laporan-semasa

5
Laporan Semasa Tarikh : 09/ 02/ 2015 (Hari Pertama) Pada pagi tersebut, kami semua telah berkumpul di hadapan block kediaman I sebelum pukul 745 pagi. Kami diberikan taklimat sedikit sebanyak tentang tugasan yang perlu dibuat pada sepanjang empat hari di tempat yang Proram BIG. Setiap aktiviti kami merancang dengan teliti supaya dapat disiap pada tepat waktunya. Setiap tugas dibahagikan dan dirancang serta diagihkan kepada setiap kumpulan mengikut opsyen. Selepas berbincang tentang pengagihan tugas dan pelaksanaan kerja, Kami bertolak dari maktab pada jam 8:00 pagi. Sebelum menuju ke tempat sasaran kami BIG fasa kali ini, kami mengambil tilam yang diperlukan kami selama empat hari Kem BIG kali ini di Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman, Johor Bahru. Kami berhenti dan bersarapan di Perhentian Rehat Machap pada pukul 10:30 pagi. Setelah selesai berehat, kami pun teruskan perjalanan kami ke negeri Pahang. Perjalanan ke negeri Pahang agarnya ambil masa lebih daripada enam jam, oleh itu kami berhenti di gerai negeri Bahau untuk makan tengahhari pada jam pukul 2 petang. Selepas itu, kami teruskan perjalanan kami sehingga pukul 6 petang, akhirnya kami sampai di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang dengan selamat. Sebaik sahaja samapi disana, kami disambut oleh pihak sekolah iaitu, guru besar SK Tanjung, Tn. Awang Satip serta beberapa orang guru disampingnya. Beliau telah memberi taklimat kepada

Upload: skymilo90

Post on 13-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: laporan-semasa

Laporan Semasa

Tarikh : 09/ 02/ 2015 (Hari Pertama)

Pada pagi tersebut, kami semua telah berkumpul di hadapan block kediaman I

sebelum pukul 745 pagi. Kami diberikan taklimat sedikit sebanyak tentang tugasan

yang perlu dibuat pada sepanjang empat hari di tempat yang Proram BIG. Setiap aktiviti

kami merancang dengan teliti supaya dapat disiap pada tepat waktunya. Setiap tugas

dibahagikan dan dirancang serta diagihkan kepada setiap kumpulan mengikut opsyen.

Selepas berbincang tentang pengagihan tugas dan pelaksanaan kerja,

Kami bertolak dari maktab pada jam 8:00 pagi. Sebelum menuju ke tempat

sasaran kami BIG fasa kali ini, kami mengambil tilam yang diperlukan kami selama

empat hari Kem BIG kali ini di Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman, Johor Bahru. Kami

berhenti dan bersarapan di Perhentian Rehat Machap pada pukul 10:30 pagi. Setelah

selesai berehat, kami pun teruskan perjalanan kami ke negeri Pahang.

Perjalanan ke negeri Pahang agarnya ambil masa lebih daripada enam jam, oleh

itu kami berhenti di gerai negeri Bahau untuk makan tengahhari pada jam pukul 2

petang. Selepas itu, kami teruskan perjalanan kami sehingga pukul 6 petang, akhirnya

kami sampai di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang dengan selamat. Sebaik sahaja

samapi disana, kami disambut oleh pihak sekolah iaitu, guru besar SK Tanjung, Tn.

Awang Satip serta beberapa orang guru disampingnya. Beliau telah memberi taklimat

kepada kami supaya aktiviti- aktiviti Program BIG kali ini dapat dijalankan dengan

sempurna dan lancar. Walaubagaimanapun, kami dihendaki mengemaskan bilik-bilik

darjah untuk dijadikan tempat tidur sebelum makan malam selama tiga hari di negeri

Pahang.

Pada pukul 8 malam, semua ahli BIG telahpun siap mengemaskan tempat tidur

dan membersihkan diri. Kami pun makan malam di tempat yang telah disediakan oleh

pihak sekolah. Makanan yang disediakan oleh mereka begitu sedap sekali, dan kami

juga menikmatinya makan malam bersama-sama rakan seperjuang. Pada pukul 10

malam, kami diberi taklimat gotong-royong dan agihan bertugas jaga malam pada masa

Page 2: laporan-semasa

yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan untuk memastikan keselamatan semua

ahli di dalam SK Tanjung Lalang.

Tarikh : 10/ 02/ 2015 (Hari Kedua)

Hari kedua, kami bangun dan mengemaskan diri pada jam 5:30 pagi. Pada pukul

8:00 pagi, kami makan sarapan pagi di kantin. Sebaik sahaja siap makan sarapan,

pihak pengurusan memberi taklimat sekali lagi tentang aktiviti-aktiviti gotong-royong di

SK Tanjung Lalang dan mengihkan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan masing-

masing.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memastikan segala tugasan

dapat dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan. Tugasan yang diperlu

disempurnakan seperti cat dinding, lukis mural di dalam dewan, menanam pokok bunga

di sekeliling sekolah dan juga menghiaskan bilik darjah. Pada pukul 10:30 pagi, kami

dibekalkan air mineral dan roti sebagai teh time. Kami berehat selama 30 minit dan

teruskan tugasan masing-masing.

Pada 12:30 tengahari, kami berhenti dan menikmati makanan yang disediakan

oleh pihak sekolah di kantin mereka. Kami sambung tugasan pada jam 1:30 petang.

Apabila masa sudah sampai pukul 6:00 petang, kami pun makan malam dan bersihkan

diri seterusnya menamatkan tugasan hari ini. Kami diberitahu boleh sambung tugasan

yang belum selesai pada hari esok. Di sambaing itu, pihak sekolah juga belanja kami

makan ice-cream potong kacang merah untuk menghilangkan kepanasan dan memberi

ganjaran bertugas dengan keras dan rajin.

Kami juga mendapat kebenaran melawat ke shopping mall, Star Mall di Bandar

Mentakab pada malan tersebut sebagai salah satu ganjaran menjalankan tugasan

dengan baik dan tepat pada waktu. Kami tamatkan tugasan pada hari keesokkan.

Page 3: laporan-semasa

Tarikh : 11/ 02/ 2015 (Hari Ketiga)

Pada pagi tersebut, kami semua sambung menjalankan tugasan kami bersama-

sama. Kami menamatkan tugasan kami sebelum jam pukul 12:30 tegahari kerana kami

dihendaki bertolak ke IPG di negeri Libis untuk menjalankan tugasan yang seterusnya

di sekolah kebangasaan yang pernah mengalami kebanjinran sebelum ini. Keadaan di

sana sama dengan SK Tanjung Lalang. Kedua-dua sekolah ini pernah mengalami

bencana banjir pada bulan lepas iaitu bulan 1 Januari 2015. Oleh itu, kami telah diberi

peluang hadir kedua-dua Sekolah Kebangsaan ini untuk menjalankan tugasan

memulihkan dan menghiaskan semula prasarana sekolah mereka.

Kami bertolak dari SK Tanjung Lalang selepas makan tengahari. Kami sampai di

IPG Libis pada jam 6 petang. Oleh sebab waktu sudah lewat, kami diberi kelonggaran

untuk menjalankan tugasan pemulihan pada hari keesokkan. Sebaik sahaja tiba di IPG

Libis, kami dihendaki membuat pendaftaran di kaunter kolej kediaman untuk

mendapatkan kunci bilik sebagai tempat penginapan kami pada malam ini. Kami

ditetapkan dua orang sebilik. Selepas itu, kami makan malam di kantin IPG.

Tarikh : 12/ 02/ 2015 (Hari Keempat)

Pada pagi tersebut, kami bersiap sedia pada jam pukul 7:00 pagi. Rakan-rakan

dari IPG yang lain juga tiba di IPG Libis untuk memberi pertolongan untuk menjalankan

tugasan pemulhan halaman sekolah kebangsaan tersebut. Selepas sarapan, kami

dihendaki mendapatkan t-shirt yang diberi oleh pihak pengurusan bagi selaraskan

pakaian kami semua.

Setelah siap bersedia, kami pun bertolak ke sekolah kebangsaan untuk

menjalankan tugasan. Sebaik sahaja tiba disana, kami di sanjung oleh pasukan tarian

dan silam oleh pihak sekolah. Seterusnya, sebelum mulakan tugasan, pihak sekolah

juga sediakan tarian aerobik bagi kami memanas badan dan menaikkan semangat

kepada semua yang hadir ke sekolah tersebut.

Page 4: laporan-semasa

Tugasan yang hendak di selesaikan lebih kurang dengan apa yang kami

dihendaki di SK Tanjung Lalang iaitu menghias semula bilik darjah, mengecat dinding,

melukis mural dan menanam pokok bunga. Oleh kerana jumlah dari kami terlalu ramai,

jadi tugasan kami diselesaikan lebih awal daripada masa yang ditetapkan oleh pihak

pengurusan. Setelah tugasan diselesaikan, kami pun akhiri Program BIG kami kali ini

dengan majlis penutupan dan bergambar bersama-sama.