laporan semasa

6
Laporan sebelum Kami telah diberikan tugasan masing-masing utnuk program Bina Insan Guru. Kamu dimintauntuk menyelesaikantugasan kami sebelum berangkatke tasikBeris bagi melicinkan perjalanan aktiviti kami. Beberapa mesyuarat diadakan bagi memastikan sem AJK menjalankan tugasanya dengan betul. Kami dengan jayanya mengahabiskan tugasan yang diberikan sebelum berangkat. Sebagai contoh mengambil peralatan yang diperluka dari stor dan sebagainya. Laporan Semasa !" #ktober !$%& merupakan hari pertama BIG dan kami telah diarahkan untuk berkumpul di Gelenggara Institut 'endidikan Guru Kampus 'ulau 'inang sea(al ).&*pagi. Kami telah diberikan taklimat a(al. Setiap kumpulan telah diberik masing-masing. Bas bertolak kira-kira jam +.,$ pagi dan kami tiba di tempat perkemah kira-kira jam %$.,$ pagi. Setibanya di sana kami dikehendaki untuk berkumpul mengikut kumpulan di depan de(an asik Beris sementara menunggu para guru pelatih untuk berkumpul. Kami telah diberikan sedikit taklimat mengenai peraturan dan etika ketika berada di kem tersebu kami juga telah diberikan tunjuk ajar cara untuk memasang dan membuka khemah. 'ada jam %!.$$ petang kami telah diarah untuk memasang khemah dan setiap khemah terdiri daripada " orang ahli. Kami telah diberi masa setengah jam untuk membina alaupun cuasa sangat panas semua kumpulan dapat membina khemah dengan baik dan dapat membina dalam masa yang diberikan. idak ada kumpulan yang tertinggal menunjukkan semua ahli kumpulan menunjukkan kesungguhan mereka dalam melaksanakan aktiviti. Kemudian kami diminta berkumpul di de(an makan untuk makan. Kami diarahkan untuk duduk mengikut kumpulan masing-masing oleh ketua kumpulan. Selepas ma tengah hari /atihan 0alam Kumpulan 1/0K2 telah diadakan. Kami telah diagihkan kumpu mengikut tempat lahir. Seterusnya kami perlu berbincangdalam kumpulan tentang keistime(aan tempat tersebut dan bentang di hadapan. Selepas aktiviti ini bermain beberapa permainan. Semua permainan tesebut sangat menarik dan sang berguna untuk kami. Jurulatih yang mengendalikan permainan tersebut sangat baik dan bersemangat. Ini menyebabkan kami untuk bermain dengan penuh semangat. Selepas itu kami berkumpul di de(an makan untuk minum petang.

Upload: deeviya-diya

Post on 04-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

wertyuiop

TRANSCRIPT

Laporan sebelum

Kami telah diberikan tugasan masing-masing utnuk program Bina Insan Guru. Kamu diminta untuk menyelesaikan tugasan kami sebelum berangkat ke tasik Beris bagi melicinkan perjalanan aktiviti kami. Beberapa mesyuarat diadakan bagi memastikan semua AJK menjalankan tugasanya dengan betul. Kami dengan jayanya mengahabiskan tugasan yang diberikan sebelum berangkat. Sebagai contoh, mengambil peralatan yang diperlukan dari stor dan sebagainya.Laporan Semasa

29 Oktober 2014 merupakan hari pertama BIG dan kami telah diarahkan untuk berkumpul di Gelenggara Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang seawal jam 7.45pagi. Kami telah diberikan taklimat awal. Setiap kumpulan telah diberikan tugasan masing-masing. Bas bertolak kira-kira jam 8.30 pagi dan kami tiba di tempat perkemahan kira-kira jam 10.30 pagi.

Setibanya di sana, kami dikehendaki untuk berkumpul mengikut kumpulan di depan dewan Tasik Beris sementara menunggu para guru pelatih untuk berkumpul. Kami telah diberikan sedikit taklimat mengenai peraturan dan etika ketika berada di kem tersebut dan kami juga telah diberikan tunjuk ajar cara untuk memasang dan membuka khemah. Pada jam 12.00 petang, kami telah diarah untuk memasang khemah dan setiap khemah terdiri daripada 9 orang ahli. Kami telah diberi masa setengah jam untuk membina khemah. Walaupun cuasa sangat panas, semua kumpulan dapat membina khemah dengan baik dan dapat membina dalam masa yang diberikan. Tidak ada kumpulan yang tertinggal. Ini menunjukkan semua ahli kumpulan menunjukkan kesungguhan mereka dalam melaksanakan aktiviti.Kemudian kami diminta berkumpul di dewan makan untuk makan. Kami diarahkan untuk duduk mengikut kumpulan masing-masing oleh ketua kumpulan. Selepas makan tengah hari, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah diadakan. Kami telah diagihkan kumpulan mengikut tempat lahir. Seterusnya kami perlu berbincang dalam kumpulan tentang keistimewaan tempat tersebut dan bentang di hadapan. Selepas aktiviti ini kami telah bermain beberapa permainan. Semua permainan tesebut sangat menarik dan sangat berguna untuk kami. Jurulatih yang mengendalikan permainan tersebut sangat baik dan bersemangat. Ini menyebabkan kami untuk bermain dengan penuh semangat. Selepas itu, kami berkumpul di dewan makan untuk minum petang. Seterusnya kami diberi masa untuk menyiapkan diri bagi aktiviti air. Kami menyalin pakaian yang sesuai untuk aktiviti air tersebut. Kemudian kami telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Kami telah diberi taklimat tentang cara pemakaian jaket keselamatan oleh jurulatih. Setiap orang pelajar guru mendapat satu jaket keselamatan untuk memakai. Selepas itu, kami telah berjalan dalam satu barisan mengikut kumpulan masing-masing untuk mencapai destinasi tersebut. Kemudian kami diminta untuk baris berlima-lima secara melintang. Jurulatih tersebut sangat menekankan keselamatan pelatih. Lima orang yang pertama akan menurun dalam air untuk melakukan aktiviti terapung. Kami juga diajar untuk berenang dan cara memutarkan badan dalam air. Ada pelatih yang tidak mahu melaksanakan aktiviti tersebut. Jurulatih membimbing mereka dengan penuh kesabaran sampai mereka dapat melakukan aktiviti tersebut. Kami berasa sangat senonok semasa aktiviti ini. Kami berasa masa yang diberikan oleh jurulaih adalah sangat singkat untuk aktiviti ini. Selepas aktiviti air kami duduk dalam kumpulan masing-masing. Kami diberi peluang untuk meluahkan perasaan tentang aktiviti ini. Dengan ini, kami dapat memberanikan diri kami untuk bercakap depan khalayak ramai. Selepas itu, kami diberi masa untuk membersihkan diri dan mengambil makan malam.Semua orang terburu-buru untuk mandi. Ini adalah kerada semua pelatih berada dalam keadaan basah. Selepas itu, semua orang berkumpul di dewan makan bagi makan malam. Selepas makan malam, kami dikehendaki berkumpul untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan. Setiap kumpulan telah diarahkan untuk mencipta sorakan dan bendera kumpulan masing-masing. Sorakan dan bendera ini akan digunakan sepanjang program ini berlangsung. Setiap kumpulan juga diwajibkan untuk menyediakan persembahan untuk Malam Budaya Program BIG yang bertema guru dan murid dan kami telah diminta untuk membuat persediaan dan latihan awal untuk mempersembahkan persembahan yang menarik, menepati tema dan menghiburkan. Aktiviti pada hari pertama tamat kira-kira pada jam 11.00 malam dan kami diarahkan untuk masuk ke Dorm. Guru pelatih yang bertugas untuk berjaga malam pula ditugaskan untuk menjaga di dewan makan. kami secara bergilir-gilir selang satu setengah jam sekali. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan perserta dan peralatan secara bergilir-gilir berdasarkan jadual yang telah disediakan.

Pada hari kedua, pada pukul 5.30 pagi, kami telah pergi ke kelas agama moral yang dianjurkan AJK kerohanian. Kami telah berkumpul mengikut agama masing-masing. Kemudian kami duduk dalam bulatan untuk sembahyang. Selepas itu, kami bermain beberapa permainan yang menerapkan nilai moral. Melalui aktiviti tersebut kami dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kami.

Seterusnya ialah, kami berkumpul dan nyanyi lagu Negara-ku dan lagu IPGM. Kemudian kami diminta untuk memanaskan badan bagi bersedia aktiviti yang seterusnya. Sebagai senaman pagi, jurulatih telah membawa kami berlari secara perlahan mengelilingi kawan tersebut. Kami juga dapat cuci mata dengan pemandangan yang indah. Suasana tersebut sangat tenang dan aman. Selepas itu, kami berkumpul di dewan makan untuk saparan pagi. Selepas mengambil sarapan pagi, kami terus bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu kembara halangan. Kami diberi taklimat tentang aktiviti tersebut. Jurulatih juga menekankan aspek keselamatan semasa sesi taklimat. Kami dalam satu barisan bergerak untuk kembara. Dalam perjalanan, kami melihat pemandangan yang indah dan cantik. Kami perlu menyeberangi tasik untuk meneruskan perjalanan. Ini adalah sangat mencabar bagi kami. Kami perlu menggunakan tali yang disediakan untuk menyeberangi tasik tersebut. Ada daripada rakan saya yang menjerit kerana takut tenggelam dalam air. Akhirnya semua guru pelatih dapat menyeberangi tasik tersebut dengan selamat. Kami meneruskan perjalanan kami dan akhirnya sampai ke tapak perkhemahan kami.

Selepas itu, kami mengambil makan tengah hari dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti berakit. Ini adalah aktiviti yang kami sangat minati. Tambahan pula, saya juga percaya bahawa hasrat BIG tercapai melalui aktiviti berakit. Aktiviti berakit merupakan antara aktiviti yang sangat seronok. Aktiviti ini melibatkan 9 orang ahli dalam satu kumpulan. Orang yang kuat dinasihatkan duduk di belakang kerana senang untuk mengawal pergerakan kayak dengan menggunakan dayung. Cara memegang dan mendayung adalah sangat penting dalam aktiviti berakit ini. Kami diajar cara mendayung iaitu mendayung ke arah kanan, mendayung ke arah kiri dan berhentikan dengan menegakkan pendayung. Antara perkara penting ketika mendayung adalah kedua-dua orang perlulah mendayung dengan arah yang sama. Aktiviti berakit ini dijalankan dengan mengutamakan keselamatan. Setiap peserta dibekalkan dengan jaket keselamatan. Kami dapat melaksanakan aktiviti ini dengan baik sekali. Jurulatih juga mengadakan pertandingan berakit. Ini menyeronokan lagi aktiviti tersebut. Kami juga diberi masa tambahan untuk bermain dalam air atas permintaan kami.Kemudian kami diberi masa untuk membersihkan diri kami dan makan malam. Selepas makan, kami berkumpul untuk aktiviti malam kebudayaan. Malam kebudayaan merupakan antara aktiviti yang sangat penting dalam program BIG ini. Malam kebudayaan dilakukan pada malam akhir sebelum balik. Malam kebudayaan dilakukan untuk mengeratkan hubungan perpaduan, mencungkil bakat yang terpendam dalam diri seseorang, meluangkan masa dengan cara yang berfaedah dan membuat persembahan yang menarik untuk menarik minat penonton. Tema yang diberi adalah guru dan pelajar. Kami berbincang dalam kumpulan untuk membuat persembahan drama. Setiap kumpulan membuat persembahan mereka dengan baik dan kreatif. Kami berasa sangat seronok malam tersebut. Ada juga guru pelatih yang menari. Selepas malam kebudayaan, jurulatih telah bercerita tentang seorang guru cemerlang. Cerita tersebut sangat menarik dapat menerapkan nilai murni dalam diri kami. Aktiviti pada hari tersebut berakhir pada pukul 11.00pm.

Pada hari ketiga, kami diminta untuk berkumpul pada pukul 6.00 pagi. Seperti biasa kami mempunyai aktiviti keroharian. Ajk kerohanian yang mengendalikan aktiviti pada pagi tersebut. Aktiviti yang diterapkan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kami. Seterusnya kami bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu menyanyikan lagu Negara-ku dan IPGM. Kemudian kami bersedia untuk aktiviti jogging. Kami berlari secara perlahan dalam satu barisan untuk menjaga keselamatan pelatih. Pemandangan pada pagi tersebu sangat indah sekali. Selepas aktiviti tersebut kami terus berkumpul untuk mengambil sarapan. Kami diarahkan untuk duduk mengikut kumpulan. Selepas sarapan pagi, kami diberi masa untuk mengemaskan barang kami. Kami juga diminta untuk membersihkan tempat tidur kami. kami arah untuk menanggalkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan. Kami telah mengalami kesukaran kerana setiap khemah dan bahan-bahan kami telah basah kuyup. Maka kami telah mencuci setiap khemah dan menyimpan dalam begnya. Setelah kami menghabiskan kerja pembersihan, kami telah memasuki dewan untuk sesi refleksi dan majlis penutupan rasmi. Sesi refleksi bermula dengan tayangan gambar yang ditangkap sepanjang program BIG dilaksanakan. Kami berasa sangat seronok. Kemuadian sesi refleksi bemula, guru pelatih diminta untuk memberikan pendapat tentang program BIG. Pbagi maslis penutupan rasmi penghulu dan penghuluwati diberikan ucapan diteruskan dengan ucapan Encik Nazri, penyelaras BIG dan upacara penutupan rasmi. Setelah menjelang pukul 11:30 pagi, kami naik bas untuk balik ke kampus.

Laporan Selepas

Semua guru pelatih telah berkumpul di dewan pada pukul 10.00 pagi. Semua kumpulan telah berkumpul dan mengemaskan peralatan yang dijemur. Semua peralatan telah pun dibersihkan dan disimpan dengan kemas. Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah, jurulatih dan peserta Kursus Bina Insan Guru. LAPORAN REFLEKTIF

refleksi kediri