerjaan untuk memperolehi pendapatan tiga kali ganda.Mohd Suhaimi Bin Hashim, 18 tahun, Kemaman, Terengganu

Bidang Program: Insulasi Paip GasProgram yang sangat baik yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju. Kini saya mampu mencapai cita-cita saya untuk bekerja di dalam industri minyak dan gas.Abdul Azim Bin Ahmad Termizi, 21 tahun, Bota, Perak

TESTIMONI

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA50

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 53LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA52

Peneraju Skil Iltizam (Jurukimpal)Rakan Program: Kolej Yayasan Sabah (KYS)Objektif: Peneraju Skil Iltizam telah diwujudkan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir atau calon-calon yang lebih cenderung kepada kemahiran vokasional / teknikal berbanding dengan prestasi akademik. Program ini menyediakan pensijilan dalam industri, di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri. Program ini berhasrat untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dalam pensijilan Jurukimpal 6G bagi SMAW dan GTAW.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Berumur di antara 17 – 21 tahun• Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri minyak dan

gas dan bersemangat untuk belajar

Struktur Program:• Tempoh program: 6 bulan• Silibus pengajian termasuk latihan kemahiran di bawah Kolej

Yayasan Sabah, Penilaian oleh The Welding Institute (TWI) serta Program Pemupukan dan Pembangunan

• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• 6G Shielded Metal Arc Welding and Gas Tungsten Arc Welding

oleh The Welding Institute (TWI)• Green Card oleh CIDB Malaysia*• Pasport Keselamatan (NIOSH)• Pasport Antarabangsa*Nota: Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB Malaysia)

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan

gaji sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT)o Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP)o Sabah Ammonia-Urea (SAMUR)

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Insuran

Pengalaman saya dalam bidang kimpalan adalah pengalaman yang paling sukar kerana saya tidak mempunyai pengetahuan asas dalam kimpalan. Hari pertama saya memasuki bengkel dan mencuba untuk mengimpal adalah hari yang sangat sukar kerana saya tidak tahu menghidupkan satu batang elektrod dan cara mengimpal. Saya berasa bersyukur kerana kawan-kawan saya dan pengajar-pengajar banyak membantu saya untuk berlatih mengimpal. Saya mengambil masa beberapa hari untuk menghidupkan elektrod dengan baik dan mengambil masa seminggu untuk belajar cara mengimpal. Hasil berkat usaha saya dan ajaran daripada kawan-kawan dan pengajar saya, saya menjadi lebih mahir dalam mengimpal. Saya berasa gembira dan bersyukur kerana saya satu-satunya pelajar perempuan yang dipilih mengikuti program ini. Nur Hafizah Binti Hussin, 20 tahun, Labuan, Sabah

Saya berterima kasih kepada Yayasan Peneraju kerana telah menaja kami untuk menyambung pengajian di bidang kimpalan. Harapan saya semoga program ini menjamin kehidupan yang cerah dan dapat membantu kami untuk mengubah kehidupan kami. Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk program ini untuk memastikan apa yang saya pelajari dapat diguna pakai untuk membantu meningkatkan ekonomi negara.Mickes Derigah, 19 tahun, Tambunan, Sabah

Saya berterima kasih kepada program Yayasan Peneraju kerana memberikan peluang untuk kami anak muda yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran. Saya juga berharap dengan program yang saya ikuti ini akan dapat membantu menaikkan taraf kehidupan keluarga saya.Deeph Matius, 19 tahun, Kota Marudu, Sabah

TESTIMONI

Objektif: Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Di bawah program ini, peserta akan ditaja untuk mendapatkan pensijilan dalam bidang yang dipilih bagi peningkatan skil serta penempatan pekerjaan di sektor pelabuhan.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Lelaki berumur di antara 17 – 21 tahun• Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri pelabuhan

dan bersemangat untuk belajar

Struktur Program:• Tempoh program: 3 bulan

o 1 bulan latihan kemahirano 2 bulan latihan dalam industri

• Silibus pengajian termasuk latihan kemahiran, ujian praktikal serta Program Pemupukan dan Pembangunan

• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:o Sijil Kehadiran oleh Plomo Sdn Bhd (diiktiraf oleh industri)o Lesen D

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri pelabuhan dengan gaji

sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Westports Malaysia Sdn Bhdo Northport (Malaysia) Bhdo Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Elaun sara diri• Insuran

Peneraju Skil Iltizam (Industri Pelabuhan)Rakan Program: Plomo Sdn Bhd

Sebelum saya menyertai program ini, saya bekerja sebagai seorang operator dengan gaji di antaraRM 800 - RM 900 sahaja. Alhamdulillah, selepas 2 bulan menjalani latihan industri gaji saya sekarang meningkat ke RM 1,350 - RM 1,500.Wan Muhammad Zulhelmi Bin Wan Ibrahim, 21 tahun, Machang, Kelantan

Sebelum menyertai program ini, saya bekerja sebagai seorang juruwang di 7-Eleven. Gaji saya ketika itu hanya dalam RM 900 - RM 1,000 sebulan. Tapi sekarang, setelah menjalani latihan industri di Westports gaji saya mampu mencecah RM 1,500 sebulan.Muhamad Azizi Bin Zarnan Bahari, 19 tahun, Gerik, Perak

Sebelum saya menyertai program ini, saya bekerja sebagai maintenance operator di UiTM Machang dan gaji bulanan saya hanya RM 800 sahaja. Setelah menjalani latihan dalam industri di Westports gaji saya kini di antara RM 1,350 - RM 1,500 sebulan.Baharudin Bin Alam, 21 tahun, Tumpat, Kelantan

TESTIMONI

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA54 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 55

Objektif: Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Program ini diwujudkan untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi Bumiputera menjadi Agen Kaunter Hadapan bagi memenuhi permintaan industri hospitaliti dan pelancongan di Sabah.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera Sabah warganegara Malaysia• Berumur di antara 18 – 21 tahun • Pelajar SPM / kolej yang keciciran tetapi mempunyai potensi

serta minat• Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri hospitaliti dan

bersemangat untuk belajar

Struktur Program:• Tempoh program: 6 bulan• Silibus pengajian termasuk pengajian teori, latihan praktikal

serta Program Pemupukan dan Pembangunan• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• Sijil Eksekutif dalam Operasi Kaunter Hadapan oleh Ascot

Academy (diiktiraf oleh industri)• Sijil Hospitaliti Khidmat Pelanggan diiktiraf oleh City and Guilds,

UK

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri hospitaliti dan pelancongan

dengan gaji sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Cyberview Resort, Cyberjaya, Kuala Lumpuro Intercontinental Hotel, Kuala Lumpuro Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilano Pearl View Hotel, Pulau Pinango St Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpuro St Giles The Gardens Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Elaun sara diri• Baju seragam dan peralatan pembelajaran

Peneraju Skil Iltizam (Operasi Kaunter Hadapan)Rakan Program: Ascot Academy

Laporan Prestasi Pada awal program Fadzlin kelihatan kurang yakin untuk membuat pembentangan di hadapan kelas. Setelah melalui beberapa kelas, Fadzlin kini lebih yakin dengan diri sendiri dan tidak gugup lagi untuk membuat pembentangan di hadapan rakan-rakan sekelas. Kemahiran beliau untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kini lebih baik berbanding di awal program. Dandanan beliau juga telah bertambah baik. Beliau telah menunjukkan disiplin yang baik dan sangat partisipatif di dalam kelas.Fadzlin Bin Abd Pata, 19 tahun, Kota Kinabalu, Sabah

Sebelum menyertai program ini, Treshella telah bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di kampung halamannya. Beliau ingin mencari kerjaya yang lebih baik dan telah disyorkan oleh seorang rakan untuk menyertai program di Ascot Academy ini. Pada hari orientasi, beliau seorang yang pemalu dan pendiam. Selepas sebulan menyertai program ini, beliau kini kelihatan lebih yakin untuk bertutur di hadapan rakan-rakan sekelas, menunjukkan sikap yang pro-aktif, peramah dan tidak malu lagi untuk bertanya soalan di dalam kelas.Treshella William, 19 tahun, Penampang, Sabah

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA56 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 57

Objektif: Peneraju Skil Iltizam dijalankan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar keciciran (sekolah rendah / menengah / kolej) atau individu-individu yang lebih cenderung ke arah kemahiran dan vokasional daripada akademik. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Calon akan berpeluang untuk menyertai salah satu program yang ditawarkan; Kosmetologi atau Terapi Kesihatan.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Perempuan berumur di antara 17 – 21 tahun • Boleh membaca dan menulis• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol• Mempunyai minat, motivasi dan potensi untuk berjaya

Struktur Program:• Tempoh program: 6 bulan• Silibus pengajian termasuk latihan kemahiran serta Program

Pemupukan dan Pembangunan• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• Diploma dalam Teknik Terapi Kecantikan Tahap 3 diiktiraf oleh

City and Guilds, UK• Diploma Tahap 3 oleh Roszall Beauty Academy• SKM Tahap 1

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri kecantikan dan spa dengan

gaji sasaran lebih RM1,500 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Mandara Spao Rafflesia Wellnesso Thera. P Spao Joys Beauty & Wellness Centreo Helen Beauty Reflexologyo Hariz Elite Point Sdn Bhdo Marie France Bodylineo Slimming Sanctuary

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Elaun sara diri• Baju seragam dan alat solek asas

Peneraju Skil Iltizam (Penjagaan Kesihatan)Rakan Program: Rozsall Sdn Bhd

Bidang Program: Terapi SpaPengalaman saya sebagai pelajar sangat bermakna bagi saya untuk menjadi seorang yang berguna kepada keluarga dan diri sendiri. Dulu saya hanya menjadikan kecantikan itu sebagai minat tetapi setelah mempelajari dengan lebih mendalam saya ingin menceburi bidang ini dan mencapai kejayaan dalam bidang kecantikan. Lebih-lebih lagi bidang yang saya pelajari ini mengenai Spa yang mana wanita mahupun lelaki pada masa kini memerlukan khidmat rawatan dari ahli terapi yang profesional untuk mereka sentiasa kelihatan sihat dan bersih. Meskipun sesetengah masyarakat mengganggap pekerjaan ini tidak baik dan pernah melunturkan semangat saya tetapi saya akan membuktikan bahawa bidang Spa adalah bidang yang profesional. Isabelle Jainus, 19 tahun, Keningau, Sabah

Bidang Program: KosmetologiProgram ini telah mengubah hidup saya dari segi ekonomi dan pengalaman hidup. Sepanjang saya menjadi pelatih di Rozsall Beauty Academy, saya telah belajar untuk hidup berdikari, mempelajari bidang yang saya minati iaitu spa dan kecantikan dengan lebih mendalam, berpeluang menempuhi dan berkongsi susah senang bersama rakan-rakan seperjuangan tanpa mengira bangsa dan agama. Saya juga lebih menghargai erti hidup dan mengenal tanggungjawab saya sebagai seorang anak, pelajar dan rakyat. Saya telah mendapat banyak ilmu dan pengalaman baru, dapat mengurus masa saya dengan lebih baik. Saya juga lebih yakin unutk menempuhi alam dewasa dan pekerjaan. Saya berhasrat untuk menimba lebih banyak pengalaman di sini dan membantu keluarga saya.Eshal Falisha Binti Ismail, 19 tahun, Penampang, Sabah

TESTIMONI

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA58 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 59

Program Peneraju Skil Jurukimpal diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan daya saing lepasan vokasional dan tenaga kerja Bumiputera dalam bidang kerjaya yang berasaskan kemahiran kimpalan. Aspirasi Yayasan Peneraju ialah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti tenaga kerja mahir Bumiputera dalam bidang kimpalan yang mampu menjana pendapatan tinggi khususnya dalam sektor-sektor kritikal seperti minyak dan gas, dan marin. Rakan-rakan program yang mengendalikan program ini termasuklah Vocational Education Training Academy (VETA), Samudera Selatan Technical Centre dan Prestariang Systems Sdn Bhd.

PenerajuSKIL - JURUKIMPAL

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 63LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA62

Objektif:Peneraju Skil merupakan program yang memberi fokus kepada pengurusan dan pemupukan kemahiran teknikal. Program ini menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan biasiswa, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada lepasan vokasional dan Bumiputera yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu dan seterusnya menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi. Program ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Jurukimpal Bumiputera ke tahap 6G SMAW dengan WQT.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Berumur tidak melebihi 40 tahun• Dengan SKM 3 dalam kimpalan ATAU SKM 2 dalam proses

SMAW ATAU 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang kimpalan

Struktur Program:• Tempoh program: 3 bulan• Silibus pengajian termasuk latihan praktikal serta Program

Pemupukan dan Pembangunan• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• 6G SMAW dengan WQT diiktiraf oleh Lloyd’s Register

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan gaji

sasaran lebih RM3,800 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o SapuraKencana Petroleum Berhado Muhibbah Steel Industry Sdn Bhdo UIC Engineering

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Insuran• Peralatan perlindungan peribadi

Peneraju SKIL - JURUKIMPALRakan Program: Vocational Education Training Academy (VETA)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Peneraju kerana memberi kursus selama 3 bulan di mana saya mampu mendapat peluang bekerja di syarikat besar walaupun tiada pengalaman bekerja sebelum ini. Program ini banyak mengajar saya cara pengurusan sebenar seperti di tempat kerja. Terima kasih juga kepada tenaga-tenaga pelatih yang bekerja keras mengajar kami dan menjanjikan kami tempat kerja yang sesuai.Clifford Taddem Bin Muja, 20 tahun, Sipitang, Sabah

Mengikuti program Yayasan Peneraju adalah satu kelebihan untuk menjamin masa hadapan. Guru-guru dan kakitangan VETA sangat baik dan bijak mengendalikan program. Saya berharap program ini berterusan untuk membantu remaja dan belia-belia di luar sana. Saya sungguh bersyukur kerana terpilih mengikuti program Yayasan Peneraju ini. Saya berterima kasih atas peluang yang diberikan, terutamanya kepada Yayasan Peneraju, VETA dan guru-guru yang melatih saya.Fazrie Bin Masjon, 26 tahun, Keningau, Sabah

Saya sangat bersyukur kerana di beri peluang dalam mengikuti program Peneraju Skil Jurukimpal. Berbagai cabaran dan dugaan yang saya tempuhi sepanjang saya mengikuti program ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang mengikuti program ini. Antaranya adalah kami dapat menambah skill kimpalan khususnya. Kami juga dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi antara pelatih-pelatih serta tenaga pengajar amnya. Dalam program ini juga kami di bawa ke Kem Motivasi Diri. Dimana kami dapat menambah jati diri kami demi menghadapi masa depan. Saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membangun modal insan Bumiputera yang cemerlang dan gemilang.Muadz Bin Jamsari, 23 tahun, Semenyih, Selangor

TESTIMONI

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA62 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 63

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 65LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA64

Objektif:Peneraju Skil merupakan program yang memberi fokus kepada pengurusan dan pemupukan kemahiran teknikal. Program ini menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan biasiswa, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada lepasan vokasional dan Bumiputera yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu dan seterusnya menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi. Program ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Jurukimpal Bumiputera ke tahap 6G SMAW dengan WQT.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Berumur tidak melebihi 40 tahun• Dengan SKM 3 5G / 6G ATAU yang setaraf

Struktur Program:• Tempoh program: 3 bulan• Silibus pengajian termasuk latihan praktikal serta Program

Pemupukan dan Pembangunan• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• 6G SMAW Kimpalan dengan WQT diiktiraf oleh Bureau Veritas

(BV)

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan gaji

sasaran lebih RM3,800 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o SapuraKencana Petroleum Berhado Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad

(MMHE)o Boustead Heavy Industries Corporation Berhad

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Makan dan minum sepanjang menjalani program• Elaun sara diri• Insuran• Peralatan perlindungan peribadi• Kemudahan pengangkutan

Peneraju SKIL - JURUKIMPALRakan Program: Samudera Selatan Technical Centre

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA64 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 65

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 67LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA66

Objektif:Peneraju Skil merupakan program yang memberi fokus kepada pengurusan dan pemupukan kemahiran teknikal. Program ini menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan biasiswa, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada lepasan vokasional dan Bumiputera yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu dan seterusnya menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi. Program ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Jurukimpal Bumiputera ke tahap 6G SMAW dan 6G GTAW dengan pengiktirafan daripada The Welding Institute (TWI).

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Berumur tidak melebihi 40 tahun• Dengan SKM 3 dalam kimpalan ATAU SKM 2 dalam proses

SMAW ATAU 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang kimpalan

Struktur Program:• Tempoh program: 3 bulan• Silibus pengajian termasuk latihan praktikal serta Program

Pemupukan dan Pembangunan• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• 6G SMAW oleh The Welding Institute (TWI)• 6G GTAW oleh The Welding Institute (TWI)• Green Card oleh CIDB Malaysia*• Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP)*Nota: Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB Malaysia)

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dengan gaji

sasaran lebih RM3,800 selepas 1 tahun bekerja• Senarai bakal majikan termasuk:

o Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MMHE)

o TH Heavy Engineering (THHE)

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Elaun sara diri• Insuran• Peralatan perlindungan peribadi

Rakan Program: Prestariang Systems Sdn Bhd

Beliau telah lulus pada percubaan pertama MMHE Job Placement WQT. Beliau merupakan penerima faedah yang pertama untuk mendapat tawaran pekerjaan terus daripada MMHE. Daripada seorang pemandu lori beliau kini seorang pekerja di MMHE. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang jurukimpal yang profesional suatu hari nanti.Sulaiman Bin Shahidan, 22 orang, Kuala Rompin, Pahang

Beliau berazam untuk menyertai kursus kimpalan sejak berumur 20 tahun lagi. Melalui program ini beliau telah menerima tawaran pekerjaan terus daripada MMHE. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan binaan suatu hari nanti.Mohd Nabil Asraf Bin Zamani, 27 tahun, Butterworth, Pulau Pinang

Berkat usaha dan sikap tidak berputus asa beliau berjaya lulus ujian WQT walaupun telah menghadapi kegagalan beberapa kali. Beliau telah mendapat tawaran pekerjaan terus daripada MMHE dan berazam untuk mendapatkan pengalaman secukupnya dan meningkatkan kemahiran ke Welding Inspector CSWIP 3.1 suatu hari nanti.Muhammad Fahmi Bin Muhamed Said, 22 tahun, Gombak, Selangor

Laporan Prestasi

Peneraju SKIL - JURUKIMPAL

Peneraju SKIL - InspektorkimpalanObjektif: Peneraju Skil merupakan program yang memberi fokus kepada pengurusan dan pemupukan kemahiran teknikal. Program ini menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan biasiswa, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada lepasan vokasional dan Bumiputera yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu dan seterusnya menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi. Program ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti Inspektor Kimpalan Bumiputera dalam industri minyak dan gas melalui pensijilan CSWIP 3.1 Welding Inspector serta penempatan pekerjaan dalam sektor minyak dan gas.

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Berumur tidak melebihi 40 tahun• Boleh membaca dan menulis• Jurukimpal yang memiliki sijil CSWIP 3.0 dan mempunyai

sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja ATAU• Jurukimpal / Pelatih Kimpalan / ‘Foreman’ / Penyelia Kimpalan

dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam industri minyak dan gas

Struktur Program:• Tempoh program: 2 minggu• Silibus pengajian termasuk bengkel latihan, kelas ulangkaji serta

Program Pemupukan dan Pembangunan• Silibus pengajian telah direka khas mengikut piawaian industri

Pensijilan & Perlesenan:• CSWIP 3.1 Welding Inspector

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri minyak dan

gasdengan gaji sasaran lebih RM3,800 selepas 1 tahun bekerja

• Senarai bakal majikan termasuk:o SapuraKencana Petroleum Berhado Muhibbah Steel Industry Sdn Bhdo UIC Engineering

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan

Rakan Program: Human Architecture Technologies Sdn Bhd (HAT)

Sebenarnya saya hanya bersekolah sehingga tingkatan tiga dan hanya memiliki sijil penilaian menengah rendah (PMR). Saya pernah berkerja di dalam pelbagai bidang pekerjaan sebelum ini antaranya pedawaian elektrik, pemandu lori dan juga sebagai buruh binaan. Sehingga suatu ketika rakan saya memperkenalkan bidang minyak dan gas kepada saya. Saya menerima bantuan kerajaan dari program Semidec dan mendapat potongan diskaun sebanyak 80% untuk kursus yang hendak saya ceburi. Bermula sebagai NDT Inspector (non destructive testing) saya menerima gaji yang sangat lumayan berbanding sebelum ini walaupun hanya berpendidikan rendah. Saya sedar di dalam sektor ini memerlukan kemahiran yang khas untuk lebih maju ke hadapan dan mendapat pendapatan yang lebih lumayan, salah satunya Welding Inspector daripada CSWIP oleh sebab itu saya memilih bidang ini.Wan Md Salleh Bin Junaini, 30 tahun, Gelang Patah, Johor

Saya memilih bidang fabrikasi logam dan kimpalan sebagai bidang pekerjaan saya kerana ia adalah bidang yang saya pelajari semasa di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI). Minat dalam bidang ini membuatkan saya ingin meneruskan karier saya lebih jauh dalam bidang ini. Sektor pekerjaan yang luas dalam fabrikasi logam dan kimpalan ini memerlukan pengalaman yang tinggi dan juga sijil kelayakkan yang spesifik. Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk mengambil sijil Certified Welding Inspector (CSWIP 3.1) untuk mendapatkan tempat dalam karier ini sebagai inspektor kawalan kualiti. Selain daripada itu, pendapatan yang ditawarkan dalam bidang ini adalah agak tinggi.Mohd Hafizul Hafis Bin Jasni, 27 tahun, Kuantan, Pahang

Dari aspek teknikal, platform fabrikasi minyak dan gas melibatkan pemasangan struktur keluli, pemasangan sistem paip, pengangkutan peralatan mekanikal berat, pemasangan sistem proses, sistem utiliti dan sistem penjanaan kuasa. Kimpalan adalah satu aktiviti utama. Hasil kimpalan yang baik akan menentukan intergriti struktur platform untuk menahan keadaan di laut terbuka. Terdapat banyak pensijilan profesional yang diperlukan berkenaan dengan pemeriksaan kimpalan seperti Certified Welding Inspektor, Radiografic interpretor dan pengendali NDT yang berkelayakan. Pengetahuan luas yang diperlukan benar-benar membuat saya bersemangat untuk sentiasa meningkatkan pengetahuan teknikal saya. Syed Mohammad Sofiyuddin Bin Syed Mohd Ramlan, 29 tahun, Ipoh, Perak

TESTIMONI

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA68 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 69

Objektif: Peneraju Skil merupakan program yang memberi fokus kepada pengurusan dan pemupukan kemahiran teknikal. Program ini menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan biasiswa, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada lepasan vokasional dan Bumiputera yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tertentu dan seterusnya menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi. Program ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan jumlah Juruteknik dan Jurutera Pesawat Berlesen Bumiputera untuk memenuhi keperluan industri MRO (penyelenggaraan, pembaikan, dan operasi).

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Berumur di antara 18 – 28 tahun• Kelayakan Akademik:o SPM: Sekurang-kurangnya Gred B bagi subjek Bahasa Malaysia,

Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik; ATAUo Ijazah / Diploma Kejuruteraan: PGNK minimum 2.75 dan SPM

sekurang-kurangnya Gred C bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik

• Tidak mempunyai penyakit asma yang kronik• Tidak buta warna

Struktur Program:• Kategori A:

o Tempoh: 3 tahun o Silibus termasuk Kursus Juruteknik Pesawat Berlesen, latihan

dalam industri, latihan spesifikasi pesawat (type-training) serta Program Pemupukan dan Pembangunan

• Kategori B1:o Tempoh: 5 tahun o Silibus termasuk Kursus Jurutera Pesawat Berlesen, latihan

dalam industri, latihan spesifikasi pesawat (type-training) serta Program Pemupukan dan Pembangunan

Pensijilan & Perlesenan:• Lesen oleh Department of Civil Aviation Malaysia (DCAM)

o Kategori A: Juruteknik Pesawat Berleseno Kategori B1: Jurutera Pesawat Berlesen

Penempatan Pekerjaan:• Peluang pekerjaan dalam industri MRO dengan sasaran gaji:

o Juruteknik Pesawat Berlesen – sekurang-kurangnya RM3,800 selepas 1 tahun bekerja

o Jurutera Pesawat Berlesen – sekurang-kurangnya RM5,000 selepas 1 tahun bekerja

• Senarai bakal majikan termasuk:o Malaysian Airline System (MAS)o MAS Wingso Malindo Airo Firefly

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Elaun sara diri

Peneraju SKIL - JURUTEKNIK / JURUTERA PESAWAT BERLESENRakan Program: Malaysian Airline System Berhad (MAS)

Laporan Prestasi Bidang Program: Jurutera Pesawat BerlesenBeliau memegang Diploma Penyenggaraan Pesawat dari Politeknik Banting Selangor dan telah menjalani latihan industri di kawasan Hangar di Malaysia Airlines. Beliau menyertai program ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penerbangan dan berazam untuk menjadi salah seorang Jurutera terbaik di Malaysia. Beliau adalah seorang yang bersuara lantang dan telah mewakili Yayasan Peneraju untuk pelbagai majlis antaranya adalah program Peneraju Professional kerana personaliti cemerlang beliau sebagai pemimpin.Syazwan Bin Mohamad Sodikin, 22 tahun, Kajang, Selangor.

Bidang Program: Juruteknik Pesawat BerlesenBeliau berasal dari kawasan luar bandar di Sarawak dan memohon program Yayasan Peneraju dengan objektif untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarganya dari sederhana ke tinggi. Beliau menunjukkan keazaman yang kuat untuk mengikuti program ini walaupun hasratnya ditentang oleh keluarga pada mulanya.Siga Adau, 18 tahun, Belaga, Sarawak.

Bidang Program: Juruteknik Pesawat BerlesenBeliau telah cuba untuk menyertai program ini sejak Kohort 2 lagi pada bulan Jun 2014 tetapi tidak disenaraipendek. Walau bagaimanapun, keinginan beliau untuk kemahiran teknikal beliau tidak putus asa dan terus mencuba untuk penilaian seterusnya. Berkat usahanya yang sikap tidak pernah berputus asa, beliau terpilih untuk menyertai kohort terakhir pada bulan September 2014.Razzy Bin Mohd Noh, 21 tahun, Sekinchan, Selangor.

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA70 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 71

Objektif: Peneraju Skil merupakan program yang memberi fokus kepada pengurusan dan pemupukan kemahiran. Program ini menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan biasiswa, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada pekerja bukan eksekutif untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang perakaunan melalui pensijilan Certified Accounting Technician (CAT), Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB) atau The Chartered Institute of Management Accountants – Certificate in Business Accounting (CIMA – CBA).

Kriteria Pemilihan Calon:• Bumiputera warganegara Malaysia• Minimum 1 tahun pengalaman bekerja

• Berumur tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat• Berkelulusan SPM dengan 5 kredit termasuk Bahasa Inggeris

dan Matematik

Mod pengajian: Separuh masa

Pensijilan:• Certified Accounting Technician (CAT)• Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB)• The Chartered Institute of Management Accountants –

Certificate in Business Accounting (CIMA – CBA)

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan

Peneraju SKIL - PERAKAUNAN (PSP)Rakan Program: Noesis Exed Sdn Bhd

TESTIMONIPensijilan: CIMA-CBAProgram ini telah membuka mata saya mengenai kepentingan kajian profesional dalam kerjaya saya. Saya mempunyai ijazah dalam bidang Ekonomi Antarabangsa, tetapi kerja-kerja saya sebagai Eksekutif Strategi Korporat memerlukan asas yang kukuh dalam Perniagaan, Perakaunan, Kewangan Korporat dan Pengurusan Projek. Oleh itu, selepas membandingkan beberapa program, saya membuat keputusan untuk mengambil CIMA-CBA (di bawah Peneraju Skil Perakaunan). Tidak syak lagi, program ini memberi manfaat kepada saya dalam pelbagai cara, bukan sahaja secara profesional tetapi

secara peribadi juga. Dari sudut pandangan peribadi, ia adalah baik bahawa Yayasan Peneraju menegaskan para ulama untuk bekerja dan belajar secara separuh masa; ia membantu saya menggilap kemahiran pengurusan masa saya, untuk menjadi lebih teratur dan disiplin. Pada sudut pandangan profesional pula, saya percaya saya mempunyai pemahaman yang lebih baik dalam kerja-kerja saya iaitu ramalan, belanjawan, penyelidikan pasaran, analisis varians dan banyak lagi yang membantu saya dalam menghasilkan serahan yang lebih baik. Matlamat saya seterusnya adalah untuk mengambil CIMA Profesional untuk membuat diri saya cukup layak untuk menjadi Korporat Strategis yang disahkan dan boleh dipercayai.Nik Syifa Unnur Binti Nik Aziz, 26 tahun, Batu Caves, Selangor

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA72 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 73

Objektif: Selain daripada menawarkan pensijilan perakaunan profesional seperti Association of Chartered CertifiedAccountants (ACCA), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan MalaysianInstitute of Certified Public Accountants-Institute of Chartered Accountants Australia (MICPA-ICAA), calon-calon yang terpilih untuk program ini akan ditempatkan di firma-firma audit yang terkemuka di Malaysia.

Kriteria Pemilihan Calon• Bumiputera warganegara Malaysia• Lepasan Ijazah• Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa permohonan dibuat• Keputusan Akademik dan Status Pekerjaan:

o Ijazah dalam mana-mana bidang, dengan PGNK akhir 3.00 atau tamat pengajian dengan PGNK minimum 3.00

o Kurang dari 5 tahun pengalaman bekerja

Mod Pengajian: Separuh masa

Pensijilan:• Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)• Institute of Chartered Accountants in England and Wales

(ICAEW)• Malaysian Institute of Certified Public Accountants-Institute of

Chartered Accountants Australia (MICPA-ICAA)Nota: Akan ditetapkan selepas penilaian

Pembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Penempatan dan elaun sepanjang menjalani Program

Persediaan Awal

Rakan Program: Sunway-TES

PENERAJU PROFESIONAL

Peneraju Profesional Akauntan (PPA)

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA74 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 75

Bidang Pensijilan: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)Saya mendapat tahu tentang program ini secara kebetulan kerana ia telah diiklankan dalam salah satu senarai e-mel yang saya terima. Dari situlah saya mengambil keputusan untuk memohon kerana saya memang berminat untuk mengikuti bidang kewangan

selepas lebih dua tahun berada di dalam industri tenaga elektrik. Saya sangkakan ia mungkin susah kerana saya masih terikat dengan TNB pada masa itu. Walau bagaimanapun, segala-galanya berjalan lancar dan saya telah diberi tawaran untuk menyertai program Peneraju Profesional Perakaunan dengan penempatan di firma audit BDO. Program yang direka khas oleh Yayasan Peneraju dan Sunway-TES memberi peluang kepada seorang pelajar perakaunan seperti saya untuk beralih semula ke dunia perakaunan.Nurul Atikah Binti Paimin, 28 tahun, Selangor

Bidang Pensijilan: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)Berada di bawah biasiswa ini memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada pelajaran tanpa perlu bimbang tentang yuran pengajian dan sebagainya. Yayasan Peneraju bersama-sama dengan Sunway-TES memantau rapat semua penerima faedah untuk memastikan bahawa kami semua berada di landasan yang betul. Kami kerap bertemu dengan Encik Teo dan pasukan Sunway-TES untuk memastikan bahawa pengajian kami berjalan dengan lancar. Sokongan yang diberikan menunjukkan komitmen yang hebat oleh Yayasan Peneraju dan Sunway-TES.Abdulazim Bin Zaharudin, 28 tahun, Selangor

Bidang Pensijilan: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)Saya mendapat tahu tentang program ini daripada seorang rakan. Penajaan untuk kajian profesional dan pekerjaan dengan Big 5 yang Yayasan Peneraju tawarkan kedengaran sangat menarik bagi saya. Saya gembira untuk mengetahui bahawa saya diterima ke dalam program ini selepas menghadiri sesi Pusat Penilaian dan wawancara dengan wakil-wakil dari Big 5. Sebelum menyertai firma audit, semua penerima faedah perlu menghadiri Program Pembangunan Kerjaya di Sunway-TES. Ia adalah satu pengalaman yang sangat baik, saya dapat mengenali ramai rakan-rakan baru, tempat tinggal yang disediakan juga baik dan pensyarah semua sering membantu kami. Iskandar Zulkarnain Bin Kamarrudin, 25 tahun, Selangor

Inisiatif untuk menggalakkan belia untuk mendapat pengiktirafan akauntan bertauliah dalam usia yang muda. Rakan-rakan program yang mengendalikan program ini termasuklah Sunway-TES dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kriteria Pemilihan Calon• Bumiputera warganegara Malaysia

Mod Pengajian: Sepenuh masaPembiayaan meliputi:• Yuran pengajian dan pensijilan• Tempat tinggal• Elaun sara diri

Peneraju Profesional Akauntan Muda (PPAM)TESTIMONI

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA76 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 77

Rakan Program: Sunway-TES

TESTIMONIBidang Pensijilan: Certified Accounting Technician (CAT)Pada mulanya, saya tidak pernah tahu tentang program CAT-ACCA. Saya mendapat tahu program ini daripada rakan kakak saya. Dia baru berusia 22 tahun tetapi dia sudah bekerja sebagai akauntan manakala semua rakan-rakannya masih melakukan ijazah. Beliau memberi inspirasi kepada saya untuk menyertai program ini kerana program ini adalah jalan yang paling cepat untuk menjadi seorang akauntan bertauliah. Saya adalah seorang pelajar sub-sains di sekolah menengah saya dan saya berminat dalam Prinsip Akaun berbanding dengan mata pelajaran sains. Melalui program ini kini saya mampu mengejar impian saya untuk menjadi seorang akauntan bertauliah pada usia yang sangat muda. Laluan profesional ini berbeza daripada laluan akademik dan ia lebih mencabar. Laluan akademik mengambil masa hampir tujuh tahun untuk disiapkan, laluan profesional hanya mengambil masa lebih kurang tiga tahun sahaja untuk lulus semua peperiksaan. Dari sini saya dapat melihat bahawa terdapat banyak kelebihan dengan memilih laluan profesional. Pada mulanya memang

agak mencabar tetapi setelah menghadiri beberapa kelas, saya dapat membiasakan diri dengan apa yang dipelajari. Nur Syazana Binti Omar, 18 tahun, Selangor

Bidang Pensijilan: Certified Accounting Technician (CAT)Saya sangat gembira kerana diberi peluang untuk menyertai program ini. Saya dibiayai untuk melakukan pensijilan perakaunan antarabangsa dengan semua yuran pengajian saya dan penginapan yang ditanggung penuh oleh Yayasan Peneraju. Saya adalah seorang pelajar sub-sains apabila saya semasa di sekolah dan saya tidak pasti apa yang ingin dilakukan selepas sekolah. Selepas beberapa bulan menunggu keputusan dari universiti-universiti yang di mohon dan tiada sebarang jawapan diterima, saya membuat keputusan untuk pergi ke Kolej Matrikulasi Perak dan mengambil kursus Perakaunan. Disitulah mula berkembang minat saya terhadap bidang ini. Selepas tamat matrikulasi saya mendapat tahu melalui mak cik saya mengenai program ini. Setelah melakukan kajian menyeluruh saya membuat keputusan untuk menyertai program ini. Alhamdulillah, inilah keputusan ayang terbaik untuk diri saya. Dalam masa lebih kurang tiga tahun sahaja saya mampu menjadi seorang akauntan bertauliah bertaraf antarabangsa.Nur Hidayah Binti Rosman, 19 tahun, Selangor

Rakan Program:Universiti Teknologi MARA (UiTM)

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA78 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 79

Objektif: Program ini direka untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera untuk mendapatkan kerjaya berpendapatan tinggi melalui pensijilan dan pentauliahan berkualiti seperti Certified Financial Analyst® sambil meneruskan kerjaya di syarikat di mana peserta berada sekarang.

Kriteria Pemilihan Calon• Bumiputera warganegara Malaysia• Tidak melebihi 35 tahun semasa permohonan dibuat• Memiliki ijazah sarjana muda dalam SEBARANG disiplin, sebaik-

baiknya yang berkaitan dengan kewangan dengan minimum:o PGNK 3.00 (Malaysia, United States dan Canada) ATAUo WAM 60% (Australia) ATAUo Kelas Kedua: Bahagian II (United Kingdom, New Zealand)

ATAUo Pensijilan profesional yang berkaitan

• Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda tidak berkaitan dengan kewangan harus memiliki pengalaman bekerja di dalam bidang kewangan atau pelaburan

• Graduan baru di dalam bidang berkaitan perakaunan dan kewangan digalakkan memohon

Struktur Program & Pensijilan• Tempoh: 4 tahun• Mod pengajian: Separuh masa• Silibus termasuk Program Pemupukan dan Pembangunan,

infrastruktur sokongan termasuk kumpulan belajar, mentor yang terdiri daripada pemegang piagam CFA dan fakulti pengajar berpengalaman dengan rekod prestasi yang terbukti

Pembiayaan termasuk:• Yuran pembelajaran dan pensijilan

Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst® (CFA®)Rakan Program: Efficient Frontier Consulting Sdn Bhd (EFC)

Beliau kini berkhidmat di Celcom Axiata Bhd di atas Tugasan Khas. Sebelum ini beliau berkhidmat di bawah Strategi Korporat selama 3 tahun. Izulman seorang pakar dalam Penggabungan dan Pengambilalihan serta Perkongsian dan akan menduduki CFA Tahap 2 pada bulan Jun 2015.Izulman Bin Telimik, 26 tahun, Banting, Selangor

Beliau kini sedang berkhidmat di Bursa Malaysia sebagai Pengurus, Pengawasan Ekuiti. Nabil seorang pakar dalam Pematuhan dan Peraturan dan akan menduduki CFA Tahap 2 pada bulan Jun 2015.Ahmad Nabil Bin Nazri, 26 tahun, Gombak, Selangor

Beliau kini sedang berkhidmat di Bank Negara Malaysia sebagai Associate Analyst. Izali seorang pakar dalam Perbankan Islam dan Takaful dan akan menduduki CFA Tahap 2 pada bulan Jun 2015.Izali Bin Idris, 24 tahun, Seri Kembangan, Selangor

Laporan Prestasi

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA80 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 81

Program ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan Bumiputera yang profesional pensijilan perakaunan seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Certified Practicing Accountants Australia (CPA Australia), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan Malaysian Institute of Certified Public Accountants – Institute of Chartered Accountants Australia (MICPA –ICAA). Menerusi program ini warga Bumiputera yang sedang bekerja mampu untuk mendapatkan pensijilan profesional secara separuh masa. Rakan-rakan program yang mengendalikan program ini termasuklah Sunway-TES, Noesis Exed Sdn Bhd, FTMS College dan KDU University College.

Kriteria Pemilihan Calon• Bumiputera warganegara Malaysia

Peneraju Profesional Pensijilan Perakaunan (PPPP)

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA82 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 83

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA84 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 85

Mod pengajian: Separuh masaPembiayaan termasuk:• Yuran pembelajaran dan pensijilan

Rakan Program: Sunway-TES

Peneraju Profesional Pensijilan Perakaunan (PPPP)

Rakan Program: Noesis Exed Sdn Bhd

Peneraju Profesional Pensijilan Perakaunan (PPPP)

Rakan Program: FTMS College

Peneraju Profesional Pensijilan Perakaunan (PPPP)

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA86 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 87

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Rakan Program:KDU University College

Peneraju Profesional Pensijilan Perakaunan (PPPP)

Bidang Pensijilan: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)Saya memang bercita-cita untuk mendapatkan kelayakan profesional dalam bidang perakaunan. Progam ini merupakan suatu peluang keemasan bagi saya. Saya percaya, dengan mempunyai pensijilan profesional ia akan membantu saya untuk mendaki tangga korporat lebih cepat. Selain daripada memperkaya pengetahuan dan kemahiran, saya juga mempunyai peluang untuk meningkatkan rangkaian saya sepanjang menyertai program ini.Norazlina Binti Kifli, 33 tahun, Selangor

Bidang Pensijilan: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)Saya amat gembira kerana diterima untuk menyertai program ini. Dengan adanya ACCA saya berada di landasan yang betul untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah. Program ini jelas merupakan suatu peluang yang baik untuk kita!Nurulhuda Hayati Binti Abdullah, 35 tahun, Selangor

Bidang Pensijilan: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)Saya mengagumi semua kakitangan di Sunway terutama penyelaras dan pensyarah yang khusus untuk tugas mereka. Perkara-perkara yang sukar untuk dilakukan ialah untuk membahagikan masa antara kerja dan belajar dan keluarga. Tetapi ini hanya untuk masa yang singkat sahaja dan ini apa yang saya panggil pengorbanan dan jihad. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.Azreen Affendy Bin Mohd Zainudin, 33 tahun, Putrajaya, Kuala Lumpur

TESTIMONI

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA88

Tanggungjawab Sosial Korporat

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA90 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 91

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA92 LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA92 LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 93

Imbasan 2014

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA94 LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Laporan dan Penyata Kewangan

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 97LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA96

Laporan Para Pemegang AmanahPara Pemegang Amanah dengan ini membentangkan laporan mereka dan penyata kewangan Yayasan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

AKTIVITI UTAMA

Aktiviti utama Yayasan ialah untuk meningkatkan, menerima, mengurus, mengekal dan mentadbir geran pendidikan, biasiswa dan pinjaman kepada Bumiputera.

Tiada perubahan ketara di dalam aktiviti berkenaan sepanjang tempoh ini.

HASIL KEWANGAN

FAEDAH PARA PEMEGANG AMANAH

Yayasan adalah sebuah Syarikat dengan jaminan terhad dan tidak mempunyai modal saham. Yayasan tidak menerbitkan sebarang debentur. Oleh itu tidak ada maklumat yang perlu didedahkan di bawah Seksyen 169(6)(f) dan 169(6)(g) Akta Syarikat, 1965.

Tidak terdapat sebarang urusan yang diatur sama ada pada akhir tempoh kewangan ataupun pada bila-bila masa di sepanjang tempoh berkenaan yang melibatkan Syarikat ini sebagai satu pihak untuk membolehkan para Pemegang Amanah mendapat manfaat menerusi perolehan saham atau debentur dari Syarikat ini atau syarikat-syarikat lain.

Sejak tarikh penubuhan, tiada Pemegang Amanah yang telah menerima atau berhak menerima sebarang manfaat-manfaat daripada perjanjian yang dibuat oleh Syarikat atau perbadanan berkaitan dengan mana-mana Pemegang Amanah atau dengan firma di mana Pemegang Amanah adalah seorang ahli, atau dengan syarikat di mana Pemegang Amanah mempunyai kepentingan kewangan yang besar yang mesti dinyatakan mengikut Seksyen 169 (8) Akta Syarikat, 1965.

RIZAB DAN PERUNTUKAN

Tiada pemindahan yang penting kepada atau daripada rizab atau peruntukan sepanjang tempoh kewangan ini.

HUTANG LAPUK DAN RAGU

Pada tarikh laporan ini, para Pemegang Amanah telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil berhubung dengan penghapusan hutang lapuk dan membuat peruntukan bagi hutang ragu dan telah berpuas hati bahawa tiada hutang lapuk yang diketahui telah dihapuskan dan tiada peruntukan yang cukup telah dibuat untuk hutang ragu.

Lebihan Tahun Semasa 2014 (RM)

5,320,843

PARA PEMEGANG AMANAH

Nama-nama Pemegang Amanah Yayasan yang menyandang jawatan semenjak tarikh laporan terdahulu sehingga tarikh laporan ini adalah seperti berikut :

Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd Razak Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar

Dato’ Seri Idris Bin Jusoh

ASET SEMASA

Sebelum penyata kewangan Yayasan disediakan, Pemegang Amanah telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa sebarang aset semasa yang tidak mungkin dapat dihasilkan nilainya dalam urusniaga biasa yang terdapat di dalam rekod perakaunan telah diturunkan kepada nilai yang mungkin dapat diniagakan.

Pada tarikh laporan ini, para Pemegang Amanah tidak mengetahui sebarang keadaan yang telah timbul yang boleh menyebabkan nilai yang dianggap sebagai berpunca daripada aset semasa didalam penyata kewangan mengelirukan.

KAEDAH PENILAIAN

Pada tarikh laporan ini, Pemegang Amanah berpendapat tiada keadaan yang timbul yang boleh mengakibatkan kaedah penilaian semasa aset atau liabiliti yang digunakan mengelirukan atau tidak sesuai.

LIABILITI LUAR JANGKA DAN LAIN-LAIN LIABILITI

Pada tarikh laporan ini tidak wujud:-

i) sebarang cagaran ke atas aset Yayasan yang timbul sejak akhir tempoh kewangan yang menjamin liabiliti pihak lain; atau

ii) sebarang liabiliti luar jangka bersabit dengan Yayasan yang timbul sejak akhir tempoh kewangan.

Tiada liabiliti luar jangka atau liabiliti lain yang telah atau berkemungkinan akan dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan dari akhir tahun kewangan yang akan atau boleh menjejaskan keupayaan Syarikat dalam memenuhi kewajipan mereka apabila tiba waktunya.

PERUBAHAN KEADAAN

Pada tarikh laporan ini, Pemegang Amanah berpendapat tiada keadaan yang boleh menyebabkan laporan Yayasan menunjukkan sebarang jumlah yang mengelirukan jika tidak diselesaikan.

PERKARA-PERKARA YANG BERSIFAT PENTING DAN LUARBIASA

Pada pendapat Pemegang Amanah, hasil kewangan Yayasan bagi akhir tempoh kewangan tidak terjejas oleh sebarang perkara, urusan atau kejadian yang bersifat penting dan luarbiasa.

PERISTIWA SUSULAN DARIPADA TARIKH PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Pada pendapat Pemegang Amanah, tiada perkara, urusniaga atau kejadian yang bersifat penting dan luarbiasa yang timbul antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini yang akan menjejaskan hasil perniagaan Yayasan bagi tempoh kewangan yang mana laporan ini dibuat.

JURUAUDIT

Juruaudit, Tetuan Jamal, Amin & Partners, telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menerima pelantikan semula.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pemegang Amanah menurut resolusi para Pemegang Amanah.

DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR

DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

Kuala LumpurTarikh: 3 Mac 2015

Ditandatangani dan diikrarkan dengan sesungguhnya oleh penama di atas RAJA AZURA BINTI RAJA MAHAYUDDIN di Kuala Lumpur dalam Wilayah Persekutuan pada 3 Mac 2015

Di hadapan saya,

3 Mac 2015

Penyata Pemegang Amanah

Penyata BERKANUN

MENURUT SEKSYEN 169(15) AKTA SYARIKAT, 1965 KEPADA PEMEGANG AMANAH YAYASANPENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

MENURUT SEKSYEN 169 (16), AKTA SYARIKAT, 1965

Kami, DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR dan DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED, mewakili dua orang Pemegang Amanah bagi YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA, dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat para Pemegang Amanah, penyata kewangan yang dibentangkan dari mukasurat 8 hingga 25 telah disediakan menurut Akta Syarikat, 1965 di Malaysia dan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) untuk memberi gambaran yang benar dan saksama berkenaan kedudukan Yayasan pada 31 Disember 2014 dan ke atas hasil kendalian serta aliran tunai Yayasan bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pemegang Amanah menurut resolusi para Pemegang Amanah.

LAPORAN KE ATAS PENYATA KEWANGAN

Kami telah mengaudit penyata kewangan YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA, yang merangkumi Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2014, Penyata Pendapatan Komprehensif dan Perbelanjaan, dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada mukasurat 8 hingga 25.

TANGGUNGJAWAB PARA PEMEGANG AMANAH KE ATAS PENYATA KEWANGAN

Penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangan tersebut adalah tanggungjawab para Pemegang Amanah selaras dengan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia. Tanggungjawab tersebut termasuk: membentuk, melaksana dan mengekalkan kawalan dalaman yang berkaitan dengan penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangan yang bebas dari salah nyata yang ketara, sama ada akibat penipuan atau kesilapan; memilih dan menggunapakai polisi-polisi perakaunan yang sesuai; dan membuat anggaran perakaunan yang munasabah di dalam keadaan tersebut.

TANGGUNGJAWAB JURUAUDIT

Tanggungjawab kami adalah untuk memberi pendapat ke atas penyata kewangan tersebut berdasarkan pengauditan kami. Kami melaksanakan pengauditan kami mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami mematuhi keperluan yang beretika dan merancang dan

Saya, RAJA AZURA BINTI RAJA MAHAYUDDIN, sebagai pegawai yang terutamanya bertanggungjawab atas pengurusan kewangan YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA, dengan sesungguhnya dan ikhlas mengakui bahawa Penyata Kewangan yang dibentangkan dari mukasurat 8 hingga 25 adalah sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya betul dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh keyakinan bahawa kesemua ini benar dan menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR

Kuala LumpurTarikh: 3 Mac 2015

DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

))) RAJA AZURA BINTI RAJA MAHAYUDDIN

Laporan Juruaudit Bebas

melaksanakan audit untuk mencapai kepastian munasabah mengenai samada penyata kewangan tersebut bebas daripada salahnyata yang ketara.

Sesuatu audit melibatkan perlaksanaan kaedah untuk mendapatkan bukti audit terhadap amaun dan penyataan dalam penyata kewangan. Kaedah yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian terhadap risiko salahnyata penyata kewangan yang ketara, sama ada akibat penipuan atau kesilapan. Di dalam membuat penilaian risiko tersebut, kami menimbang kawalan dalaman berkaitan dengan penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangan Yayasan bagi membentuk kaedah audit yang bersesuaian di dalam keadaan tersebut, namun bukan untuk tujuan memberi pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman Yayasan. Sesuatu audit juga merangkumi penilaian kesesuaian polisi-polisi perakaunan digunakan dan kemunasabahan anggaran perakaunan yang dibuat oleh para Pengarah, serta penilaian pembentangan penyata kewangan secara keseluruhannya.

Kami percaya bahawa bukti audit yang diperolehi adalah mencukupi dan sesuai bagi memberi asas untuk menyatakan pendapat kami.

PENDAPAT

Pada pendapat kami, penyata kewangan disediakan dengan sempurna mengikut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia untuk memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Yayasan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan hasil operasi serta aliran tunai Yayasan bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 99LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA98

Penyata Kedudukan Kewangan

NOTA

34

45

67

8

PADA 31 DISEMBER 2014

ASET BUKAN SEMASAHartanah, Loji Dan PeralatanPenghutang Pelbagai dan Deposit

ASET SEMASAPenghutang Pelbagai dan DepositTunai dan Bersamaan Tunai

JUMLAH ASET

EKUITIGeranLebihan Terkumpul

LIABILITI SEMASAPemiutang Dagangan dan Lain-lain

JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI

(Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini)

2014 (RM)

899,776293,825

3,155,913150,766,270153,922,183

155,115,784

112,641,73931,104,399

143,746,138

11,369,646

155,115,784

2013 (RM)

888,956-

409,306133,053,428133,462,734

134,351,690

100,455,63825,783,556

126,239,194

8,112,496

134,351,690

LAPORAN KE ATAS KEHENDAK-KEHENDAK PERUNDANGAN DAN BERKANUN YANG LAIN

Berdasarkan kehendak-kehendak Akta Syarikat, 1965 di Malaysia kami juga melaporkan bahawa pada pendapat kami rekod perakaunan dan rekod-rekod lain, termasuk daftar yang dikehendaki oleh Akta untuk disimpan oleh Yayasan telah disimpan dengan sempurna mengikut peruntukan akta tersebut.

LAIN-LAIN PERKARA

Laporan ini dibuat hanya untuk ahli-ahli Yayasan, sebagai satu badan, selaras dengan Seksyen 174 Akta Syarikat, 1965 di Malaysia dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak akan mengambil tanggungjawab terhadap pihak-pihak lain bagi kandungan laporan ini.

JAMAL, AMIN & PARTNERS(No : AF 1067)Akauntan Bertauliah

Kuala Lumpur

Tarikh: 3 Mac 2015

AHMAD HILMY BIN JOHARI(No : 2977/03/16(J))Akauntan Bertauliah

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 101LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA100

Penyata Pendapatan Komprehensif dan Perbelanjaan

NOTA

9

10

11

12

Perolehan

Lain-lain Pendapatan

Program Pendidikan

Belanja Pentadbiran

Lebihan Sebelum Cukai

Cukai

Lebihan Tahun Semasa

2014 (RM)

37,813,899

10,249,666

(35,759,662)

(6,983,060)

5,320,843

-

5,320,843

2013 (RM)

24,920,841

6,611,306

(21,262,820)

(6,963,674)

3,305,653

-

3,305,653

BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014

(Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini)

Penyata Perubahan Ekuiti

Baki pada 1 Januari 2013

Terimaan Geran Bersih

Lebihan Tahun Semasa

Baki pada 31 Disember 2013

Terimaan Geran Bersih

Lebihan Tahun Semasa

Baki pada 31 Disember 2014

2014 (RM)

22,477,903

-

3,305,653

25,783,556

-

5,320,843

31,104,399

GERAN

25,376,479

75,079,159

-

100,455,638

10,510,451

-

110,966,089

2013 (RM)

47,854,382

75,079,159

3,305,653

126,239,194

10,510,451

5,320,843

142,070,488

BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014

(Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini)

NOTA

6

7

6

7

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 103LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA102

Penyata Aliran TunaiBAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASILebihan Sebelum Cukai

Pelarasan Bagi : Faedah Diterima Kerugian Atas Pelupusan Aset Tetap Susutnilai Peralatan Pelupusan Aset TetapTunai Dijana Dari Aktiviti Operasi Sebelum Perubahan Modal Kerja Penambahan Dalam Penghutang Pelbagai dan Deposit Penambahan Dalam Pemiutang PelbagaiAliran Tunai Dijana Dari Aktiviti Operasi

Faedah Diterima Tunai Bersih Yang Dijana Dari Aktiviti Operasi

ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI PELABURAN Keuntungan Atas Jualan Pembelian PeralatanTunai Bersih Yang Digunakan Oleh Aktiviti Pelaburan

ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI KEWANGAN Perubahan Dalam Dana Pendidikan Tunai Bersih Yang Dijana Oleh Aktiviti Kewangan

PERTAMBAHAN BERSIH TUNAI DAN BERSAMAAN TUNAITUNAI DAN BERSAMAAN TUNAI PADA AWAL TAHUNTUNAI DAN BERSAMAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN

(Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini)

NOTA

5

2014 (RM)

5,320,843

(1,195,168)-

83,723108,827

4,318,225(3,035,841)3,257,1504,539,534

1,195,1685,734,702

-(207,961)

(207,961)

12,186,10112,186,101

17,712,842133,053,428

150,766,270

2013 (RM)

3,305,653

(961,306)5,216

96,423-

2,445,986(409,306)

4,315,5026,352,182

961,3067,313,488

11,959(641,335)

(629,376)

75,079,15975,079,159

81,763,27151,290,157

133,053,428

Nota-nota kepada Penyata Kewangan31 DISEMBER 2014NOTA 1: MAKLUMAT KORPORAT Yayasan adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan,

ditubuhkan dan bermastautin di Malaysia.

Alamat berdaftar Yayasan adalah terletak di Tingkat 7, Bangunan Setia 1, 15 Lorong Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

Aktiviti utama Yayasan ialah untuk meningkatkan, menerima, mengurus, mengekal dan mentadbir geran pendidikan, biasiswa dan pinjaman kepada Bumiputera.

NOTA 2: DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTINGa) Asas Perakaunan Penyata kewangan Yayasan telah disediakan berasaskan kepada

konvensyen kos sejarah, kecuali dinyatakan sebaliknya. Penyata kewangan yang dilampirkan pada muka surat 8 hingga

25 telah disediakan menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia.

Penyata kewangan Yayasan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 telah disediakan selaras dengan MFRS untuk kali pertama. Dalam tahun-tahun sebelumnya, penyata kewangan ini telah disediakan selaras dengan Piawaian-piawaian Perakaunan MASB yang diluluskan dan terpakai bagi entiti persendirian di Malaysia.

Peralihan kepada MFRS adalah selaras dengan MFRS 1 Penerimaan Kali Pertama Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dengan 1 Januari 2014 sebagai tarikh peralihan. Penggunaan MFRS tidak menjejaskan jumlah yang dinyatakan di penyata kewangan Yayasan. Sehubungan itu, penyesuaian ke atas ekuiti yang dilaporkan berdasarkan Piawaian-piawaian Perakaunan MASB yang diluluskan dan terpakai bagi entiti

persendirian di Malaysia dengan ekuiti yang dilaporkan berdasarkan MFRS pada tarikh peralihan kepada MFRS tidak ditunjukkan di dalam penyata kewangan Yayasan.

Penyata kewangan ini dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

b) Penyata Pematuhan Pada tarikh pengeluaran penyata kewangan ini, pindaan

piawaian serta interpretasi yang telah dikeluarkan tetapi belum efektif dan tidak digunakan dengan lebih awal oleh Yayasan adalah seperti disenaraikan di bawah:• Pindaan kepada MFRS 132, Instrumen Kewangan: Imbangan

Aset Kewangan dan Liabiliti Kewangan)• Pindaan kepada MFRS 136, Kemerosotan Nilai Aset -

Pendedahan amaun yang boleh dibaikpulih bagi Aset Bukan Kewangan

Yayasan bercadang untuk menggunapakai piawaian-piawaian tersebut, pindaan dan tafsiran pada tahun kewangan bermula 1 Januari 2015.

Piawaian dan interpretasi yang dikeluarkan tetapi belum efektif dan belum ditentukan tarikh penggunaan.

• MFRS 9, Instrumen Kewangan (2010)• Pindaan kepada MFRS 7, Instrumen Kewangan: Pendedahan

(Pindaan berkaitan dengan Pendedahan - Imbangan Aset dan Liabiliti Kewangan)

Para Pemegang Amanah menjangkakan Piawaian dan Interpretasi yang dinyatakan di atas akan digunapakai dalam penyata kewangan tahunan Yayasan apabila ianya efektif dengan penggunaan Piawaian dan Interpretasi tersebut tidak akan memberi kesan material ke atas penyata kewangan Yayasan dalam tempoh permulaan penggunaan.

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 105LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA104

c) Hartanah, Loji dan Peralatan Hartanah, Loji dan Peralatan dinyatakan pada kos ditolak

peruntukan susustnilai dan kerugian terkumpul selepas kemerosotan nilai, sekiranya ada.

Hartanah, Loji dan Peralatan disusutnilai mengikut kadar garis lurus untuk menghapus kira kos aset sepanjang anggaran tempoh hayat bergunanya, diringkaskan seperti berikut:

Kelengkapan Teknologi MaklumatPeralatan PejabatPerabot dan KelengkapanUbahsuai

%33.3

202020

d) Kemerosotan nilai bawaan aset Pada setiap tarikh lembaran imbangan, Yayasan menyemak nilai

bawaan aset selain daripada inventori bagi menentukan sama ada terdapatnya petunjuk bahawa nilai aset mungkin merosot. Sekiranya wujud petunjuk-petunjuk tersebut, kemerosotan nilai aset akan diukur dengan membandingkan nilai bawaan aset dengan nilai yang boleh diperolehi semula. Nilai boleh diperolehi semula dianggar bagi setiap aset atau jika tidak boleh, bagi unit penghasilan tunai.

Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan di dalam penyata pendapatan dengan serta merta kecuali aset tersebut dinyatakan pada nilai penilaian. Sebarang kerugian rosotnilai dianggap sebagai kurangan penilaian hingga ketahap lebihan penilaian yang diiktiraf terdahulu bagi aset tersebut.

Peningkatan nilai berikutnya dalam jumlah boleh diperolehi semula aset dianggap sebagai penerbalikan kemerosotan terdahulu dan diiktiraf sehingga tahap nilai simpanan aset akan ditentukan (bersih daripada pelunasan dan susutnilai) sekiranya tidak ada kerugian kemerosotan telah diiktiraf. Penerbalikan diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan dengan serta-merta kecuali aset tersebut dinyatakan pada nilai penilaian. Jika kerugian rosot nilai pada aset tersebut telah diiktiraf sebagai belanja dalam penyata pendapatan sebelum ini, penerbalikan itu diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan sehingga tahap yang diiktiraf sebagai belanja sebelum ini.

e) Tunai dan Bersamaan Tunai Tunai dan bersamaan tunai terdiri dari baki tunai di bank.

f) Pelbagai penghutang Pelbagai penghutang dinyatakan pada kos ditolak peruntukan

jangkaan nilai boleh terima. Hutang lapuk dihapus kira apabila telah dikenalpasti. Anggaran dibuat bagi hutang ragu berdasarkan semakan ke atas jumlah tertunggak pada akhir tahun kewangan.

g) Pelbagai pemiutang Pelbagai pemiutang dinyatakan pada kos dimana ia adalah nilai

saksama pertimbangan yang akan dibayar pada masa hadapan bagi barang dan perkhidmatan yang diterima.

h) Peruntukan bagi liabiliti Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila Yayasan mempunyai

obligasi semasa akibat daripada peristiwa yang lepas dan berkemungkinan bahawa aliran keluar sumber yang merangkumi faedah ekonomi akan diperlukan untuk menyelesaikan obligasi, dan anggaran munasabah mengenai jumlah boleh dibuat. Peruntukan di semak pada setiap tarikh lembaran imbangan dan di selaraskan untuk menunjukkan anggaran semasa terbaik. Sekiranya kesan daripada nilai wang adalah material, jumlah peruntukan adalah nilai semasa perbelanjaan dijangka untuk diperlukan bagi menyelesaikan obligasi.

i) Geran Geran yang di terima daripada kerajaan Malaysia terdiri

daripada Geran Belanja Pembangunan dan Geran Pelancaran Belanja Mengurus. Geran Belanja Pembangunan adalah untuk membiayai kos projek pembangunan dan program Yayasan. Geran Pelancaran Belanja Mengurus adalah untuk membiayai pembelanjaan operasi Yayasan keseluruhannya.

Geran Belanja Pembangunan ditunjukkan sebagai Geran Kerajaan Tertunda dan dilunaskan kepada Penyata Pendapatan mengikut jangka hayat aset atau tahun dimana perbelanjaan dibuat.

Geran Pelancaran Belanja Mengurus ditunjukkan sebagai sebahagian daripada Dana Yayasan dan dilunaskan mengikut tempoh atau tahun di mana perbelanjaan dibuat.

j) Pengiktirafan Perolehan Pelunasan geran yang diterima daripada kerajaan iaitu, belanja

pendidikan dan pentadbiran diambil kira sebagai perolehan kepada yayasan.

k) Cukai Cukai atas lebihan atau kurangan terdiri daripada cukai semasa

dan percukaian tertunda. Cukai keuntungan dicaj di dalam penyata pendapatan komprehensif kecuali setakat mana ianya berkaitan dengan perkara-perkara yang dicaj terus kepada ekuiti.

Cukai semasa adalah anggaran cukai yang perlu dibayar untuk pendapatan bercukai, dengan menggunakan kadar cukai yang diwartakan atau sebahagian besarnya telah diwartakan pada tarikh penyata kewangan, dan mana-mana pelarasan terhadap cukai yang perlu dibayar bagi tahun-tahun sebelumnya.

Percukaian tertunda dikira di bawah kaedah liabiliti berhubung dengan perbezaan sementara di antara jumlah aset dan liabiliti yang dibawa bagi tujuan laporan kewangan dan jumlah yang digunakan bagi tujuan percukaian. Perbezaan sementara yang wujud hasil daripada pengiktirafan awal aset atau liabiliti yang dibawa, dengan menggunakan kadar cukai yang diwartakan atau sebahagian besarnya telah diwartakan pada tarikh Penyata Kedudukan Kewangan.

Aset percukaian tertunda dikira hanya setakat mana ianya boleh digunakan ke atas untung masa hadapan yang boleh dicukai. Aset percukaian tertunda akan dikurangkan setakat mana elaun cukai dianggarkan tidak lagi akan diperolehi.

l) Pemiutang Pemiutang dinyatakan pada nilai saksama, yang mana akan

dibayar pada masa hadapan untuk barangan dan perkhidmatan yang diterima.

m) Manfaat Pekerja

i) Manfaat Jangka Pendek Gaji, upah, bonus, cuti tahunan berbayar, cuti rawatan dan

faedah yang bukan berbentuk wang diiktiraf sebagai belanja dalam tahun kewangan di mana pekerja telah memberikan perkhidmatan kepada Yayasan tersebut.

ii) Pelan Caruman Tetap Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, syarikat-

syarikat di Malaysia dikehendaki menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sumbangan ini diiktiraf sebagai belanja dalam penyata pendapatan komprehensif dalam tahun kewangan yang berkaitan. Sebaik sahaja sumbangan ini telah dibayar, Yayasan tidak mempunyai liabiliti masa hadapan.

iii) Manfaat Pemberhentian Manfaat perberhentian pekerja diiktiraf hanya selepas

persetujuan wakil pekerja atas syarat-syarat lebihan yang telah ditetapkan atau selepas seseorang pekerja telah dimaklumkan mengenai syarat-syarat tersebut.

n) Instrumen-instrumen Kewangan

Pengiktirafan Aset dan liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan

kewangan apabila Yayasan menjadi pihak dalam peruntukan kontrak instrumen tersebut.

Aset dan liabiliti kewangan pada awalnya diukur pada nilai saksama. Kos transaksi yang berkaitan secara langsung dengan pemerolehan atau terbitan instrumen kewangan akan ditambah atau ditolak (selain daripada aset dan liabiliti kewangan pada nilai saksama melalui untung atau rugi).

Yayasan mengklasifikasikan instrumen kewangan seperti berikut:

o) Aset Kewangan

Pinjaman dan penghutang Pinjaman dan penghutang adalah aset kewangan bukan

derivatif dengan bayaran tetap atau boleh ditentukan yang tidak disebut harga dalam pasaran aktif. Mereka timbul apabila Yayasan menyediakan wang, barangan atau perkhidmatan secara langsung kepada penghutang tanpa niat untuk diperdagangkan. Ia diiktiraf sebagai aset semasa, kecuali bagi tempoh matang melebihi 12 bulan selepas daripada tarikh laporan yang mana akan ia diklasifikasikan sebagai aset bukan semasa. Pinjaman dan penghutang diklasifikasikan sebagai penghutang perdagangan dan lain-lain penghutang dalam penyata kedudukan kewangan. Selepas pengiktirafan awal, pinjaman dan penghutang dinyatakan pada kos yang dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif. Keuntungan dan kerugian diiktiraf dalam penyata pendapatan komprehensif apabila pinjaman dan penghutang tidak lagi diiktiraf atau terjejas, dan melalui proses pelunasan.

Semua aset kewangan, kecuali yang diukur pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, adalah tertakluk kepada kajian semula untuk kemerosotan.

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 107LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA106

p) Liabiliti Kewangan Amaun bawaan bagi aset dan liabiliti bukan kewangan Yayasan dikaji semula pada setiap tarikh akhir tempoh pelaporan untuk

menentukan samada terdapat sebarang petunjuk kejejasan. Jika terdapat sebarang petunjuk sedemikian, amaun boleh-pulih aset dianggarkan dan kerugian kejejasan diiktiraf dalam penyata pendapatan komprehensif dan perbelanjaan.

KOSKelengkapan Teknologi MaklumatPeralatan PejabatPerabot dan KelengkapanUbahsuaiKerja Dalam Kemajuan

SUSUTNILAI TERKUMPULKelengkapan Teknologi MaklumatPeralatan PejabatPerabot dan KelengkapanUbahsuai

NILAI BUKU BERSIH Kelengkapan Teknologi MaklumatPeralatan PejabatPerabot dan KelengkapanUbahsuaiKerja Dalam Kemajuan

Baki Pada01/01/2014

RM

43,476102,644144,012155,830580,000

1,025,962

13,97329,67844,70948,646

137,006

Kos Pada31/12/2014

RM

105,12082,799

146,701126,130580,000

1,040,750

TambahanRM

73,4404,649

19,872110,000

-207,961

13,97329,67844,70948,646

137,006

Susutnilai Terkumpul

31/12/2014RM

26,79538,96065,05310,166

-140,974

PenguranganRM

(11,796)(24,494)(17,183)

(139,700)-

(193,173)

13,97329,67844,70948,646

137,006

Nilai BukuBersih

31/12/2014RM

78,32543,83981,648

115,964580,000899,776

Baki Pada31/12/2014

RM

105,12082,799

146,701126,130580,000

1,025,962

13,97329,67844,70948,646

137,006

Nilai BukuBersih

31/12/2013RM

29,50372,96699,303

107,184580,000888,956

NOTA 3: HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

2013

Pinjaman belum terima mewakili jumlah pinjaman yang belum dibayar oleh pelajar yang melanggar perjanjian biasiswa. Tempoh bayaran balik jumlah ini adalah daripada 1 ke 20 tahun daripada tarikh tamat pengajian atau tarikh pelanggaran perjanjian. Terma bayaran balik adalah daripada bayaran bulanan sehingga bayaran terus sekali gus. Jumlah bayaran balik dalam tempoh setahun direkod sebagai aset semasa manakala jumlah bayaran balik melebihi tempoh setahun direkod sebagai aset bukan semasa. Analisa pinjaman belum terima adalah seperti berikut :

NOTA 4: PELBAGAI PENGHUTANG DAN DEPOSIT

ASET SEMASAPrabayarDepositPelbagai PenghutangPinjaman Belum Terima

ASET BUKAN SEMASAPinjaman Belum Terima

JUMLAH

Pada 1 JanuariPelanggaran perjanjianBayaran balikDiskaun diberiPada 31 Disember

Aset SemasaAset Bukan Semasa

2014 (RM)

309,82960,417

2,410,997374,670

3,155,913

293,825

3,449,738

2014 (RM)

340,482376,720(18,882)(29,825)668,495

374,670293,825668,495

2013 (RM)

2,26460,4176,143

340,482409,306

-

409,306

2013 (RM)

-342,482

(2,000)-

340,482

340,482-

340,482

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 109LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA108

Pinjaman belum terima yang belum melebihi tempoh dan tidak dijejaskan adalah pinjaman yang belum melebihi tempoh bayaran balik seperti di perjanjian pinjaman.

Pergerakan dalam jumlah pinjaman belum terima yang dijejaskan adalah seperti berikut :

Analisis pengumuran pinjaman belum terimaAnalisis pengumuran pinjaman belum terima secara individu dikategorikan seperti berikut :

Tidak dijejaskan- Belum melebihi tempoh- Melebihi tempoh selama :

1 ke 30 hari31 ke 60 hari61 ke 90 hari91 hari ke 1 tahunLebih daripada 1 tahun

Dijejaskan

Pada 1 JanuariPenjejasan pinjaman belum terimaPada 31 Disember

Tunai di Bank

2014 (RM)

83,024

44,980125,964120,702

-293,825

-668,495

2014 (RM)

---

2014 (RM)

150,766,270

2013 (RM)

340,482

------

340,482

2013 (RM)

---

2013 (RM)

133,053,428

NOTA 5: TUNAI DAN BERSAMAAN TUNAI

Dana berjumlah RM25 juta telah diperuntukkan sebagai insentif jaminan Kerajaan di bawah program Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M).

Perolehan diwakili oleh pelunasan geran pendidikan dan geran pelancaran belanja mengurus yang diterima daripada kerajaan Malaysia.

Baki Pada Awal TahunDiterima Dalam Tahun

Tolak :Pelunasan Geran Pendidikan dan Pentadbiran

Baki Pada Awal TahunLebihan Tahun SemasaBaki Pada Akhir Tahun

Pemiutang Dagangan Pemiutang Pelbagai

2014 (RM)

100,455,63850,000,000

150,455,638

(37,813,899)112,641,739

2014 (RM)

25,783,5565,320,843

31,104,399

2014 (RM)

9,512,6461,857,000

11,369,646

2013 (RM)

25,376,479100,000,000

125,376,479

(24,920,841)100,455,638

2013 (RM)

22,477,9033,305,653

25,783,556

2013 (RM)

5,879,3112,233,1858,112,496

NOTA 6: GERAN

NOTA 7: LEBIHAN TERKUMPUL

NOTA 8: PEMIUTANG DAGANGAN DAN PELBAGAI

NOTA 9: PEROLEHAN

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 111LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA110

Peneraju Tunas Peneraju Profesional Peneraju SkilSkim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia

Susutnilai Hartanah, Loji dan PeralatanPelupusan Hartanah, Loji dan PeralatanYuran AuditSewa PejabatSewa Peralatan PejabatSewa KenderaanSumbangan DiterimaFaedah Diterima

Lebihan Sebelum Cukai

Cukai Dikira Pada Kadar 25%Perbelanjaan Tidak Ditolak Untuk Tujuan Cukai Pendapatan Lain Tidak Dikenakan CukaiCukai Dikenakan

Peruntukan Tahun Semasa

2014 (RM)

19,405,84711,297,5584,474,869

581,38835,759,662

2014 (RM)

83,723108,82715,000

252,17610,03550,790

(8,450,000)(1,195,168)

2014 (RM)

5,320,843

1,330,21120,931

(1,351,142)-

2014 (RM)

-

2013 (RM)

13,312,8031,549,3945,871,026

529,59721,262,820

2013 (RM)

96,423-

12,00078,64110,38057,836

(5,650,000)(961,306)

2013 (RM)

3,305,653

826,41324,106

(850,519)-

2013 (RM)

-

NOTA 10: PROGRAM PENDIDIKAN

NOTA 11: LEBIHAN SEBELUM CUKAI

NOTA 12: CUKAI

Item-item di bawah telah dicajkan / (dikreditkan) sebelum mencapai lebihan sebelum cukai:

Penyesuaian CukaiCukai ke atas lebihan sebelum cukai Yayasan berbeza dengan amaun teori yang biasa wujud apabila kadar cukai berkanun di Malaysia digunakan, seperti berikut :

*Yayasan telah diberikan pengecualian cukai sejak 23 November 2011 di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Aset Kewangan – Pinjaman dan PenghutangPenghutang Pelbagai dan Deposit (Tidak termasuk prabayar)Tunai dan Bersamaan Tunai

Liabiliti Kewangan – Liabiliti Kewangan Lain

Pemiutang Dagangan dan Lain-lain

2014 (RM)

3,139,909

150,766,270153,906,179

11,369,646

2013 (RM)

407,042

133,053,428133,460,470

8,112,496

NOTA 13: INSTRUMEN KEWANGAN MENGIKUT KATEGORI

NOTA 14: PENGURUSAN RISIKO MODAL

Objektif utama pengurusan modal Yayasan adalah untuk memastikan ianya mempertahankan penarafan kredit yang kukuh dan nisbah modal yang baik bagi memastikan ianya dapat menampung perniagaan dan memaksimakan nilai pemegang amanah. Yayasan menguruskan struktur modal dan membuat penyesuaian ke atasnya, di ambang perubahan dalam keadaan ekonomi. Pendekatan Yayasan dalam mengurus modal adalah berdasarkan garis panduan yang telah diluluskan oleh para pemegang amanah.

NOTA 15: OBJEKTIF DAN DASAR PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

i) Objektif dan dasar pengurusan risiko kewangan Kegiatan Yayasan terdedah kepada pelbagai risiko kewangan

Objektif pengurusan risiko kewangan Yayasan secara keseluruhan adalah untuk menghasilkan nilai kepada pemegang amanahnya. Pengurusan risiko ini dilaksanakan melalui pengurusan tunai secara berhemat dan penggunaan sistem kawalan dalaman yang sesuai. Yayasan beroperasi dengan berdasarkan garis panduan yang jelas dan diluluskan oleh Para Pemegang Amanah dan dasar Yayasan juga tidak membenarkan penglibatan dalam sebarang urusniaga yang berasaskan spekulasi. Para Pemegang Amanah akan sentiasa membincangkan status kewangan Yayasan melalui Mesyuarat Para Pemegang Amanah.

ii) Risiko kredit Risiko kredit atau risiko kegagalan pembayaran dikawal

dengan menggunakan kelulusan kredit, had kredit dan tatacara pengawasan. Risiko kredit diminimumkan dan diawasi dengan menghadkan secara tegas urusniaga dengan entiti yang mempunyai kepercayaan kredit yang tinggi.Siberhutang diawasi secara berterusan melalui tatacara pelaporan pengurusan Yayasan.

iii) Risiko kecairan dan aliran tunai Yayasan mengurus risiko kecairan dan aliran tunai dengan

memastikan tunai yang mencukupi dan menyediakan dana yang cukup dari kemudahan kredit bagi memenuhi anggaran komitmen daripada perbelanjaan operasi dan tanggungan kewangannya.

iv) Risiko kadar faedah Syarikat menguruskan kadar faedah pinjamannya dengan

mengamalkan kaedah berhati-hati terhadap kadar pinjaman terapung dan tetap. Yayasan selalu memeriksa portfolio hutangnya, untuk menyediakan dana pada kadar pembiayaan yang rendah dan juga untuk melindunginya daripada kesan perubahan kadar faedah yang ketara.

NOTA 16: TARIKH KELULUSAN PENERBITAN

Penyata kewangan telah diluluskan untuk diterbitkan oleh Lembaga Pemegang Amanah pada 3 Mac 2015.

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA 113LAPORAN TAHUNAN 2014

YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA112

Maklumat KorporatLembaga Pemegang AmanahYAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul RazakYAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd YassinYB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Bin OmarYB Dato’ Sri Mustapa Bin MohamedYB Dato’ Seri Ahmed Husni Bin Mohamad HanadzlahYB Dato’ Idris Bin Jusoh

SetiausahaShamsiah Binti A. RahmanSaiful Nizam Bin Yasin

Pejabat BerdaftarUnit 15-1, Tingkat 15, Mercu UEM Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur

Juru AuditChartered AccountantsNo. 60-2B, Tingkat 2, Jalan 2 / 23AOff Jalan Genting KlangTaman Danau Kota, Setapak53300 Kuala Lumpur

LAPORAN TAHUNAN 2014YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA114