laporan projek menghias dan menceriakan pusat sumber ipg kampus keningau

2
LAPORAN PROJEK MENGHIAS & MENCERIAKAN PUSAT SUMBER (FASA 1) PUSAT SUMBER, IPG KAMPUS KENINGAU Pada 13 Julai 2013 bersamaan dengan hari Sabtu, Rakan Pusat Sumber IPG Kampus Keningau telah menjalankan Projek Menghias dan Menceriakan Pusat Sumber yang bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Keningau. Program ini bertujuan untuk membuat hiasan baru di Pusat Sumber selain mengemas kini informasi pada papan kenyataan yang terdapat di luar Pusat Sumber IPG Kampus Keningau. Seramai 16 orang ahli Rakan Pusat Sumber dan 3 orang staf kakitangan Pusat Sumber IPG Kampus Keningau telah menyertai program ini. Aktiviti bermula pada jam 1.30 petang dengan pembahagian tugas kepada kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan. Terdapat tiga kumpulan yang telah diagih-agihkan dengan tugas masing- masing di mana Kumpulan 1 telah ditugaskan untuk membuat hiasan kata-kata hikmah yang besar pada satu dinding Pusat Sumber. Manakala Kumpulan 2 pula telah ditugaskan untuk membuat hiasan mural pada sebahagian dinding Pusat Sumber dan Kumpulan 3 pula telah ditugaskan untuk membuat hiasan kata- kata hikmah beserta gambar tokoh pada dinding Pusat Sumber. Staf-staf yang hadir dalam program kali ini bertindak membimbing dan memantau hasil kerja para ahli. Aktiviti berakhir sekitar pukul 5.00 petang. Mana-mana hasil kerja yang belum siap seperti hiasan kata-kata hikmah besar pada dinding Pusat Sumber akan disambung pada Program Menghias dan Menceriakan Pusat Sumber Fasa 2 pada minggu hadapan. Laporan disediakan oleh, 13 JULAI 2013.

Upload: key-

Post on 03-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Laporan Fasa 1

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Projek Menghias Dan Menceriakan Pusat Sumber IPG Kampus Keningau

LAPORAN PROJEK MENGHIAS & MENCERIAKAN PUSAT SUMBER (FASA 1)

PUSAT SUMBER, IPG KAMPUS KENINGAU

Pada 13 Julai 2013 bersamaan dengan hari Sabtu, Rakan Pusat Sumber IPG Kampus Keningau telah menjalankan Projek Menghias dan Menceriakan Pusat Sumber yang bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Keningau. Program ini bertujuan untuk membuat hiasan baru di Pusat Sumber selain mengemas kini informasi pada papan kenyataan yang terdapat di luar Pusat Sumber IPG Kampus Keningau. Seramai 16 orang ahli Rakan Pusat Sumber dan 3 orang staf kakitangan Pusat Sumber IPG Kampus Keningau telah menyertai program ini.

Aktiviti bermula pada jam 1.30 petang dengan pembahagian tugas kepada kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan. Terdapat tiga kumpulan yang telah diagih-agihkan dengan tugas masing-masing di mana Kumpulan 1 telah ditugaskan untuk membuat hiasan kata-kata hikmah yang besar pada satu dinding Pusat Sumber. Manakala Kumpulan 2 pula telah ditugaskan untuk membuat hiasan mural pada sebahagian dinding Pusat Sumber dan Kumpulan 3 pula telah ditugaskan untuk membuat hiasan kata-kata hikmah beserta gambar tokoh pada dinding Pusat Sumber.

Staf-staf yang hadir dalam program kali ini bertindak membimbing dan memantau hasil kerja para ahli. Aktiviti berakhir sekitar pukul 5.00 petang. Mana-mana hasil kerja yang belum siap seperti hiasan kata-kata hikmah besar pada dinding Pusat Sumber akan disambung pada Program Menghias dan Menceriakan Pusat Sumber Fasa 2 pada minggu hadapan.

Laporan disediakan oleh, 13 JULAI 2013.

______________________________

(NURHIDAYU BINTI AWANG SAHIRI)

Setiausaha

Rakan Pusat Sumber

IPG Kampus Keningau.